“Benda yang macam ni la yang dekatkan kita pada tuhan”, ujar mama menjawab rungutan aku. Ah, aku tak peduli. Sungguh aku sakit hati dengan manusia yang menghantar benda-benda begini pada keluarga aku. Manusia-manusia pendengki yang tentu saja dirasuk setan. Kalau aku ini ada ilmu bomoh, tentu saja aku balas manusia-manusia setan ini dengan benda yang sama. Ya, aku juga boleh jadi setan.
Sudah seminggu bini aku sakit. Entah apa sakitnya, makan tak lalu, sakit seluruh badan. Jalan ke mana-mana perlu dipimpin. Bila ke klinik, kata Dr mungkin salah urat. Diberinya ubat sapu. Habis sebotol ubat disapu, sakit masih di situ. “Jom lah pergi jumpa ustaz. Mana tahu dia boleh ikhtiar”. Masih terngiang-ngiang aku saranan mama tempoh hari. Aku malas melayan pemikiran begini. Ya, sebab aku tak pernah merasa. Tak pernah kena. Tak pernah tengok.
“Tak payah lah mama, nanti saya bawa Ila pergi jumpa doktor lain pulak. Mungkin ubatnya tak serasi”, balasku kepada mama.
“Ada penyakit dalam dunia ni yang bukan boleh diubat cara moden Basri”, ujar mama sambil dituangnya air kopi cap gantang ke dalam cawan. Terus aku capai dan hirup sambil mencari akal menidakkan alasan mama.
“Mana mama tau yang sakit Ila ni sebab benda-benda tu?”, tanyaku.
“Mama lagi lama hidup dari kau. Mama tau bezakan. Lagipun doktor pun tak tahu dia sakit apa kan?”. Hujah mama ini memang hujah yang terus memangkah apa saja hujah aku selepas ini. Aku diam. Malas aku panjangkan cerita. Nanti jadi debat, tekak kering, bini aku terus sakit.
“Kau setuju tak?”, soal mama lagi.
“Ya lah mama”. Terus aku hirup kopi o pekat.
Ustaz Din duduk di atas sejadah sambil Ila membelakanginya. Tiada pengeras ayam panggang yang diminta. Cuma 3 biji limau purut. Ada aku dapat limau yang bos aku bagi sempena tahun baru cina. Tapi aku rasa limau itu kalau dibawa mungkin hanya akan menjadi makan malam ustaz.
Aku hanya memandang dari tepi. Aku nampak mulut ustaz terkumat kamit membaca sesuatu. Macam dalam filem melayu. Tapi bukan macam filem Do Re Mi. Kalau aku nampak ustaz itu gayanya macam AR Tompel, memang aku tarik bini aku bawa balik.
Sambil meletakkan tapak tangan di belakang Ila, dia teruskan bacaan. Aku pun tak tahu apa dibacanya. Mahu saja aku suruh dia kuatkan bacaan. Mana tahu dipujanya setan. Tapi melihat mama di sebelah, aku pendamkan saja niat aku. Ila hanya diam. Aku tahu dia cuma mahu sihat. Sebab aku suami mithali, aku juga nak dia sihat. Walau apa juga cara.
“Uish, marah betul!”, tiba-tiba mata ustaz menarik tangannya.
“Siapa marah ustaz?”, tanyaku.
“Benda-benda ni ha. Marah aku suruh keluar”, balas ustaz.
‘Benda-benda?’ Berapa banyak benda yang ada aku pun tak tahu.
“Ustaz suruh keluar ke?”, aku tanya lagi.
“Dia orang panas la aku baca ayat”, ujar ustaz selamba. Agaknya dia tahu aku agak skeptikal dengan perkara begini. Ah, lantaklah.
Malam itu aku balik ke rumah dengan pesan ustaz agar Ila mandi air limau tiga hari berturut-turut selepas Asar. Diberinya juga kemenyan untuk diasapkan di bilik. Malam itu juga aku asapkan. Ila sudah tidur. Aku hanya menonton tv berseorangan.
Entah bila masanya, aku terlelap.
Aku terjaga bila Ila kejutkan. Katanya dahaga. Aku lihat jam. 3 pagi. Bini aku ni pula, jam 3.06 pagi juga dia dahaga. Malas-malas aku pun tetap aku bangun turun ke bawah untuk ambilkan air. Samar saja ruang tamu diterangi lampu dinding. Aku buka lampu dapur dan buka peti ais untuk ambil air. Belum pun aku tutup pintu peti sejuk, aku dengar suara Ila.
“Abang”.
Mahu terloncat aku terkejut. Nasib baik lampu dapur dah aku buka tadi. Kalau tidak makan penumbuk bini aku.
“La kenapa turun jugak? Kan abang dah turun ambil air”, tanyaku.
“Ila turun lama dah abang. Tidur dengan mama”, balas isteri aku.
Terus bulu roma aku meremang semacam. Habis aku mengigau ke tadi? Ah, tak mungkin. Memang Ila kejut aku tidur.
“Bukan Ila mintak air tadi?”, aku bertanya untuk dapatkan kepastian.
“Takde lah abang”, jawab isteri aku dengan yakin.
“Ok. Abang mimpi kot”, ujarku untuk hentikan perbualan. Tak mahu aku panjangkan cerita.
Aku tidur di ruang tamu malam tu. Takkan aku nak tidur dengan mama dan Ila pulak. Baru keluar rasa takut dalam diri aku. Menyumpah-nyumpah aku pada diri sendiri yang pengecut.
“Tik! Tik! Tik! Tik!”
Aku terjaga. 4.15 pagi. Aku pejamkan mata pura-pura tidur.
“Tik! Tik! Tik! Tik!”
Ah siapa pulak main guli ni? Takkan Ila naik atas main guli? Aku hanya membatu. Selang beberapa ketika bunyi guli jatuh ke lantai itu kembali.
Aku kuatkan semangat. Bibir aku terkumat-kamit berzikir dengan harapan bunyi itu berhenti.
“Itulah Basri, semalam kau perli ustaz. Sekarang kau pula yang terkumat-kamit”. Aku seolah-olah mendengar suara orang memerli aku. Entah kenapa pula suara mama yang keluar. Cis.
Seketika kemudian bunyi guli berhenti. Aku terus membatu. Mata aku buka perlahan-lahan. Cahaya lampu ruang tamu mula menujah anak mata. Tiba-tiba ada bayang melintas di depan mata aku sepantas angin. Terus aku tutup mata kembali. Bau kemenyan mula menusuk hidung.
Bala apa pula ni? Getus aku dalam hati. Dari mulut yang terkumat-kamit, aku hanya baca ayat dalam hati. Nak buka mulut pun aku takut. Jangan la Ila tahu.
“Basri..”
‘Dia panggil nama pulak…’ Aku diam. Bau kemenyan masih kuat menusuk hidung. Peluh dingin sudah menitik di dahi. Saat ini, nak bernafas pun aku tak berani.
“Basri..” Suara lembut itu masih memanggil nama aku. Serentak itu juga aku rasakan tangan yang amat sejuk menyentuh bahu aku. Sial.
“Oi Basri, bangun lah Subuh!”
Aku buka mata dan mama sedang berdiri di depan aku dengan tepak kemenyan di tangannya. Rupanya dia asapkan rumah sebelum Subuh.
Barulah aku rasa muka aku aku panas kembali. Nasib baik juga aku tak menjerit ketakutan. Mana nak letak muka oi?
*inspirasi kisah benar yang akhirnya malas ditaip lebih lanjut
- Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
ya tohan kau ni. kenapa kau biarkan aku tergantung tanpa tali woi! anyway, naiss bro.
Ko mmg cr publisiti murahan kaaannn…
Dh tau pemalas nk type pepanjang, xyahlar share citer pastu dgn x beradabnye kate KISAH BENAR YANG AKHIRNYA MALAS DITAIP LEBIH LANJUT…
Admin pon kalau citer yg terang2 x setle camni xyahler share…
Buat nambah dosa den yoo ngutuk org tau…
Ntah bilo nk mtk ampun plak ni kang…
Adeeehhh…
Bila kak yulie marah….
Hati tisu ni lg senang terbakor bile ko cucuh api dik…
Hangen…!!!
Cop copp coopp…
Bkn ke asap perasap ni makanan syaitoonnn…???
Btol ke yg ko jumpe tu USTAZ DIN…????
Sila perjelaskan andai den salah…
adoiio jgn wat cmni wehh…tergantung
masyarakaaaaat…..cerita kau dah umph dah bro….ada unsur humor…part
Aku nampak mulut ustaz terkumat kamit membaca sesuatu. Macam dalam filem melayu. Tapi bukan macam filem Do Re Mi. Kalau aku nampak ustaz itu gayanya macam AR Tompel, memang aku tarik bini aku bawa balik.
ni aku tergelak.. unsur seram pun ada masa kau turun ambil air tapi rupanya bukan bini kau yg dlm bilik
tapiiii…kau malas nak menaip sampai habis..aku kecewa bro..aku kecewa
deletedHahaha aku tggu langsat komen je
Tapi komen Langsat lately ni kurang m******h…
Apsal bro…???
Cerciter…cerciter…
Citer yg bez aku puji ler..kalau citer ngarut tak masuk akal berbelit mmg aku sound ler..lagipun karang sound lebey2 korang gak yg bising
hahahaha jgn lah marah langsat…. mana ada kitaorg bising.. kes cam ni mmg kami tggu ko sound je…hehehe jangan marah haaa
bengong baik takyah cita
hahahaha kurang ajar la, perasaanku dipermainkan
Ceitt!! Apadaa…
cerita mcm ni boleh dikatakan penulisan kreatif kategori masuk akal utk org kurang akal. ni bukan nak dapat publisiti murahan… tp nak dapat pahala free tanpa beribadat… kurang ajaq…
Adakah kita semua penyumbang kepada PAHALA FREE tu…?????
Baiklaaahhh…
Hakak nk doakan jer semoga penulis ni diberikan hidayah utk tak lg menulis dgn gaya cenggini…
Huhuhuhuuu…
Aku rasa antara sebab utama aku baca FS ni selain dari cerita dalam FS adalah untuk membaca komen kak yulie..hahahaha
Errrrkkkk…
Teruskan membaca komen2 akk yer yg suke membizibodi kat sini…
Kak Yulie a.k.a Kaklong Kawasan a.k.a Mak Jemah Sangat…
Hahahaha…
hahaha semakin pemes dah ko kan kak…. pemes lagi pengomen dari pencerita hahahha
dalam byk 2 pengkritik dlm ni nama k.yunie jgk am ingt huhhu
Hep heppp heeppp…
Salah eja tu mknanye x ingt sgt tuuuu…
Sebut betol-betooollll…
KAK YULIIIIIIIEEEEEE…
Heheheheheh…
hmmmm…kemon bro, p****g ler…ko sambung ler bro -.-
“Ada aku dapat limau yang bos aku bagi sempena tahun baru cina. Tapi aku rasa limau itu kalau dibawa mungkin hanya akan menjadi makan malam ustaz.”
Kah kah kah kah kah kah kah kah kah!!! Dhaiiii!!!!
Krem pipi gelak wei…..adehh
Ko nyer citer ni Basri, macam mana tau aku rasa? Macam ko berlari pecut acara balapan ke bilik kecik, tetiba bila dah ready, sembelit!
Hahhh!!! Macam tu ler aku rasa skang.
Ajekan sajer ler nak bakau d***h.
Teruuuussss akak g dapor dok tenung limau ghaye cine tu kot2 boleh ke gune utk buat perasap parang p****g ayam akk ni…
Huhuhuhuuu…
duh..mengapakah beliau ni mempermainkan perasaan pembaca?? mengapakah…??
Kurang kasih sayang ni…
Mase kecik2 mak asyik suruh jage adik gamaknye sampai tak sempat nak main ngan kengkwn…
Lepas gianler tu main2kan perasaan org plak…
????mengapa…akukah yg berdosa…mengapa(nyanyi sambil nangis..huhuhu) SAMBUNG LA LAGI
adehhh…terbantut perasaan seram den….???
kurap sungguh la kau ni….dah stim da…tiba2 kau p****g….kau tau perasaan bila kau da sedap berak orang ketuk pintu sbb tak tahan nak kencing tak?? macam tu la perasaan aku…
Ok ok sorry guys. Nanti den sambung. Nak tgk berapa lama masa nak publish and boleh diterima ramai ke tak duluu.
Hah. Kat sini kau rupanya. Siot betul. Cepat sambung. Bikin gua panassssss je.
hahahaha bila last ekau kene santet basri hahahaha…. cite dah best tapi ujung2 tergantung….ibarat nak kentut tapi x lepas perut sakit
Minom air halia byk2 yer pasni…
Hahahhahaaa…
hahaha… bc komen2 lagi best dari baca cite.. adoiyaiii… pecah pewot bc komen korg ni lah…
hahahahhahahaha
ye. bab perasap kemenyan tu kenapa ada dlm cerita ni. asap makann jin. jgn putar belit fakta
tagune btol…kusyuk je aku melayan depan pc sambil kunyah popkon…last2 ending cm lanahotttt…sungguh tebal tahap kecipanan ko…perangai serupa FAM!!
Pesal plak perasap kemenyan…tang tu tak brapa berkenan…tp kalo benda ni berlaku dh zaman dulu2 mungkin la..sbb org dulu2 x brapa tau…asal mlm jumaat je pasang kt tangga huhu…bila arwah mak g dgr ceramah agama br tau…terus x buat dh…tp x tau la kot ustaz buat tu bersebab ke..maybe dia nk umpan benda tu kuar kenx tau la kan…positif hehe sbb ciyer tergantung huhu…