Assalammualaikum
Terima kasih pada yang sudi membaca cerita saya dan terima kasih pada Admin FS kerana menyiarkan cerita saya . Cerita benar yang diolah semula .
#east : Keris Puaka
#east : Lagenda Imam Hafiz – Pertarungan Pertama (Jin Majusi Tewas )
Terimalah episod kedua dari saya. Terima kasih semuanya.
Lagenda Imam Hafiz – Pertarungan Kedua (Imam Hafiz Tewas).
Kematian Dukun Daud membuatkan ramai penduduk kampung pantai terkejut. Ramai tidak menyangka yang Dukun Daud sanggup bersekongkol dengan Jin. Ramai yang hadir sewaktu pengembumian Dukun Daud semata mata untuk melihat pembalasan yang patut diterima. Tapi Hafiz dan Imam Fauzi melarang kerana risau orang kampung membuka aib Dukun Daud, walaupun dia mengamalkan ajaran salah sebaik baiknya usahlah dibuka aibnya. Keadaan kampung pantai kembali tenang tapi untuk tempoh 2 minggu sebab segala jin dan syaitan yang datang semua ya datang dari pulau itu. Pulau itu terlalu dipuja sehingga banyak penghuninya . Bukan mudah untuk Hafiz hapuskan selagi tidak cukup ilmu di dada. Hafiz menuntut ilmu dengan Imam Fauzi kerana baginya ilmu tiada penghujungnya. Gangguan Jin masih berterusan tapi banyak berlaku di rumah berhampiran pantai dan tidak lah sehebat dan sekuat yang sebelum ini.
Imam Fauzi, Bilal Qayum , Haji Mahat dan Hafiz banyak menolong orang kampung. Bilal Qayum adalah kenalan Imam Fauzi dan berasal dari kampung hulu atas permintaan Imam Fauzi dia menetap terus di kampung pantai bagi membantu beliau . Haji Mahat pula orang kaya kampung, umur baru 40an dah naik haji. Tubuh badan tegap, bergaya dan hensem orangnya. Mereka orang kuat kampung pantai dan berpengaruh. Sehinggalah secara tiba tiba gangguan yang biasa menjadi luar biasa di suatu malam .
“Hafiz , kamu nak ke mana pulak tu?”, soal Imam Fauzi
“Saya nak ke rumah pak manaf sebentar sebab tadi dia ada pesan amik barang kat rumah dia”, kata hafiz
“Hati hati hafiz . kampung kita masih belum selamat “, Imam Fauzi mengingatkan Hafiz.
Hafiz berjalan di tepi lorong berhampiran pantai dan secara tak sengaja Hafiz tersandung akar pokok yang menjalar dan jatuh terlentang, di saat itu Hafiz terperasan ada lembaga atas pohon pokok itu.
“Kau dah nampak aku ye manusia . Ini habuan kau!!”, Jeritnya.
Secara tiba tiba angin laju menerpa di pipi Hafiz , menggoncang pokok tempat makhluk itu berdiri sebentar tadi . Bumi seakan bergegar , Hafiz buat pertama kalinya merasa terkejut dan agak bimbang. Luar biasa kuasanya bagi Hafiz. Lidah kelu dan kaku hanya mata terbeliak menyaksikan aksi luar biasa itu. Kaki dan tangan kaku tak bergerak. Berhampiran pokok ternampak sesusuk tubuh yang gempal dan tinggi berwarna hitam dan matanya merah menyala umpama biji saga. Hafiz terdetik dihati,
“Aku Bukan Lawannya “.
Hafiz tak sempat mengatur langkah, segala bacaan tidak sempat dibaca, hanya laungan Allah Allah di mulut Hafiz menahan kesakitan. Kayu yang besar jatuh dari pokok hinggap di badan Hafiz.
“Mana tuhan kau manusia ? Kau m******h keturunan ku. Kau tidak tahu Raja ku akan membuat perhitungan denganmu. Kau mencabar kami Jin dari kaum majusi. matilah kamu”, katanya .
Hafiz tidak berdaya kerana tangan dan kakinya patah dek terkena kayu .
“Kami mempunyai orang kuat yang amat kuat dapat menguruskan kau selepas ini. Dia menjaga kami , Dan akan pastikan kau m**i”, kata suara itu.
Dengan berbekalkan semangat yang masih ada, Hafiz membaca Ayat Al Quran dari surah Al fatihah dan 3 Qul. Hafiz benar benar tidak mampu bertahan dan hanya mampu berbisik yang bererti,
“Aku berlindung dari Allah SWT dari syaitan yang direjam , tiada daya upaya hanya padamu Ya Allah daku berserah”, bisik Hafiz
Terdengar jeritan yang membingitkan telinga. Gangguan itu terhenti dan kedengaran suara,
“Kau bernasib baik manusia. Aku patut bisukan mulutmu . Matikan hatimu agar tiada kalimah yang mampu kau bacakan . Aku rasa panas, tapi tak mengapa . Selepas ini saat mu pasti tiba hahahaha”, kata makhluk tu suaranya hilang perlahan lahan .
Hafiz tersandar di pokok menahan lega kerana Allah SWT membantunya. Kelihatan Imam Fauzi dan Bilal Qayum berlari mendapatkan Hafiz . Mungkin terdengar jeritan tadi fikir Hafiz . Imam dan Bilal memapah Hafiz ke rumah Imam untuk dirawat . Kecederaan Hafiz tidak lah teruk tapi menyebabkan Hafiz tidak dapat bergerak untuk beberapa bulan dengan tangan dan kakinya yang patah .
“Imam, ada makhluk menanti kita makhluk yang paling kuat. Dia ada katakan dia mendapat bantuan dari orang kampung ini. Orang kampung ini menjaganya”, kata Hafiz.
“Tiada makhluk yang kuat hanya Allah SWT maha kuat maha hebat. Hafiz rehatlah, tak payah fikir. Selepas sembuh kita bincang lagi”, kata Imam Fauzi.
“Itulah malam malam jalan seorang diri kat tepi pokok ara tu kenapa? Tempat tu Jin dan syaitan selalu melepak. Kau ni Hafiz jalan tak toleh kiri kanan. Main jalan ja”, kata Bilal Qayum.
Hafiz hanya tersenyum sesekali merenung ke luar jendela. Bibirnya tak pernah lekang bertasbih . Saat Hafiz bertasbih memori lama terkenang kembali .
Lagenda Imam Hafiz – Asal Usul Hafiz Dan Kelebihannya (Jin Islam & Hijab).
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
Pendeknya…cepat sambng
sambung cepat oii..
Cerita best… Tp pendek sgt…geram nyaaa???
Saspen nk tau sape yg mastermind terbaru tu…
Tapi mohon next panjangkan sket dik…
Buat 2 episod dlm satu ke…
Pendek bebenor…
Alahai..pendek betul. Baru 2,3 supa fries kat mcd ni tup2 dh habis.
alahai.. x hbis minun air secawan citer dah hbis… kamon uols!
alaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa tgh feel cite ni tkdan nk mkn popcorn..pastu ape jdi?please sambung cepatt
Please penantian ni satu penyeksaan
Awat la pendek benor..
best
The best.