Loker Asrama Fatanah
Salam fiksyen Shasha,
Aku Fitri ingin menceritakan beberapa pengalaman aku ketika asrama. Kebanyakkan kisah sukar untuk dipercaya kalau tidak merasa sendiri.
Kisah ini terjadi pada tahun 2018 yang lalu. Aku mempunyai rakan yang bernama Aqilah. Aku dengan Aqilah merupakan kawan rapat ketika kami sedang seronok berborak entah kenapa tiba-tiba Aqilah terdiam tetapi aku tetap meneruskan percakapan aku. Aku terus bergurau dengan Aqilah walaupun Aqilah tidak bercakap dalam masa itu aku berkata kepada Aqilah
“eleh kau Qilah mesti dalam hati kau cakap aku itu ini”
(apa yang Aqilah katakan dalam hati aku dapat membaca)
Banyak lagi aku bicarakan seperti itu seolah-olah aku dapat membaca isi hati Aqilah. Perbualan aku terhenti seketika kerana jam sudah menunjukkan jam 9 malam merupakan masa untuk kami supper.
Dalam perjalanan menuju ke dewan makan aku terus bergurau dengan Aqilah tetapi Aqilah tetap tidak melayanku.
Setelah selesai makan kami terus balik ke bilik belajar. Aku terdetik untuk bertanya kepada Aqilah adakah benar apa yang aku katakan sepanjang aku bergurau mengenai apa yang dikatakan dia didalam hati. Aku terkejut dengan jawapan Aqilah yang mengatakan apa yang aku katakan sepanjang itu adalah benar.
Aku tergelak dan mengatakan itu hanya gurauan dari Aqilah tetapi Aqilah tetap memandang aku dengan riak muka yang serius dan memberitahu bahawa dia tidak bergurau denganku. Aqilah pun memberitahu kepadaku bahawa dia pun terkejut apa yang dikatakan dia didalam hati dapat dibaca oleh ku dengan jelas dan sebab itu dia terdiam.
Aku tetap tidak percaya dan menyuruh Aqilah berbicara dalam hati kerana aku ingin mencuba adakah benar atau tidak. Setelah mencuba ternyata memang betul apa yang dikatakan oleh Aqilah yang aku dapat membaca isi hati nya. Aku sangat terkejut dan sedikit takut kenapa aku dapat membaca isi hatinya. Aku mencuba dengan kawan ku lagi seorang dan aku dapat juga menbaca isi hati nya juga. Tapi aku tidak mahu terus berfikir tentang itu dan tidur sekejap sementara menunggu arahan untuk naik ke bilik tidur.
Keesokkan pagi dalam jam sekitar 4:15 pagi setelah selesai kebiasaannya aku akan pergi ke lobi bawah untuk mengisi air sejuk ke dalam botol. Tapi pagi itu aku merasakan sesuatu yang lain macam seoalah-oleh aku tengah diperhatikan. Setelah selesai mengisi air, aku terus naik bila tiba di aras satu dan melimpasi bilik surau kecil aku merasakan ada yang mengikutiku.
Sebaik sahaja aku baru melangkah tangga untuk naik ke aras dua tiba-tiba hati aku bercakap seolah-olah ada orang bercakap denganku. Aku terdengar orang memanggil nama ku “baby, babyy” aku sedikit hairan kerana itu hanya panggilan keluarga. Aku menoleh ke belakang dan melihat seorang budak lelaki yang berumur sekitar 4 tahun dengan berpakaian baju putih yang sudah kotor. Aku cuba untuk berkomunikasi dengan budak lelaki itu agar tidak menganggu ku dan tidak mengikuti ku. Budak itu membalas yang di mahu mengikut ku aku bertegas jangan mengikuti ku dan aku terus ke menuju ke bilik.
Aku sedikit lega bila sampai ke bilik. Dihadapan loker ku, aku meletakkan botol air tadi dan tiba-tiba terdengar suara lagi memanggil ku tetapi suara itu suara perempuan. Aku hairan dan sedikit tercari-cari di manakah datang nya suara yang memanggil ku itu dan tiba-tiba suara itu terdengar lagi ditelinga ku mengatakan bahawa dia ada duduk diatas loker ku. Aku semakin berasa takut nak aku tidak mahu melihat walaupun hati aku berkeras untuk melihat juga. Sebelum aku lihat di atas loker ku, suara itu terdengar lagi dengan memberitahu “jangan takut aku tidak kacau kau”.
Aku memberanikan diri ku untuk melihat Allahu Ya Allah aku terus mengucap dan hati ku berdebar ketakutan. Aku terkejut bila melihat wanita itu betul-betul duduk diatas loker ku dengan berpakaian serba putih yang sudah kotor dan rambut nya yang panjang berjintai. Terkaku aku seketika melihat dan perlahan-lahan aku mengundurkan diri lalu terus duduk di katil yang tidak jauh dari loker ku dan betul-betul di depan pintu bilik. Aku terus terduduk dengan tidak tahu apa yang aku mahu lakukan dengan bilik yang masih gelap kerana lampu bilik belum dibuka. Ketika aku mahu baring datang budak lelaki tadi dihadapan pintu bilik. Nafas aku seakan terhenti kerana rasa sesak nafas terkejut. Aku bertanya apa yang kau buat dihadapan pintu bilik ku?
“Aku mahu masuk dan tidur di sebelah kau”.
Jangan aku katakan kepada budak itu. Aku memejam mata kerana tidak mahu terus berfikir apa yang terjadi tetapi aku tidak dapat tidur semula sebaik sahaja aku membuka m**i sungguh aku terkejut melihat budak itu betul-betul baring disebelah ku. Aku hanya mampu terdiam dan cuba membuat seolah-olah aku tidak tahu.
Budak itu bersuara ” aku takut” aku hairan apa yang budak itu takutkan.
“Mengapa kau takut” tanya ku kepada budak itu.
“Wanita yang diatas loker kau itu adalah ibuku dan ibu ku seorang yang garang dia selalu memarahi ku dan memukul ku” kata budak itu.
Aku tidak tahu macam mana aku boleh tertidur dengan sendiri dan bangun sahaja aku lihat hari sudah siang. Aku pun berkemas untuk ke kolej pagi itu dan tidak melihat lagi kelibat dua beranak itu. Sebelum pergi ke kolej aku menuju ke arah ketua bilik ku dan menceritakan apa yang terjadi. Sebaik sahaja aku selesai bercerita kak zizah merupakan ketua bilik memberitahu bahawa sepanjang 4 tahun dia dibilik itu, dia mengetahui kehadiran wanita dan budak lelaki itu.
Tetapi apa yang dikatan kan oleh kak zizah mereka tidak menggangu cuma kadang-kadang kak zizah sukar untuk tidur malam seolah-olah dia diperhatikan. Kak zizah memberitahu budak lelaki itu suka mengacau budak asrama pada waktu malam ketika ramai yang sudah tidur. Ramai yang mengatakan mereka salu mendengar pintu diketuk dan juga bunyi macam budak berlari dekat aras satu.
Semenjak peristiwa itu lampu bilik tidak akan ditutup semua dan kami tidur beramai-ramai. Beberapa minggu selepas itu aku pun tidak di asrama lagi dan menjadi budak harian. Semenjak itu juga aku sudah tidak tahu mengenai dua beranak itu.
Terima kasih kerana sudi membaca.:)…
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
cerita nie scary jugak sebenarnya. cuba bayangkan kalau jadi macam dia nie, dapat baca isi hati orang. tup tup tibe2 dapat baca isi hati orang lain yang sebenarnya bukan orang.
Bagus
tak tau mana noktah, mana koma, mana awalan, mana akhiran. tak apa, karangan budak sekolahkan. keep it up dik. teruskan mengarang lagi. nanti lama2 boleh menulis dgn lebih baik.
boleh tahan juga dia punya cerita asrama….yelah,saya pun nanti nak duduk asrama.