Loceng

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Terima kasih kepada admin kerana menyiarkan kisah saya ini. Saya percaya setiap orang pasti pernah mengalami pengalaman misteri tersendiri, dan ini secebis pengalaman dari saya.

Kisah ni berlaku sekitar tahun 2010, semasa aku sambung belajar di sebuah kolej yang terletak di dalam tempat perlancongan yang agak terkenal. Terdapat 4 apartment dan apartment yang aku duduk, paling kurang penghuninya.

Masa aku masuk rumah tu, memang dah ada 6 orang senior. Aku dan seorang budak Sarawak, dikira penghuni baru rumah tu. Sebagai penghuni baru biasalah, ada sesi pengenalan, dan mungkin ini cara ‘benda’ tu nak berkenalan dengan aku.

Setiap malam mesti akan dengar bunyi orang alih perabot di rumah tingkat atas, bawah dan sebelah rumah. Pelik dan hairan. Dalam hati berkata-kata, rajinnya jiran aku ni. Lepas beberapa hari baru aku tahu dari senior yang rumah tingkat atas, bawah dan sebelah tak berpenghuni… gulp!

Sebelum aku sambung belajar, aku memang selalu kene tindih. Tapi bila aku kat sini, aku makin kerap kene tindih. Setiap malam aku akan mimpi buruk, dan yang paling kerap aku mimpi perempuan bertelekung muka pucat, sentiasa senyum. Aku tak kenal siapa perempuan tu dan aku pon dah tak ingat rupa dia macam mana. Aku pelik, lepas beberapa minggu aku kat sini, setiap malam semasa nak tidur, mesti aku akan batuk tak henti. Batuk berterusan sampai beberapa bulan, bila jumpa dokter, dokter cakap tak ada masalah apa-apa. Aku tak tahu la samada kebetulan atau kerana gangguan ‘benda’ tu.

Senior aku ada pesan, jangan keluar petang-petang masa dah nak dekat magrib. Tapi oleh kerana aku terdesak nak guna duit, aku ajak budak Sarawak tu temankan aku pergi ATM. Oh degil sungguh ya. Selesai berurusan, kami pun balik rumah. Semuanya baik-baik saja.

Tapi pada malam tu terjadilah sesuatu. Disebabkan aku selalu dikacau, aku ambil keputusan untuk tidur sebelah senior malam tu. Semua orang dah tidur masa tu, cuma aku je yang belum tidur. Entah kenapa aku rasa cemas je.

Untuk menghilangkan rase cemas aku, aku pakai “earphone”, perlahan je volume aku dengar. Tiba-tiba telinga aku tertangkap bunyi seolah-olah ada orang buka tutup suis, banyak kali aku dengar. Aku tak tahu apa kena dengan diri aku, aku kejut kawan sebelah sambil aku cakap “wey, bangunnn bangunn ‘benda’ tu main suis”. Tapi kawan aku tu tidur je, dia tak bangun pun.

Sejurus je aku cakap macam tu, aku dengar bunyi loceng. Loceng seperti gelang penari india pakai kat kaki tu. Bunyi loceng tu seolah-olah bunyi orang berlari ke arah aku. Bunyi sayup-sayup tiba-tiba makin kuat makin kuat sampai bunyi macam ‘benda’ tu kat sebelah.Time ni mata aku pejam rapat-rapat. Aku tak sanggup nak tengok ‘benda’ tu. Bulu roma terus naik dan terasa seperti bahu di pegang. Bunyi tu seperti orang sedang menari-nari di sebelah aku. Bunyi tu berterusan sampai lah bunyi azan subuh. Sebelum bunyi tu hilang, aku terasa diri aku di tindih.

Tiba-tiba kawan sebelah pun bangun secara mengejut. Dia tanya aku “eh, kau ada rasa tak tadi, aku macam rasa tak boleh nafas”. Lepas tu aku macam hilang pertimbangan, aku menangis aku cakap ” korang tak dengar ke tadi”. Semua roomate aku hairan, diorang cakap tak dengar apa-apa pun. Lepas tu semua roomate aku tanya kenapa dengan mata aku, lebam macam kene tumbuk. Keesokan harinya aku jadi macam lain. Aku tak tahu apa kena dengan aku, aku rasa nak ketawa tapi dalam masa yang sama, aku takut sangat-sangat.

Atas sebab kene ganguan ni dan atas faktor-faktor yang lain, aku berhenti belajar secara drastik. Semangat aku hilang, bila malam je aku tak boleh tidur. Aku sentiasa rasa cemas, rasa diperhati. Selalu kene tindih. Aku tak boleh dalam gelap. Kalau aku tertidur, dan ada orang yang tutup lampu, aku automatik akan terjaga dan cepat-cepat buka lampu. Perkara ni berterusan sampai 2 bulan.

Ingat lagi tak yang aku cakap aku dengar “earphone” tu. Kalau nak tahu, sebenarnya aku tengah dengar ayat suci Al-quran surah al- baqarah. Mungkin sebab aku tak memahami ayat yang aku dengar, jadi tak beri apa-apa kesan pada ‘benda’ tu.

Lepas setahun benda ni berlaku, aku dapat kekuatan untuk sambung belajar semula. Kali ni aku belajar di tempat lain, tapi sama saja. Kat mana-mana kita pergi mesti ‘benda’ tu ada. Cuma kali ni aku memilih untuk berdiam diri dan jaga mulut.

Asrama rumah flat. Setiap hari ada je bunyi aneh seperti orang sedang bertukang, bunyi orang mandi, bunyi kerusi plastik, bunyi tapak kaki, bunyi ketukan di dinding, bunyi orang hembus di telinga dan bunyi orang-orang berlari di tingkat atas, masa magrib. Bukan setakat bunyi, malah ‘benda’ tu menyamar jadi kawan dan ada juga roomate yang kene histeria.

Perkara ni dah lali bagi kami semua. Kami dah terbiasa. Kemana pon kita pergi, kita kene ingat dunia ni kita kongsi dengan makhluk tuhan yang lain juga. Yang penting kita kene pandai jaga diri. Jaga kebersihan. Persiapkan diri dengan ayat-ayat pendinding dan jangan sesekali buat kemungkaran.

Sekian.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Fa

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 3]

21 thoughts on “Loceng”

  1. Ada pernah dgr ceramah ustaz, bila kita sekadar buka bacaan Al-Quran di phone atau CD, bunyi dia tak sampai terjangkau ke alam ghaib, jd tak berapa berkesan. Sebaiknya, kita sendiri yg amalkan membaca ayat suci Al-Quran dgn taujid yg betul, dan lebih baik, jika kita fahamkan maksud bacaan kita, itu lebih berkat dan lebih bagus sebagai senjata kita. Penulisan yg bagus. Terima kasih.

    Reply
  2. teringat masa duduk dekat apartment di ss19, subang jaya dulu. malam2 sebelum nak tido, selalu dengar bunyi orang menumbuk lesung la, bunyi perabot dialihkan datang dari tingkat atas. Ushar punya ushar baru tahu dekat tingkat atas tak berpenghuni. Orang kata kalau dengar bunyi macamtu sebenaqnya bende tu memang da ada dalam rumah kita da. wallahualam.

    Reply
  3. Pernah aku bace tapi aku lupe kat mane. Jika iman seseorang itu tahap prebet maka jin atau setan yg menganggu tu tahap prebet, jika iman seseorang tu tahap kapten maka jin atau setan yg menganggu tu tahap kapten, jika iman seseorang tu tahap mejar maka jin atau setan yg menganggu tu tahap mejar, jika iman seseorang tu amat kuat atau pangkat jeneral maka jin atau setan yg turun dan menganggu tu mesti berpangkat jeneral…. Dalam kes ni maybe setan atau jin yg menganggu tu tahap leftenan kolenal bawah sikit daripada pangkat ketua jeneral sbb bile dibace Al Baqarah die masih menganggu dan tak lari..jin yg jenis berpangkat tinggi ni selalu nye jenis hafal al Quran dan beragama islam.. kalo korang bace ayatul Qursi pe bagai tapi tajwid atau waqaf berterabur memang buat die ketawa terbahak bahak je la haha. apepun wallahu a’lam bissawab.

    Reply
  4. dulu ak pakai gelang kaki ade loceng tp sejak kawan adik ak y dok sewa sekali dy ckp selalu dengar loceng dekat rumah tp ak bukan ade dekat rumah dr tue ak tak pakai dah…

    Reply
  5. Ayat Suci Al-Quran pada pandangan saya, sekiranya diperdengarkan walau melalui medium lain selain bacaan empunya badan (radio, hp etc) masih boleh menjadi senjata yang ampuh untuk menghalang gangguan, walaubagaimanapun bergantung kepada niat dan kepercayaan. Niat tu yang terpenting kita bukan bergantung kepada ayat tetapi kebergantungan kita hanya kepada Maha Pencipta. Allah S.W.T. Tuhan Yang Maha Berkuasa. Itu yang utama, mohon perlindungan dariNya.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.