Lembaga Menyerupai Suami

Assalamualaikum. Saya adalah antara peminat FS samada dalam youtube atau facebook. Sebelum ini ada juga ikuti cerita seram lain dan berkongsi pengalaman sendiri atau kawan.

Kisah saya ini mengenai gangguan yang berlaku di kuaters klinik kesihatan oleh salah seorang staff saya. Staff saya bertugas sebagai seorang staff nurse dan bertugas di klinik kesihatan di salah sebuah daerah di Perak. Staff yang tinggal di kuarters kerana bertugas atas panggilan. Staff nurse ni bernama Puan Sari dan tinggal atas panggilan perbidanan.

Sari pernah bercerita beberapa kali tentang kisah seram di kuartersnya. Dia pernah ternampak tangan berbulu terhulur dari tingkap dapur pada tengah malam semasa dia di dapur. Dia pernah cerita pada suaminya tapi suaminya buat tak indah sahaja sehingga pada satu hari….

Pada satu hari, dia tinggal seorang diri di rumah. Suaminya seorang businessman telah pergi outstation. Anak2nya balik ke rumah mak mertuanya kerana cuti hujung minggu. Tinggallah Sari seorang di rumah.

Malam tu selepas makan malam dan solat isyak, dia pun bersiap2 untuk tidur. Dia kunci pintu rumah dan terus ke bilik tidur.

Kebiasaan sebelum tidur Sari akan baca quran dulu dan letakkan quran atas bantal tempat tidur suaminya. Selepas baca quran dia mengemas baju yang baru dilipat dalam almari bila tiba2 dia ternampak kelibat suaminya.

Sari berkata: eh abang masuk kat mana? Saya dah kunci semua pintu. Bukan abang cakap abang tak balik malam ni? Macam mana balik pulak?

Suami dia kata awak tu lalai, pintu tak berkunci. Abang dah habis kerja awal…baliklah.

Kemudian suami dia berkata lagi, malam ni abang tidur kat belah sana. Awak tidur belah sini

Sari kata: kenapa pulak? Bukan abang selalu tidur kat tepi dinding? Abang alih la quran tu, tadi saya baca quran kejap

Suami dia kata takpa, malam ni ubah tidur la kejap. Awaklah alih quran tu.

Sebenarnya suami Sari selalu tidur sebelah tilam dekat dengan dinding bilik tapi sebab ada quran, dia buat helah nak tidur sebelah kiri katil.

Sari mula rasa pelik dan meremang bulu roma. Sari renung ‘suaminya’ lama2. Dia perasan walaupun nampak macam wajah suaminya tapi tak ada cahaya. Dia tenguk ke bawah nampak dari pinggang ke bawah penuh dengan bulu bewarna hitam.

Sari dengan berani dan bersuara lantang berkata: awak bukan suami saya.

‘Suami’ dia berkata saya suami awak la.

Sari masih bertegas: bukan….awak bukan suami saya. Berambus dari sini.

Setelah terkantoi, lembaga tu berpusing dan ternampak penuh bulu hitam belakangnya dan dia berjalan menembus pintu bilik.

Sari mengucap panjang dan tak putus2 membaca ayat kursi dan surah2 rukyah. Sari menelefon suaminya dan ternyata suaminya masih di Kuala Lumpur.

Suaminya berpesan untuk panggil anak jiran teman Sari tidur malam tu. Pasang lampu bilik semasa tidur dan baca ayat2 quran sebelum tidur.

Selepas suaminya pulang dari outstation, mereka mendapatkan bantuan dari pakar perubatan Islam. Ustaz tu datang untuk buat rawatan. Dia kata itu hantu raya dan kemungkinan tidak bertuan. Kedudukan klinik kesihatan tu agak pendalaman dan di keliling pokok getah. Dia mengajar ayat2 tertentu untuk diamalkan.

Selepas dari itu, tiada gangguan lagi. Sekian dan terima kasih. Demikian perkongsian saya yang berlaku pada pertengahan tahun 1990an di Perak.

Hayati

Hantar kisah anda : fiksyenshsha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 38 Average: 4.4]
Hayati Radzi

4 thoughts on “Lembaga Menyerupai Suami”

    • Mungkin juge tok, katanya 90 an, jika dh dewasa dan ada ank time tu, mungkin lah sekarang baya mak tok ye tak

      Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.