Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada admin dan pembaca FS. Sebenarnya ini kali pertama saya menulis disini, jadi kalau ada salah dan silap sila beri tunjuk ajar ya . Cerita yang saya nak ceritakan ni berdasarkan pengalaman saya sendiri semasa berumur 17 tahun. Saya menggunakan nama Aron sebagai saya *bukan nama sebenar dalam cerita yang bertajuk ….
LAGU PUJA LINGSER WENGI
Aron merupakan ahli pancaragam yang berpangkat tinggi di pasukan pancaragam sekolahnya yang mempunyai ahli seramai 60 orang yang terdiri dari pelajar tingkatan 1 hingga 5. Setiap hujung minggu pasti ada saja latihan yang diadakan bagi memantapkan pasukan itu. Setiap latihan akan dilakukan selama 3 hari 2 malam, Which is jumaat petang sampai ahad petang. Dan latihan pun diadakan pada hujung minggu tersebut sebelum kejadian berlaku.
Pada hari pertama tiada apa pun berlaku dan berjalan seperti biasa sehinggalah sampai pada hari kedua di petang hari. Jam menunjukkan tepat pukul 1 petang. Aron memberikan rehat untuk makan tengahari, solat dan melepaskan ahli ahli pancaragam untuk rehat. Tiba-tiba Aron dipanggil oleh cikgu Amin, seorang cikgu yang menjaga latihan pada hari tersebut dan terlihat dia membawa 6 ahli pancaragam yang dipanggil geng 6 jahanam sebab selalu buat masalah bersamanya. Cikgu Amin ni boleh dikira tenang je orangnya.
“Aron, tadi ada cikgu koperasi datang jumpa cikgu, dia cakap dia dapat tangkap budak budak ni tengah mencuri barang di koperasi”. Muka dan perasaan Aron bercampur geram dan malu ketika itu dan dia pun berkata “habis macam mana cikgu, dah buat tindakan ke” dan cikgu pun dengan raut wajah selamba dia “kamu sajalah yang settle kan , sebab malas lah nak perbesarkan hal ni”. Aron pun tidak mahu terus menghukum 6 jahanam tersebut kerana tidak mahu menganggu waktu latihan.
Selepas selesai latihan pada malam hari dan jam menunjukkan tepat pukul 1 pagi. Ahli pancaragam lain pun dilepaskan untuk tidur. Aron memanggil kawan kawannya yang berpangkat seramai 7 orang dan merancang untuk menghukum 6 jahanam tersebut dengan melakukan operasi burung hantu. *siapa yang biasa pergi kem mesti tahu burung hantu ni apa. Semua pun bersetuju dan memanggil 6 jahanam tersebut untuk turun ke dataran sekolah. “Korang tahukan apa yang korang dah buat?” Aron dan rakannya tak berhenti membebel kerana bengang akan perbuatan tersebut.
Selepas di ceramah dan sebagainya, dengan mata yang ditutup mereka pun diletakkan di tempat tempat yang agak jauh sehingga tidak dapat berborak dengan antara satu sama lain . jaraknya kene menjerit baru dapat dengar. Ada yang diletakkan di atas pentas dataran, ada yang diletakkan di lorong ke kantin, ada yang di atas dataran, ada yang di sebelah bilik PJ berdekatan dengan dataran dan ada yang di tandas. “Ingat, kalau ada apa apa jadi jerit password yang aku bagitahu tadi” kata Aron kepada 6 jahanam. Dengan bertemankan cahaya bulan, Aron dan rakan-rakannya pun meninggalkan 6 jahanam tersebut selama 20 minit.
Selepas 15 minit, Aron dan rakannya tidak puas hati kenapa tidak ada apa apa yang berlaku . Jadi mereka pun pergi memeriksa keadaan 6 jahanam dan mendapati yang 6 jahanam tidak pula rasa gelisah bahkan boleh relaks baring dan tenang. Dengan rasa tidak puas hati, Aron pun mengeluarkan telefonnya dan merancang untuk memasang lagu puja bahasa jawa yang bertajuk Lingser Wengi. Dalam keadaan senyap tanpa diketahui oleh salah seorang 6 jahanam yang sedang baring itu. Aron memasang dan meletakkan hampir ke telinga kiri budak itu dan bermainlah lagu tersebut
Lingser wengi
Sepi durung biso nendro
Kagodho mring wewayang
Kang ngreridhu ati
Kawitane….
*DUPPP
Satu bunyi padat yang jatuh ke tanah, dan lagu tersebut terhenti dan tak dapat dimainkan sehingga habis kerana bunyi tersebut . dan membuatkan semua yang berada berhampiran Aron pun terkejut, mendapati bahawa pasu yang diletakkan di atas batu setinggi paras lutut jatuh ke tanah. Budak yang baring tadi memang sudah tak tentu arah gelisah dan menjerit password yang diberitahu sewaktu lagu tersebut dimainkan.
Kerana tak sedap hati, Aron pun mengumpul semula 6 jahanam yang lain untuk membatalkan operasi tersebut, walaupun merancang untuk mengenekan 6 jahanam dengan macam macam permainan. Selepas berkumpul, tiba tiba satu lagi bunyi hentakan kuat ke tanah dan mereka mendapati bahawa ada satu lagi pasu yang jatuh disebelah pasu yang dah jatuh tadi. Mereka pun segera pulang ke bilik tidur kerana risau akan perkara yang terjadi . Angin pun bertiup dingin pada malam itu.
Pada keesokan harinya, seperti tiada apa yang berlaku semalam, latihan pun berjalan seperti biasa sampai ke petang dan latihan pun habis pada pukul 3 petang dan dibenarkan pulang ke rumah. Aron terus pulang ke rumah dan ditanyakan oleh ibu, “nak makan tak”, “emm kejap lagilah bu” Aron menyahut. Dengan hanya memikirkan kepenatannya, dia pun terus ke bilik tidurnya. Aron mempunyai bilik di tengah-tengah rumah dan tidak mempunyai tingkap. Jika lampu tidak dibuka, biliknya akan menjadi gelap dan mempunyai cahaya yang masuk sedikit dari ruang di bawah pintunya yang datang dari pintu dapur jika pintu dapur tersebut dibuka.
Aron terus tertidur dengan kegelapan dan kesejukan kipas meja yang diletakkan di atas kepalanya. Sungguh nyaman ketika itu sehingga… Aron terkejut dan membuka matanya tetapi fikirannya merasa aneh kerana badannya kaku dan keras, mulutnya seperti dikunci Aron berfikir dengan pantas dan terus membaca surah Al-Fatihah didalam hati dengan badan yang kaku dan kepala tegak ke atas. Aron lega kerana dia dapat menggerakkan badannya dengan perlahan lahan. Aron pun terfikir untuk pergi ke tandas, belum sempat untuk menggerakkan badan untuk bangun, Badan dia sekali lagi kaku dan keras, mulutnya tidak dapat melontarkan jeritan yang mengganggu dalam fikirannya . badannya kali ini seperti digenggam erat oleh sesuatu yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.
Aron terus membaca surah Al-Fatihah lagi sekali dan sekali lagi badannya dapat bergerak, tetapi dia merasakan badannya sangat lemah, dan fikirannya seperti tidak dapat berfikir apa yang jadi sebenarnya. Selepas beberapa saat, sekali lagi badan dan mulutnya seperti dikunci oleh sesuatu tetapi kali ini di dapat menggerakkan kepalanya. Tidak sempat membaca surah surah yang Aron sudah hafal, tiba tiba ada suatu bunyi yang didengarnya di telinga sebelah kiri Aron. Alangkah terkejut dan terkedu Aron apabila bunyi yang didengarkan ditelinga kirinya ialah lagu Lingser Wengi. Aron dengan cemas memulakan dengan membaca surah surah yang dia hafal di dalam hati dan tiba tiba… Aron ternampak satu lembaga putih dalam keadaan samar samar kerana cahaya kecil yang masuk melalui ruang di bawah pintu biliknya. Lembaga itu sedang berada dia hadapan almari bajunya dan memerhatikannya sambil perlahan menuju ke pintu biliknya sambil lagu lingser wengi berbunyi di telinga kirinya.
Aron terus membaca dengan perasaan yang takut bercampur bingung. Akhirnya lembaga putih dan lagu tersebut terus hilang dari pandangan dan pendengaran dia, dan lega kerana dapat menggerakkan badannya sedikit. Aron dengan lemah dan lesu itu terkejut kerana rupa-rupanya telefonnya tergantung dan sedang dicas. Bunyi apakah yang didengarkan di telinganya ?
TAMAT
*sampai sekarang saya masih tidak tahu bunyi apa yang saya dengarkan masa kejadian tersebut. Selepas kejadian itu berlaku, saya memang sudah tidak dengar lagi lagu puja itu. Kalau korang nak dengar lagu tu, boleh cari dekat youtube. Lagu tu sebenarnya lagu dari cerita kuntilanak . Selamat mendengar.
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Eh eh dia siap offer dengar lagu tu pulak. Kita dekat sini baca FS berbackgroundkan didi n friends punya lagu tau. Btw bro, best. Keep it up okay!
Hahahahahha.. bersama didi and friendss…
Adehhh..
Sadis oo penulis.. siap offer dgar lagu puja tuh.. apakahhh..
Omak tak kuat aihhh
Kita offer dia lagu kakmonaF kang baru tahu ahaks
Ni lagu 1.. dah elok2 santek didi and friend.. ade ke offer monaF pnye song.. berhanttuuu oi..
I offer je untuk you all. I sendiri pun tamau dengar. kahkah
adehhh kena offer pula.. nnt la bila senang aku cari lagu tu..
**aku da upgrade skrng.. sbb aku dngr lagu shark doo doo je..
Ahahahahha… kalau takat dgar jer xpe.. aku xleh bayang la kalo kau buat tarian shark dododooo.. kah !
kau kena bayangkan sebb ngan anak buah aku je aku menari.. kalau x drng marah kat pacik drng ni.. (Off rescord)
Jelek giloss beb lau lelaki wat shark dododoo.. ahahahahha… haku tgk nak aku pun berguling2 aku.. budak2 ok la comel gak.. kalau kauuu..matailanakkk.. ?
ehhh anak buah aku ok je tgk.. happy je haha.. part tangan tu aku paling expert..
shark dududududu
Dye masih budak ngek.. hahahahaha…mang arr.. kah !
Aku tak boleh berbackgroundkan baby shark ni. Boss aku punya ringtone. Kang dia titanjat pulak dengar. Habis aku.
Halamakkkkk… bos punya ringtone.. power gila tarikan shark dododoo… mari tanjat ramai2.. adehhh
apa punya boss ambik shark dudu buat rington.. msti anak dia buat la tu..
btw aku da dengar lingsir wengi kat you tube.. x seram juga lagu ni.. cuma background music kat blkng dia buat lagu tu rasa sedikit seram.. tp aku baca komen kat situ semua ckp ni lagu tidur bukan lagu panggil cik pon.
Aku pun syak benda yg sama. Tp dari segi gaya dia punya ringtone tu mcm mengikut peredaran masa. Masa pineapple pen dulu pun pernah jd ringtone dia jugak.
cer tnya boss tu.. lagu ayami ayami dia x nak pakai ke?. haha
ayami ayami tu dah basi dalam fon dia. kau tunggu next ringtone di ah nanti aku update kau eh singkong haha
uiii nak tunggu lagu dia next update ni seram dia lagi kuat dr seram nak cari lagu puaka ..haha
tukar la gambar tu
Knpa hahaha.. Ni best apa suwitt je..
Lagu tu orang jawa buat dodoikan anak lah.. Manade berhantu.
Lagu nina bobo pung org buat dodoi kan ank..
Dulu sllu gak dodoi kan ank pertama lagu tu..
Dah biasa.. but 1 malam ade sesuatu menganggu..
aku senang semua anak aku kalau nak tidur pasang je vacum tdo lena.. memula pasang vacuum yg betul sbb tak tau lak ada kt youtube bunyi vacuum.. seram pulak aku nak tidokan anak gn lagu ni.. kang ada yg turut menyanyi.. wahaha
Perghhhh… vacummm…
yela annur anak aku yg first masa baby tak tdo malam 3bulan.. penat aku bejaga sampai panda haa.. aku gugle lah.. bunyi2 white noise mcm vacuum mesin basuh tv rosak tu bleh wat baby tdo lena.. aku try.. dalam kiraan 123 papp pengsan mcm kena hipnosis.. ya ampun menjerit aku kesukaan menggeletis dapat tdo lena malam.. sampai la anak ke tiga aku buat.. ni on the way ke 4 siap ko tggu mami pasang2 siap2.. hahah..kak yulie nnt mane tau nak bg adik kat yg second tu boleh la try.. hahah
Mane ko tau anak akk dh yg second???
Ko xde pesbuk pn nk stalk akk…
Curigaaa nih…
Buat rase lapar plaaakkk…
Kang kembong msk angin nk kentot segaannn…
Hahahahha…
kak yulie aku takda pesbuk.. tapi laki aku ada.. aku stalk kak yulie pakai fb laki aku.. hahaha.. tapi aku tak add kak yulie la.. nnt laki aku tengorat kak yulie kang beperang pulak asben2 kita.. hahahah
Hahaha…
Kang nanti viral “Pengomen FS itu adalah scandal suamiku”
Papp… Ttibe jadi novel… ??
Btw.. mami ..kau org mana ek ?
Idea baru ni.. xtau lak…al maklum la.. dulu teman ni pakai hp baling hanjing.. (sian hanjing..napr bukan natang lain ek?)
Padulik sanaa..
Dulu anak2 semua nanges2 jer.. mcm2 alunan lagu dah.. hahaha.. smpai2 teman berjalan dodoi kan ank2 dr ruang tamu naik ke tingkat atas.. trun balik tngga.. smpai la jam 4 5 pagi.. nympah dah tikus2 lipas2 nengok muke ni.. semak jerr.. seksa nye lahaaiii
aku parents asal kelate tapi aku org selangor.. gahah.. aku pon mcm kau annur.. tu aku gugle cara nak bagi budak jgn nangis n tdo lena.. bunyi vacuum berkesan.. mmg selamat.. anak2 aku kembung pon pakai bunyi vacuum dia jadi tenang.. aku tanya paeds anak2 aku.. dia cakap mmg vacuum salah satu cara nak tenangkan anak.. kau cubalah kalau ada baby baru nnt.. tp baby je tau.. yg dah toddler tak layan dah diorang..
Selain bnyi vacuum.. bnyi kuali tang3.. boleh takk…??
Perghh tu jam bapak budak ni hayun haku dari tingkat hatas ke bwah tergolek aku… hehehe..
(Haku fening tgk ruang komen dh jd cm hamendee tahhh…)
Bile due mami ni.. (eh btul ke?)
aduh lannur tertelng pale aku bace tulisan tegak ni.. bunyi kuali m**i nak jiran pon gegor umah kau nnt.. hahaha.. aku due tahun depan bulan 4 daa.. lame lagi.. anak no 3 aku pon baru 9bulan.. dasat tak.. doc sampai marah2 aku peknen semua rapat2.. acane doc aku kejor target sebelum 30 anak 4.. haha
Mencik toi haku baca komen melintang cenggini…
Admin saja kan nak suruh org mngejaa…kehjamm btoii la admin niii…ohh..kira dah 30la no ekk.. nk pnggl kakak ke acaner nii.. kite baru 14tahunn..
Muahahahahahahahah….
serious ah vacuum? power gila 😮
Pandei ank ko kan…
Dh praktis dr kecik…
Sok dh besar mak soh vacum lajuuu jer die bg alasan xnak sbb nnt tertdo…
Dah selamat terlepas dr kena buat satu keje umah…
Hehehehehehe…
kahkahkah.. ade je kak yulie menghiburkan petang aku.. patut la bila aku vacuum uma anak2 aku tutup telinga.. takut tetido upenya.. bunyi vacuum ni bekesan utk baby bawah 1tahun je kak yulie.. dah atas setahun tak jalan.. bg je dorang katun pastu kita tdo lah.. hahah
Oooo effect die tu jangkamasa pendek jer ekk????
Mgkn mase baby tu ko suke dodoikan anak smbl nyanyi kot…
Soo ble die dgr bunyik vacuum tu die sedar yg bunyik vacuum lg membahagiakn dr dgr suara mak diorg yg acah2 Kilauan Emas Gegar Vaganza tu…
Klu akk tu mmg dh kecik ati sesgt tu…
Hahahahhahaha…
hahahah.. kak yulie tau2 je anak aku trauma dgn nyanyian aku.. anak aku yg first umo 4tahun buat baca buku siap cakap.. mami diam jap bleh tak.. nampak tak kakak baca buku.. lagi kecik ati aku bebanding dia tau.. kecik2 pandai kondem mak..
Xtau lak bunyi2 vacuum, tv rosak tu bole buat baby tido…
Kalo kita yg dgr kompem tutup telinga…
Btw, parents mami klate kat mana??
Parents syer org klate gak
nkp caqy dengaq pun rasa serba salah aih .. stg dok hafal nyanyi naiya ja …huhuhu
Wehhh aku memang takut nak dengar lagu tu, meremang dengar!
Aku tengok luna maya nyanyi lagi tu dlm movie The Doll. Perghh..meremang bhai.
Lingsir wengi sliramu tumeking sirno
Ojo tangi nggonmu guling
awas jo ngetoro
aku lagi bang wingo wingo
jin setan kang tak utusi
jin setan kang tak utusi
dadyo sebarang
Wojo lelayu sebet
**Maksud
Menjelang malam, dirimu (bayangmu) mulai sirna
Jangan terbangun dari tidurmu
Awas, jangan terlihat (memperlihatkan diri)
Aku sedang gelisah,
Jin setan ku perintahkan
Jadilah apapun juga,
Namun jangan membawa maut
Lagu tidur kan baby apa cenggini? Ni tahap baby baby genius je aku rasa
Tdokan mayat baby koottt…
Huhuhuhuuu…
Ahahahahhaa… maksud nye pun dah seramm.. menggong toii..
Kan kak yulie. kita husnudzon je lerr
Akk mmg selalu husnudzon…
Tolonglah percaya…
mcm susah nak pecaya la kak long kawasan slalu husnudzon..
i trust you kak yulie, i trust you. *brofist
Betul betul. Debik singkong ni kak yulie, dia taknak percaya. Berani dia buat kak long kawasan eh. ish ish
Kan akk dah kate TOLONGLAH PERCAYA tu makanye jgnlah pertikaikan lagiiii…
Kang akk meroyan kalah Nenek Kebayan kematian Atok Kebayan br korg tau…
x lagu asal dia lirik lain lagi.. ini lagu yg kena ubah lirik dia untuk di masukkan dalam movie..(x ingat movie mana)
wah liriknya siap ada perintah jin bebagai tdokan anak.. ini kalau pasang ni tdokan anak.. siap2 play aku lari dulu..
Udahnye anak x tdo, maknye dh smpi masjid lari ketakotan…
Melampo ko ekk…
Hahahahha…
hahah.. dasat imaginasi kak yulie aku lari sampei masjid.. takdelah kak yulie.. aku takut aku kat mamak je.. mamak kan meriah sket.. masjid sunyi.. sape je ada kalau dah malam.. silap2 bertembung pulak gn jin islam baru nak isyak.. jin laghoo lah katekan solat pon lewat2.. tak ke haru..
lari dekat kedai mamak kang encik asben perati je mamak tu ..haha lari sejid je la kak..
kahkah kau point penting tu pasal asben aku tu dik.. yg btolnye baik aku jgn pasang lagu tu.. umah aku dah la angker dik.. tanak aku bangkitkan yg menumpang kat umah aku ni.. hahahah..
Lepak mamak kena plak ade bola kaannn…
Die punye ramei tu jin pn surender…
Pernah dengar kt radio Misteri jam 12…
Lagu tu katanya memuja makhluk halus..
Wallahualam…
Gigihnye pasukan pancaragam sek ko siap buat latihan 3h2m tu…
Mmg panjang akal ler utk bebudak yg kretip ni…
Tu klu soh Singkong ke, Faz ke, EL ke, baru aman latihan ko tanpa 6Jahanam sbb diorg ni mmg dh x ke mane punye klu ade aweks kt group tu…
Inikan plak aweks pancaragam, mmg peewwiitttt koottt…
Hehehehehee…
Tapi kan…
Sebut 6Jahanam ni tingat zaman sek men dlu…
Sllu kena kaco ngan bdk laki form5 satu group tu…
Dahler mse tu zmn kegemilangan rambut botak2 tu kan…
Serem koottt satu group bdk senior botak kaco ko secara berjemaah…
Akk dhler br form2, sunti suci lagi kaannn…
Mmg lajuuuu jelah akk buat kdri cukur jambul letak nme diorg 6Jahanam…
Hahahhahaha amek kooo…
amboi kak. hahahahhaha.. mesti kak yulie dulu ni hotsetap kat sekolah kan..
kalau x, x nye 6jahanam tu mengacooooo hahahah
konpom la hotsetap ko.. sampai skg ha kau tengok dia hotsetap kat fs ni.. tapi aku syak kak yulie gengster kat skolah.. kak yulie i love u nak sain (sambil angkat baju tang perut)
Skrg sikit sikit nak hot, salah sikit nak hot, kipas m**i kejap akk naik hot…
Hotsetap dh jadik hot sentaapppp…
Hahahahhaha…
Hahahaaha…
Akk dlu sek pengawas yg pengganas…
Geng2 kongsi gelap kat sek tu pn takot ngan akk…
Akk bkn jenis maki hamun, akk jenis gune mata pon org dah seriau, gituuu…
Soo ganeh x ganeh ar kaannn…
Tp entah ekk…
Ghamei plak peminatnye…
Siap penah ade jurulatih tetbe dtg umh nk merisik bagai, pdhal suami org tu…
X cukup bonzer ke akk ni gamaknye…
Nak kena letak parut kt pipi ni br nmpk lg bonzer kaklong kawasan kot…
mungkin kak yulie anggap jeling gune mata pon org seriau, tp bagi dorang dari mata turun ke hati kak kahkahkahkah
dari kerana mata gitcheww~
Ha’ah kaannn…
Salah perhitungan silap percaturan ar akk ni ekkk…
Patot makin garang makin ku jegil makin ramai yg masok line…
Adooiiii..
haha.. maira tahu macam mana berkuasanya gune mata ni… jelingan maut
Haaa kaannn…
Smpi skrg jelingan maut tu otai masih berbisa taauuu…
Hehehehehhe…
den dulu gudboi kak.. den 24/7 duk kat library je.. hahah 24/7 tuh.. silap2 mak aku da buat report polis anak dia ilang..
Akk dlu lepak gak library…
Tp xleh study aarrr…
Stalker ghameiii…
Tersipu2 akk kena tenung dibuatnye…
Jiwa kacau, hati meracau…
Hahahahah…
Aku duk library dulu sbb yg 20k tu Librarian kak.. Hahaha
Kalau x mmg den dalam class art je la.. Haha
Woowww…
Budak cerdik2 nerd2 ni cinta berputik di library…
Akk kompius nape kena 20k???
Patotnye ko bg die rak buku jer bebyk…
Baru kena ngan jiwa die kaaannn…
Hahahahhaha…
woww..20k..banyak tu..hahaha
aritu da 10.9k..skg da cukup 20k ke belum singkong?hehe
Yg cerdiknye dia kak den numpang cerdik je.. Tu pasal bapa dia simpan 20k kut.. Haha bapa dia x yakin kot tgk muke den..
Org yg cerdik ilmu blom tentu cerdik akal…
Ade jer akk sllu jmpe manusia yg belajor mmg tiptop…
Tp daya kepekaan die x dpt mengatasi daya kePEKAKan…
X hirau masalah atau kebajikan org lain…
Dia tau life dia sdri jer…
Setereeeass hadap manusia cmtu, apatah lg org tu dlm fmly sdri…
Akan ku bimbing dia ke jalan yang benar kak.. hahaha
Haruuussss…
Depo dh letak 20k kot kaannnn…
Xkan nk burn cmtu jer klu ko biorkan…
Hahah cikbambam x cukup lg.. Nak tambah ke? Ingat nak join program bersamamu.. Kot2 nnt ada orang sudi tolong cukupkan.. Haha
Bahaya kalau baca atau seru sesuatu yg kita xfhm maksudnya..apa pn blh dijadikn pngjaran kisah ni.
Dengar je takpe lagi kan? Jangan taksub sangat sudah lah.
dengar je xpe faz hehehe…
Kalau dengar pn sebab trdengar..itu pn mampu trdengar skali je lh..Cik Pelangi xsanggup nk dengar bnyk kali.
dengar je xpe bro mcm kau cakap JANGAN TAKSUB…. tp yeke lagu ni lagu puaka?????
dh dgr lagu tu .kt google kata lagu tu bukn panggil hantu .lingsir wengi ade 2 versi.yg pertama versi ketuhanan(,mengingatkn kita pada pencipta).yg kedua versi kuntilanak dlm film tu ^^ .
Lagu ni asal dari wali songo .lagu agama..ntah mcm mana modified jadi lagu puja kuntilanak lak..
done baca
dalam cerita The Doll 2 ada lagu ni kan? maksud dia pulang petang
Test jap… (sory..)
oiii dhorhaka ni ..kau ambk nama kak long kawasan..
Hahahahahhah…
Pepagi dh menjelma singkong ni…
Akk ejas gambor x settle lg wooo…
Menjelang malam, dirimu (bayangmu) mulai sirna
Jangan terbangun dari tidurmu
Awas, jangan terlihat (memperlihatkan diri)
Aku sedang gelisah,
Jin setan ku perintahkan
Jadilah apapun juga,
Namun jangan membawa maut
Translate ,lagu tu lbih pada pemujaan..sejarah lagu tu ,tak tau siapa pencipta lirik lagu tu..nk try ble tpi jgn sorg2.
?
erk… seram plk nak dgr lagu lingser wengi
Lagu tue mmg seram…
Asal lagu lingser wengi ni sebenarnya lagu dakwah. Kalau tahu tntang kisah 9 wali dari indonesia. SalahBig seorg dri wali tutu berdakwah melalui syair atau, lagu. Versi pemujaan ni plk, diubah khas utk pembikinan satu filem seram indonesia
Wallahualam.. sbb sy pernah terbaca pasal ni dulu