Lembaga berdarah Tanpa kulit kulit

As’salamualaikum Dan Salam sejahtera. pertama sekali Saya ucapkan terima kasih kepada FS kerana sudi siarkan kisah saya. cerita ini adalah pengalaman Saya sendiri semasa kecil Dan suasana kejadian itu berlaku di kampung halaman Saya pendalaman kampung di negeri sabah.

Pada waktu kejadian seram itu,Saya baru berusia 8 @ 9 tahun seingat Saya.
Selepas arwah mak Saya meninggal kerana sakitnya (Al-fatihah untuk arwah mak. Dayang binti abdurrahman). Saya terus dipelihara oleh arwah nenek Dan atok .(Al-fatihah untuk nenek nura Dan atok janggut). nenek sangat sayang Dan prihatin pada Saya Dan abang kandung Saya. kami cuma Dua beradik anak arwah mak. dan Saya sebagai cucu perempuan memang akan ikut nenek kemana Mana. abang pulak ikut atok. sebab rumah kami Dan semua orang orang kampung berjauhan kejiranannya. nak jalan kaki lebih kurang setengah jam baru jumpa rumah jiran.. perkampungan kami dipesisir sungai jadi anak panah arah jalan kami memang ikut tebing sungai sahaja. aktiviti kami di kampung pulak memang bertani.

pada Satu Hari, kami menerima jemputan kenduri di rumah besar. bahasa kami dulu atau bahasa sekarang dewan .oleh kerana di kampung kami cuma sedikit penduduknya Dan rata² rumah penduduk di situ cuma ada rumah kecil kecil sahaja . jadi ketua kampung cadangkan ada apa apa majlis besar biarlah di rumah besar dilaksanakan jadi semua boleh berkumpul Dan memeriahkan suasana. boleh tolong menolong. saya Dan nenek pun datang la dalam jam 5 petang macam tu. seperti penduduk yang lain datang kerana jemputan, kami berdua dengan nenek pun Naik la di bahagian pintu hadapan.

rumah besar tu ada Dua pintu .Satu bahagia depan untuk tetamu Naik, anak tangga ada dalam 12 anak tangga. Satu lagi bahagian belakang rumah iaitu bahagian pintu dapur ..juga ada anak tangga tapi lebih rendah ..mungkin untuk penduduk mudah angkat air dari sungai untuk basuh atau bersihkan apa yang patut.

Dijadikan cerita, semasa Saya Naik tangga tu Saya dibelakang nenek.. Adab la.orang tua yang maju dulu kan..semasa nak masuk dalam rumah besar tu, dekat pintu utama ada seorang nenek tua tengah makan sireh. penduduk kampung disitu juga. dia makan sireh tunduk je Masa nenek Saya lalu. tapi sampai giliran Saya lalu, dia terus meludah sireh dia, Dan ada percikan gambir sireh dia tu terpercik ke kaki saya. jadi Saya pun cakap “ihhhh !…Dan saya lalu juga ..Saya sempat toleh tengok nenek tua tu. tau tak? nenek tua tu renung Saya dengan tajam .dengan mulut dia yang merah tu terkumat kamit seperti membaca sesuatu ,buatkan Saya lebih rasa seram.l epastu Saya terus duduk dekat arwah nenek yang tengah bersembang dengan isteri tuan punya majlis tu.

Tak lama lepas tu, Saya rasa perut Saya sakit seperti nak buang air besar…jadi Saya minta izin arwah nenek pergi tandas. masa Saya masuk tandas tu, biasalah rumah kampung kan tinggi, jadi tandas tu memang nampak la juga celah2 dinding lantai tu je bawah rumah. saya yang tengah dalam toilet tu mcm sakit lain..seperti ada benda yang x mau keluar dari tempat yang sepatutnya. sampai Saya menangis sebab sakit sangat. semakin Saya paksa aktiviti”Saya, samakin sakit. terasa seperti ada benda tajam yang nak siat2 isi perut saya. x tahan dengan sakit tu Saya menangis sampai arwah nenek Dan makcik makcik yang tengah buat kerja di bahagian dapur rumah tu dengar Dan terkejut dengan tangisan saya.

Nenek pun bergegas datang. tanya kenapa. saya cakap sakit. dan nenek menjerit sebab terkejut nampak Saya kencing Dan buang air besar serentak tapi yang keluar tu d***h membuak buak.saya x perasan pun yang Saya kencing atau buang air besar.tapi nenek nampak ..sampai muka Saya pucat lesu. bila nenek jarit d***h!!!!!terus Saya tunduk tengok ke bawah .Saya lagi terkejut.sebab Saya nampak .ada makhluk menyerupai lelaki botak lidah dia tengah menjelir panjanggg..!

Dan yang lagi seram, lelaki tu tiada kulit. cuma isi sahaja. seluruh kulitnya seperti disiat Dan penuh d***h..mata dia merahhhhh…Saya terus menjerit hantuuuu!!!!!!terus nenek angkat Saya keluar dari toilet tu sebab Saya tak mampu berdiri. .rasa kaki Saya longlai tak bermaya. nenek bawak Saya ke ruang tamu dibantu makcik2 yang lain tu ..terus nenek baca ² sesuatu…nenek terus berdiri Dan hentak tongkatnya..(arwah nenek kemana Mana mesti ada tongkat).

Saya menangis terus ..terus nenek Tanya Saya..”siapa kamu jumpa tadi Masa pertama sampai rumah ni ? Saya cakap tiada. sebab seingat Saya memang tiada. nenek cakap”mesti ada ini. nenek baca² lagi sesuatu .Saya terus cakap nenek tu” terus Saya tunjuk nenek tua di dekat pintu utama. dan nenek Saya cakap..owh dia!terus nenek cakap .
Kamu jangan main main ya dengan cucu Saya.! tapi nenek cakap dalam bahasa ibunda kami la. terus tu nenek tua balas, siapa suruh dia tak pandai jaga Adab! terus nenek Saya jawab balik. budak budak pun kau sampai hati buat begitu ka?!
Nenek tua tu cakap lagi. biar!

Nenek Saya cakap baik! terus nenek Saya membaca sesuatu..Dan tak lama kedengaran suara anjing melolong mengonggong dalam kelompok sangat banyak .seperti mengejar sesuatu masuk ke dalam hutan tebal .hutan yang tak pernah diterokai oleh orang orang kampung lagi di belakang rumah besar tu. dan dalam kejauhan terdengar seperti suara orang menjerit tapi jeritan dia sangat kuat Dan nyaring.

lepas tu nenek cakap dengan nenek tua tadi tu “kau tidak berenti aku buat lagi teruk dari ni! sampai anak cucu cicitmu aku kerjakan! tarik balik yang kau bagi dengan cucuku!
Dan tiba tiba nenek tua tu berdiri terus balik .orang orang yang ada disitu pun bercakap “tidak pandai insaf insaf’!.

Dan Saya pun terus rasa lega Dan rasa haus. terus ada orang tua dsitu seperti orang warak ..dia baca sesuatu air digelas Dan terus bagi pada Saya untuk diminum. terus Saya rasa badan Saya segar semacam.. Alhamdulillah.
Seram kan . pengajaran, lain kali datang rumah orang kena tinggi Adab..

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Mahsury

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 21 Average: 4.7]

1 thought on “Lembaga berdarah Tanpa kulit kulit”

  1. Apa yg orang tua tu expect. Ludah rata2, lepas tu nak org jaga hati dia.
    Dia kene beradab dulu sebelum suruh org lain beradab.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.