Salam readers,
Ni cerita ke 3 aku submit. Busy sikit sekarang ni. Slow lah sikit aku nak submit story baru. Boleh refer kat bawah ni story lama. Mohon jangan kecam #siscuba ?
Https://www.facebook.com/fiksyenshasha/posts/412762855732939
Https://www.facebook.com/fiksyenshasha/posts/423333911342500
Condominium di Puchong
Kisah yang akan aku ceritakan ini berlaku 5tahun lepas sebelum aku berkahwin. Sewaktu aku bekerja di Cyberjaya dan menetap di sebuah Condominium di Puchong Perdana. Aku tinggal seorang diri di sini sebab lagi 6bulan aku akan di ijab kabulkan. Jadi kiranya suami aku & aku dah siap-siap cari rumah untuk dia terus duduk bila kami berkahwin nanti. Suami aku bekerja sebagai “marine engineer”. Belayar 2-3 bulan jadi aku kena tinggal sorang diri tu perkara biasa. Sebab tu agaknya aku sangat berdikari.
Hari pertama aku duduk rumah ni, tak ada apa pun benda yang menakutkan berlaku. Cuma aku selalulah nampak lintasan hitam kat hujung-hujung ekor mata. Tapi pedulikanlah, kau tak kacau aku, aku pun tak kacau kau. Kan? Tapi aku ada soalan lah siapa-siapa yang tahu nanti tolong lah jawab kat komen. Kenapa kadang-kadang lintasan aku nampak tu hitam, kadang-kadang putih? Yang putih ni islam ke? Yang hitam tu jahat ke? Ke sama je???
Ok sambung cerita.
Setiap hari macam biasa, aku pulang dari pejabat sekitar pukul 6lebih. Haritu aku tak join member2 office aku makan shawarma ke sharawama. Aku lupa apa nama makanan arab yang jenis kebab tu. Selalu laju je aku bab-bab makan ni. Kali ni macam insaf jap rasa kena jaga makan. Yela konon-konon jaga body laa kan nak kawin. Sampai je rumah, aku bersihkan diri & layan kucing- kucing aku sementara menunggu maghrib datang. Aku ada 2 ekor kucing, zoro dan rara nama diaorng. Tengah leka main dengan kucing aku yang gedempol lagi sedap di picit2 lemaknya tu, terdengar bunyi azan maghrib.
Alhamdullilah, nasib baik tak batal lagi wuduk tadi boleh terus solat. Habis je solat maghrib aku lepak kat ruang tamu. Tenant sebelum ni pak arab sekeluarga. Diaorng memang dah pasangkan astro tapi pakai IC sesiapa entah sebab nama surat menyurat tulis Azri ****, ape benda enta nama panjang aku tak ingat. Jadi bila pak arab tu balik negara dia, dia tak terminate pun astro tu sebab bukan nama dia kan. Dia peduli apa. Jadi untuk memudahkan kerja aku dari daftar yang baru dan sebab aku memang suka tengok tv aku sambung jela bayar.
Sedap lepak depan sofa, aku boleh rasa perut aku buat irama dondang sayang. Menyesal pun ada sebab tak join member makan kalau tak kenyang dah perut aku. Sebab kan tak tahan lapar teramat. Aku decide nak keluar bungkus makan. Macam biasalah, aku siap-siap amek kunci terus turun bawah. Waktu tu tengok jam baru pukul 9 malam. Round round sikit puchong perdana, aku jumpa char kueh teow. Ape lagi, bungkus lah char kueh teow special 1 udang lebih.
Balik condo semula masuk parking basement. Time tu rasa biasa lagi. Dari basement tu aku naik tingkat 14. Masa nak tunggu lift kat basement tu aku sorang diri. Time tu tiba tiba je bulu roma aku naik. Tapi aku tak syak apa-apa lah. Kadang-kadang bulu roma akan naik sebab malam kan sejuk. Husnuzon. Hahaha.
Lift terbuka aku terus naik lift tekan butang 14. Waktu tu rasa lambat sangat lift tu begerak. Dalam lift tu aku sorang tapi rasa macam ada orang kat belakang aku. Boleh imagine tak, aku diri dekat pintu butang lift menghadap pintu lift dan ada ruang kat belakang aku. Boleh rasa ada orang sebab ada rasa macam orang berjalan dalam lift kat belakang tu. Siap ada bunyi orang bernafas. Tapi memang tak berani lah aku nak toleh belakang. Aku pura pura main hp untuk hilangkan seram.
Buka je pintu lift kat tingkat 14, aku cepat-cepat keluar. Bagi salam lepas tu masuk rumah. Nasib baik aku bagi salam tak ada orang dalam rumah menyahut. Kalau tak mahu pengsan. Hahaha. Ingatkan dah settle. Habis je makan makanan aku bungkus tadi, aku sambung tengok tv. Tengah syok tengok aku dengar bunyi kucing aku meow meow meow lah tak berhenti dalam bilik aku.
Aku pun bangunlah nak pergi bawak kucing aku tu datang depan. Waktu aku bangun tu, baru aku perasan yang kucing aku dua dua ekor tengah sedap tidur kat sofa aku lagi satu. So kucing siapa pulak yang meraung dalam bilik aku tu? Untuk pengatahuan korang semua, condo ni sebenarnya tak boleh bela binatang peliharaan.
Aku curi-curi bela sebab diaorang ni aku dah jaga dari kecik lagi. So sah-sah lah bukan kucing jiran aku sebab setiap tingkat ada 2 rumah je setiap wing. Dan memang penah jumpa jiran aku dan dia tak ada kucing.
Macam tau tau je aku dah tahu bukan kucing aku. Bunyi meow tu pun berhenti. Aku sambung lah tengok tv sampai pukul 12 malam. Cerita tengah best takkan nak tengok separuh jalan. Pukul 12 malam bunyi guli pulak jatuh berderai-derai dengan di susuli bunyi alih perabot.
Aku dah tau lah, tu signal untuk masuk tidur. Nasib baik tidur malam tu tak ada gangguan apa-apa. Alhamdullilah. Ni je antara gangguan aku kena sebelum aku kahwin. Yang biasa-biasa macam kelibat orang berdiri kat tingkap dapur, lintasan dalam rumah, bunyi guli. Tu biasa kena. Tapi bila aku dah kahwin, gangguan tu makin mencabar. Nanti aku sambung lagi kejadian pelik-pelik yang jadi dalam condo tu selepas aku kawin dalam post lain pulak. Adios amigos!
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
punya la lama intro sampai melalut2…. rupanya bunyi kucing dan alih2 perabut je?
terpaksa tunggu sambungan hihihihihi
Pernah jadi tak dkt awk?? Kita tak alami mmg la tak rasa.. cuba sekali kena..tak tenang tidur awk
Tapi yang baca tak rasa seram
Dua tahun duduk rumah tu. Tak kan nak tulis campur aduk semua kisah dalam satu post? Bawa2 la bersabar mis era. Yang ko cakap “je” tu orang yang kena je paham kecuakan yang melanda nak2 ko duduk rumah besar sorang diri mak ayah jauh kat kampung. Yang aku tulis tu mengenai mula2 gangguan yg jadi waktu aku pinda situ. Kan dah cakap nnt aku cerita mengenai gangguan lain yang berlaku lepas aku kawin. Sabar la
betulnla ladyred org yg xalami xkan rs…
jangan diminta buntat.. hehe
Akk klu stay umah kakak yg kt Puchong Permai Villa tu wajibulghunnah setiap mlm ke pagi akan bunyik guli+perabot beralih+tumbuk lesung…
Memule duluuuuu pelik sape rajen noo pepagi buta blk keje terus masak ngemas bagai…
Tapi bile dh tau pon rase seram tu mcm x muncul sbb akk masih boleh tdo dan tdo…
Cume kdg tu rimaslah dahler susah nk lelap pastu ade plak gangguan2 tambahan…
Heheheheheh…
Kat Puchong ni mmg semua apartment ade bunyi2an camtu ekkk…???
Kak yulie.. rumah sy dlu pn mcm tu jugak. selalu tingkat atas bunyi mcm2. Orang kata kalau rumah tak berpenghuni, akan ada yg menumpang. tu sbb org kata tak galak kan tinggalkan rumah lama2. ada yg menumpang. wallahualam..
Masalah umah kt Permai Villa tu, mostly penghuni akn bgtau berdepan mslh yg same…
Wpon hakikatnye atas umh die tu ade org stay…
Nnt org atas pon akn dgr mslh yg same…
Tu musykil sgt tu…
Kak Yulie, kawan2 sy yang asal puchong kata puchong mmg tempat kaum kerabat jin bertendang sbb bekas lombong. Nasib baik lah sy duduk sana pun dlm 3tahun jek. Pastu balik semula melaka.
Kaannn…
Akk pon pikir sebab musabab asal lombong tu gak…
Kakak akk mmg stay permanent dh kat situ..
Ktorg pon dh lali ngan gangguan bunyian tu ble tdo umh die…
Asal jgn menjelma sudah…
taknak komen apa sangat. tapi kalau balik rumah, rumah tu takda orang, jgn bagi salam Assalammualaikum.
sbb kau orang pertama yg masuk, bagi salam dgn Assalammualaina wa’alaibadillahissolihin.
renung2kan dan selamat beramal!
Betul kata cempaka…
Nak masuk mana2 rumah, surau atau masjid yg xde org bg salam yg tu…☝
sy dok flat kg selamat kuantan, rumah mksdre aras bwah skli jd memalam mmg akn denga ar sume 2, tp xase tkut pn juz pelik je ar npe rajin sgt wt kje memalam org nk tdo pn ssh, agipun ad org tgal kt umh ats. lps sy dh kwin dok tgkt 3 mmg xpnh dga sume 2..ye ar mgkin sbb sy dok tgkt ats skli an..
ala sm la hitsm n putih tu sllu jg perasan kt rmh niensmpi ank buah kt ade kwn dtg ..huhu sebaikla x mengacau ..bunyi guli tu mmgla scarynya …yg oenting jgn la tunjuk muka
ok la cite ko aku hadam =)
mukadimah panjang nau. siap cite astro sambong bayor. order makan udang lebih. kengkawan lepak makan ramai ramai tp nko tak join.
iye tahu nko yg alami tu seram. tp kami yg baca nih kemain eksaited. rupa mya kisah kisah seharian nko je lebih.
pis pis!
puchong perdana ada condo ke? permai villa puchong permai . ke condo belakang sekolah