Lali

Assalamualaikum.

Hai korang. Aku Fara. Last cerita aku pasal Karak kalau tak silap. Before tu ada dua cerita yang aku shared juga ; Tanda Gangguan and Gangguan Lagi. So hari ni nak share kisah mistik yang aku alami lately. Maybe tak seram sangat sebab tak ada penampakan yang ekstrem mana pun. Just ganggu-ganggu manja. Okay let’s start.

Bulan 4 2017 –

Masa ni gangguan macam berleluasa. Boleh dikatakan hari-hari. Bunyi ketukan pintu store. Bunyi kuali periuk berlaga tengah malam. Barang hilang tanpa sebab. Kadang remote tv yang kita letak atas almari tv boleh pergi ke meja dapur. Memang hangin je lah hati ni. Baran tak payah cakap. Pantang anak buat salah sikit. Membara je hati tapi laju-laju istighfar and urut dada.

So biras aku ni decide panggilkan Ustaz Tuah. Ustaz ni memang boleh mengubat orang terkena gangguan or so on. Sebelum tu biras aku tu called and minta i/c so aku snap and sent by whatsapp. Aku kerja, tak dapat nak lari balik. Tapi dorang teruskan juga even aku tak ada. Rumah aku ni kat belakang kedai makan biras and kak ipar aku ni je. Kiranya bila aku buka je pintu dapur, terus nampak pintu dapur kedai dia. Pintu belakang rumah aku ni memang aku tak kunci kalau siang sebab aku selalu keluar masuk ikut situ. So dorang boleh access ke rumah aku ikut situ.

Aku kat office dah rasa lain macam. Rasa macam tak sabar segala benda. Sampai masa balik, aku terus pecut laju ke rumah. Sampai je depan pintu, hati aku rasa sayu. Rasa macam sedih yang teramat sangat. Bila aku buka je pintu and melangkah masuk, terus sebak. Percayalah, aku menangis. Tak tahu kenapa. Rasa sedih macam kehilangan. Tapi tak tahu aku hilang apa. Aku masuk rumah and termenung atas sofa ruang tamu. Air mata bercucuran. Pelik betul.

Bila dah lega sikit, aku mandi and solat. Then ambil anak-anak and pergi rumah kak ipar aku tadi. Aku tanya biras aku tu, apa cerita tadi. Dia kata Ustaz Tuah tu pagar rumah aku. Dalam rumah dia ‘cuci’. Kalau kat tempat aku orang panggil ‘demah’. Benda yang ada kat aku tak dapat nak masuk rumah so tertinggal kat luar. Aku tanya benda apa. Saka, dia jawab. Dang! Nak gelak ke nak takut ke aku tak tahu. Tapi maybe sebab tu aku rasa sayu sangat sebelum tu. H

Jenis aku ni, tak mudah percaya dengan satu je sumber. Aku jumpa dengan yang lain juga. Kebetulan kat kilang aku ni memang ada sorang hamba Allah yang memang kerja dia mengubat orang tak kira dari ceruk mana. Aku rujuk juga dengan dia. And yes, jawapan dia pun sama.
Sejak dari kejadian tu, dalam rumah memang dah kurang gangguan tu. Tapi Ustaz Tuah tu cakap pagar tu tak selamanya kekal. Aku kena berusaha sendiri untuk buang benda tu dari badan aku.

Tapi, dia start menampakkan diri dia secara nyata. Masa tu dalam pukul 6.20 am. Lepas subuh, aku punya aktiviti kalau kelapangan akan jenguk tanaman cili aku kat laman belakang. So dengan tanpa takut and fikir apa-apa sebab dah subuh pun kan, aku buka pintu. Masa nak melangkah sarung selipar, aku terpandang kat ceruk pagar belakang tu, ada lelaki weh. Tinggi and badan boleh tahan gagah. Aku pandang dia dalam 5 saat then sengih sorang-sorang lepas tu mencicit masuk rumah. Sampai sekarang aku boleh imagine muka dia. Macam Saruman LOTR. Bengis. Hari yang lain, dia akan main panggil-panggil aku dari luar rumah. Yang ni memang banyak kali jadi.

Kejadian pertama :

Tengah remang-remang senja. Aku duk tidurkan anak aku yang baby tu sebab dia asyik merengek genyeh mata (buruk perangai tidurkan anak time senja). Tiba-tiba aku dengar suara anak jiran sebelah ni, Santhi, panggil-panggil aku. “Auntie! Oh auntie!” Gittew. Aku pun laung lah balik suruh tunggu kejap. Aku buka pintu tapi nan hado orang ye. Aku just husnudzon yang Santhi dah masuk dalam rumah balik so aku panggil dia. Dia keluar and tanya aku kenapa panggil. Aku cakap lah yang aku keluar ni pun sebab dia yang panggil aku sebelum tu. Dah lah dia buat muka pelik and menafikan. Maka berhuhuhu lah aku kat situ.

Kejadian kedua :

Malam dalam pukul 8.00. Kan aku cakap tadi kedai kak ipar aku kat belakang rumah aku. Setiap malam dorang anak-beranak tidur situ. Aku dengar suara anak dia yang Ayu tu panggil aku. Anak-anak buah aku panggil aku mokde. Masa dia panggil tu, aku tak nampak pula lampu belakang kedai tu bernyala. Bunyi kereta or motor pun tak ada tapi tetaplah dengan lurus nya aku buka pintu. Pun sama tak ada orang tapi yang ada angin sejuk je menderu masuk. Sekali lagi aku berhuhuhu.

Lepas daripada tu, setiap kali dengar orang panggil aku, aku akan tanya siapa banyak kali. And suruh bagi salam. Kalau ada jawapan and salam, aku buka. Kalau tak, kau duduk lah panggil-panggil sampai jemu. Aku syak masa tu dia rindu nak menatap wajahku yang sendu ni. Hahaha.

Anak aku, Sunan dah kurang takut dia kalau nampak. Ada sekali tu, dalam 6.45 petang, aku baru balik dari rumah mak mertua kat area rumah aku juga. Aku lalu depan taman permainan. Then Sunan cakap,”Mama, jom main taman. Kawan abang ramai tu. Nak main juga.” Gulp. Padahal kat taman tu kosong weh. Seorang budak pun tak ada. Tak tahu lah dia prank aku ke apa kan. Banyak kali dia berdialog macam tu dengan aku. Sabar je lah.

Pernah aku tunjuk satu gambar hantu KLIA kat kak ipar aku. Badan hitam besar and tinggi. Caption kat situ kata ‘PENAMPAKAN JIN DI KLIA’. Sunan ni ternampak. Terus dia cakap,”Mama, ni kawan abang. Yang main dengan abang kat dalam bilik mainan.” Terus aku telan air liur laju-laju.

Latest, 08/09/2017 (Jumaat). Dalam pukul 4.00 am. Aku terbangun sebab rasa sakit kat pergelangan kaki (buku lali). Sakit terseliuh tu. Sakit Ya Rabbi. Macam ada orang duk pulas kaki kau tanpa rasa bersalah. Macam tu yang aku rasa. Menggogoi juga aku menangis sakit. Bukan cramp tau. Cramp and sakit terseliuh tu jauh beza dia. Dalam 30minit baru macam okay sikit. Sebenarnya ni kali kedua jadi macam ni. Yang pertama tu memang terasa betul kena pulas kat kaki. Menjerit aku sambil tendang-tendang angin. Pagi hening juga masa tu. Now kaki aku memang sakit sengal-sengal. Jalan pun terhincut sikit. Entah petaka apa lah tu.

Aku pernah cerita kat ibu abah aku. Ibu aku menafikan yang benda-benda ni dari nenek moyang aku yang lampau even keris pedang segala benda tu ada kat rumah kami tu. Aku pun malas nak tanya lebih-lebih. Buat serabut kepala. Tapi ibu ada cerita, masa arwah abang aku hidup (al-fatihah), memang ada benda yang mendamping dia. Abang aku tak nak and pi berubat tapi benda tu tak pergi. Even dia tak menumpang badan, dia ada je sekitar abang aku tu. Ibu kata, agaknya lepas abang aku meninggal, benda tu start cari adik beradik lain untuk didampingi.

Entah lah, wallahualam. Aku pun malas nak fikir jauh-jauh pasal benda tu. Aku yakin dengan Tuhan. Semoga aku tak jauh dengan Dia. And memang dah lali sangat dengan gangguan ni semua. Lantakkan sana. Macam aku selalu cakap kat orang-orang yang prihatin dengan aku, selagi dia tak usik anak-anak aku, aku okay je. Sebab dia tak mampu memudaratkan tanpa izin Tuhan.

InsyaAllah, kalau ada lagi gangguan yang pelik-pelik, aku akan cerita lagi kat sini. Kalau diizinkan Tuhan. Sorry kalau tak seram mana and tak mencapai piawaian readers. Mohon ampun ye.

Fara.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]
FARA

5 thoughts on “Lali”

  1. Lali tu mesti sbb dh geram sgt dgn gangguan yg bertalu2 kan…
    Geram yg tahap saket hati smpikan ghase ignore tu lg bagus dr melawan…
    Heheheheheh…

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.