Lampu Chandelier Rumah

Assalamualaikum semua, sebelum ini saya tidak tahu untuk meluahkan kisah seram, selalu saya berkongsi dengan rakan rapat saya sahaja, tetapi sejak menjumpai page fiksyen shasha ia adalah peluang saya untuk berkongsi kepada semua pembaca

Kejadian ni berlaku semasa 2 tahun lepas, kira 2014 lah dalam tingkatan 3. Masa tu saya first batch PT3, memang stress betullah, ada pulak kerja kursus kena pergi keluar mengembara, cari orang isi survey, geografi saya selalu top dapat A, sejak geografi ditukarkan kepada kerja kursus saya dapat C!! KUAJAQQ, itu bukan yang saya nak ceritakan, tetapi pada tempoh membuat kursus kejadian ini terjadi pada saya.

Tugas kerja kursus tersebut ialah punca pencemaran udara di Malaysia, masa bulan ramadan (kuajaq betul bagi kerja camni masa bulan camni). So saya plan saya pergi tengah bandar, tangkap gambar, cari orang. Lepas tu pergi pinggir bandar masuk hutan FRIM, cari ape yang perlu. Apa yang kami buat tu perlu diprint (banyak duit kami nak print bebanyak, pastu letih pulak!). Dalam 2 hari jugaklah (hari sabtu dan ahad).

Lepas saya habis buat kerja kursus tuh saya balik, ibu bapa saya bukak puasa kat luar, kiranya dinner, beradik saya sedang di alam pengajian, jadi saya yang paling bongsu, duduk sorang2 dalam rumah, beli makanan kat pasar ramadhan yang dah tapau sambil buat kerja kursus. Lepas berbuka tu saya apelagi, whatsapp member, ajak berdota sampai pukul 12. Maghrib, isyak, tarawih memang tak buat, lagi pun masjid saya sangat jauh. Masa tu mane fikir dosa pahala, ingat puasa je!

Saya nak bagitau macam mane bilik saya, masuk sahaja bilik saya, depan hujung ada meja komputer, tepi dia beranda, belakang meja komputer ada katil. Apa lagi saya on komputer saya tutup lampu bilik masuk (bergelap dalam bilik) masuk akaun steam dan get ready untuk berdota. Waktu saya main tuh dalam pukul 9 malam, lampu chandelier dekat tangga saya tetibe berkelip, gila!

Lampu tu saya ingat lampu paling mahal dan baru (dalam 2 bulan lah) dalam rumah kami. Saya pun tutup pintu bilik. Dekat lantai bawah pintu ada cahaya lampu chandelier samar2 masuk dalam bilik dan masih berkelip dan ada bayang-bayang bila tengok sekali macam kayu, tengok 2 kali nampak macam kaki, saya tak mengendahkanya lalu saya memasang headphone saya tetapi bulu roma saya tegang mencanak. FIRST BLOOD! Oh yeah, tengah syok main tuh, lampu chandelier terpadam! Lalu ada bunyi yang berbunyi

“Shuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu”, memang panjang. Walaupun saya memakai headphone saya masih mendengarnya. Saya memang cuak, terus saya pasang speaker pasang ayat al-quran guna youtube sambil berdota, haa bagus sangat lah tu! And tengah syok lagi main tuh, video ayat al-quran dah habis, lepas beberapa minit tuh. Bunyi lampu chandelier tuh digoncang2! Korang bayangkan, rantai besi macam dihayun2kan, macam tulah bunyi lampu chandelier digoncangkan, and you know what is it, lampu tuh tinggi kot, mana ada orang boleh capai selain guna batang kayu!! Benda yang saya tak expect ialah orang ketuk pintu kuat dan laju, ok bunyinya macam mesin kira duit tu laju dia dan lebih kuat bunyinya berselang beberapa saat, saya pun tak tahan.tak pernah rumah saya ada kejadian camni.

Saya pun cabutlah dari meja komputer, masuk katil, selubung selimut, laptop biar terbukak, dota tak terusik tidur pukul 10 malam, esok bangun aku demam, fuhh nasib tak menjelma depan aku, tengah hari tu budak dah balik sekolah, member aku maki sebab afk (away from keyboard), aku tak bagitau ape yang berlaku semalam, ape aku kesah dia maki aku janji lembaga tu tak menjelma depan aku. Pasal lampu chandelier, electrician kata lampu tu terus rosak, kena short circuit katanya, nasib lampu tu ada warranty, ayah saya pun tukar lah yang lain (bukan design yang sama) ,pintu bilik saya tiada apa yang berlaku.

Oh ye, masa masuk hutan buat kerja kursus tu kami tak kutip apa2 selain tangkap gambar dan bertanya. Mungkin lampu tu yang keras kot. Saya tak pernah bagitau tentang perkara ini terhadap adik beradik saya dan ibu bapa saya. Lepas kejadian tuh, saya dengar orang ketuk pintu. Mungkin kucing saya bergaduh sampai terlanggar pintu barangkali! Dalam hati saya hendak sahaja saya panggil ustaz, tapi ayah saya ni tak percayakan semua dan dia mengaitkan dengan psychology, fizik(ayah saya pemikiran dia level orang sains). Adik beradik saya pulak tak kena pun gangguan dan tak bercerita pun pasal semua ni.

Tapi benda tu tak kacau dan tidak menjelma pun depan saya. Setakat bunyi bertukang, ketuk2 tu biasa dah biasa bagi keluarga saya. Anggaplah jiran yang buat ketukan tersebut.

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 3]

8 thoughts on “Lampu Chandelier Rumah”

  1. dik …tu semua peringatan supaya hang kn tinggalkan berdota yg tak berfaedah tu…waktu posa buat solat terawikh kat rumah pun boleh.

    Reply
  2. Ko kene jage2 dik..apak ko dh la saintis..xpecaye bende2 cegini..jgn ko dah murung nt baru ko igt nak semayang..ak cakap je..hahahhahahaha

    Reply
  3. aq faham perasaan kau pasal PT3 tu.. sbb aq pon first batch jugak… tp xpayah lah kot nak kata mcm tu… spm lagi penting… ?? good luck nanti ✌ btw Geo PT3 senang sebenarnya dr C dpt B ??

    Reply
  4. Tu la byk sgt komplennya…br projek skolah…lom ipt lg…ada la tu jin yg suka n mengikut dr luar…kn ckp td ada survey tmpt smua…sbb dia kacau pn adik sorang je…nmpk sgt la kan….

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.