Latihan Badan Beruniform
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera para pembaca sekalian. Ni cerita kejadian yang berlaku selepas Pengalaman Rumah Sewa semasa Di Universiti. Tapi yang ni aku khaskan masa aku menjalani latihan badan beruniform yang aku join.
Kejadian ni merupakan kejadian ke 3 berlaku masa kau kat universiti. Ia berlaku masa aku pergi join latihan ikhtiar hidup edisi paya masa ni aku sem 5. Latihan ni macam program tv Survivor tu la konsep dia Cuma latihan ni di buat di kawasan paya. Kisah bermula apabila kitaorang sampai di tempat nak buat latihan tu. Sampai je jurulatih aku suruh pacak khemah urussetia kat tepi tebing paya lepas tu dia bahagikan tugas. Orang perempuan dia suruh masak lunch yang lelaki pulak disuruh tebang pokok bakau sebab nak buat tempat tidur kitaorang dalam paya.
Tengah aku buat-buat busy kan diri tetiba budak-budak laki panggil “PC!! PC!!” (PC = Perawatan Cemas). Aku dah apehal pulak budak-budak ni. Jurulatih aku masuk cakap “Kak Long gi tengok jap”. Aku pun keluar tengok. Rupa-rupanya kawan aku terparang jari dia sendiri masa nak tebang pokok bakau. Habis baju dia penuh d***h. Aku pom check la rupanya dia terparang jari telunjuk betul-betul kene atas urat sebab tu la d***h laju je keluar. Aku pun bagitahu kat jurulatih aku “ Encik kene bawak pergi hospital tu sebab nak kena jahit kalau tak memang d***h tak berhenti sebab dia kena urat”. Jadi salah sorang jurulatih aku pun bawak la dia pergi hospital. Yang lain semua sambung kerja tapi tak lama sebab tetiba dapat arahan untuk berpindah lokasi.
Kat lokasi kedua ni tak ada ap-apa masalah sampailah tengah malam. Masa tu semua nak tidur dah. Memandangkan tempat tidur kitaorang dalam paya tu belum diap jadi jurulatih suruh la kami semua tidur kat tebing dengan hanya beralaskan daun nipah. Budak-budak perempuan jurulatih aku suruh tidur dekat dengan khemas urusetia dan van dia manakala lelaki hujung lepas habis budak perempuan. (Oh ye lupa nak bagitau kami semua dibahagikan kepada kumpulan dan aku kumpulan 1.) mula-mula jurulatih suruh tidur kat tebing sebelah kanan yang mana dekat dengan paya (tebing belah kiri tu dekat dengan anak sungai).
Baru je lelap kecoh sebab jurulatih suruh tidur kat tebing sebelah kiri. Aku dengan mamai-mamai tukar la. Baru je lelap balik tetiba disuruh tukar lagi katanya ada b**i datang. Jadi semua tukar tidur kat sebelah kanan. Aku ingat lagi masa tu tengok jurulatih aku dok suluh kat kawasan yang belah kumpulan aku tu. Aku jenguk-jenguk la jugak nak tengok b**i tu tapi tak nampak pulak. Baru aku pun sambung tidur. Baru nak tidur kene kejut lagi kata ada ular kat dalam paya betul-betul belah aku punya kumpulan (jarak paya dengan tempat aku tidur tu 1 depa lebih je).
Dan yang pasti bila jurulatih aku suluh memang aku tak nampak. Aku macam pelik jugak yela awal kami sampai jurulatih aku dah siap-siap arahkan budak lelaki tabur belerang tapi ular datang lagi. Aku malas fikir banyak aku tidur. Tengah malam tu, tengah sedang enak aku dibuai mimpi tetiba dengar macam bunyi b**i hutan macam tu. Cepat-cepat aku bangun yela mana tau b**i datang lagi kan. Aku pun intai-intai nak cari mana b**i tu kat mana. tak nampak pulak. Baru bangun nak inform jurulatih, baru aku perasan yang bunyi tu datang dari junior aku yang tengah tidur. M**i-m**i aku ingat b**i rupanya dia berdengkur.
Malam ke2 jurulatih aku panggil kami semua berkumpul. Mula-mula dia bebel pasal kami bawak berus gigi je sebab berus gigi HARAM dibawak untuk latihan ni. Lepas tu dia cakap “ kat depan ni ade 1 baldi air. Saya nak yang perempuan datang basuh muka, tangan dan leher sambil baca surah ***” (aku lupa ape nama surah tu). Semua kene termasuk urusetia perempuan. Ada beberapa orang budak perempuan yang dia tanya sesuatu la. Lepas tu dia suruh tidur. Aku ni jenis busybody kan jadi aku tanya la kawan aku yang kena tanya dengan jurulatih aku tu. Aku tanya la dia “ weh ape yang encik tanya kau tadi” kawan aku jawab “ Encik tanya aku boleh solat tak lepas tu dia tanya nama mak aku ape”. Aku macam pelik jugak la selalu orang tanya nama penuh mak ni bila ada dia nak berubat dan aku tahu jurulatih aku ni boleh berubat sikit-sikit. Alhamdullilah malam kedua ni tak ada apa-apa gangguan.
Bila dah tamat latihan semuanya terbongkar. Kawan aku sorang ni dia ada sixth sensa dia yang ceritakan semua apa yang berlaku sepanjang latihan tu. Nama dia Ain. Pertama bila masa kitaorang diarahkan tukar lokasi tu rupa-rupanya si Ain ni ada terjumpa tengkorak dan kerangka manusia di dalam paya lokasi pertama selepas kes kawan aku yang terparang jari tu. Dia cerita “aku tengah seretkan parang dalam lumpur nak cari lokan, sekali ‘tok’ (bunyi parang terlanggar sesuatu) aku pun cungkil la benda tu sebab ingat lokan tapi alik-alik tengkorak manusia”. Si Ain ni pun bagitau jurulatih sebab jurulatih suruh berpindah.
Dia juga buka cerita pasal malam pertama tu. Malam tu yang kes b**i tu sebenarnya bukan b**i tapi dia nampak cik Pon datang. Nasib baik jurulatih aku tahu cara nak berdepan benda-benda macam ni jadi dia sempat halau sebelum jadi apa-apa kat kitaorang. Yang ular tu Ain cerita dia tak pasti ular betul ke ular jadian. Sebab katanya belerang dah letak banyak tapi ada ular lagi. Lagipun ular tu keluar sekejap je tapi dari tingkahnya macam tak takut kat orang kiranya bukan macam sifat azali ular la. Kes malam kedua tu, Ain cerita ada urusetia ni dia nampak cik Pon duduk bertengkek atas van jurulatih aku pada malam pertama tu.
Jadi air yang dalam baldi yang jurulatih aku suruh basuh tangan ape semua tu sebab dia nak scan anak buah dia lepas tu dia ubatkan/pagarkan sekali kitaorang . Siapa yang kene tanya dengan jurulatih tu merupakan insan terpilih yang telah disukai oleh cik Pon. Cik Pon pun dan tanda da dorang ni kat beberapa anggota badan kata si Ain. Bila dengar cerita Ain aku bersyukur giler sebab tak ada sixth sense kalau tak mau kene demam kus kus masa time latihan tu. Dalam masa sama terharu jugak la dengan si Ain dan jurulatih kitaorang sebab langsung tak tidur sebab nak jaga tak kasi apa-apa jadi kat kita orang.
===
HIKING
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera para pembaca sekalian. Ni kesinambungan (tak sure sambungan ke kesinambunagn tapi yang pasti berlaku lepas latihan tu) cerita Pengalaman Latihan Badan Beruniform Di Universiti. Tapi yang ni aku khaskan masa aku pergi hiking. Cerita macam ni.
Aku ni nama je masuk pasukan badan beruniform tapi seumur hidup aku tak penah pergi hiking. Sampailah sem 6, ada la kawan aku zaman poli dulu ajak aku pergi hiking. Aku mula-mula tak nak sebab kawan aku ajak aku last minute kan tapi bila fikir-fikir duduk rumah hujung minggu mereput pun boring. Lagipun time tu aku tengah stress aku pun setuju. Sampai waktu dijanjikan aku pun pergi la ambik kawan aku ni kat kolej sebab aku ada kereta (ni la salah satu sebab dorang ajak aku). Aku ambik dorang tu belum pun subuh lagi sebab tempatnya jauh kata kawan aku. Tapi macam biasa janji melayu sampai berjam-jam tunggu kat Shell. Jadi sampai kat Gunung tu dah dekat tengah hari. Masa dalam perjalanan tu aku ada juga tanya kawan aku ni siapa yang plan semua tu, dia cakap “ orang sebenarnya classmate orang yang nama Abu tu ajak sebab makwe dia ajak dia. Tapi dia tak nak dengan orang tak kenal dia ajak kitaorang so kitaorang ajak kau”. Aku rasa macam tak best sebab aku tak tahu siapa akan lead ape semuakan tapi aku diamkan saja. Sampai kawasan pintu masuk aku nampak geng-geng makwe si Abu dok bincang apa tah. Aku suruh kawan aku tanya Abu, rupanya dorang kata tak pasti tu pintu masuk ke tak sebab kalau pergi tempat lain dia bukan macam tu. Dah dorang bincang dorang cakap nak masuk ikut pintu belah pantai sebab gunung ni trek dia masuk dekat air terjun dia akan keluar dekat pantai.
Sampai kat pantai dorang cakap masuk ikut satu tempat ni sebab ada nampak jugak la orang lain masuk. Nak sampai kat tempat masuk tu kene rentas anak sungai tapi disebabkan time air pasang jadi agak dalam la. Aku rilek jela la bawak kawan-kawan aku (kitaorang berbaris macam perhimpunan pagi tu) skali kawan aku yang paling belakang menjerit “ahhh”. Rupanya si Abu tu tarikh beg kawan aku sebab nak ikut skali. Kawan aku cakap la “ kau pergi la Abu kat makwe ko tu”lepas tu Abu balas “ aku tak nak.
Aku tak nak. Aku nak ikut korang”. Ditinggalkan awek dia and the geng kat tepi sungai tu terkial-kial nak rentas sungai. Mula-mula start semua okay sampai la ¼ daripada gunung tu kami jumpa orang yang masuk sebelum kami. Abang tu cakap macam ni “ Dik korang ni salah masuk pintu. Korang betul-betul belah tengah ni.”. lepas tu ada la seorang lelaki geng-geng awek Abu tanya “ Bang kalau kitaorang terus bolehkan”, abang tu balas “ boleh tapi jalan ni tak ada trek kekal jadi kena hati-hati takut sesat”. Kawan aku pun bersuara la “ tak boleh ke abang join kitaorang sama?”. Abang tu jawab “ tak boleh sebab ni pun abang bawak anak-anak je kenal-kenal hutan”.
Memang betul ada anak dia 3 orang sekali kat situ time tu. Jadi kitaorang dah alang-alang ni rasa sayang pulak nak patah balik jadi teruskan je la. Sebelum start hiking balik aku pinjam pisau abang tu guna buat p****g kain pembalut yang aku bawak. Sepanjang perjalanan kain yang aku p****g aku ikat kat ranting kayu sebagai penanda.
Sepanjang perjalanan tu aku dengan kawan aku dian je, bercakap bila perlu je tapi geng makwe Abu tu Ya Allah dorang punya gedik dorang punya gelak aku rasa nak lempang je. Aku sabar je kat mulut tapi dalam hati aku memang dah maki-maki. Sampai satu tahap budak lelaki yang kat depan sekali cakap “kita dah sesat” baru lah dorang diam. Budak lelaki tu cuba cari jalan balik tapi semua penanda yang aku dengan dia buat tak jumpa. Langsung tak ada masa tu. Lama kitaorang cari tapi tak ada jumpa. Dah hampir nak putus asa dah. Geng-geng awek Abu pun dah nak nangis muka sesorang aku tengok. Akhir sekali budak lelaki tadi cakap semua “tadah tangan nak doa ni”.
Lepas doa Alhamdullilah dah start jumpa penanda yang budak lelaki tu buat lepas tu jumpa pulak dengan penanda aku buat. Disebabkan dah seronok geng-geng tu buat hal lagi. Boleh pakat borak sakan sampai tak ingat dunia ketawa.
Tetiba hilang balik segala penanda tu. Korang bayangkan tengah elok ikut penanda tetiba hilang. Budak lelaki tu ape lagi sound la geng-geng tu. Baru la senyap. Lama kitaorang mencari lepas doa, doa lagi. Gelisah jangan cakap la sebab jam pun dah nak dekat pukul 6 lepas tu dengan cuaca nak hujan apa semua. Letih jangan cakap. Lepas kali keberapa entah doa baru dapat keluar. Lepas keluar nak gerak ke kereta jumpa abang tu. Abang tu cakap “ kejapnya dik korang masuk. Asal patah balik?”. Masing-masing terkejut bila abang tu cakap macam tu. Tengok jam rupanya baru 2 jam lebih kitaorang hiking padahal kat dalam gunung tu jam dah tunjuk hampir pukul 6 petang. Semua terdiam. Sampai kat kereta semua ajak balik tapi aku dengan kawan aku stay sebab alang-alang jumpa pantai baik mandi, lepak-lepak lepas stress.
Si Abu tu nak join kitaorang tapi kena halau dengan kawan aku jadi dia ikot makwe dia balik je. Aku lepas magrib baru gerak balik dan Alhamdullilah semua selamat sampai rumah tak ada apa-apa.
Kesimpulannya, bila nak masuk hutan ke nak hiking ke pastikan mulut dijaga. Nak cakap boleh tapi cakap la benda yang penting sahaja. Yang paling penting jangan cakap besar dan buat persediaan sepatutnya bukannya pergi bawak badan je.
Depa ingat hiking ni sama dengan window shopping? huh.. seram cik sweet
aku menyampah dgn geng-geng gedik , geng-geng yang asyik nak selfie sana sini bikin gelak tak ingat dunia bila hiking . masuk tempat orang jaga adab, bukan buat mcm tempat sendiri.
tula dia akibat lupa diri . kan dah mendapat . hahaha
jenis2 mcm tue mmg myampah kalo nak buat ape2 aktiviti…bile takot tahu pun nak nngis..
Ingat kan da sesat sekali bdk2 gediks tu da nyesal..
makin tegediks2 plk dorg ye..haihh..
sama macam ko jugak gedik. haih.
hahah..ade je ko dimana2..haihh
Aku ni perempuan juga tapi jenis-jenis perempuan gedik dan gelak kuat-kuat memang aku menyampah. Anak-anak murid aku yang perempuan kalau perkhemahan dengan aku memang seriau la sebab bila cakap atau ketawa kuat-kuat mesti kena jeling dengan aku. Aku punya jelingan pulak bak kata orang “kalau lah jelingan boleh m******h, ramai dah anak murid aku yang m**i.”
Bagaimanapun, terima kasih kerana kongsi pengalaman menarik ini dan pengajaran yang berguna. Jangan lupa…kongsi lagi, okay?
Sambung citer lain plak nt…
Ingatkan bunyi b**i hutan , rupa-rupanya junior berdengkur ..hahahhah..dasat bunyi tu, tapi kalau asah gigi lagi ngeri.
Hmmm.. pantang larang tak dijaga..
Pantang btl dgn sejenis manusia yg suka tergedik2 melalak2 bila msk hutan, rasa nk lempang je!
Tp tang bunyi b**i n doa x habis2 tu mmg buat cite ko kelakar gila! hahahhhhaaaahaaaaaaa