Lolongan Anjing

Assalamualaikum. Fiksyen shasha dan peminat tegar sekalian. Terima kasih kerana menyiarkan kisah saya ini. Nama saya Aqma. Saya tinggal di Sungai Buloh, Selangor. Kisah lolongan anjing yang ingin saya kongsikan sebentar lagi, mula menghantui keluarga kami sejak kami mendiami rumah yang baru dibina di salah sebuah kawasan perkampungan di Sungai Buloh. Gangguan itu masih menghantui kami hingga kini. Menurut kisah dari orang lama di sekitar sini, perkampungan yang sedang kami duduki merupakan tempat orang membuang saka. Bagi yang mengetahui kawasan ini, pasti tau banyak bomoh2 yang terkenal tinggal disini.

Kisah bermula kira-kira 17 tahun yang lalu ketika saya berusia 11 tahun. Ketika kami berpindah, rumah ini belum siap sepenuhnya. Kami agak terdesak untuk tinggal di rumah itu kerana rumah yang kami sewa di Lembah Jaya sering banjir. Rumah yg kami duduki sekarang 3 tahun ditinggal kerana masalah kewangan. Jadi, pintu utama pon tutup guna zink saja. Bila kami pindah masuk barulah beli pintu. Ketika berpindah masuk, banyak lilin2 dan kesan terbakar seperti ada yg pernah duduk di rumah itu. Menurut ayah, ada yang mengangkung mintak nombor dalam bilik utama. Kerana nampak colok dan bahan makanan pemujaan bersepah dalam bilik. Dulu x terfikir seram. Sebab masih kecil. Seronok sebab rumah baru lebih besar dan kami dpt bilik sendiri.

Ketika tinggal di situ, sy sering kali ternampak kelibat hitam bergerak dari arah dapur ke bilik tidur. Bila bagitau mama, mama diam x menjawab. Seringkali juga rasa seram jika mahu solat sendirian di ruang tamu kerana rasa seperti ada yang memerhatikan gerak geri saya dari sudut ruang tamu. Sejak tinggal di rumah tu, kami sering terdengar bunyi lolongan anjing ditepi rumah sayup2 bunyinya. Untuk pengetahuan semua, 17 tahun lepas, rumah kami tidak ada jiran kecuali jiran dibelakang rumah dan kami dikelilingi hutan tebal. Kalau ada jiran pun, dihujung lorong ada rumah seorng guru dan isterinya. Lorong rumah kami pula terdapat tanah yg diwakafkan utk perkuburan islam. Tanah perkuburan tu hanya selang 100 meter dri rumah.

Bermulanya Kejadian pertama. Terjadi kepada diri saya sendiri ketika saya menunggu van untuk ke sekolah. Dulu, jam 6.50 pagi masih gelap seperti jam 6 pagi. Saya keseorangan menunggu di beranda rumah. Selalunya, saya akan bawa al-quran bersama bila pergi ke sekolah pagi, kerana meneruskan persekolahan sesi petang (sekolah agama). Pagi tu, cuaca nampak redup dan gelap sekali. Di lorong itu hanya disinari lampu dari beranda rumah saya. Tiada lampu jalan. Dari arah kubur, keadaan gelap gelita. Selalunya, saya akan menunggu van bersama adik saya yang waktu itu masih dalam darjah 3. Tpi entah kenapa, dia masuk ke dalam rumah. Nak tunggu di dalam katanya. Malas nak ikut masuk sebab pakcik van akan sampai bila2 masa saje.

Tapi hari tu, saya rasa lain sangat. Keadaan suram x macam biasa. X kedengaran bunyi kokokan ayam dari lorong sebelah. Rasa bulu roma ditengkuk saya tegak seperti ada angin yg menghembus. Cepat2 saya pakai tudung. Konon xmau ditiup2. Saya peluk al-Quran kemas ke dada. Tiba2, bunyi anjing melolong sayup2 kedengaran dari jauh. Terus meremang bulu roma satu badan. Badan saya jadi kaku. Baca surah pn tunggang langgang. Entah kenapa, mata ni gatal nak melihat ke arah jalan ke kubur yg gelap gelita tu.

Elok je mata sy memandang ke arah itu, satu susuk putih kelihatan terhinjut2 macam orang sakit kaki. Saya tenung lama2 susuk putih itu. Lama kelamaan, baru nampak sebungkus kain kapan berwarna putih seperti kabus sedang melompat2 ke arah saya. Laju die gerak. Macam dihembus2 angin lagaknye. Sambil tu, bunyi anjing melolong makin kuat. Mujur saya xsempat melihat wajah ‘anggunnya’. Lutut dah menggigil lemah. Saya menjerit masuk ke dalam rumah lari x cukup tanah. Pintu rumah saya jenis yg perlu tekan ke bawah baru boleh buka.

Terkial2 nak picit tombol ke bawah. Tangan dah ketar2. Dapat je bukak, say aterus pegang tangan ayah sambil melutut. Baca segala surah yang saya tau. Bertalu2 soalan ditanya kenapa saya menjerit?
Gagap nak menjawab soalan2 dari mama dan ayah. Bila habis baca surah, baru saya jawab. Saya nampak hantu sambil melutut pegang erat tangan ayah x bagi lepas. Yang geramnya, bila saya cerita nampak hantu tu, semua adik-beradik pakat gelak sebab kelakar tengok muka saya pucat, bibir jadi biru. Pagi tu, ayah terus hantar ke sekolah.

Lepas kejadian tu, barulah mama bukak cerita yg mama selalu diganggu bila tidur didalam bilik. Ade orang ketuk2 tingkap waktu maghrib. Bile dimarah, orang tu gelak2 geli hati. Gelak geli hati yang jenis menakutkan. Hihihi~~ lebih kurang gitu bunyinye. Sejak dari tu, saya akan cepat2 masuk ke rumah bila dengar anjing melolong secara berjemaah.

Banyak lagi kisah mistik yg berlaku pada saya dan keluarga. Hingga kini, anak buah saya turut diganggu dan dirasuk. Makin berani mereka ni. Ada masa, akan sy kongsikan tentang suster ngengsot dibawah katil dan hantu raya dibilik utama. Maaf jika x berapa seram. Kalau nak seram, meh datang rumah saya alami sendiri bunyi orang berjalan atas syiling setiap malam.

1 je nak pesan. Bile diganggu, jangan lupa ada kuasa yg lebih besar boleh kita minta bantuan. Syaitan dan jin ni suka menyakat manusia dengan menyerupai wajah2 menakutkan kerana tau manusia x suka dan takut dengan wajah2 gitu. Kalau ikutkan, jin xde rupa. Cuma ada bentuk panjang, lonjong, bulat, petak. Dan mereka semua adalah dalam jirim asap.

Sekiranya rasa takut, segera fikir bahawa Allah lebih berkuasa. Wallahuallam.

aqma

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 2]

11 thoughts on “Lolongan Anjing”

  1. “1 je nak pesan. Bile diganggu, jangan lupa ada kuasa yg lebih besar boleh kita minta bantuan. Syaitan dan jin ni suka menyakat manusia dengan menyerupai wajah2 menakutkan kerana tau manusia x suka dan takut dengan wajah2 gitu. ”

    Betul² kadang² sja ja nk kacau org.

    Reply
    • Ko start baca dr blakang kn..? Slalu jer aku tngok komen ko kat post yg lama2 ni… aku pun start baca dr post yg paling awal… dr blakang.. tp saje jer tk nk komen apapa…

      Reply
  2. Siap offer tu utk merasai. Mmg tidak ler nak merasa. Dengar anjing menyalak berjemaah pn seram. Ni pulak siap pakej nampak. Oh tidak!

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.