#Liza – Lagenda Nyi Roro Kidul (Bhg. 1)

Assalamualaikum ..

Lagenda Nyi Roro Kidul. – PART 1

Kepada yang mengikuti kisah aku sebelum ni yang bertajuk SIHIR, mukadimah dia aku dah ceritakan mimpi aku bertemu dengan wanita berpakaian jawa dan rakan sekerjaku, Fitrra. Ramai yang kecam aku sebab 2in1 story (bukan ke minuman 2in1 ni sedap lagi berlemak? – hahhaha yela kalo dah cerita aku tak tersusun dan bersambung mana tak nya mengamuk semua peminat setia FS : MAAFKAN SAYA.)

Untuk cerita ni, aku cuba habiskan walaupun aku karang sampai 10 m/s !! I TRY MY BEST ALL.

REMARK : kalau nak rasa feel lagi. Boleh layan cerita aku ni malam-malam sebelum tidur. Save dulu. (kalau cerita aku ni kena publish siang hari lerrr.. tapi kalau kena gangguan jangan salahkan aku)

Asal-usul Nyi Roro Kidul ni, korang silalah lawati laman web ni : – (http://kisahasalusul.blogspot.com/2015/03/asal-usul-nyi-roro-kidul-menurut-islam.html) – takkan lah aku nak ceritakan kat sini kan. Mahunya 20 m/s pun tak habis lagi. Rajin-rajinkan membaca yer semua, yang penting kena ingat Allah S.W.T itu bersifat rububiyah :- meliputi seluruh alam semesta beserta isinya.

Kisah ini bermula sewaktu aku mendapat tawaran kerja di sebuah syarikat swasta yang tidak jauh dari bandar pada May 2017. Aku berkenalan dengan 2 rakan sekerja ku di bahagian Logistic Department iaitu Kak Zaza dan Fitrra. Aku sememangnya mengenali Kak Zaza dari facebook (dunia ni kecil jer.. mana-manapun boleh terjumpa orang yang kita add friend dalam fb), kebetulan pulak Kak Zaza ni bff Kak Uul – Kak Uul ni kawan sama belajar dengan aku di ILP (oh yer.. kalo ada kesempatan aku akan ceritakan pertemuan aku dengan hantu pocong dan mimpi makhluk bermata 1 (Dajjal ?) sewaktu aku belajar di ILP)

Sewaktu pertemuan aku dengan kak Zaza ni, aku memang dapat rasakan ada ‘something’ menumpang kat badan dia cuma aku tak nampak jelas. Kemungkinan makhluk tu pun dapat rasakan kehadiran aku. – nanti aku ceritakan peristiwa kak zaza berubat dengan mami/dadi untuk buang ‘mereka’ (salah seekornya kak ponti)

Pada July 2017, Fitrra mengambil cuti 14 hari untuk pulang ke kampung halaman nya di Bali, Indonesia. Sejujurnya untuk beberapa bulan lalu, aku tak lah secepat nya untuk rapat berkawan dengan mereka ber-2, masih ada jurang antara pekerja baru dan lama. Sewaktu mereka ber-2 asyik bercerita mengenai kampong halaman Fitrra, sibuk online tempat-tempat peranginan di sana, aku sedikit tidak terusik langsung untuk mengambil tahu, bah kan untuk kepo bersama mereka. (yela, waktu ni aku baru kerja, dahtu job pekerja lama banyak tertangguh, aku kenalah tolong follow-up and up-to-date semua barang)

Sehari sebelum Fittra berangkat ke Indonesia, aku sudah rasa tidak sedap badan. Hatiku mula resah, dan asyik memikirkan keadaan Fitrra. Sebelum dia pergi, aku sempat juga lah bagikan dia minum air mineral yang aku dah semaikan dengan Surah Al-Muawwizat (Pelindungan) mengandungi surah-surah berikut:-
• Surah Al-Fatihah (Yang ini wajib. Surah pertama dalam Al-Quran atau surah “Pembukaan”. Ia merupakan Ummul Qur’an (Induk Al-Qur’an) seperti semua yang sedia maklum Surah ini mempunyai 7 ayat dan setiapnya mempunyai keistimewaan tersendiri)
• Surah Al-Ikhlas
• Surah Al-Falaq
• Surah An-Naas

Macam ini lah keadaan aku, resah, tak senang duduk, risau tanpa sebab, fikiran celaru, kadang-kadang jantung berdegup kencang tanpa sebab dan badan terasa panas atau sejuk,pertanda apabila aku dapat rasakan suatu kemudaratan yang akan berlaku pada orang di sekeliling aku.

Bahkan aku boleh melihat dimana-mana sahaja tak kira masa, tempat dan sesiapa sahaja yang di tumpangi oleh ‘mereka’. Semuanya adalah dengan izin Allah S.W.T – bukan atas keinginan aku sendiri. Sebolehnya aku akan cuba mengelak sekiranya ternampak ‘mereka’ sebab jenis ‘mereka’ ni, suka sangat kalau jumpa manusia yang punya kelebihan macam aku untuk diganggu atau dicabar ilmunya dan kepercayaan kita kepada kewujudan Allah S.W.T.

Beberapa hari setelah Fitrra berada di tanah air nya,. Aku mula mendapat gangguan, bermula dari malam aku on the way nak balik rumah lepas melepak dengan kawan-kawan. Semasa dalam perjalanan selepas menghantar kawan ku pulang ke rumahnya, telinga aku berdesing.

Bau wangi bunga melur menusuk tajam ke deria bau aku.

“Tolong jangan ganggu aku, aku cuma nak lalu jalan ni lepas hantar member balik rumah tadi. Jangan follow aku, aku tak ganggu kau. Tak usah nak usha-usha aku.”

Terkumat-kumit mulut aku baca doa Safar untuk permudahkan perjalanan aku balik ke rumah. Kecut perut juga lah, jam dah dekat 10.45pm. Pulak kampong kawan aku ni masuk dalam jauh dari high-way, dahtu aku sorang drive balik. Kepala aku pulak dah macam kura-kura drive kereta sebab tak nak tengok mirror belakang, nanti ada jer kepala yang aku tak nak tengok duduk kerusi belakang menumpang aku balik !.

Sampai rumah, tetiba jer aku terkenang denga Fitrra pulak, la sudah, tak syiok lah macam ni. (jangan ingat aku Lesbian pulak yerr !) Ni memang dah pertanda tak elok ni. Kalau aku dah asyik ingat kawan kat seberang sempadan. Malas untuk fikir panjang, aku bersihkan diri setelah seharian berada di luar.

Malam makin kelam, guruh di langit sekali-sekala mengejutkan semangat wanita aku. Niat nak layan game Mobile Legends aku pun terbantut, task aku use mage complete 5 game pun belom habis lagi. Oleh dek kerana aku frust betui dari GM 1 drop GM 4 dalam sehari, aku mogok tak nak layan MLBB seharian ni. Mahunya lebih tertekan dari kena gangguan iblis atau yang seangkatan dengannya.

Jam di dinding menunjukkan 12.03am. Aku ke bilik mandi untuk mengambil wudhuk, selesai berwudhuk, aku ke bilik tidur, penat seharian melepak dengan member, otak ni perlukan rehat secukupnya. Belum pun sampai beberapa minit aku pejam mata, aku dengar bunyi buaian depan rumah aku,

Krieekkk.. krioooottt.. krieeekkk.. krioooott..

“LAL HAWLA WALA KUWATAH ILLAH BILLAH HU WAL ALIEL AZIM .. Ya Allah, jangan lah ganggu aku. aku nak tidoq lah woiiii ….”

Aku selak jendela tingkap bilik aku, aku tengok halaman rumah. Aku nampak buaian tu bergerak tapi tak ada siapa. Agaknya angin kot, yelah tadi guruh tu selalunya pertanda nak hujan, kalau nak hujan selalunya berangin, tapi fikiran aku salah apabila aku lihat daun-daun pokok bunga mami yang tertanam dalam pasu depan rumah sedikit pun tidak bergerak. Tak apalah, abaikan jer. Time to sleep. Aku dah suspend dah woiiiii !!!!!!!!!

Belum nak lelap mata aku, aku dengar bunyi lonceng pulak dah, seperti loceng gelang kaki atau tangan, yang pasti bunyi lonceng lah kan. Ini aku betul tak boleh tahan dah, dalam keluarga aku, pantang dadi lah kalau anak dara dia pakai gelang yang ada lonceng sebab dadi pernah cakap, ditegah untuk memakai loceng boleh menjauhkan malaikat rahmat dari mendekati kita dan sewaktu menunaikan solat akan mengganggu jemaah lain serta tak elok perempuan pakai lonceng sebab akan menarik perhatian lelaki bukan mahram. (aku tak tahu lah macam mana nak spelling LOCENG ke LONCENG? Ikut kamus LOCENG)

Bunyi tu ada 6 sehingga 8 kali berbunyi selang beberapa minit, yang pelik nya bunyi tu jelas betul-betul macam dekat dengan telinga aku. Tak rasa pelik ke? Bunyi loceng kaki atau tangan tak kan kuat sangat sampai kau boleh rasa dengung dia sampai kat gegendang telinga kau.

Aku bangun, aku selak lagi jendela aku. Mahu nya tercabut jantung aku tengok ada perempuan di luar pagar rumah aku. Tapi tubuh nya membelakangkan aku, aku perhati je kau ni kacau aku malam-malam buta macam ni.

Rambut tersanggul kemas dihiasi bunga-bunga putih halus. Baju dia pakai macam penari tradisional Thailand pun ada, macam pakaian Jawa pun ada, Selendang atas bahu dia warna keemasan, baju berwana hijau bercorak bunga-bungaan. Aku nampak badan dia bergoyang seolah-olah sedang menari,lenggok dia menari ala-ala mayang macam tu, kepala dia tak bergerak, Cuma tubuhnya melenggok ke kiri ke kanan sambil itu aku dengar bunyi loceng.

Aku lihat ke bahagian kaki dia ..
Dup dap dup dap dup dap dup dap: heart beat fast !! melebihi 100x seminit (sakit ‘tachycarida’ jer jantung berdegup selaju itu tau!.)

Tak nampak lah kaki dia (alaaaaa… spoil betui !) sebab depan pagar tu mami letak pasu bunga. So, aku tak boleh nak kata, bunyi loceng tu datang dari kaki atau tangan perempuan tu. Sebab aku tak nampak, aku tak dapat nak confirmkan.

walaupun aku dah lalui benda macam ni banyak kali lepas dari peristiwa SIHIR dulu dan kejadian-kejadian lain, tetap ada wujudnya perasaan takut dan gentar. Masih bergetar lutut nak berdiri teguh.

Seiring dengan bunyi loceng tu aku dengar bunyi gamelan, samar-samar aku dengar seperti suara orang bernyanyi atau bersyair dalam dialek yang aku tak berapa faham, lebih tepat aku tak pernah dengar sebelum ni, aku tekup kan telinga aku di jendela untuk mendengar lebih jelas, entah kenapa aku rasa ada perkataan yang disebutnya seperti memanggil aku :-

“Kemari sayang ku. Datang dekat kepada aku. Akan aku lindungi kamu lebih dari nyawa ku. Biar bermandi darah demi kamu” – more less macam ni la..(aku pulak boleh faham jer bahasa dia)

Ada macam Harry Potter tak? Dia boleh pandai cakap bahasa ular? Tapi aku ni version lain, aku boleh faham apa bahasa dia cakap tapi aku nak cakap balik bahasa tu, aku tak pandai dan yang peliknya, lepas aku dengar dialek tu, aku terus lupalah setiap ayat-ayat yang dia sebut.

Dalam masa yang sama, aku hidu bau bunga melur, wangi giler beb .. tajam betul bau bunga ni, seketika aku rasa seperti berkhayal, serta-merta aku terasa seperti ada yang meniup ke cuping telingaku, terus terjelepuk aku depan jendela. Istighfar. Mainan Iblis / Jin laknatuallah untuk menyesatkan aku. Tersedar aku dari dipukau setelah melihat wanita tersebut dengan gemerisik nyanyian nya seiring dengan gamelan.

Aku bingkas bangun dan duduk di atas tilam. Aku terus bacakan beberapa potongan ayat surah untuk halau ‘benda’ tu, diantaranya : –
1. Surah Asy Syuaraa’ ayat 95 hingga 118.
2. Surah Arrad ayat 30 hingga 34.
Aku ber Istighfar 3x / Shalawat Nabi 10x / Al-fatihah 1x / Ayatul Kursi 1x. Aku tiupkan pada telapak tangan dah campak ke luar rumah 3x.

Dah. Aku tak nak fikir apa lagi jadi dengan ‘dia’ dekat luar sana. aku nak tidur, esok kerja.
Keesokan hari nya, kak Zaza bagitahu aku yang Fitrra di Indonesia jatuh sakit. Demam / muntah dan sakit perut. Hampir seminggu dia disana macam tu lah keadaan dia dari hari pertama sampai. Mulanya aku rasa mungkin disebakan perubahan cuaca dan permakanan disana tak sama di Malaysia. Aku tak ambil pusing walaupun aku mula gelisah tentang benda ni.

Aku nak scan Fitrra pun aku belum lagi sampai level tu. Jadi aku anggap ia satu kebetulan saja dan apa yang aku alami semalam tak ada kaitan dengan Fitrra. Mungkin ‘benda’ tu, mengikut aku dari kampong kawan aku.

Aku ada lah juga google tentang yang aku nampak semalam tu, kalau korang nak tahu, bunyi nyayian atau syair tu hampir macam sebutan lagu “Lingsir wengi” : tapi jangan salah faham tau, bukan lagu ni aku dengar tapi sebutan dia ala-ala macam ini lah kot.

Sambil-sambil aku search kat google ni kan, tak tahu lah macam mana ada satu ads ni popup je kat youtube tentang Nyi Roro Kidul. So, aku pun mula lah buat research tentang lagenda jawa ni. Boleh investigate tapi jangan sampai obses sangat ada kesan nya. Macam yang dah berlaku dengan kak Zaza. (Aku tak nak bertanggungjawab kalau ada kesan pada korang. Seeloknya elakkan terbabit dengan benda-benda yang main puja-puja ni. Khurafat !)

Aku dah mula tak sedap hati.

Apa yang aku search ni, more less ada ciri-ciri yang aku nampak pada malam semalam. BAD NEWS.

Beberapa hari berlalu dengan pantas, lepas kejadian malam tu, aku tak ada kena gangguan lagi sampailah satu hari ni, selepas penat berkerja seharian di pejabat, aku sampai rumah terus baring di dalam bilik dan terlelap. Sewaktu ini lah aku bermimpi melihat wanita jawa dan Fittra yang berada di atas kapal. (rujuk pada episode SIHIR).

Aku tersentak bangun dari mimpi tesebut dan baju aku basah mungkin berpeluh, tapi bilik aku pakai air-cond. Tangan aku mengigil, jantung aku betul-betul laju berdegup, aku istighfar banyak-banyak. Waktu ni aku risau sangat dengan Fitrra, apa jadi dengan dia di sana sebenarnya? Apa yang wanita jawa tu nak? Aku rasa nyawa Fittra dalam bahaya, aku bergegas ke bilik dadi dan menceritakan perihal mimpi ku tapi aku tak mention wanita jawa dalam mimpi aku. Aku meminta agar dadi tolong lihat-lihatkan keadaan Fittra disana.

“kawan kau tu dah selamat pulang ke darat. Tapi ada benda tak elok ikut dia balik.” Selamber jer muka dadi ni. Mungkin tak bahaya kot.

Esoknya, di pejabat.

“Kak, bila Fitrra balik dari bercuti?”

“Lusa dia balik. Katanya rindu Malaysia. Keadaan dia pun masih tak serasi dengan kampong disana, agak nya sudah lama tak naik feri melintas lautan, agaknya angin laut bawa tak sihat untuk dia.”

Aku diam. Tak mahu berkongsi cerita dahulu dengan kak Zaza, tak mahu aku dia turut bingung dengan Fitrra. Dan aku hendakkan jawapan terlebih dahulu dari Fitrra, adakah yang mengganggu aku sebelum ini berpunca dari kepulangan dia ke Indonesia?

Jika ya, kenapa aku diganggu? Kenapa aku di panggil? Kenapa aku bermimpi nyawa Fitrra dalam bahaya? Apa kaitan nya aku dengan ‘wanita jawa’ tersebut? Apa yang dimahunya? Siapa dia? Nyi Roro Kidul kah atau jelmaan iblis yang hendak mempermainkan mata aku?

Fittra.cepatlah balik.

Baiklah.

Aku akan sambung balik cerita ni lepas Fitrra balik dari Indonesia Okay.
Mimpi yang aku alami tu, berkait-rapat dengan situasi Fitrra semasa dia berada di atas kapal di perairan sempadan antara Bali dan Bandung dan peristiwa pelik yang berlaku pada Fitrra sama dengan apa yang berlaku pada aku.

Kepulangan Fitrra ke Malaysia akan menjawab pelbagai persoalan. Bahkan dia yang berada di kampong nya turut diganggu ‘sesuatu’, malah adik kecil nya sering menyatakan ada hantu.

Yang pasti ‘benda’ tu nak ambil Fitrra untuk dijadikan habuannya.

P/S : sehingga kini, ‘benda’ ni masih mengganggu kami. Jujur aku cakapkan sekarang, bukan hendak takutkan para pembaca, tapi sejak aku mula menaip cerita ini, aku sedikit pening dan mual, ada seketika aku rasa kan ada sesuatu berada di samping aku sekarang yang cuba menggangu tumpuan aku. Lampu dapur sekejap-sekejap berkelip. Kipas siling sekejap laju, sekejap lambat.

Sebelum tidur baca dulu surah pendinding diri.:-
• Ak-Fatihah – 1x
• Qul Huwallah Hu Ahad – 3x
• Qul A’uzubirabbil falaq – 1x
• Qul A’uzubirabbin Nas – 1x

Sebaik-baik penawar ialah ayat Al-Quran.

Namun, berhati-hatilah membaca Al-Fatihah kerana sekiranya salah membacanya maka rosaklah Al-Fatihah itu.

Sekian.
Nurkilan Liza.
11.09.2017 (11.38pm)

Kongsi kisah adna: fiksyenshasha.com/submit

Liza

Sila tinggalkan komen yang berkaitan dengan cerita :)

16 Comments on "#Liza – Lagenda Nyi Roro Kidul (Bhg. 1)"

avatar
adibah

best2 nak lagi..

Kak Yulie

LOCENG dik klu ikot Bahasa Melayu…
Heheheheheh…
Tp byk dialek negeri yg sebut lonceng…

Papepon…
Tak sabar gak tggu Fittra balik…
Nerbes hakak…

Alam

Seriously .. Lepas habis je aku baca cerita ni .. Aku rasa aku diperhatikan .. Berbeza dri cerita² lain .. And aku rasa benda tu tak izin aku scan rupa bentuk dia

Opiez

mendebarkan…

cik Z

ala cepat lah balik fitraaaaa

Singkong & keju

9/10 best..

anayil

phone aku hang nak bukak cerita ko ni. aku refresh hang lagi. tapi sbb aku ketegaq. aku refresh sampai dpt baca

suratan atau kebetulan?

Oh raZZ

BEST!!!!!

Apiberasap
Sepengetahuan saya klu nyi roroi kidul tak akan snang2 brjumpa dgn manusia. Dia ni pangkat ratu klu di alam jin dan dia bukan dr kalangan makhluk yg beragama islam. Dah ramai paranormal yg mngaku prnah brjumpa dgn nyi roroi kidul tp klu ikut dr penelitian2 dr org2 yg mahir dlm ilmu kebatinan dan spiritual, yg dijumpai oleh org2 tu bukan nyi roroi kidul yg asli tp dr jelmaan bangsa jin lain yg mengaku sebagai nyi roroi kidul. Tp mmg tak blh dinafikan ada dr kalangan pengamal2 kebatinan yg mmg mampu utk brjumpa dgn nyi roroi kidul yg asli tp tak ramai. Mmg susah utk dipastikan lagipun nyi roroi kidul ni mempunyai keupayaan menjelmakan diri dengan plbagai rupa sehingga lebih dr 200 rupa. Satu tambahan info juga utk pengarang sbenarnya nyi roroi kidul dengan ibu ratu kidul adalah dua watak yg berbeza. Penguasaan wilayah nyi roroi kidul adalah dr sekitar laut jawa menghala ke arah sumatera. Penguasaan wilayah ibu ratu kidul plk brmula dr sekitar laut jawa dan menghala ke arah timur / bali dan kerajaan dia adalah kerajaan islam kerana ibu ratu kidul tu beragama… Read more »
Hazstig

Saya sependapat dengan tuan hamba

Tuty

Mak pernah citer pasal org kg dia dulu kena culik si nyi ni. Jasadnye bertukar jd cangkul sedangkan orgnya dah diculik utk dijadikan hamba… Haishhh.. Mmg seram la..

Rockersss

Ha ah aku xsmpt nk tnye nenek aku psl nyi ni sbb time die nk Cite aku dh lari msk blk.mne x tgh tgk Cite hantu boleh die nk Cite gak psl tu

CSwolf

seram woiii berdebar dada aku lepas baca ni

Farhan HJR

Wehhh…lps habis bce cite ni.. Tibe2 lampu terpadam nsib skejap… Seramm doo~~

Mamai

Maafkan saya, saya rasa dia mmg inginkan sesuatu. Roh kamu cintohnya. Hati hatilah.

Dayang

Seram baqhang ? Semoga kita semua dijauhkan dari gangguan2 sebegini .. Aaminnn

wpDiscuz