Lagu Rindu Bayangan

RI
Salam admin dan pembaca semua. Kali ini aku share pengalaman sewaktu kerja kilang.
Kisah ini berlaku pada tahun 80an. Aku baru selesai tamat persekolahan menengah. Aku dan rakan-rakan telah berpakat yang masing-masing akan membeli raket badminton yang berjenama Yonex. Sebelum ini kami hanya mampu guna yang biasa iaitu beli di kedai runcit dengan harga belasan ringgit. Itupun dah mahal. Raket pula berat. Seorang dari rakan kami sudah bekerja dan telah membeli raket Yonex membuatkan air liur kami meleleh. Aku bertanya bapa saudara yang bertugas sebagai tukang kebun samada ada kerja kosong di kilang tempat dia bertugas.

Akhirnya aku telah di tawar sebagai operation operator di sebuah kilang radio kepunyaan syarikat Jerman. Gajinya tidaklah begitu mahal tapi asalkan tercapai target untuk membeli raket, aku bersabar juga. Aku amat gemar menyanyi ketika bertugas. Ramai gadis-gadis suka dan kadang-kadang mereka meminta aku menyanyi untuk mereka. Aku ni ibarat seorang artis lah di kilang tersebut. Aku masih ingat ketika itu lagu Rindu Bayangan mendapat tempat di hati remaja di malaysia. Ia dinyanyikan oleh Jay Jay dari kumpulan Carefree
Bila kukenang kurenung gambar wajahmu
Kisah yang lalu tak akan berulang lagi
Lupakan saja cerita lama
Usah dirayu pada yang tak sudi

Itulah lirik lagu Rindu Bayangan yang sering menjadi siulan anak-anak muda termasuk aku. Kadang-kadang ada permintaan agar aku menyanyikan lagu ni dan aku tunaikan. Mengalir airmata yang mendengar. Putus cintalah tu. Walaupun aku suka menyanyi, waktu solat memang aku jaga. Satu yang aku tak gemar ialah, aku dan rakan-rakan di halang mengerjakan solat Jumaat. Kata Line Leader itu atas arahan Personal Manager tapi personal manager seorang melayu muslim. Kenapa dia tak mengizinkan. Akhirnya aku beranikan diri bertanya kenapa kami di halang mengerjakan solat Jumaat. Akhirnya kami di beritahu itu atas arahan pihak atasan yang berbangsa Jerman.

Kami meminta jasa baik Personal Manager agar dapat berbincang dengan pihak atasan bagi membolehkan kami solat Jumaat dan kami bersedia gantinya bila-bila masa saja. Syukur kami mendapat persetujuan dari pihak atasan agar kami pulang lewat pada hari Jumaat. Selalunya habis kerja jam 5 petang dan kami kena kerja hingga jam 8 malam sebagai ganti solat Jumaat. Hari Jumaat pun tiba. Aku datang dengan memakai baju melayu. Aku terlalu gembira sebab inilah pertama kalinya kami dapat mengerjakan solat Jumaat. Itupun hanya 5 orang yang sanggup menerima cadangan agar kami kena bertugas hingga jam 8 malam.

Hati terasa tenang dan gembira bila dapat melakukan yang wajib. Bila aku selisih dengan rakan-rakan wanita, aku pasti akan menyanyi lagu Rindu Bayangan. Ada yang malu-malu dan ada yang gembira mendengarnya. Bila tiba jam 5 rakan-rakan yang lain semua keluar dan tinggal kami berlima membuat kerja pancking barang di dalam store. Kata line leader dia akan pastikan kesemua barang telah di pack bila dia masuk kerja keesokkannya. Kami pun terus melakukan kerja. Jam 7 petang aku ke tandas. Aku ON lampu tandas lalu membasuh muka. Tiba-tiba aku terdengar bunyi air di flush. Aku diamkan saja. Sangkaanku mungkin tandas itu rosak. Sedang aku basuh muka, aku terdengar…

Bila kukenang kurenung gambar wajahmu
Kisah yang lalu tak akan berulang lagi
Lupakan saja cerita lama
Usah dirayu pada yang tak sudi
Serta merta rasa seram menyerang aku. Aku dah pasti tiada orang lain selain aku sebab sebelum masuk tandas dalam keadaan gelap. Jadi siapa yang nyanyi lagu Rindu Bayangan.

“ Man… Man. Macam mana suara aku.” Tanya suara. Aku terus terdiam. Tangan aku dah menggigil. Kenapa dia panggil nama aku Man. Di kilang aku di panggil dengan nama Ariff
“ Man..Man..Awat hang diam. Suara aku ok ka.” Tanya suara. Aku hampir longlai akibat ketakutan namun aku lawan perasaan takut aku.
“ NI sapa dalam toilet.” Tanya aku
“ Laa..Hang tak kenai aku ka Man. Aku kawan hang. Bila kekenang kurenung gambar wajahmu..” Terus dia menyanyi
“ Macam mana Man suara aku.” Tanya suara lagi
“ Boleh la.” Jawab aku terketar-ketar
“ Bukan macam suara hang ka Man.” Tanya suara lagi. Aku dah semakin gigil

Aku terus melangkah keluar. Belum sempat buka pintu lagi suara itu terus memanggil aku..
“ Man..Hang nak pi mana. Hang tolong buka pintu sat.” Kata suara. Aku semakin takut
“ Merepek. Takkan aku nak buka pintu. Hang buka la sendiri.” Kataku dengan suara terketar-ketar
“ Man..hang tolong buka sat. Aku tak nampak ni.” Kata suara
“ Kan lampu cerah. Takkan hang tak nampak.” Kataku
“ Ala Man. Tolong la buka. Betoi aku tak nampak ni.” Kata suara. Akhirnya aku mengalah dan patah kembali untuk membuka pintu. Terketar-ketar aku membuka pintu tandas. Bila terbuka saja pintu aku terus longlai. Seorang lelaki memakai baju tapi tiada kepala sedang duduk di atas jamban.
“ Macam mana suara aku Man.” Katanya. Terus aku kumpul tenaga lalu buka pintu dan terus berlari ke arah rakan-rakan aku.

Terkejut rakan-rakan bila melihat aku yang begitu pucat dan tangan terketar-ketar. Bila mendengar cerita aku, masing-masing tidak berani ke tandas. Tepat jam 8 malam kami punch kad dan terus pulang ke rumah. Keesokkan harinya aku ke tempat kerja. Rakan-rakan bila berjumpa lalu bergurau
“ Itu dia Ariff Rindu Bayangan dah sampai. Man…ooo Man.” Gurau mereka di ikuti ketawa dari rakan-rakan yang lain. Bila berada di line ada yang meminta aku menyanyi lagi Rindu bayangan tapi aku menolak. Masing-masing dah kehairanan mengapa aku menolak dari menyanyi. Akhirnya kisah hantu menyanyi lagu Rindu Bayangan telah tersebar. Ada yang takut dan ada yang ketawa perli bila melihat aku.

Ketika sibuk membuat kerja, tiba-tiba terdengar wanita menjerit dan di ikuti yang lain. Keadaan menjadi kelam kabut bila ramai pekerja wanita telah histeria. Ada yang menjerit dan ada mata yang terbeliak melihat di atas siling sambil berkata tak ada kepala…tak ada kepala. Aku dan rakan-rakan saling berpandangan. Mungkin inilah yang aku jumpa dan mengganggu wanita pula. Akhirnya personal manager bertanya kami samada ada sesiapa yang dapat membantu pulih rakan kami yang histeri. Aku terus hubungi sepupuku dan akhirnya dia datang.

Di pegangnya seorang wanita yang meracau-racau
“ Hang siapa.” Tanya sepupuku
“ Aku Rindu Bayangan hehe. Bila kukenang kurenung gambar wajahmu.” Kami berpandangan sesama sendiri.
“ Rip..Lain kali kamu jangan nyanyi dah lagu Rindu Bayangan. Berhantu lagu ni.” Kata Line leader. Aku hanya diam saja. Betul katanya. Lagu ni hantu cukup suka. Akhirnya kesemua pekerja wanita yang terkena histeria dapat di pulihkan. Menurut kata mereka, mereka melihat lelaki tanpa kepala sedang berjalan-jalan di dalam tandas sambil menyanyi lagu Rindu Bayangan.

Menurut kata sepupuku, banyak makhluk berada di dalam kilang tempat kami bekerja. Masing-masing melihat ke arah aku sebab aku yang selalu menyanyi lagu tersebut. Bermula saat itu aku tidak lagi menjadi penghibur dan rakan-rakan tidak lagi meminta aku menyanyikan lagu untuk mereka. Mungkin mereka juga takut makhluk mendengar dan melihat dan tak mustahil ia akan meniru lagu tersebut dan mengganggu pekerja. Kadang-kadang bila terdengar lagu Rindu Bayangan di radio, pekerja akan cepat-cepat menutup radio. Lagu Rindu Bayangan memang lagu maut bagi kami. Akhirnya bila aku dapat memiliki raket Yonex terus aku mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan meninggalkan memori rinduku di situ.

#Ariff Budiman

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 2.5]
Ariff Budiman

49 thoughts on “Lagu Rindu Bayangan”

  1. Tak ada kepala dia boleh pula menyanyi. Maaf tapi bahagian masa dalam tandas tu kelakar sikit. Jahatnya entiti tu main-main macam tu :’)

    Reply
  2. Omang aihh.. Seram den ghaso eh. Tapi kan, tmpat keje den pn kampeni jerman. Boleh yo bebudak lelaki ni p mesejid, solat jumaat? Kalau tak boleh, boleh buat report tau. Maun kampeni tersebut kono saman.

    Reply
  3. BIDAN KAMPUNG

    Hyee assalamualaikum .. kali ni aku kembali lagi untuk share story ke-2 aku . Sebelum tu nak ucap terima kasih kat admin sebab sudi post cerita aku sebelum ni . Terima kasih jugak yang komen positif kat post aku buatkan aku lagi semangat nak share story kat sini . mintak maaf writing kurang menarik but i’ll try my best

    Cerita sebelum ni ialah kisah aku sendiri pertama kali tapi untuk cerita ke-2 aku ni berdasarkan kisah sebenar yang dialami oleh mak aku sendiri yang merupakan seorang Bidan ( Bidan kerajaan ye bukan bidan kampung hihi ) . Mak aku bekerja sebagai bidan dah hampir 35 tahun tapi sekarang dah hampir 5 tahun pencen . Alhamdulillah masih diberi kesihatan . panjang pulak muqaddimah

    Mak aku seorang bidan kat sebuah klinik kerajaan kat sini since awal dia berkhidmat . maknanya dah 35 tahun mak aku berkhidmat di klinik yang sama & kampung yang sama . Mak aku ni sangat femes kat kampung aku lagi-lagi dalam kalangan makcik-makcik tua pangkat nenek yang kebanyakannya bekas bidan kampung dulu-dulu. well korang mesti tahu bidan kampung zaman dulu amalan dorang macam mana . if ada yang tak tahu boleh google huhu . ape yang boleh aku highlight kat sini ialah bidan kampung ni biasanya diorang akan amalkan ilmu pendinding & ilmu-ilmu seangkatan denganya , dan ada jugak sebahagian darinya yang bela saka atau pendamping. lebih kurang dalam movie seram yang kita tengok kat tv.

    Back to the story ..

    kejadian ni terjadi lebih kurang 25 tahun dulu .. masa tu aku tak wujud pun lagi . so cerita ni based on mak aku & family aku yang lain cerita . Skop kerja mak aku sebagai bidan ni kebanyakannya akan meronda keliling kampung untuk melawat ibu-ibu lepas bersalin . Sebab tu mak aku memang sangat dikenali waktu tu . mak aku ni jenis peramah & prihatin orangnya . lagi2 dengan orang2 tua .

    Dijadikan cerita , suatu petang tu mak aku dalam perjalanan nak balik kerja . Sebelum sampai rumah, mak aku singgah kat kedai runcit . Sebelah kedai runcit tu ada sebuah rumah kayu usang. kalau korang tengok rumah tu, korang takkan expect akan ada lagi orang tinggal kat rumah buruk macam tu sebab struktur rumah tu pun kalau aku melompat sikit confirm roboh habis . (aku tahu sebab sampai sekarang rumah tuh still ada lagi kat tepi jalan)

    Mak aku cerita, rumah tu dulu dihuni oleh seorang bidan kampung yang sangat terkenal dekat kampung aku . boleh katakan kebanyakan orang kat kampung aku ni bersalin semua disambut oleh bidan tu waktu tu. Aku lupa apa nama bidan tu . haha aku bagi nama dia Mek .

    Masa kat kedai runcit tu, mak aku sembang2 pasal rumah buruk tuh dengan makcik kedai tu . Kata makcik kedai tu, bidan kampung tu ada lagi dalam rumah, cuma dah lama tak nampak dia keluar . Tak ada siapa pun berani datang jenguk dia.

    Mak aku terkejut bila tahu cerita tu . mak aku beli sedikit makanan . Keluar dari kedai tu, mak aku pun parking kereta depan rumah usang tu . Mak aku cakap dia sendiri pun tak tahu mana datangnya keberanian dia nak terjah rumah usang tu . Tapi disebabkan rasa prihatin bercampur risau kalau-kalau orang tua tu dah meninggal tak ada orang yang tahu , mak aku beranikan jugak kaki melangkah naik ke rumah tu .

    Mak aku pun bagi salam , banyak kali tapi tak ada orang yang jawab . Mak aku pun cuba untuk buka pintu rumah tu . Bila pintu rumah tu dah terbukak, semerbak bau busuk keluar . busuk yang amat ! Mak aku sendiri tak dapat nak gambarkan macam mana bau nya . Bau najis bercampur hancing sebab pintu tingkap semua tertutup . rumah gelap . mak aku fikir mustahil masih ada orang tinggal kat rumah tu .

    tiba-tiba…….

    korang boleh bayangkan tak seorang nenek tua yang sangat tak terurus duduk dalam gelap atas lantai rumah yang penuh dengan najis.. bila dia nampak mak aku buka pintu rumah dia , terus dia merangkak nak datang kat mak aku .
    (aku terbayang rupa dia time ni allahu)

    Dalam kelam cahaya dari luar, mak aku boleh nampak muka dia time tu. Muka nenek tua dengan rambut beruban panjang ( tak la panjang sangat ) dengan baju lusuh yang kotor & berbau . ( aih terbayang lagi)

    “Mek, ni nor mari ni jenguk mek”
    Mak aku bersuara sambil perlahan-lahan kaki masuk ke dalam rumah yang gelap tu

    Tiba-tiba mak aku dengar suara nenek tu menangis

    “Mu datang nor, bawak balik la aku nor”
    menangis sambil merangkak nak datang kat mak aku .

    “Mu heret la aku nor, aku nak ikut mu balik, mu ikat la tekak aku nor, mu heret la aku macam binatang pun. aku nak ikut mu” mendayu-dayu dia menangis

    Mak aku terkejut
    “saya tak boleh bawak balik mek, saya nak mari jenguk mek je . Mek dah makan ke?”

    “aku tak nak makan nor, aku nak ikot mu balik, jangan tinggal aku nor,tak ada orang nak ambik jaga aku nor, ambik tali ikat aku nor, heret aku balik dengan mu”
    menangis orang tua tu dengan suara terketar-ketar ( suara nenek2 )

    Mak aku dah tak sedap hati waktu tu

    “saya tak boleh bawak balik mek, saya bawak makanan sikit ni untuk mek . Mek makan ye . saya kena balik dulu . nanti bila2 saya datang jenguk mek lagi .”
    Mak aku pun keluar dari rumah tu & balik ke rumah
    (dialog ni aku reka sikit2, tapi makna tetap sama dengan mak aku punye cerita)

    Sampai rumah, mak aku tak cerita kat sesiapa pun tentang kejadian petang tu sampai la malam tuh,mak aku demam teruk sampai mengigau & meracau . Ayah aku cakap memang tak tidur malam tu sebab mak meracau teruk . Hampir seminggu mak aku demam .

    seminggu lepas tu..

    Bila dah sihat dari demam, mak aku masuk kerja seminggu selepas kejadian kat rumah nenek tua tu .

    Petang tu, balik dari kerja mak aku singgah kat kedai runcit haritu . Makcik kedai tu pun cerita, katanya bidan kampung yang tinggal dekat rumah usang tepi kedai tuh dah meninggal dunia minggu lepas .

    Mak aku terkejut . Innalillahiwainna ilaihirojiun

    Kata makcik kedai tu, arwah meninggal minggu lepas , sehari selepas mak aku lawat dia . Mayat dia orang jumpa lepas 2hari dia meninggal bila orang lalu lalang terbau bau busuk dari dalam rumah tu .
    Al-fatihah …..

    ****

    Beberapa tahun lepas kejadian tu , lebih kurang 10 -15 tahun ( waktu ni aku dah lahir, umur berapa aku lupa yang pasti kecik lagi ) Mak aku kerap sakit . kadang tu sampai menjerit2 . katanya sakit dekat belikat belakang, sakit dada sampai sesak nafas . habis adik beradik kitaorang turun tolong urutkan . pernah masuk wad sebab sesak nafas teruk sangat tapi doktor tetap tak boleh nak detect penyakit .

    Semua doktor pakar kami ikhtiar untuk sembuhkan mak . Ayah aku pun putuskan berubat cara kampung sambil2 berubat cara doktor . satu malaysia kami sekeluarga jelajah untuk cari segala jenis dukun, pawang & pak ustaz . kebanyakannya kami jumpa ustaz untuk berubat cara islam .Sepanjang bertahun tu, macam2 jenis ustaz yang aku dapat jumpa .

    Rawatan untuk sembuhkan mak ambil masa yang sangat lama . aku lupa dah berapa tahun tapi lama sangat . sepanjang masa tuh, banyak perubahan yang nampak pada mak . Makan kadang selera, kadang tak selera . Tapi bila time ada selera, selera makan dia lain macam .Bile time maghrib pulak kadang2 tak boleh dengar azan, lari masuk bilik air .Kadang2 tengah tidur meracau nampak ada lembaga besar warna hitam dekat kaki katanya . macam2 lagi lah yang terjadi.

    Kebanyakan ustaz yang kami jumpa akan tanya soalan yang sama .
    “pernah terima apa-apa ‘barang’ dari nenek moyang atau sesiapa sebelum ni ?”

    cari punya cari puncanya , mak aku pun buka lah cerita pasal kejadian petang tu pada ustaz . Mengikut apa kata ustaz, ‘benda’ tu dah lama penumpang di badan mak .Benda tuh adalah saka. Ustaz kata ‘benda’ tu menumpang sebab mak terima dia daripada tuan dia .
    Terima ada banyak jenis & kejadian yang terjadi pada mak aku petang tuh salah satu cara menerima ‘saka’ tu.

    Mulai dari saat tu, mak buat rawatan islam tanpa henti . segala macam jenis ayat mak baca & amalkan . ye , ‘saka’ tu pernah melawan sebab dia taknak pergi dari mak aku . dia selesa berdamping dengan mak aku . Alhamdulillah lepas bertahun berubat, dengan kuasa Allah swt, hari ni mak aku dah sihat & pulih seperti sedia kala . dari aku kecik sampai aku dah masuk sekolah menengah baru mak aku sihat sepenuhnya .

    ‘saka’ tu ?? wallahualam dia kemana . masa rawatan buang ‘saka’ tu aku tak dapat tengok sebab ustaz kata aku lemah semangat . haha

    sekian kisah aku ..

    Maafkan salah silap sepanjang aku berkarya . Maaf atas kekurangan . Kalau jalan cerita kurang menarik harap diampun huhu . Inshaa Allah kisah yang aku kongsi ni adalah kisah benar yang terjadi dalam hidup aku . terima kasih admin jika approve kisah ke2 aku . Inshaa Allah aku akan kongsi lagi lain cerita .

    Akhir dari aku Selamat Hari Raya AidilFitfri maaf zahir & batin kpd semua pembaca FS
    Assalamualaikum ..

    Reply
      • Maybe sebab dia dah banyak kali hantar but FS tak publish langsung. Sama kes dengan aku lah. Dah send 3,4 kali cerita yang sama tapi FS tak publish kan pun. Sudah nya malas dah. So ni maybe effort dia lah nak orang baca kisah dia. Gittew.

        Reply
  4. Memalukan jua kau ani. Apa tah ertinya ni cakap cemani ah? Mun kana puji baik jua, ani terserlah palui mu ah. Sandi. Salah website eh tempat mu kan comment barang cemani ah. kira ragat lah kau cani ah? Pui. Hormat deh sedikit bahasa mu, tulisan Allah ada di mana mana. Kau kan cakap kotor pulang ni? Sadar tah bro. Memang si dd lari ni mun kau cemani

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.