Lata Kekabu

#shizu Assalamualaikum peminat-peminat FS. Setelah sekian lama aku follow FS ni, aku terpanggil untuk berkongsi satu cerita berkaitan perkara-perkara mistik yang berlaku di kawasan rekreasi hutan simpan atau lebih tepat lata. Pertama sekali, nama aku Ju dan aku lelaki.

Pada awal bulan September tahun lepas, aku dan kawan-kawan aku pegi berkelah di lata yang agak ‘famous’ terletak di Hulu Perak. Ya agak famous dengan kecantikan dan famous dengan benda benda mistik. Pernah orang bercerita nampak sekumpulan orang mengusung keranda di persimpangan masuk lata tersebut pada tengah malam. Setahu aku lata tersebut dah pernah meragut beberapa nyawa sebelum ni. Yang lemas, terjun dalam sungai tak timbul balik. Walaupun banyak kes macam tu, orang ramai tak putus putus berkunjung ke lata tersebut. Lebih lebih lagi hujung minggu. Kalau kau pergi lambat memang ramai la orang. Meriah beb.

Dari rumah aku tak la jauh mana tempat tu, lebih kurang 20km. Setelah berbincang dalam group, beberapa orang shj yg boleh ikut sebab yang lain katanya tak cuti dan ada yang sibuk dengan hal masing masing. So, aku, Iman, Qayyum, Sha, Alya dan Aina saje yg boleh join.

Jam 8.30 malam sehari sebelum hari yang dirancang. “kling” whatsapp masuk. “wei jadi tak besok, aku nak bgtau mak aku ni” dari Iman.
“jadi, jom ikut aku beli barang jap” balas aku. Nak dipendekkan cerita malam tu aku pickup Iman kat rumah aku terus pergi beli barang untuk persiapan bbq esok. “wei aku harap esok semua datang awal la, bukan apa aku risau sikit kalau keluar lambat dari lata tu. Aku dengar macam macam cerita dah jadi kat situ. Keras beb” kata Iman masa kitorang borak² dalam kereta. “kalau jadi apa apa aku selamatkan perempuan je, kahkah” fuhh aku cuba bergurau dengan dia tapi dibalas dua jari tengah.

Keesokan harinya lepas zohor aku pegi rumah Iman, Qayyum dan Aina ambil diorang terus bertolak ke lata tersebut dari Gerik. Sha dan Alya datang sendiri naik moto sebab dorang study dekat Ipts di Kuala Kangsar. Dalam perjalanan tu ‘Kling’ handphone aku berbunyi. Whatsapp dari Sha “kitorang lambat sikit, ada member aku guna moto tak balik lagi, sial betul” haha. Aku pun okay je. Sampainya kitorang berempat dekat lata tu, aku tengok keadaan agak suram. Kereta ada lah dua buah dengan makcik jual goreng pisang. “asal doh tak ramai orang harini” Iman soal kitorang sambil menyedut asap john putih dia. Haha “Okay lah tu tak ramai, kita boleh cari port baik nak bakar ayam ni ha” Qayyum menyampuk.

“prapp prapp” Iman patah patahkan arang yang kami bawak. Nyalakan api. Sementara nak tunggu berbara tu sempat lah kami menyembang macam macam hal. Bila nak menyembang tu mesti kena ada rokok untuk perokok macam aku ni. “ahh rokok aku tertinggal dalam kereta la sial, jap aku pegi ambik”. Kereta aku parking lebih kurang 100 meter dari ‘port’ kami bbq tu. Aku jalan kaki menuju ke kereta. Tengok sekeliling. Hutan tebal. Sesekali terpandang di sebalik pokok pokok dalam hutan, macam ada sesuatu yg sedang perhatikan aku sambil tersenyum. “ahh kau jangan buat main, aku ni nampak je macam berani” aku bermonolog. Sampai je kat kereta aku nampak sha dan alya sampai. Fuhh lega. “kau pehal doh, muka macam nampak hantu hehe” sambil dua dua musibat ni gelak kan aku. Aku diam dan ubah topik lain.

Sampai je dekat port tu aku tengok Iman, Qayyum dengan Aina bergelak sakan. Entah apa la yg kelakar sangat. “Dah masak dah ni ayam ni, jom kita makan dekat air terjun atas sana” semua setuju. Nak pergi ke air terjun tu kami kena jalan lebih kurang 200 meter ke atas bukit tapi jalan simen lama dan sepanjang jalan ada pondok pondok berehat yg hanya tunggu masa nak rebah ke bumi. Kawasan sekitar memang hutan tebal. Sambil berjalan menuju ke air terjun tu semua asyik ketawa sambil mengumpat orang. Haha.

Aku yang jalan di depan sekali terpandang belakang. Aina belakang sekali sambil jalan menunduk “wei aku tertinggal wallet aku dekat tempat bbq tadi” “okay takpe korang yang lain jalan dulu aku teman aina pergi ambik wallet dia” pergh baik gila aku dgn perempuan kan. Hmm. Kami berdua patah balik dan aku ikut belakang Aina. Nak sampai ke tempat bbq tu kami kena lalu satu jambatan gantung. Tiba tiba Aina berhenti. Aku yang kt belakang ni berseloroh “kau benti apa lagi tak tengok jam ke dah pukul 5 kang nak makan, nak mandi lagi” Dia tunjuk kat tempat bbq kami tadi “aku nampak anjing hitam kt situ tenung aku, aku tak berani dengan anjing” katanya.

“sini memang ada anjing, dia tak kacau orang” aku cuba sedapkan hati sebab aku tak nampak pun anjing tu. “haa takpe lah kalau kau takut kau tunggu sini biar aku pegi ambik” dengan ayat acah berani aku lari pergi capai wallet si Aina ni atas bangku berdekatan tempat bbq tu dan berlari patah balik. Tak semena mena Aina pun berlari dengan kekuatan olahragawati sekolah dia dulu. Sampai ke kawasan air terjun tu. “Korang kenapa doh, kena kejar hantu ke apa, hahaha”. Semua gelak. Aku dengan Aina termengah mengah. “ada anjing kejar kitorang” jawapan Aina melenyapkan ketawa mereka.

“ahh pedulikan, aku dah lapar” Aku ambil peha ayam tadi dan pergi makan berdekatan air terjun tu. Kononnya nak makan sambil menikmati mothernature. Peha ayam yg seksi tu aku ragut tanpa belas kasihan. Tulang dia aku lemparkan ke atas sekuat hati sampai cecah atas air terjun tu. “pakk” bunyi seakan tulang tu terkena kayu. Selesai makan aku naik ke bahagian atas air terjun. Diorang mandi kat bawah. Riuh rendah walaupun tinggal kitorang je. Aku turun ke dalam sungai tu. Tepi tak lah dalam sangat, paling dalam pun sampai paras dada. Aku selam. Semasa aku selam tu aku nampak dua cahaya merah seakan mata dari satu sudut dlm sungai tu.

Cepat cepat aku bangun. Bangun dari selam tu aku rasa sunyi sangat. Suram. Aku tengok sekeliling kawan kawan aku yg riuh tadi tak ada. Tiba tiba air yang mengalir dekat air terjun tu bertukar jadi merah. Bukan semua tapi ada nampak seakan d***h mengalir. Ya merah macam d***h. Kelam kabut aku naik dari sungai. Aku dah tak tahu nak buat apa. Aku panik sangat dan lari ke tempat bbq td dengan keadaan basah kuyup dan berharap mereka ada dekat sana.

Setibanya disitu aku nampak ada seekor anjing bersaiz besar dan agak tinggi tengah tenung aku. Muka anjing bengis. Mata merah menyala. Dengan air liur dia melepasi taring taring dia yg panjang. Mungkin anjing ni yang Aina nampak tadi. Aku jerit panggil nama sorang sorang tapi tak ada jawapan. Anjing tu menyalak sebagai tindakbalas lepas aku menjerit dan aku lari pergi ke kawasan tandas awam yg disediakan dekat situ. Aku nampak Sha dan Alya tepi tandas tu. Tersenyum lebar. “nasib baik ada korang kt sini, aku cuak dah tadi. Kejap lagi aku cerita. Jom gerak dulu” aku jalan mendahului dorang.

” Ju, nak pegi mana tu? Ikut sini la. Hihihi. Ju takut eh?”. Masa ni aku dah meremang. Aku pusing belakang tengok Sha dengan Alya dah tak ada. “Sini lah” aku pandang atas pokok. Sha yg tadi elok berpakaian macam Ella sedang bertenggek atas dahan pokok. Rambut kusut panjang hampir cecah tanah. Berjubah putih kusam, muka pucat buruk dan nampak d***h menitis dari mulut dia jatuh ke tanah. Seperti biasa dengan keadaan mendung dan angin bertiup sayu lutut aku menggeletar dan aku pusing cuba lari ke kawasan parking. Aku nampak Alya pulak tengah berdiri atas batu tepi sungai. Dia senyum kt aku sampai ke telinga. “Hihihi nak pegi mana tu” ketawa halus sambil memintal mintal rambut dia.

Kalau nak ke parking memang kena lalu situ. Terkumat kamit mulut aku sambil berlari anak dan tutup mata guna tangan. Sesekali aku jarakkan jari untuk tengok jalan. Entah kenapa aku rasa jauh sangat nak sampai ke tempat parking tu. Aku dengar diorang ketawa. “Ya Allah mana depa ni” Air mata jantan aku dah tak boleh tahan.

Sampai di kawasan parking tu aku tengok kosong. Suram. Angin bertiup, keadaan macam nak hujan. Aku toleh kiri kanan. Aku nampak kelibat sorang perempuan dengan anjing tadi kat sebelah dia. Jauh dari aku tapi masih di jalan yang sama. Jalan tu lurus kawasan parking. Cuma tempat entiti tu agak gelap sebab ada pokok. Anjing tu menyalak panjang. “auuuuuuu” Perempuan tu pula bersuara lembut “hihihi nak pegi mana tu? Mana ada jalan keluar. Baik kamu tinggal sini” .

Aku terlampau panik, menggeletar, jantung berdegup ibarat tiada tanda nak perlahan dan puff. Dunia jadi gelap. Aku tersedar bila muka aku di tampar Iman dengan kuat. Aku dah dalam kereta. Dalam perjalanan balik rumah. Tengok sekeliling dah malam sekitar pukul 8 malam. Iman, Aina dan Qayyum ada. Sha dan Alya dah balik katanya. Muka Iman berpeluh seakan risau keadaan aku. Cuma Aina nampak sedikit pucat dan menggigil. Aku cakap aku nampak anjing hitam, pontianak dan air jadi macam d***h!

Lepas tu Qayyum buka cerita. Masa tengah makan dan berborak dorang dengar bunyi seakan akan monyet bising dekat sekeliling air terjun tu dan angin bertiup sayu seperti bagi isyarat suruh kami balik memandangkan hari dh hampir maghrib. Lepas habis mandi semua ajak balik sebab tak sedap hati. Diorang cakap aku taknak dan suruh diorang tunggu dekat kereta. Mungkin tu bukan aku. Sampai maghrib diorang tunggu dan aku tak datang balik. Bila Qayyum dan Iman pegi tengok balik dekat air terjun tu dorang nampak aku tengah berkongsi makan dengan satu ‘entiti’ berbulu di tepi air terjun tu. Aku makan dengan rakus. Macam tiga hari tak makan.

Entah apa yang entiti tu jamu aku. Mulut aku penuh dengan d***h. Bila diajak balik aku berkeras dan ugut kalau dorang ganggu aku kat situ aku akan b***h dorang. Diorang pujuk pun aku tetap berkeras taknak balik sampai diorang azan berkali kali, baca ayatul qursi dan aku jadi lemah lalu pengsan. Mujur si Qayyum ni ada belajar sikit dengan tok guru dia cara nak mengahadapi gangguan makhluk macam ni. Masa aku rebah dekat situ entiti tu cuba untuk tarik aku masuk di sebalik air terjun tu tapi Iman dengan Qayyum sempat capai dan bawa heret aku.

Sementara tunggu Iman dengan Qayyum pergi cari aku pulak, Aina ni tunggu dalam kereta dekat tempat parking. Masa tu dah waktu maghrib dan dia ada nampak kelibat entiti berbulu melintas dalam hutan disebalik pokok pokok yg ada kt situ diselangi dengan suara perempuan ketawa sambil bunyi bumbung kereta seakan dicakar.

Lepas hantar Aina dan Qayyum balik aku dan Iman ni sempat lagi singgah kedai mamak untuk tenangkan keadaan. Masa tu lah baru nak check phone sebab kalau gather dengan kawan kawan memang tak terusik lah phone. Aku tengok ada whatsapp dari Sha dekat group “weh sorry kami tak jadi datang, ada kelas ganti”. Aku tunjuk kt Iman, kami terkedu dan dia decide nak tidur kat rumah aku je malam tu.

Sehari selepas kitorang berkelah “6 orang” tu aku masih terkesan dengan apa yang terjadi dekat lata tu. Mimpi kah? Fikiran asyik terbayang bayang dengan apa yang dah terjadi semalam. Lebih kurang jam 9 malam. “mak, Ju nak keluar kejap tengok bola dengan sara” Sara kawan baik aku sejak di bangku sekolah. Lelaki. “okay jangan balik lewat sangat, mak dengar anak pak leman tu jumpa pocong kat belakang rumah dia kelmarin” sahut mak aku dari ruang tamu. Entah bergurau ke apa.

Aku teguk kopi o yang tersedia atas meja di dapur dan capai kunci moto. “broom” bunyi enjin moto wave 125 roadtax m**i aku. Terus aku tuju ke kedai mamak. Dalam perjalanan sambil disulam dengan nyanyian lagu Bumiputera Rockers dibibir aku. “Engkau di mataku adalah cahaya,perjalanan ku, terang menyuluh segala, yang tersembunyi lama kucari”. Sekilas aku terpandang dengan bantuan lampu malap moto aku di seberang jalan ada sorang lelaki berjalan menunduk atau lebih tepat membongkok. Kelibat tersebut menyebabkan aku berhenti menyanyi. “siapa pulak jalan dalam gelap ni, kena langgar mula lah nak salahkan pemandu” getus hati aku. Bila aku melepasi orang tu ada kereta dari depan datang. Lampu kereta lebih jelas terang menerang. Aku toleh belakang. Nahhh lelaki tu dah tak ada kt situ. Kemana dia pegi? Kiri kanan jalan bukit bukau. Typical sangat bila pandang belakang dia dah takda mesti kau ingat dia tumpang kau.

Nyanyian lagu rock dibibir aku bertukar zikir. “Allahuakbar Allahuakbar”. Selamat aku sampai kat kedai mamak aku whatsapp mak aku. “mak, Ju tidur rumah along malam ni”. Along, abang aku, rumah dia dekat je dengan kedai mamak tu. Oleh sebab masa tu cuti sekolah dia tak ada kt rumah. Awal cuti sekolah lagi dia balik rumah mak mertua dia. Jadi dia bagi kunci rumah dia kat aku untuk tolong tengok tengokkan masa dia tak ada. 10 minit lepas tu Sara sampai. “bola pukul berapa?” dia tanya. “pukul 10.15. Lambat lagi”

Sara mengeluh, dia cakap tayar moto dia pancit dekat depan tu tadi. “japgi habis bola kau tolong hantar aku sampai rumah boleh? Moto aku tinggal sini dulu, esok aku ambil” aku angguk tanda bersetuju. “tunggu bola habis” jawab aku. Tengah syok tengok bola tu ada sorang kawan sekampung aku datang duduk semeja. Nama dia Asyraf. Dia pun buka cerita “wei Ju, kau dengar tak cerita pasal anak Pak Leman?”. Aku dah terbayang apa yang mak aku cerita dekat rumah tadi. ” Takde pun. Cerita apa?”.

Aku nak tahu tapi agak takut takut nak dengar. “Anak Pak Leman lah yang laki tu jumpa pocong semalam kat belakang rumah dia, sampai sekarang demam meracau kat rumah.” Sara senyum kat aku. “ahh mengarut la. 2016 dah kot. Pocong pebenda lagi”. Asyraf bertegas lagi bahawa orang lain pun ada jumpa masa balik dari surau. Pocong tu lintas jalan. Ada yang nampak di sebalik pokok pokok pisang. “Dia nak kacau kacau lah, jangan kacau aku sudah” balas aku mudah.

Setelah habis je siaran bola, Sara ingatkan aku untuk hantar dia balik. Sara cakap dia nak pegi tandas. Selang 5 minit dia datang dan bonceng moto aku. “kau okay ke balik sorang japgi? Dah pukul 12 ni” tanya Sara dari belakang. “okay je bro”. “sampai depan kedai tu kau belok kiri, malam malam ikut jalan ni selamat sikit” Sampai saja di rumah Sara, dia turun dan jalan sambil lambai kat aku. Buang tebiat ke apa dia ni. Aku terus bergegas laju ingin keluar dari situ. Rumah Sara ni dalam felda. Jadi, jalan nak keluar sangat lah jauh dan sunyi. Kiri kanan kebun getah. Sampai di satu selekoh, aku terhidu satu bau wangi menusuk. “tolong la jangan kacau aku. Allahuakbar Allahuakbar.” itu je yg aku sebut.

Lepas selekoh tu ada satu jalan lurus, sesekali aku terpandang sebelah macam ada sesuatu ikut aku dengan kelajuan sama dari dalam kebun getah sebelah kanan. Macam bayang bayang tapi mana nak datang bayang kalau takda cahaya sebelah kiri aku? Aku istighfar saja sampai la jumpa pondok polis bantuan di persimpangan keluar felda tersebut. Ada sorang anggota disitu nak buka penghadang bagi aku lalu. “haih bawak moto pun mengah ke? Haha pegi mana ni? ” dia tanya aku. “hantar kawan tadi, tadi kan dah lalu sini.” jawab aku. “yelah saya tanya sebab masuk sorang keluar pun sorang, kau hantar kawan mana?”. Aku dah tak sedap. Terus jalan. Lantak lah dia mungkin cuba nak mainkan aku.

Aku terus menghala ke rumah abang aku yg berhampiran kedai mamak tadi. Buka kunci pagar dan masukkan moto. Masuk je rumah aku tengok lampu bilik air berkelip kelip. Aku tutup dan on lampu dapur. Sambil menenangkan diri aku, aku on tv. Plug in hard disk dekat tv. Semua cerita dah tengok sebelum ni. Aku decide nak tengok running man sebelum tidur. Jam dah menunjukkan pukul 12.45. Dalam kealpaan aku bergelak ketawa tengok tv. Aku terdengar urutan ketawa dari bilik belakang rumah tu. Aku ketawa dia pun ketawa. Suara lelaki. Aku senyap dia senyap.

Tak boleh jadi. Aku tutup tv. Tarik selimut. “prangggg” bunyi seolah olah guli bertaburan dekat bilik yang sama. Aku di ruang tamu. Aku menjenguk dari ruang tamu lampu bilik air yang aku tutup tu kembali berkelip kelip. Berpeluh satu badan. Aku selimut kan kepala aku sekali cuba intai sikit dan aku nampak seoalh olah ada orang berdiri disebelah aku, berbau busuk lebih kuat dari bangkai. Dia tenung aku dengan pandangan yang sangat tajam. Mata macam nak terkeluar. Muka dia pucat buruk, rambut berjurai sampai ke lantai. Aku tutup mata aku sebab terlalu takut. Tiba tiba handphone aku bunyi. Dari dalam selimut aku ‘check’ phone. Skrin memaparkan nama “sara”. Aku jawab. “kau pegi mana doh aku keluar tandas kau dah takda tadi, ni aku dah balik ayah aku ambik” tak sempat aku nak bagi salam dia dah tarbiah aku. “weh esok aku cerita, nak tido ni”.

Aku selak sikit selimut. Benda tu dah tak ada. Sebelum tidur tu aku terfikir, aku dah lama dah kawan dengan dia selok belok rumah dia aku tahu. Seingat aku depan kedai kalau belok kiri tu pergi tanah perkuburan. Lagi aku bertambah cuak. Aku terbayang dia lambai kat aku masa tu. Aku paksa diri aku untuk tidur.

Keesokan harinya, aku jumpa Sara. Aku ceritakan semuanya. Dia cakap dia keluar tandas tengok aku dah takda. Dia cuba call aku dan tak dapat. Sebab tu dia minta ayah dia ambil. Sejak dari tu aku keluar malam ajak kawan kawan yg lain yang tinggal hampir dengan rumah aku. Bukan takut cuma tak berani. Tapi kisah pocong yang dekat kampung aku tu… InshaAllah nanti aku sambung.

::Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Shizu

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 4 Average: 5]

24 thoughts on “Lata Kekabu”

  1. I am Lenggongrian.. memang lata kekabu tu keras tempatnya . Nk dekat 10 tahun dh x prgi walaupun hnyak 5 km je dr rumah

    Reply
  2. Aku tengah praktikal, ngantuk layan jap baca. Pergh terus takde ngantuk weyh. Tahniah dan terima kasih sebab sudi tulis cerita ni weyh.

    Reply
  3. Baru lepas pegi lata kekabu ahad aritu..

    malam tadi ada mcm lembaga hitam kepala anjing tenung aku dari ujung katil.. badan xleh gerak. pastu mcm “terjaga”..tgk jam pukui 3 pagi

    tny2 kawan aku dia kata tu jin hutan.. saja nk search cerita pasal Lata Kekabu ni.. jumpak artikel ni.. tup2 ada persamaan la pulak jumpak anjing ..?

    mintak2 tak ada apa2 lah mlm ni.. dah la aku dok rumah sewa sorg.. huhu

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.