Maaf Melati UiTM

Salam kepada semua pembaca fiksyen shasha. Aku nak cerita kisah aku masa aku belajar dekat UiTM Lendu berape tahun lepas. Sama macam sebelum ni kisah berkaitan dengan ‘Melati’ . Penghuni tasik Tun Fatimah. Aku taklah pandai bercerita tapi hakak try la ye. Selamat membaca.

Awal pendaftaran sem 1, aku dapat bilik level bawah sekali dekat kolej Tun Fatimah. Bersebelahan dengan tasik tersebut. Memang laluan nak ke kelas akan tempuh tasik tu. Berapa minggu aku dekat sana semuanya boleh dikategorikan aman lagi. Setakat lalu tepi tingkap, mengilai, bawak anak jalan² semua tu biasa la. Tapi kisah 1 malam ni yang buat aku tertanya sampai sekarang .

Malam tu macam biasa lah aktiviti aku, kacau roomate study, haha. Pastu aku pun pergi toilet basuh muke dan apa yang patut lah lepas tu nak masuk tidur, cuma malam tu rasa lain macam sikit . Dalam tidur aku mimpi ada tangan yang tengah tergapai² dalam tasik tu. Lemas. Lepas tu aku tersedar, dan disitulah segalanya bermula .

Aku mula diekori seorang perempuan berambut panjang paras pinggang, muka pucat dan sangat sedih yang sentiasa nak minta tolong dengan aku padahal aku tak tau pun nak tolong dia macam mana. Aku pergi toilet dia ade aku keluar kat lobi dia ada, aku duduk dalam bilik dia tunggu dekat tingkap, sampai satu tahap aku naik bosan ada pengikut last² aku pergi tegur dia. Dia nak aku tolong dia sebab aku je yang boleh nampak die sebenarnya .

Bila aku tanya tolong macam mana sebab aku tak tau cara nak tolong dia, dia diam sambil pandang tasik tu. Kau rasa? Aku bagitau ibu, aku bagitau roommate aku nak balik nak berubat sebab aku tak tahan. Serba salah pun ada,tapi takkan aku nak terjun dalam tasik tu tolong dia. Bila roommate aku merangkap classmate aku inform dekat lecturer aku pasal apa yang jadi, lecturer aku bukak mulut dan cerita pasal Melati ni .

Dulu, ada seorang student perempuan nama Melati buat aktiviti rakit kat dalam tasik tu. Entah macam mana rakit terbalik dan mayat dia tak dijumpai . Macam² cara buat tapi tak jumpa jugak. Tapi aku tak tau lah jumpa ke tak lepas tu. Bila pergi berubat ustaz tu cakap memang ada kes yang benda² macam tu minta tolong dengan orang yang tertentu. So kiranya aku ni tergolong dalam yang tertentu jugakla. Huhu..

Lepas berubat tetap ada dia datang cari. Akhirnya aku buat cara aku. Satu hari ni, petang masa tu, aku berdiri tepi tasik Tun Fatimah tu sambil cakap dalam hati. Kalau cakap kuat nanti orang kata aku gila. Haha.. Aku cakap ‘maaf aku tak tau nak tolong macam mana jadi jangan ganggu aku lagi .’ Penat sebenarnya bila kena macam tu. Nasib baik aku tak ada sakit jantung sebab selalu dia muncul mengejut.

Last dia muncul depan aku pun dengan muka sedih tunduk dan terus menghilang . Untuk ‘Melati’, kalau dia baca luahan ni sama² dengan korang semua, aku nak cakap serius aku ingat kau sampai sekarang, tapi maaf aku tak jumpa cara untuk tolong kau macam yang kau nak .

Sekian, Assalamualaikum. Maaf

Nadia

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 5 Average: 4]

17 thoughts on “Maaf Melati UiTM”

  1. rindu lendu. rindu kolej tun fatimah. dulu bilik 2104 level kitorang happening. alhamdullilah sepanjang belajar Diploma kat sana tak pernah kena kacau. pengalaman mistik orang lain pernah la tengok/dengar.

    Reply
  2. Kes awak sama macam kes family saya, cuma bezanya dia mengaku dia ialah roh budak ppuan yang m**i kena b***h dan mayatnya tak dijumpai. Dipendekkan cerita, ibu saya bacakan yaasin 3 hari 3 malam utk dia dengan niat supaya roh dia tenang sebab kami tak dapat bantu. Selepas itu, baru dia tunjuk rupa dia sebenar. Dia cuma syaitan yang cuba utk sesatkan family kami. Hati-hati ye awak.

    Reply
  3. Fyi, roh tidak akan mengganggu kita.. sebab roh ni bukan hantu.. abes klo roh tu hantu, dlm jasad kite ni ada roh kite.. then kite hantu ke u ols???? Selepas m**i roh bercerai dr jasad.. dan terus ke alam kubur ye. So yg konon ckp kena ganggu roh ni.. sume tipu daya syaitan. Syaitan menipu utk menyesatkan umat nabi adam. Btw, cter ni agak merepek.

    Reply
  4. Aku student lendu, so last year member aku ni dok kolej area2 melati x silap tun kudu kot diorg malam2 dengar org pompuan nages pastu kadang2 dengan org humming

    Reply
  5. Tu le yg dikatakan khorin kembar melati tu. Yg jadi hantu tu die le jika insan kembarnya meninggal dunia dlm keadaan yg insan tu x redho atau dianiaya.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.