Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2)

Itulah tajuk cerita saya. Pengalaman yang saya tidak akan lupakan sampai bila-bila. Kejadian ini baru saja berlaku ketika saya bersama-sama family angkat suami saya pulang bercuti dari pulau perhentian, terengganu. Semasa dalam perjalanan pulang melalui LPT2, kami berlapan satu kereta. Abang wan (pemandu), suami saya (mail) berada di tempat duduk di sebelah abg wan, saya berada di belakang tempat duduk suami saya, kak ila berada di belakang tempat duduk abang wan. Mimi anak abang wan dan kak ila di tengah-tengah antara saya dan kak ila. 2 lagi anak kak ila dan abang wan berada di seat belakang sekali bersama-sama adik kak ila.

Semasa kami melalui lpt2 5km sebelum hentian rehat kijal, tayar kereta belakang sebelah kanan kereta saya berbunyi seperti pecah. Abang wan terus perlahankan kereta dan kami di dalam kereta menjadi panik sebentar. Abang wan berhentikan kereta di bahu jalan dan saya sudah merasa tidak sedap hati kerana pada masa itu jam menunjukkan 6.45 petang. Kak ila memandang saya dengan pandangan yang takut kerana kami ada bercerita sebelum itu kami tidak mahu melalui lpt2 petang atau malam kerana dari cerita-cerita mistik yang kami dengar dan tahu berkenaan lpt2. Kami berlapan keluar dari kereta dan melihat tayar kereta bocor.

Selepas dibuka tayar dan lihat keadaan tayar yang sebenar, rupanya tayar itu pecah. Abang wan terus menukarkan dengan tayar ganti yang berada di bonet belakang kereta. Keadaan tayar ganti tersebut pun tidak berapa elok kerana tayar itu pernah ada benjol dan pernah digunakan semasa saya dan family saya pergi bercuti ke hatyai-krabi pada tahun 2015. Jadi dengan tiada pilihan abang wan terus menukar tayar dan dalam pada sama saya cuba menghubungi arel iaitu adik ipar untuk memberitahu situasi kami. Kami sebenarnya ada 4 biji kereta semasa percutian ini. Pada waktu kejadian tayar kereta pancit, kereta arel dan 2 biji kereta lagi berada dalam 20-30 km di belakang kami iaitu di area paka.

Selepas selesai menukar tayar, kami membuat keputusan untuk meneruskan perjalanan ke hentian rehat kijal. Arel dan 2 biji kereta pun ikut kami berhenti di hentian rehat. Di situ kami berbincang bagaimana hendak selesaikan masalah. Jam sudah menunjukan dalam pukul 7 lebih. Kami sepakat untuk keluar ke persimpangan chukai yang perjalanannya lebih kurang dalam 7-8km untuk mencari kedai tayar. Semasa perjalanan itu, kereta ke 4 iaitu triton milik kawan mak mertua angkat saya dengan tiba-tiba memotong kereta kami dan melucur laju dan tidak keluar ke persimpangan chukai.

Kami menjadi pelik dan meminta mak menelefon adik mak yang berada di dalam kereta triton dan memberitahu dia sudah lepas simpang keluar chukai. Rupanya kawan mak yang memandu khayal semasa adik mak memberitahu bahawa kita konvoi akan keluar di persimpangan chukai. Jadi mak call semula adiknya dan beritahu supaya tunggu di mana-mana hentian rehat di hadapan. Kami 3 kereta (citra, alza dan estima) masuk ke persimpangan chukai dan mula mencari kedai tayar di sepanjang jalan itu. Memang kalau nak diikutkan dengan waktu yang sudah malam mana mungkin ada kedai tayar yang buka tapi kami tetap ingin mencuba nasib mencari kedai tayar dan kami berhenti di petronas binjai untuk mengepam tayar kereta citra yang pancit kerana tayar gantiannya tidak boleh bertahan lama.

Semasa di petronas, abang wan cuba bertanya dengan orang yang berada di tempat pam tayar dan alhamdulillah ada hamba Allah yang sanggup tolong kami untuk menunjukkan kedai tayar yang boleh menukar tayar kereta pada waktu malam. Semasa sedang menunggu tayar di tukar, kak ila memberi cadangan kepada arel dan fizi (kereta alza) untuk pulang dulu disebabkan fizi kena pulang ke kampungnya di jengka temerloh dan kami risau dengan keadaan malam yang makin gelap bahaya untuk fizi memandu bersama-sama isteri dan 2 anak kecilnya. Selepas arel dan fizi setuju untuk pulang, kami masih menunggu tayar kereta ditukar. Tempoh kami di chukai masa itu lebih kurang dalam sejam lebih.

Selepas siap, kami mendapat whatsapp group dari arel dan nita (isteri kepada fizi) yang mereka salah jalan dan mereka menghala ke kuala terengganu semula. Nita jugak mengatakan yang ade kejadian aneh yang menyebabkan mereka salah jalan. Kami (kereta citra) panik dan meluncur keluar untuk ke tol chukai semula. Di tol kak ila bertanya dengan jurutol bertugas di mana arah ke kuala lumpur. Jurutol beritahu arah kuala lumpur terus. Lepas bayar dan bertanya arah, kami terus ke simpang ke kuala lumpur tapi saya tidak sedap hati dan menyuruh abang wan perlahankan kereta untuk saya melihat betul-betul arah papan tanda ke kuala lumpur. Memang betul terus dan kami keluar ke arah kuala lumpur untuk bertemu semula dengan arel (estima) dan fizi (alza).

Semasa di dalam kereta kami bertanya sesama sendiri kenapa dan bagaimana arel dan fizi boleh salah jalan. Di whatsapp group family kecoh pasal mereka salah jalan. Abg fendi (adik ipar suami saya) memberitahu di dalam whatsapp supaya kami berkumpul semula di mana-mana hentian rehat dan berkonvoi semula. Dia menegaskan supaya jangan pecah konvoi lagi. Abg fendi dan family nya tidak mengikuti percutian ini kerana kesibukan kerja. Kami membuat keputusan untuk berhenti di hentian rehat gambang. Semasa dalam perjalanan ke hentian rehat gambang, akan melalui hentian perasing dahulu iaitu hentian yang paling besar di LPT2 dan adalah sempadan antara LPT1 dan LPT2.

Abang wan menyatakan dia ingin memasuki hentian perasing kerana kawan mak (kereta triton) berhenti di hentian situ. Di hentian perasing kami dapati tiada satu kedai yang buka. Cuma lampu saja yang buka. Kereta satu biji pun tiada. Abang wan ada bercakap yang hentian perasing cantik sangat sambil matanya melihat kedai-kedai dan lampunya. Apabila abang wan cakap hentian perasing itu cantik, saya menjadi lagi tak sedap hati. Tak pasti kenapa perasaan itu datang tapi saya terus cakap dengan abang wan untuk tidak berhenti dan terus keluar dari hentian itu. Abang wan pun meneruskan perjalanan keluar dari hentian perasing dan saya tidak putus-putus membaca ayat kursi kerana perasaan tidak sedap hati itu makin kuat.

Selepas keluar dari hentian perasing, saya perasan yang kak ila diam saja. Tidak sebelum-sebelum ini dia banyak bercakap dan berborak. Saya fikir mungkin dia letih atau dia sedang menumpukan perhatian melihat handphonenya. Di perjalanan kami masih belum jumpa dengan kereta arel (estima) dan fizi(alza). Dari perbualan di whatsapp saya mengagak yang mereka sudah berada di hadapan kami tetapi rupanya mereka masih di belakang kami. Lepas 10 minit perjalanan mereka pun p****g kereta kami dan kami semua berasa lega dan gembira dapat berkonvoi semula. Kami berhenti di hentian gambang dan melihat adik mak (paman ajak) sedang duduk di depan parking kereta bersama-sama anaknya angah, anak paman ajid aidin (adik mak jugak) dan adik kak ila, ayid (adik kak ila terpaksa naik kereta triton dan saya naik kereta estima semasa di hentian kijal untuk mengurangkan berat di dalam kereta citra sebelum tayar baru di tukar).

Di hentian gambang, kami bercerita apa yang berlaku kepada fizi dan arel sampai mereka boleh salah jalan dan menghala ke kuala Terengganu semula. Fizi cakap selepas bayar duit tol, dia macam khayal dan terus keluar susur ke kuala Terengganu yang haluannya ke kiri. Nita (isteri fizi) dan lina (kakak nita) yang berada di dalam kereta alza pun tidak sedar dan masing macam khayal. Mereka cakap mereka tidak tidur tapi mereka khayal. Yang arel pulak (estima) dia di belakang fizi semasa keluar tol dan dia perasan yang jalan menghala ke kuala lumpur di tutup dengan kon-kon jingga. Arel fikir yang mungkin ada jalan pintas di hadapan dan terus keluar menghala kuala Terengganu.

Dalam perjalanan mereka, arel baru perasan yang mereka sudah salah jalan dan patah balik ke kuala Terengganu. Arel cuba menghubungi fizi tapi tidak dapat padahal line di kawasan tersebut penuh. Arel cuba call nita dan lina pun tak dapat. Lepas itu arel cuba bagi lampu beam ke fizi dan fizi perasan dan perlahankan kereta. Arel cuba call fizi semula dan cakap yang diorang sudah salah jalan. Fizi terus pasang lampu tinggi ke arah papan tanda di hadapan dan fizi mengucap panjang kerana dia lihat mereka sudah sampai di Paka. Sudah 30-40km mereka salah jalan. Mereka terus keluar ke susur paka dan berhenti sekejap untuk relax dan chill.

Semasa arel cerita yang jalan ke kuala lumpur ditutup dengan kon-kon saya dan kak ila berpandangan sesama sendiri dan saya terus cakap kepada arel tiada kon-kon atau apa-apa pun di atas jalan menghala ke kuala lumpur. Saya dengan automatik terus menggigil dan ketakutan kerana rasanya benda itu mahu pisahkan kami dan mengelirukan kami. Paman ajak pula cerita yang mereka (triton) berhenti di hentian perasing lepas dapat call dari mak mertua angkat saya yang suruh mereka tunggu kami di mana-mana hentian di hadapan. Mereka lama di hentian perasing. Lebih kurang 2 jam. Mereka makan minum keluar masuk toilet dan aidin (anak paman ajid), angah(anak paman ajak) dan ayid (adik kak ila) bermain-main di hentian perasing tersebut.

Masa itu paman ajak kata ada 3-4 orang saja yang tengah lepak-lepak di hentian itu. Kedai pun satu saja yang buka. Kereta-kereta ada dalam 3-4 biji saja. Mereka tidak rasa apa-apa masa lepak-lepak tu tapi mereka rasa pelik bila tiba-tiba di dalam bekas abu rokok yang mereka guna untuk buang abu rokok tu ada bunga kemboja. Sebelum ni bekas tu Cuma ada abu rokok saja tiada bunga tu. Bila saya dan kak ila dengar paman ajak kata ada satu kedai buka dan ada 3-4 biji kereta saya terus mengucap panjang. Saya angkat tangan dan cakap sumpah paman tak ada satu kedai pun buka dan tak ada sebiji kereta pun masa kami lalu di hentian perasing.

Paman ajak terus diam. Kami yang lain semua berpandangan sesama sendiri. Kami semua fikir apa betul yang terjadi ini adalah mainan fikiran kami atau memang betul-betul terjadi. Pada masa itu saya terus teringatkan papa dan mama saya di rumah. Saya terus jadi sedih dan lemah kerana perasaan takut, berdebar semua ada masa itu. Saya menelefon mama saya dan menceritakan apa yang berlaku. Saya meminta doa dari mama saya untuk permudahkan dan selamatkan perjalanan pulang kami. Kak ila pula bercerita semasa kami keluar dari hentian rehat perasing, dia tiba-tiba senyap. Dia senyap sebab dia merasa ada sesuatu yang berpaut dibahunya. Dia tidak boleh bergerak cuma boleh memusingkan kepala ke kiri kanan saja.

Saya terus mencelah dan saya cakap masa kak ila diam tu saya tak putus putus baca ayat kursi kerana saya tak sedap hati. Kak ila rasa benda tu tekan lagi kuat di bahunya masa saya tengah baca ayat kursi. Paman ajak pula cerita semasa mereka keluar dari hentian perasing, dia melihat ada cahaya macam lampu kereta menghala ke depan di sebelah kiri bahu jalan. Yang peliknya sebelah kiri tu hutan. Tiada jalan raya atau jalan kecil. Jalan menghala ke kuala Terengganu pula di belah kanan. Jadi dari mana datangnya cahaya lampu tu? Aidin pula nampak kelibat kain putih di atas lori yang melintas kereta mereka semasa keluar dari hentian perasing.

Saya betul-betul takut masa itu. Tidak boleh digambarkan perasaan masa itu. Selama ini saya hanya dengar dan lihat cerita-cerita seram dan mistik di tv atau dari mulut orang tapi kejadian yang saya dan family angkat suami saya lalui ini adalah satu pengalaman yang kami tidak akan lupakan sampai bila. Ada saudara dan kawan-kawan dari pihak kami menasihati kami tidak melalui lpt2 waktu malam. Saya pula ada bercakap dengan kak ila yang walau apa pun yang jadi kita mesti keluar dari lpt2 sebelum gelap. Abang wan ada cakap yang mungkin benda tu cuba halang kami dari keluar dari lpt2 sebelum gelap. Wallahualam.

siparipari

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 4.5]

26 thoughts on “Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2)”

  1. Baru j bulan lepas balik kmpung kt Pengkalan Chepa lalu jalan ni, masuk Ajil sbb singgah pergi Pulau Kapas.
    Keluar tol Ajil jam 4am, aku tido, bg anak sedara drive kreta, kelajuan dlm 160kmh. Aku tau sbb bunyi engine punya condition (valve hampir terbuka). Alhamdlh… xdpape yg blaku.
    mohon di lindungiNya.
    Mmg x d org, lepas exit Kuantan dlm pkul +-2am, sunyi sepi derrrr sampai exit Ajil.
    Mungkin niat masa tu nk Subuh kat Masjid Jeti Marang, niat tu main peranan utk ‘benda’ nk tumpang.
    ye yeeee jeewww

    Reply
  2. Ok jer aku baca – tak pening pun. Boleh faham jika baca lambat-lambat. Terima kasih kerana sudi kongsi pengalaman.

    Selalu amalkan baca doa naik kenderaan dan “Bismillahil lazi laa yadurru ma’as mihi syai’un fil ardi walaa fis samaai wahuwas sami’ul ‘alim.” Masa nak mulakan perjalanan. In shaa Allah akan mendapat perlindungan Allah S.W.T

    Reply
  3. Aku rse dlm 3 minggu lepas kot..aku balik kg..kg aku kat tganu la.tapi aku duk phg…so lalu hway, smpai kat perasing tu laki aku berhenti nk solat katenye….mlm beb, br msuk waktu isyak gitu.die suruh aku ke tandas, smpai sudah aku x pergi..taknak aku, takot, seram huhuhuu…..sbb aku dgr mcm2 cerita seram kat lpt2 dan rnr perasing ni..aku ke surau je bsuh tgn, tgk takde seorg pn yg solat, aku ke kereta smule.aku solat bile smpai d rumah mak…nasib laki aku x mrh aku..sbb die slalu ckp aku ni halusinasi la, imaginasi la, die bkn nk percaya klu aku ckp psl hal mistik ni

    Reply
  4. ahaha, aku rasa cerita tu maybe betul jadi…cuma penulis tak pandai nak menulis, jadi berserabut cerita sampai takleh faham….maybe lainkali boleh buat 2,3 cerita dgn watak2 berlainan yg terbabit dlm cerita ni

    Reply
  5. Jalan ceritanye mudah difahami…
    Cume penggunaan nama berserta detail yg kerap berulang buat sedikit nampak kelam kabut…
    Rasenye di permulaan cukup bgtau nama-kereta…
    Utk seterusnye just gune name jer…
    Sape yg x ingt pepandeiler deme scroll ats review…

    Papepon…
    Bertalu2 gangguan korg kena yer…
    Sekali 4keta pon kena tu…
    Alhamdulillah selamat semuanye…

    Reply
  6. cerita dah ok tapi nama watak pening aku membaca..tapi penulis ni cepat beno negative thinking plus fikir bukan2 dari mula lagi..

    Reply
  7. Pernah berhenti dua kali setakat ni, tapi sebelah sianglah. Tidak ramai pengguna lebuhraya yang berhenti rehat di sini. Mungkin disebabkan kedudukannya yang jauh dari laluan utama dan lokasi tandas serta surau yang jauh dari tempat letak kereta boleh mendatangkan kerisauan dari segi keselamatan……

    Reply
  8. Igtkan sy sorg yg pening bace ..better gitau detail nme kete n spe yg naek kete tu baru paham. Btw tempat tu mmg keras my aunty xcident situ sbb nampak kelibat lalu kt situ mau terbalik kereta. Saya penah kena tahun lepas siang hari lg tauuuuu ade nampak kereta rapat kaw kat belakang kereta saya n design kete kitorang agak same la. Mama suruh saya bagi chance utk kereta tu lintas sebab kereta rapat sgtt kata mama. Tergerak hati nak pandang lagi sekali kereta tu kat belakang tup2 xde kelibat kereta pun kat jalan tu. Tengok depan takde. Tengok belakang lagi takde. Tadi tu ape? ?

    Reply
  9. haishh yg semua ni pun yeye suka sgt kasi markah penulisan, da terang2 penulis ni nak share pengalaman dia, tak kan tetiba kena masuk ujian penulisan baru boleh share pengalaman dia. I baca pun agk pening but who cares asal paham jalan cite yg nak disampaikan, walau bnyk nama dia nk terangkan mungkin sbb terlampau excited.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.