Sebelum kita mulakan cerita saya nak bagitahu, ni dah kali kedua saya cuba untuk menulis. Tapi ini adalah first story saya. Panggil saya nis’ je. Saya asal joho. Kisah yang saya nak ceritakan ini ada kene- mengena dengan salah satu hospital kerajaan di Johor Bahru. Hospital mana tu saya rahsiakan ye.
Kisah ni jadi masa bulan 10 tahun 2018. Ayah saya disahkan masuk icu, saya dari terengganu bergegaslah balik. Saya naik bas dari Kuala Terengganu jam 8:30pagi dan sampai di hospital di Johor Bahru jam 9:30malam. Oleh kerana wad icu ni boleh melawat siang sahaja, saya berkeras nak bermalam di surau hospital berkenan. Adik beradik lain semua balik rumah termasuk mama saya. Saya je yang berada di hospital sebab saya je yang belum jumpa ayah. Sedih jugak masa tu, rasa nak rembat je mak guard tu nak naik wad icu.
Tangga turun kafeteria memang tutup malam. So, saya masuk dari arah emergency nak ke surau tingkat 5 berdekatan wad icu. Dalam whatsapp family, abang saya kata dia tak balik, dia ada kt lobi. Saya reply, saya otw naik tingkat 5. Masa tu saya naik bahagian lif staff ngan doktor. Sebab nak pukul 10 malam, takde oranglah. Kat tempat lif tu ada 4 lif. Saya tekan butang nak naik, lif pertama buka. Saya masuk dan tekan tingkat 5. Masa tu saya di aras 1 lagi. Pintu lif tutup naik tingkat 5. Sampai tingkat 5 pintu lif taknak bukak. Saya dh macam, haihh apa nii. Saya tekan tingkat 4. Sampai tingkat 4 pintu lif tk buka. Saya dh macam m**i laa nakk. Saya tekan balik aras 1, sampai je aras 1 pintu lif buka. Saya keluarlah apa lagi.
Tunggu dalam 5 minit kat aras 1 tu, saya tekan balik nak naik lif. Kali ni lif yang sama terbuka. Sebelum tu lupa saya nak bagi tahu, lif staff ni pintu dia terbuka depan belakang. Masa tu saya tengok jam pukul 10:30malam.
Dalam setengah jam jugak main ngan lif ni. Masa lif pertama tu buka, saya pun masuk jelah. Try lagi mana tahu sampai tingkat 5 kan. Masuk lif tu tekan tingkat 5, sampai kat tingkat 5 benda sama jadi. Pintu lif tak bukak. Saya tekan tingkat 4. Sampai tingkat 4 pintu lif belakang buka, depan tak buka. Tapi masa tu seriauuu siak rasa, habis naik bulu roma. Adalah dalam 10 saat dia buka. Saya jenis tak puas hati, tekan lagi aras 5. Sampai aras 5, lampu lif kelip kelip lepas tu pintu tk bukak. Saya dah takut masa tu, saya tekan aras 4 balik. Tapi rasa macam lif tu tk gerak. Saya tengok hp line E, try call abang saya. Tak dapat. Dalam hati dah menyumpah, bodo ea natang niiii. Hahaha. Saya cuba tekan aras 1, baru rasa lif gerak.
Sampai kat aras 1 tu saya cepat-cepat keluar. Masa tu rasa ada ‘orang’ ikut keluar sekali guna pintu belakang, saya guna pintu depan. Saya paling nampak sosok putih kabur kabur gitu. Tiba tiba mak guard melayu tegur saya. Dia tanya buad apa kat sini. Saya cakap lah cover cover sikit, jaga ayah kat wad 7. tapi sebenarnya saya nak sembunyi kat surau tingkat 5 aras wad icu. Tergeraklah dalam hati saya nak tanya mak cik tu. Saya cakap kat makcik tu, tadi saya naik lif ni nak berhenti aras 5 sebab ada mesin kopi, tapi pintu tak bukak. Kenapa ea? Saya cakap lagi, dua kali saya try dh makcik. Makcik tu tanya saya balik, lif yang mana satu kamu naik? Saya tunjuklah lif yang pertama tu. Dengan muka serius makcik tu jawab, tu lif orang usung mayat ke bilik mayat. Aku dh….. #speechless. Dia kata selamat tak jadi apa apa. Lepas tu saya blah gi lobi, jumpa abang saya. Last last tidur dalam kete. Esoknya baru boleh masuk wad icu jumpa ayah.
Alhamdulillah, ayah sekarang makin sihat walaupun kene cpr pakai defiblarator sampai masuk icu.
Apa pun saya nak minta maaf kalau cerita tak seram atau macam tongkang tebalik. First time tulis. Saya akan kongsikan kisah pasal hostel saya kat terengganu pulak untuk entri seterusnya. Thankyou guys.
HSI an?.. dh penah kene dh.. nsib tkde pape.. truskn brcerita.. cerita awk best.. klau bleh jgnlh brmalam kt hospital sorg ii sbb mmg org selalu kene.. klau bleh blik or tidur je dlm keta sbb mmg byk mnde pon kt hospital.. papepon pat kit nk thu cita kat hostel lak
Best kisah awak dik..tapi banyak typo.. Next time tulis bagi akak baca dulu.. haha.. gurau je
Thank you. Untuk entri seterusnya saya akn cerita tentang hostel pulak. Heheh
senang faham jalan cerita . dan seram jugak kalau hadap sendiri situasi tu . tq for this story nis 🙂
hahahaha HSI…. penuh dengan misteri wei…
first time dengar istilah [b]tongkang terbalik[/b].
biasa dengar tongkang pecah je.
atau tunggang terbalik
saya pernah kena kacau kat HSI . masa tu nak teman ibu x-ray jari . otw dari emergency tu dah perasan bilik x-ray betul2 sebelah bilik mayat . masa tu waktu maghrib . tengah duduk2 tunggu nama ibu dipanggil , tiba2 pintu bilik x-ray buka tutup buka tutup . lupa nak cakap , pintu bilik x-ray tu automatik , kalau orang lalu pintu automatik terbuka. masa pintu tu buka tutup buka tutup memang rasa seram semacam . tak cakap banyak terus ajak ibu pindah tempat duduk ke dalam sikit . HAHAHA!
Adan uke. Acah berani lagi. Apa masalahnye tunggu je kat lobi sampai esok? Kau perempuan ke laki? Kalau perempuan control sikit perangai berani tu takut makan diri. Kalau x jumpa hantu takut jumpa manusia perangai kalah hantu
Berani nyaaaa… Hospital ni mcm2 ada dik.. Mayat.. D***h.. Tu semua kegemaran setan mengacau..
hospital ni ada satu port nurse2 slalu kongkek
SERIUS AH? HAHAHHA. Adoi… nurse kongkek dgn sapo..hehe
Macam HSI je. . . Takutnye
HSI Kann ,sbb HSI je cafe diaa bawah tanahh . HSA cafe dia terbukaa .. penahh kene masa keje situ duluu. masuk toilet sebelah bilik mayat . ingt ade orang dalam tu , sbb lama sgt dalam tu . skli tgok bawahh pintu xde mende weyy . berteraburr larii xckup tanahh .
GOOSEBUMPS!! part “usung mayat ke bilik mayat” !!
Hsi nie..saya pernah praktikal di hsi..pukul 2am doktor minta antakan patient ke x-raya..bilik x-ray pulak tu dekat dengan bilik mayat..nak taknak budak praktikal nie pergilah anta..ajak kawan2 sampai 5orang ajak teman..dalam lift bukak surah yasin..sebab tahu lift situ memang staff bawa mayat ke bilik mayat..