Apakah cuma aku yang salah bermain ilusi?atau ia cuma hadir buat menguji.Pengalaman ku…pas berwarna kuning biru ku semat di leher.dua garis biru Dan kuning.size passport gambarku dan tarikh luput pass.warna biru aku punya kebenaran untuk ke loading bay kawasan barang kargo di bawah Dan kuning untuk di atas terminal.Cuma dua bahagian ini aku dibolehkan untuk jejak di bangunan Klia.hari2 ku menyelia pergerakkan pesawat BG JT pasti ada harinya berjumpa kargo HR(HUMAN REMAIN)@MAYAT.Kebanyakkan pekerja asing akan di hantar pulang menggunakan pesawat milik penerbangan negara mereka.contoh BG @Biman Bangladesh..SEDIKIT info untuk meyokong ceritaku sebelum ini.
Hal yg aku ingin ceritakan di sini sedikit berbeza..ianya berlaku ketika aku lagi bercuti…ketika cuti..dulunya aku rajin ke hujung landasan KLIA.tenang tatkala melihat turun Naiknya pesawat di sekitar litar sepang KLIA..kadang2 sampai leka Tanpa sedar maghrib menyapa.petang itu.aku dan Hanim menghabiskan Masa petang di tempat biasa…ia di hujung landasan KLIA berdekatan litar sepang…seronoknya di situ..ouh ya.kisah bermula..
Maghrib melabuh tirai perut menyapa lapar.tetapi Hanim Dan aku masih dibuai asyik melihat pesawat Naik Dan turun.khayal dibuai Dan kagum melihat betapa pintarnya MANUSIA sampai boleh membuat kepingan fiuslaj aluminium terbang di udara.
El.sapa Hanim….ye Nim…Hanim terketar menunjuk sesuatu…jauh di sorot lampu kuning mata kami tertumpu pada sesuatu.alahai beratnya kaki hendak melangkah KE dalam kereta.tetap kami berdua gagahi juga..di situ..Ada satu
Berdiri di bawah tiang lampu sorot kuning…
Seperti pendelum..(dibuai Kiri kanan pergerakkannya).ku genggam tangan Hanim…basah keringat..dingin….Nim relax.kami tidak berganjak untuk menghidupkan enjin kereta….lembaga itu masih JUGA bergerak kiri kanan seperti pendelum jam Kiri kanan Kiri kanan…..ia seperti satu kain selimut lusuh berbentuk tubuh manusia..ku gesa Hanim menghidupkan kereta perlahan.di belakang Ada sorot lampu high beam.ada org kebetulan lalu di situ.Jum Nim…..Hanim menekan minyak dan memandu sekitar 60km…apa yg kami lihat tadi di bawah lampu sorot itu x terhenti di situ.
Bau seakan bunga melati.ku kenal benar lagi satu bau.kapur barus dan kayu cendana..menusuk ke menusuk KE rongga hiding.dalam kereta..kami berpura sesantai mungkin..ku memandang Hanim.Hanim pun sama…sedikit lega bila sudah keluar susur ke pekan Nilai..kami berdua nekad untuk tidur sama malam itu.sesampai di rumah.
Hanim pun mengesa agar aku dan dia untuk membersihkan diri sebelum tidur.kaki ku bilas bersih di luar rumah.Hanim ikut sama.Enstek perumahan baru di sekitar KLIA.Perumahan di Bina tanah bekas ladang sawit.sunyi….malam itu aku Dan Hanim cuma termenung memikir Hal tadi.tiba2 diluar.ada ketukan ..tok tokk…****.aku x bersangka buruk.aku menyoal siapa? Ku buka tirai sedikit..mengintai.YA Allahhhhh…..muka itu betul2 di balik kaca jendela di depan ku.matanya keluar sebelah dan pipinya tersorot KE bawah sebelah.aku hampir pengsan…Hanim menerpaku dan membaringkan ku di sofa.dia mengambil tuala Dan mengelap mukaku dan berselawat mengembalikan semangatku…beberapa minit kemudian.terdengar ketukan bertalu2 dipintu.dan sliding door di gegar.aku teringat Ada CD yassin di Laci ruang tamu.ku jerit pada Hanim.Nim pasang CD cepat dalam Laci..namim gopoh menurut.tangannya JUGA terketar…..meletakkan cakera ke Laras pemain cd.yassin bergema….tetapi ia Makin mengganas.kami berpeluk…Hanim mencapai telefon Nokia Ngage nya.dan menyuruhku membaca sesuatu.”ku baca message itu “jemput hadir untuk tahlil arwah adik lelaki Saya yg meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di simpang Litar Sepang semalam.” sender Zairi…”..
El jalan tempat Kita lepak tadi….kenapalah kami xdengar ape2 info mengenai hal ini.hanim juga khilaf mengabaikan ape2 message masuk di telefonnya.bunyi diluar masih menganggu…dan malam itu kami di ganggu pelbagai bunyi…bunyi kuali di dapur dilagakan.pintu tingkat atas di hentam kuat…
Dan grill berterusan di goncang bagai ada amarah org yg melepaskan rasa baran….gangguan belum terhenti di situ..bunyi dengusan bagai terlalu dekat ditelinga juga mengganggu kami berdua….malam yg amat panjang sehingga kokokan ayam Dan bunyi anjing berlawanan bersahutan…kami xsedar bila kami terlelap…tidur dalam penuh ketakutan…..biarlah …..gangguan menguji cuma kekuatan kadang2 begitu lemah untuk diraih saat berhadapan situasi begitu……
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
Pening..
Kalau nak menulis, tulis la betul – betul.
Noktahnya. Huruf besar kecik nya.
Tegur kang kecik hati pulak.
Niat nak menulis ni biar orang senang baca dan faham.
Bukan untuk diri sendiri.
Korban MH17 dgn yang ni penulisnya sama tapi jauh benor cara penulisannya?
Korban MH17 lagi tersusun dan teratur ayatnya.
Copy paste ke ni?
Sorry. Yang MH17 pun sama cara tulis.
So bukan copy paste.
Memang orang yang sama. 😀
Betul tu… Dialog dgn ayat penceritaan sama aje… Kdg2 confuse… Ini ayat dialog ke, ayat cerita….
Biarlh….tu Cara pnulisan die..nak buat camne kann
El ni yg cerita EL tu ke?
Bukan rasenye…
EL ni pompuan…
Cerita EL tu lelaki…
Kak yulie!!! I miss u..lama x tgk akak kt sini…
hi Kak Yulie! masih setia membaca FS ye…
Tak paham aku. Pening oi baca facepalm
Biarlh….tu cara pnulisan die, nk buat camne kan
Waktu saya menulis cerita ini saya memang xde feel langsung….Mh17 penulisan saya.saya baru pindah di rumah baru ketika saya menulis cerita yang agak tunggang langgang ni…Dan pukul 3 pagi sunyi.tetapi entah pelbagai perasaan berbaur….xtau kenapa…..saya main post aje….sebab Ada rahsia di sebalik cerita itu.arwah Adalah tunangan hanim kawan saya adik kepada Zairi.Arwah accident Dan arwah pernah dilukai oleh Hanim dengan teruknya
Apasal tak masukkan fakta NIE ke dalam cerita? Apa kesudahannya? Cuma diganggu satu malam atau berterusan…NIE la yang buat aku tak suka rumah dua tingkat. Kalau boleh nak tinggal rumah open konsep, masuk pintu depan nampak seluruh pelusuk rumah he.
oh
errr…ceritanya menarik juga…tapi ada sesuatu yang kurang…gaya penulisan??
Gigih tu benda tu blh ikut sampai ke rumah….
Hanim pn kje kargo jugak ke..ke ejen kt dalam tu 😂