Assalamualaikum kepada pembaca dan juga admin FS. Sebelum ni aku pernah kongsikan lagenda Puteri Saadong. Alhamdulillah kebanyakannya dapat komen yang positif daripada pembaca. Terima kasih aku ucapkan. Walaupun page ni tempat untuk share kisah seram tapi rasanya tak Salah juga untuk aku share kisah lagenda zaman dahulu sebab kebanyakan feedback yang aku dapat semuanya masih kabur tentang cerita zaman dahulu. Jadi ,aku ambil peluang untuk share lagi cerita yang lain . Yang tak minat cerita sejarah tu aku syorkan jangan baca hahaha . So, lets begin. Mahsuri binti Pandak Maya merupakan seorang gadis kelahiran Pulau Langkawi. Beliau dilahirkan oleh pasangan Pandak Maya dan Mak Andam pada penghujung kurun ke-18 Masihi di Kampung Ulu Melaka, Langkawi. Mahsuri turut digelar sebagai Puteri Mahsuri dan dengan jolokan Puteri Langkawi.
Kehidupan dan sejarah Mahsuri telah dilitupi lagenda pulau tersebut yang sememangnya terkenal dengan lagenda dan kisah rakyatnya. Kisah yang paling popular tentang kehidupan beliau adalah ketika saat akhir sebelum beliau d*****h yang hingga kini dijadikan sebagai bahan untuk persembahan teater bangsawan hinggalah kepada cerita kanak-kanak.
………………………………………………………………………………………………………………………
Kelahiran Mahsuri turut dibayangi lagenda apabila sesetengah masyarakat percaya bahawa selepas ibunya (yang tidak pernah mempunyai anak) memakan kerak nasi yang dijumpai di sawah, akhirnya mengandung dan melahirkan seorang anak perempuan bernama Mahsuri. Mahsuri membesar seperti gadis-gadis yang lain tetapi kecantikannyalah yang membezakannya .Kehidupan Mahsuri dikhabarkan adalah seperti anak gadis Melayu yang lain yang diasuh dengan tatasusila dan kesantunan masyarakat Melayu. Walau bagaimanapun, dikatakan kejelitaan Mahsuri membawa kepada buah mulut dan kecemburuan masyarakat setempat terutamanya di kalangan kaum wanita.
Wakil sultan Kedah, Datuk Seri Kemajaya sedang berbincang mengenai hal ehwal pengurusan pulau Langkawi dibalai penghadapan. Diantara mereka yang hadir termasuklah Mahsuri anak kepada Pandak Maya yang berada di balai adat bersama-sama gadis istana yang lain. Pada masa yang sama, tiga orang perwira yang baru kembali daripada pertempuran dengan pasukan Portugis di selat Melaka masuk mengadap.
Ketiga-tiga mereka adalah Kelana, Wan Derus anak kepada Datuk Kemajaya, and Lela. Ketiga-tiga mereka terpikat dengan keayuan wajah Mahsuri dan berusaha untuk memikat Mahsuri dengan menceritakan kejayaan yang dicapai oleh mereka, disamping menunjukkan harta rampasan yang di dapati mereka dalam pertempuran tersebut. Tidak seorangpun di antara mereka pernah melihat Mahsuri sebelum ini.
Datuk Seri Kemajaya berasa berbesar hati dengan kejayaan mereka dan memandangkan telah banyak khidmat mereka pada masa lalu menawarkan isteri kepada mereka agar mereka dapat berumahtangga. Kesemua mereka bertiga menolak dengan menyatakan mereka belum bersedia untuk mendirikan rumahtangga disebabkan mereka bertiga telah jatuh hati dengan Mahsuri.
Apabila datang melawat Kampung Mawat, ternyata Dato Seri Kama Jaya pun turut terpikat dengan kecantikan Mahsuri dan ingin menyunting sebagai isteri kedua. Bagaimanapun hasratnya ditentang isteri bernama Wan Mahura.Wan Mahura dikatakan seorang wanita yang pintar dan banyak membantu suaminya mentadbir Langkawi. Hal ini menyebabkan Dato Seri Kama Jaya sukar untuk mengenepikan begitu sahaja isterinya.
Apabila Dato Seri Kama Jaya menyuarakan hasrat hati kepada isterinya, Wan Mahura telah menolak dan Dato Seri Kama Jaya terpaksa akur. Ini menunjukkan pengaruh Wan Mahura sangat penting dalam masyarakat tradisional. Bagi penyelesaian masalah , Wan Mahura mencadangkan supaya Mahsuri dipinang untuk anak lelaki mereka yang bernama Wan Derus.
Mahsuri dikahwinkan dengan seorang pemuda dan pahlawan tempatan iaitu Wan Derus, salah seorang anak kepada wakil Sultan di Langkawi, Wah Yahya (atau dengan gelaran Datuk Pekerma Jaya) dan Wan Mahura.Selepas perkahwinan antara Wan Derus dan Mahsuri, Datuk Seri Kemajaya menerima perintah sultan Kedah untuk membawa angkatan tentera untuk melawan pasukan Siam yang telah menyerang Kedah dan membebaskan kota yang telah ditawan musuh.
………………………………………………………………………………………………………………………
Ketika pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II ibni al-Marhum Sultan Ziyauddin Mukarram Shah (1803-1843), hubungan Kedah-Siam menjadi keruh. Mahsuri hamil ketika Wan Derus keluar dari Langkawi (tidak diketahui tujuannya tetapi sumber menyatakan beliau berperang dengan tentera Siam di Kuala Kedah). Sepeninggalan beliau, Mahsuri dikhabarkan tinggal bersama ibu bapanya. Ketika waktu tersebut, Deramang, seorang penyair kembara (sesetengah sumber mengatakan beliau peniaga) singgah di Langkawi. Kebolehannya menambat hati penduduk Langkawi lalu dengan ehsan ibu bapa Mahsuri, Deramang tinggal di rumahnya untuk mengajarkan syair dan dendang.
Kepandaian Deramang dalam bersyair menaikkan nama Mahsuri sebagai tuan rumah dan menimbulkan kecemburuan Wan Mahura, ibu mertuanya sebagai isteri pembesar pulau Langkawi. Kelahiran anak Mahsuri, Wan Hakim, mencetuskan fitnah apabila Wan Mahura menuduh Mahsuri bermukah (melakukan hubungan sulit) dengan Deramang.
Atas sebab itu, Mahsuri dan Deramang ditahan dan dijatuhkan hukuman b***h oleh bapa mertuanya sendiri setelah termakan hasutan isterinya. Tanpa menunggu Wan Derus pulang, Mahsuri dan Deramang di bawa ke Padang Matsirat, pusat Langkawi ketika itu, untuk dijatuhkan hukuman. Mahsuri diikat di sebuah batang pokok dan ditikam dengan tombak. Menurut lagenda, tombak yang digunakan tidak dapat menembusi tubuh Mahsuri. Akibat terseksa,Mahsuri mendedahkan bahawa dia hanya dapat ditikam dengan tombak sakti (terdapat pihak yang menyatakan bahawa senjata itu adalah keris) yang terdapat di alang rumahnya.
Walaupun dipujuk dan dirayu ibu bapa Mahsuri, hukuman tetap dijalankan dan Mahsuri d*****h tanpa dosa yang dituduh. Menurut lagenda, Mahsuri mengalirkan d***h berwarna putih hanya kerana kata-katanya yang tidak menghalalkan darahnya jatuh ke bumi. Deramang turut d*****h kemudiannya walaupun bertindak ganas. Mahsuri dikebumikan oleh ibu bapanya bersebelahan dengan harta tebusan yang ingin digunakan untuk menebusnya
Kata-kata terakhir Mahsuri amatlah masyhur apabila ia seringkali diulang dalam mana-mana persembahan. Ayat-ayat terakhir Mahsuri adalah berupa sumpahan untuk tidak menghalalkan darahnya jatuh ke bumi kerana beliau mangsa fitnah dan mengutuk pulau Langkawi untuk tidak tenteram dan permai ibarat padang jarak padang tekukur selama tujuh keturunan.Pada masa Mahsuri akan d*****h, ribut dan kilat sambung-menyambung dilangit. Mahsuri kemudiannya menyumpah penduduk Mahsuri bahawa mereka tidak akan aman dan pulau Langkawi akan jadi padang jarak padang terkukur selama tujuh generasi kerana membenarkan ketidakadilan ini berlaku.
“YA Tuhanku! Tidak aku redha dan tidak aku halalkan darahku tumpah ke bumi Langkawi. Tidak aku rela m**i dengan teraniaya! Aku bersumpah pulau ini menjadi padang jarak padang terkukur, tidak akan makmur dan aman sehingga genap tujuh keturunan. Berpuakalah pulau ini! Ya, Allah, matikanlah aku yang tidak berdosa ini….”
……………………………………………………………………………………………………………………… Seminggu selepas Mahsuri d*****h, Wan Derus pulang setelah Kedah gagal menewaskan Siam. Selepas mengetahui akan hakikat tentang isterinya, dia kecewa lalu membawa anaknya, Wan Hakim keluar dari Siam. Sejurus itu, tentera Siam menyerang pulau tersebut. Langkawi hancur dan hangus. Dato Karma Jaya telah mengumpulkan beras di Padang Mat Sirat sebagai persediaan menghadapi perperangan, dan apabila mendapati pihaknya tidak mampu mematahkan serangan tentera-tentera Siam, Dato Karma Jaya telah memerintahkan beras-beras tersebut dibakar bagi menghalang beras tersebut dirampas oleh pihak Siam.
Datuk Pekerma Jaya melarikan diri bersama bersama orang kuatnya, Panglima Hitam. Malangnya, Datuk Pekerma Jaya ditangkap oleh tentera Siam di Sungai Langkanah dan diseksa serta d*****h dengan kejam. Begitu juga dengan Wan Mahura yang dirogol dan disiksa tentera Siam. Anak mereka, Wan Muhamad Ali bergegas pulang dari Pulau Pinang untuk membalas dendam. Kejayaannya mendorong sultan melantiknya sebagai pengganti ayahnya. Walau bagaimanapun, pulau Langkawi tidak pernah makmur kerana kegiatan lanun dan jenayah yang teruk
Sebelum 1980-an, Langkawi memang tidak makmur hinggakan orang mengatakan yang kerbau lebih banyak berbanding manusia di sana. Ketika Tunku Abdul Rahman masih menjadi pegawai daerah, Tunku sentiasa melawat Langkawi tetapi tiada siapa yang tahu di mana tempat pengkebumian Mahsuri. Maka, Tunku mencari sehingga menemui sebuah kubur yang tersembunyi lalu dibinakan sebuah makam, yang dikenali sebagai Makam Mahsuri.
Tamat.
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
1st… aku suka juga baca sejarah. Jap g baca park dlu
ko ni. tak acilah main park2. ?
Hahahah ko pembaca ke berapa? Jgn jeles hahha
tahniah kak nasa. nah belon untuk ko ?
Belon je pergh!!! Ko dh baca x army ke ko main komen je
dah la kak nasa. si medi ada bagi summary tadi. ahahaha
Tahniahhh..(hadiah teda..haha)
Aku sukaaa! aku suka!! aku suka lagenda. share byk2 lagi pasal lagenda oteyyyyyy?????
~ nak kisah pasal puteri gunung ledang boleh?
betul ke haa pasal d***h putih tu??
serious la ko dah baca medi? summary please. tq
pasal mahsuri yg cantik kena pitinoh sebab org dengki ke dia tu. pastuu kena b***h. pastu dia sumpah langkawi jadi tekukuuuurrrr selama 7 keturunan. alahhh. aku baca tau. sebab aku suka cite mcm ni. haha
ni macam copy dari google je. ahahaha
aku bacalah! ko ni. huhuhu
Pergh aku suka komen ko. Betul2 padat. Ko merumuskan cerita dengn baik means ko baca setiap baris ayat tanpa tertinggal. Aku suk!!!
hahahahahahhah. jaat. huhu
hahahahahahahha. jaat. huhuhuhu
ni topik belajar sejarah masa sekolah rendah dulu.
hihihi
~ hi melorq, ingat aku lagi tak?
aku pelik plk kalo medicakk baca..
selalu die komen je..hahaha
hahahaha. aku sukaaa cite lagenda mcm ni. hihi. ko ni bammm. komenlah yg baik2 sikit pasal aku huhu
Saya newbie.
-Tp pasal d***h putih tu sebenarnya susu sbb Mahsuri tngh hamil kan?((Info cg saya))
-Sumpahan Mahsuri mmg betul jd sebab Mahsuri tu teraniaya dan doa org teraniaya ni makbul
-Mmg Langkawi sebelum ni x maju,lepas dh keluar drpd sumpahan baru jd maju ✌
?
Suka sejarah..nice one!
Like
Nak buat request lahh boleh x ko buat cerita pasal laksamana sunan. Aku nk tahu sangt
laksamana sunan bukan watak imaginasi RAM je ke?
Haah btol tpi paksamana sunan tu wujud. Cuma ram mengangkat watak tu lebih dari hang tuah. Jadi hakak nak tau siapa laksamana sunan sebenarnya. Dn pastinya dia bukan seperti gambaran RAM huhu
kena pi library la camni. btw bersepah nau typo ko kak oi. ahahaha
Faktor usia armyyy masalah aku mmg typo memanjang je klo guna hp hahaahha
serius kh watak tu wujud?? pernah cuba cari tp xjumpa jg. syukur klu ada yg boleh buat cerita ni.
???
Cerita lagenda sememangnya best !
Nice ?
Best!
9/10
Nice sharing
Sumpahan Mahsuri……..
?
Deramang…penyair dari batu bahara…mahsuri cuma mintak dia tanggukkan buaian wan hakim…tapi jdi bahan fitnah wan mahora….ada part yg tertinggal…masa d*****h…tubuh mahsuri taklut ditikam tombak..akhirnya d*****h dgn senjata pusaka….dia bersumpah…kiranya d***h yg keluar itu putih…maka dia tidak bersalah….tapi ada selisih pendapat…yg keluar itu susu…kerana masa tu…wan hakim masih menyusu….pulang dari perang…wan darus dpt tahu dan kecewa….dia bwk anknya wan hakim berhijrah ke siam…langkawi diserang siam kerana kedah berhenti hantar bunga emas….
cinderyaya pun terbaik!! info tu memang betul..
good share cinderyaya..
Saya ada baca juga versi yang ini.
Yes ni versi lagi detail. Pernah baca versi ni.
Nice..walau pun subjek sejarah adalah subjek paling boring bagi aku..tapi sejarah tentang mahsuri nie memang terbaik..best..hehe
Subjek sejarah kat sekolah memang boring. hihi
Yeah..ada geng..haha
mana perginya keturunan Mahsuri yang pernah dihebohkan satu ketika dulu? Takda perkembangan terkini dah. Aishah ya nama nya? Lupa ??♂️
Keturunan mahsuri ni byk di thailand bro….kira masa siam berkuasa…hidup dlm penyamaran…langkawi ni kira mcm susur sejarah…sbb lepas wan darus balik…dia bwk ank dia tinggal di siam…org langkawi byk org acheh….
Akak pun ske bc sejarah.cerita cik nana ni gaya bhs dia mudah faham.sinopsis tu tepat xd melencong sampai org ngntuk nk baca.teruskn mnulis.akak olways bc n rate.
5 ?????!!??
?
Nice.
Orang kita ni, dari dulu sampai sekarang hancur sebab dengki je kan.. Kalau tak fitnah main ilmu hitam. Hmmmmmmm.
betul.. tak pernah berubah.. sampai bila nak suburkan perasaan hasad pun tak tau..
Thanks for the write up
good share.. ai suka baca lagenda macam ni.. share banyak lagi writer tak jemu sis baca..
#lagendaterusdiingati
sesekali baca cerita sejarah best jugak..jalan cerita mudah paham..teruskan menulis cerita² sejarah ni
BEST..
Menarikk
kalau xsalah..itu bukan makam mahsuri..makam maksuri tempat lain
Mahsuri lagenda agung dan banyak pengajaran…
Best2 ??
Suka sangat sejarah. Genre bacaan saya selalunya sejarah. Teruskan menulis tentang sejarah ya. Terima kasih, writer.
lumrah alam org yg cantik dicemburui..ujian hidup memasing..
5 star lupa nak rate..best sbb hidupkan cerita sejarah
ni rashid ke?huhu
bukan rashid cuma rakyat jelata biasa2 hehe
Soklan ko ponnn juri hahahah
Salah ke CN? Huhu
Hahaha smpai ke pAge ni ko cari rasyid hahahha ko masih x leh terima kenyataan faz x smbung cerita ke hahah
Aku nak sambungan Kawan Aku Psiko! kang aku jadi psiko! Huhu
Klo ko sudi. Aku boleh buatkan smbungan agar korang berpuas hati hahaha
Buat la CN
Post sini je
beb sabar k
pgg muka tgk mata dekat2
Dedi tolong bagi semangat pada juri ye.
*tenung dedi dengn linangan air mata
Peluk anak sndri utk tenangkan dia
abi cuma ye nak
Mata bertentang mata..
Kumuncungkan mulut. Ku dekatkan bibir
Jibakeee tu bukan aksi pujuk hawau tu aksi lucah!????
CN jangan baca!
kami memang serbuk kunyit.hehe
Ok buat x nampak (tutup mata dengn tangan tapi jari buka)
Ee gatal eh CN.hahahahha
Shhhh Jari telunjuk kat bibir
beb plis be seterong ok
TJ n AJ wil bi sad ip u kip ekting laik dis
lap ayor mata yg mengalir kat pp jiju
Background music
Ayem fan ayem priti ayem beyutiful
Kamtumi sayang sayang sayang
Fav song u beb
kalau aku rashid cerita mahsuri ni pun separuh je publish..harap en Faz sambung le cerita..mcm angau je en.. muhamad juri nih
hikhik. merindui KAP.
best.. nnt share lg ye..
Seronoknyaaaaa lain kali buat cerita sejarah lagi tau, saya suka sgt ? 5star muahhhh dayang bunting punya pulak tau lepas ni ???
Thanks Nana. Dpat belajar sejarah hari ni hehehe
cerita ni dikopipes dari pelbagai bahan rujukan ke?
Sebab penerangan pasal Wan Derus ada berulang , pening kejap nak hadam.
“Ketiga-tiga mereka adalah Kelana, Wan Derus anak kepada Datuk Kemajaya, and Lela.”
“Mahsuri dikahwinkan dengan seorang pemuda dan pahlawan tempatan iaitu Wan Derus, salah seorang anak kepada wakil Sultan di Langkawi, Wah Yahya (atau dengan gelaran Datuk Pekerma Jaya)”
Hi Cik Nana! Since you suka share pasal sejarah ni, why not lepas ni share lagi. Bertambah sikit ilmu sejarah kita, thank you.
Lepas ni share lah pulak pasal Cik Siti Wan Kembang ke, Bujang Senang ke, Tasik Chini ke. Boleh?
kak mohon share sejarah bukit melawati selangor lak !
menarik walau mmg dah tau kisah ni sejak sekolah….saya mmg minat cita2 sejarah & epik…teruskan menulis…ada kisah Gunung Jerai tak?
☺ Nak bgtau pulak drpd segi saintifik dan sudut Islam pasal cerita ni. ?
-Yg mengalir tu mmg bukan d***h ?
Sebaliknya,susu sbb Mahsuri mengandung.
-Pastu,Mahsuri adalah sorg yg t’aniaya so doa org teraniaya ni makbul. ?
Sbb tulah Langkawi sampai 1980-an pun belum elok cuma sampai zaman Mahathir kut,Langkawi dh tkeluar drpd sumpahan mahsuri.
Yg tu dterangkan oleh cg saya yg pakar juga bab sains dan dlm masa sama dpt bandingkan dgn dgn apa yg dnyatakn dlm Islam.? Sikt sebanyak benda tu mendekatkan kita dgn Allah
? Alhamdulillah
Moga roh Mahsuri dicucurkan rahmat Allah. ?
Nice job . Mmg feberet eden sejarah2 nihh . Rase mcm kat alam sekolah balik .
nak tanya jugak. cerita ni copy paste ke? sebab bertukar2 jalan cerita nya. tak silap wan derus tu adik kepada Wan Yahya a.k.a Datuk Pekerma Jaya. Tak pasti untuk sejarah sahih dia macam mana.
bukan pandak maya ye…tp pandak mayah…ada jalan yang dinamakan sempena ayah mahsuri..wan derus tu bkn anak wan yahya tp adik…
Wan Derus adik kepada Datuk Pekerma Jaya?
lepas ni boleh share sejarah bukit melawati selangor tau
Blh tak akak share psl sejarah dang anum…
langkawi bebas cukai
Sebelum 1980-an, Langkawi memang tidak makmur hinggakan orang mengatakan yang kerbau lebih banyak berbanding manusia di sana. Ketika Tunku Abdul Rahman masih menjadi pegawai daerah, Tunku sentiasa melawat Langkawi tetapi tiada siapa yang tahu di mana tempat pengkebumian Mahsuri.
– Mohon jelaskan sikit Tunku Abdul Rahman dan tahun 1980-an
besr dan menarik..
best perbanyakkan lagi cerita pasal gadis melayu zaman dahulu… semoga menjadi idola para anak remaja mempelihara harga diri.