#Lynn – Minyak Pengasihkah?

Assalamualaikum wbt & salam sejahtera buat semua warga & pembaca FS sekalian. Kali ni saya nak bercerita tentang jiran saya. Cerita ni berlaku dalam tahun 2000 macam tu.

Masa tu saya darjah 3 manakala jiran saya, Syuk darjah 6. Family saya dan family Syuk boleh dikatakan rapat, tambah2 lagi kami jiran sebelah-menyebelah. Masa tu Syuk bersekolah pagi manakala saya sekolah petang. Saya pergi sekolah berjalan kaki manakala Syuk naik basikal.

Ada satu hari tu, basikal Syuk rosak. Terpaksa la dia berjalan kaki. Masa on the way ke sekolah tu, dia terjumpa sorang lelaki (mungkin India kalau tengok paras rupa). Masa berselisih dengan orang tersebut, dia macam sengaja menyentuh tangan Syuk. Tapi Syuk just berprasangka baik, mungkin terlanggar. Lepas tu Syuk terasa tangan dia basah macam dicalit sesuatu. Syuk cuba cium bau cecair tersebut, tapi tak bau apa2, last2 dia pergi ke sekolah macam biasa tanpa fikir apa2.

Kisah bermula apabila Syuk dah pulang ke rumah. Bila mangrib dia meracau2. Mulanya pak cik Zu (ayah Syuk) ingat dia meracau sebab tertidur waktu maghrib. Tapi keadaan dia semakin kronik bila azan mangrib berkumandang. Dia menjerit2, terus lari keluar rumah, menuju tempat dia kena calit tadi. Mak and ayah dia dah panic, kejar dia sambil menjerit2 takut dilanggar kereta sebab dia just lari melulu ke tempat tersebut tanpa peduli keadaan sekeliling. Nasib la waktu maghrib, kereta dalam taman dah kurang.

Lepas dah dapat tangkap Syuk, mak and ayah dia bawak balik rumah. Tapi dia punya meronta2 tu sangat kuat, tak setanding dengan badan dia yang kurus kering. Ayah dia yang merupakan seorang anggota polis berbadan tegap pun tak mampu nak menahan rontaan Syuk.

Lepas dah dibawa balik, keadaan dia nampak tenang sikit. Mak dia pun hidangkan la untuk makan malam. Kat situ Syuk jadi pelik balik. Dia makan dengan lahap sekali macam orang tak makan seminggu. Lepas tu, cara dia makan pun pelik, selalunya kalau kita makan dengan tangan, kita jemput kan nasik tu, tapi Syuk genggam nasi and suap ke mulut sampai comot2 muka dia. Adik dia pun dah tak berani dekat dengan dia.

Keadaan dia semakin teruk bila masuk tengah malam. Asyik meronta2 nak lari keluar rumah. Sampai ke satu tahap, mak ayah dia terpaksa mengikat dia untuk mengelakkan dia lari keluar rumah lagi. Masa tu, ayah saya kerja shift malam tak salah. So tak dapat la nak membantu.

Masa diikat tu, Syuk meronta2 menjerit2 sambil menangis2 merayu suruh lepaskan dia sebab dia nak pergi dekat seorang tu. Kadang2 dia menangis2 sambil sebut nama seorang lelaki (tapi saya dah tak ingat). Dia asyik ulang2 nak pi dekat orang tu. Untuk pengetahuan semua, Syuk ni lelaki ye. Last sekali, pak cik Zu cakap “ok, jom kita pi”. Terus diam si Syuk ni sambil senyum. Ngeri jugak senyum dia. Tapi dia tidak tahu pak cik Zu sebenarnya nak bawa dia ke rumah sorang ustaz ni.

Bila dah separuh jalan, “Syuk” macam perasan pak cik Zu tipu dia mula meronta2 balik. Kereta bergoyang macam bawak ramai orang padahal mereka berdua ja. Nasib tak accident.

Bila dah sampai rumah ustaz tu, lagi la teruk keadaan si Syuk ni. Tapi ustaz ni cuba jugak. Ustaz mintak pak cik Zu pegang Syuk kuat2, sambil dia baca2 ayat dari al-quran, lepastu dia tekan-tekan pergelangan tangan Syuk. Tiba2 keluar lendir hitam plus sangat busuk dari pergelangan tangan Syuk. Banyak pulak tu. Bila dah habis keluar lendir2 tu dari tangan Syuk, Syuk terus lembik macam tak ada tenaga. Berbeza sangat dengan keadaan dia tadi.

Dari apa yang ustaz tu cakap, lendir2 tu adalah campuran d***h orang m**i, benda2 kotor, dan apalagi entah, saya pun dah tak ingat. Tapi lendir2 tu masih tak habis dikeluarkan. Tiga kali buat baru betul2 hilang. Ustaz jugak cakap, fungsi benda yang dicalit tu lebih kurang dengan minyak pengasih. Dia tak pasti sama ada orang tersebut sengaja mencalit minyak tu, atau tercalit masa dia aim orang lain. Kata ustaz lagi, mungkin ni salah satu teknik penjenayah nak culik kanak2 untuk mengaburi mata pihak berkuasa. Wallahualam.

Lebih kurang 2 minggu jugak la Syuk tak pergi sekolah sebab badan dia lemah sangat. Tapi Alhamdulillah dia ok lepas tu. Sekarang ni dah lebih kurang 15 tahun lost contact dengan Syuk lepas keluarga dia berpindah sebab ayah dia ditukarkan ke tempat lain. Itu sahaja perkongsian saya untuk kali ini. Sekian. Assalamualaikum wbt.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Lynn

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

14 thoughts on “#Lynn – Minyak Pengasihkah?”

  1. Ala…kita x yah piki pasai manusia yg bt syirik..kdg jiran yg ada title ustajah pun x takut dosa.. Emmm… ” manusiakan x sempurna”

    Reply
  2. Memule bace akk ingatkan SYUKriah pompuan…
    Ghupenye mmg SYUK lelaki…
    Gay ke ape org yg calit tu…?
    Jambu bonar ke muke syuk tu??
    Heheheheheh…

    Reply
  3. aduh… kalau yg mencalit tu melayu, kite x de la rse pelik.. mmg saje nk aniaya la ni. ni mcm ciri2 india (mcm yg penulis ckp tu).

    kalau tersalah calit, logik jugak.

    satu lagi, diorg x bgtau ke sape pencalit tu? kot2 dpt detect.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.