Lili Rakanku 2

Lili rakanku 2

Assalamualaikum admin dan pembaca FS

Terima kasih kerana siarkan kisah seramku yang pertama yang lalu.

Aku terus sambung kisah lili seterusnya

Selesai bertugas dan pulang ke base (airport) aku masih lagi terfikir untuk balik rumah sewa aku atau balik ke rumah mak aku kerana tidak sedap hati dari pagi tadi.

Aku membuat keputusan untuk call tunang aku untuk teman ke rumah sewa kerana perasaan takut membuak2 dan untuk pengetahuan korang, aku bukan seorang yang terlalu berani, lagi-lagi bab kemat1an.

Tunang aku kebetulan akan balik kerja tidak lama lagi, tunang aku kerja berdekatan dengan airport, aku pun tunggu dan duduk di cafe sambil layan fon dan baru sempat baca whatsapp group yang belum di baca. Ya ternyata ada berita kematian lili semasa kemalangan. Dan jantung aku mula laju dan hampir pening nak pitam.

Aku hirup coffee yang aku order tadi, tunggu hampir 10 minit tunang aku call bagitahu dah sampai depan airport.

Aku pun bergegas ke arah pintu keluar airport dan tunang aku bawa aku ke uturn ke parking kereta.

Sesudah sampai di parking kereta, aku memandu berasingan sambil diiringi tunang aku di belakang menghala ke rumah sewa.

Sampai di blok rumah, aku naik tangga bersama tunang aku dan sampai depan pintu aku berdebar2 lagi. Aku buka pintu lagak berani sambil tunang aku menahan pintu supaya tak ditiup angin dan aku bergegas ambil barang keperluan, uniform, barang kerja, makeup, kasut dan terus keluar.

Syukur juga ketika itu tiada apa-apa yang berlaku.

Aku terus ke rumah mak aku. Dan malam tu juga aku ajak tunang aku ke kenduri tahlil lili di Tanjung Malim dan perjalanan hampir 1jam 30minit untuk sampai ke sana. Tepat 8.55 pm sampai di rumah ibu & ayah lili.

Suasana sunyi dan hiba. Hanya kedengaran orang surau dan jiran yang hadir membaca yasin.

Selepas selesai, tanpa membuang masa aku terus balik. Oh ya, arwah lili selamat di kebumikan pada 2.1.2014 jam 8pm. Pada hari kemat1annya.

Lili kemalangan semasa dalam perjalanan untuk melawat neneknya yang sakit tenat. Belum sempat sampai ke hospital di kl dia excident dan di sahkan meninggal kerana di himpit lori. Semoga ditempatkan dikalangan yang beriman..

Dalam tempoh 7 hari selepas kemat1an lili.

Aku. Aku terus ambil keputusan untuk pindah kerana tak sanggup untuk tinggal di rumah sewa berseorangan. Dan keluarga lili datang ke rumah sewa kami untuk mengambil barangan lili yang ada di rumah sewa.

Di rumah sewaan aku, Dalam tempoh 7 hari itu juga aku susah nak tidur dan sering terkejut semasa tidur seperti ada yang menjerit di telinga. Satu gangguan yang sering terjadi.
Dan bermimpikan lili datang dekat aku sambil senyum dan menangis tanpa berkata apa2. Sedih rasanya ..

Setelah semuanya selesai, aku pun terus berpindah.

Mohon doakan lili al-fatihah…

Maaf jika tidak seram bagi korang.
Terima kasih admin dan pembaca FS
Assalamualaikum.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 5]
Fi

6 thoughts on “Lili Rakanku 2”

  1. Tak faham dengan website ni. Memang editor akan censor perkataan macam kematian dan b***h diri ke? Rasanya tak perlu buat macam tu kot. Rasa cliché dan tak perlu pun

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.