Mad Scientist

Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera, salam satu Malaysia. Salam akhir, salam yang teristimewa. Pertama sekali, terima kasih sebab siarkan tulisan aku lagi. Sebelum korang baca ni, aku nak bagitau cerita aku tak seram dan tak straight forward. Pandai pandai la imagine ye.

*Kalau nak cerita straight forward, pergi layan Suri Hati Mr. Pilot ye bang. Loffatah euw.*

Aku penulis Dunia Lain Atok. Bagi yang pernah baca dan pernah ikuti cerita aku, korang tahu la cerita aku tentang apa dan siapa mad scientist ni. Untuk yang baru baca, Mad scientist ni nama gelaran yang aku bagi untuk kawan arwah atok. Aku taknak cerita pasal atok lagi dah. Sebab aku rasa aku dah “stuck in a dead end” mencari klu klu pasal atok. Sebenarnya pun aku malas nak tulis lagi. Tapi sebab kucing aku m**i, bosan la tulis la sikit.

Jadi cerita kali ini tentang Mad scientist. Sebulan lepas, sedang aku melepak memerhati kambing kambing (dan lembu-lembu) aku meragut rumput dengan memakai Ray Ban palsu bel ikat pasar lambak, satu kereta Mercedes-Benz GLA meluncur laju menghala ke ladang aku. Terlihat juga beberapa orang cuba mencuri kabel telekom dekat dekat ladang aku. Kenapa tak halang? Apa aku tahu. Aku cuma penganggur yang sedang menjaga kambing.

Sampai je kereta tu kat pintu pagar ladang aku (Technically ladang pakcik aku, aku jagakan kambing dia je), keluar sorang lelaki berbadan kurus tinggi, bersut lengkap dengan kasut hitam berkilat. Dia Tarik Ray-Ban ori lepas tu masuk dalam poket kot dia. Dia tengok tapak kasut dia..

“Celaka taik lembu”

Masa tu aku dah keluar air mata tergelak. Tapi sebab dia masih cover macho, aku terus sapa dia sambal buat buat tak nampak.

“ Ye Tuan. Nak cari lembu ke buat majlis kahwin?”.

Sambil mengeset ngeset kasut dia kat rumput, dia jawap

“Tak”.

“Saya Peguam Encik Mad Scientist. Saya ada barang yang diwasiatkan untuk Tuan Kambing Bin Bison”.

“Kalau ikut alamat yang dia bagi, nilah tempat dia”.

Lepas habis cakap, dia pandang lagi tapak kasut dia. Licin bersih. Puas hati. Tapi bau tak hilang lagi. Lantas keluar sepatah lagi carutan.

“F*ck betul la”.

Kalau korang tergelak masa baca ni, korang bayangkan aku yang nampak depan depan. Mamat tu acah acah cover macho padahal dah terpijak taik. Hawau betul poser.

“Eh mana ada orang nama tu Tuan. Salah alamat kot. Sini ladang kambing dan lembu. Sini tempat perah susu bukan tempat main jutaria. Nak waris waris semua ni”.

Lelaki tu buat muka tak impress. Dia keluarkan sehelai kertas lepastu baca.

“Tuan Kambing Bin Bison. Umur 2X Tahun. Tarikh lahir 31 Ogos 19XX. Tinggi 175 c.m. Berat 65 kg. D***h jenis B+. Sekolah rendah di Sk XXX. Umur 13 tahun pindah ke S.M.K XXX. Umur 16 tahun pindah Sekolah XXX sebab keputusan cemerlang masa PMR. Ada 7 orang adaik beradik (dia namakan semua adik beradik aku). Sepanjang hidup awak, awak pernah bercinta dengan 2 orang perempuan (dia namakan ex-ex aku). Perlu ke saya sambung?”.

Masa tu aku dah terdiam. Nak tak nak aku mengaku jelah yang Tuan Kambing tu aku. Aku tahu semua ni kerja Mad Scientist. Peguam tu bagi aku dua benda. Satu adalah kertas macam geran tanah. Mad scientis ni dah bagi rumah dengan semua benda dalam makmal tu pada aku. Satu lagi, dia bagi satu kotak yang besar macam kotak handphone. Belum pun sempat aku tanya kenapa nak wasiat wasiat pulak, lelaki tu terus sarung Ray-Ban dia lepas tu chow.

Acah acah je lu mat. Dahla bau taik lembu. Pada pendapat aku, lelaki tu takde pun ciri ciri peguam. Macam berlakon je. Dahla tak bagi kad. Peguam selalu kan dia bagi kad, kan? Macam kat TV tu.

Jadi lepas aku dapat surat dengan kotak tu, aku pun balik rumah dan fikir apa mungkin benda dalam kotak ni. Sejujurnya, aku pun tak seratus peratus pasti wasiat tanah tu legit. Sebab aku bukan faham sangat pasal tanah tanah ni. Aku ambik sebab malas nak layat Mat Poser tu. Kotak tu.. Kalau mad scientist yang bagi, aku rasa musykil. Mungkin dia letak bom.. Atau virus HIV ke apa bukak bukak je kena HIV. Mana tahu perangai tak betul dia tu kan saja nak kenakan aku.

Jadi apa aku buat? Aku bagi kotak tu kat anak jiran aku suruh bukak kan. Sebab dia ni nakal. Selalu sepak kambing aku. Jadi kalau jadi apa apa tu kifarah untuk dia lah kahkah. Aku suruh dia pergi jauh jauh baru bukak kotak tu. Aku tunggu je bunyi meletup ke apa. Lepas 5 minit budak tu datang kat aku. Dia baling kotak Iphone 6 kat aku.

“Kotak je besau. Dalam pendrive. Baik Tak payah. Ptuihh!”.

Dia habiskan ayat dengan meludah ke kaki aku. Aku tak tahu nak gelak ke nak marah. Tapi nasib baik la dalam tu ada pendrive je. Aku bawak pendrive tu. Sebelum aku cucuk kat desktop, aku tutup semua internet, LAN cable semua aku tanggalkan. Phone aku matikan. Yela sebagai langkah langkah keselamatan. Mana tau cucuk cucuk je ada orang letak koordinat aku bagi nuclear bom satu. Mana lah tau kan.

Dalam pendrive tu, ada satu folder yang dinamakan “ Rahasia Dunia Baru”. Dalam folder Rahasia Dunia Baru tu, ada kira kira 50 subfolder. Semua subfolder to ada nama negara sebagai tajuk folder. Jadi aku tertarik dengan satu file ni. Tajuk dia “ Peranan Jepun dalam dunia baru”. Bila aku bukak, ada satu video yang panjangnya lebih kurang sejam. Expecting some serious wiki leaks level information, or some s*** that will change the world order, aku bukak folder tu dengan harapan yang tinggi. Bila aku buka video..

“Yamete~ Yamete~”

“Celaka P**n..”

Bodoh punya (arwah mungkin) Mad Scientist. Tapi aku stay cool. Mungkin ini satu teknik yang dipanggil “Teknik Charmeleon”. Korang korang yang pernah simpan p**n mesti tahu teknik ni. Letak banyak banyak folder supaya orang tak jumpa file yang penting. Aku buka lagi file kedua. Tajuk dia “Greece, Gods, Athena and its role to the New World”. Bila aku bukak..

“Celaka P**n lagi..”

Lepas beberapa kali cubaan, aku tetap jumpa benda sama.. Aku dah stress. Bukan sahaja aku kena main. Malahan aku kena main beberapa kali. Aku baling Pendrive tu.

Jadi kat sini aku nak dakwah sikit. Kenapa tengok P**n tu salah? Pertama sebab bagi yang Islam, Allah dah larang untuk dekati zina. Benda ni takyah explain la korang pun tau ayat tu. Kedua, sebab p**n ni base on demand. Korang tahu tak peratusan permintaan p**n meningkat gila cekadak sejak 10 tahun yang lalu? Bila korang tengok p**n, korang akan create more demand. Dan bila demand banyak, video p**n pun makin banyak.

Dan bila p**n banyak, mesti akan ada satu pasangan (atau lebih) yang terlanjur disebabkan terpengaruh dengan p**n. Bila dah terlanjur, mula la kes buang bayi semua makin bertambah. Benda yang paling sadis aku pernah lalui ialah bila aku ternampak satu plastic sampah yang dipijak kambing kambing aku kat ladang aku. Dalam plastic tu, ada mayat bayi yang ada uri lagi. Aku nangis kot bila tengok. Korang bayangkan bayi bayi yang korang muyi tu, m**i depan mata korang. Sadis.

Dan semua ni bermula dari demand untuk p**n yang korang create. Secara tak langsung, korang tak sedar korang telah menyumbang pada kematian satu nyawa yang tak bersalah. Ye kau lah yang tengah tengok p**n tu! Lahabau betul. Kahwin la. Kalau tak mampu puasa!

Okay sambung cerita. Bila aku baling pendrive tu, pendrive tu pecah dan ada sehelai cebisan kertas kecil yang tulis “2880”. Seminggu aku renung kertas tu. Makan tak kenyang, mandi tak basah. Tengok Maharaja lawak tak kelakar. Akhirnya ilham aku datang. Aku teringat nombor plat kereta kat rumah Tuan Mad Scientist. XXX2880. Tanpa berlengah, aku terus start kancil aku menuju ke rumah tu.

Nak dipendekkan cerita, aku saja park jauh bila sampai kawasan rumah Mad Scientist tu. Sebab pada aku, ada 2 kemungkinan. Pertama, mungkin ada orang akan datang lepas aku. Jadi kalau aku park jauh tak kantoi. Kita ketika melakukan siasatan haruslah berhati-hati. Kedua, lorong ke rumah dia tu kecik. Satu hala je. Kalau jadi apa apa, takdenya aku nak reverse kereta laju laju lepas tu tunjuk jari tengah ala ala Paul Walker (sapa layan 2 Fast 2 Furious boleh bayangkan la).

Sampai je kat rumah tu, ada sedikit rasa pelik membelenggu aku. Dulu masa aku datang, rumah ni punya lah senyap sunyi. Tapi sekarang, bunyi cengkerik, katak, musang, kambing, semua ada. Pintu masuk kat pagar dah tanggal sebelah. Ada kesan tayar 4×4 kat rumput depan rumah tu. Pagar pun ada yang dah pecah. Pintu rumah apakan lagi. Dua dua dah hilang. Dengan rumput menjalar. Pokok tanduk rusa tersangkut sangkut. Jadi aku buat kesimpulan yang Tuan Mad Scientist dah takde kat situ.

Masa nak masuk, aku ternampak semacam satu alat yang pelik. Dia macam mini radio tapi besar sikit. Ada speaker, 6 aerial, dengan display screen yang bertulis frequency. Nampak menarik, masuk dalam beg. Tanpa berlengah, aku terus menuju ke makmal dia. Seingat aku, kereta dia ada dalam tu. Bila masuk makmal dia, nampak sangat tempat ni dah kena selongkar. Masa tu aku malas nak fikir banyak, aku terus pergi kat kereta dan geladah.

Sebenarnya lama jugak aku menggeladah tanpa terjumpa apa apa. Akhir sekali aku duduk bersandar kat dinding sambil merenung kereta tu penuh hampa. 15 minit yang tidak efektif.

Tiba tiba aku terfikir

“2880.. 2880.. takkan lah..”

“Plat dia ke.. adoi!”

Aku tanggalkan nombor plat bahagian depan kereta Mad scientist. Dan jatuhlah satu kotak plastic transparent yang mengandungi micro SD card. Masa tu aku cakap, kalau benda ni p**n jugak, sumpah aku bakar rumah Mad scientist ni. Tanpa berlengah, aku kemas barang barang aku.

Masa nak menuju pintu masuk tu, aku terdengar perangkap aku dilanggar. Kalau korang nak tahu perangkap apa yang aku pasang, aku letak sensor kat pintu masuk rumah tu. Dan kalau ada ‘benda’ lalu, phone aku akan detect. Nampak hebat kan? Aku rasa tak sedap. Lalu aku memutuskan untuk keluar dari lubang angin dalam makmal tu. Dengan smooth aku berjaya keluar dari rumah tu tanpa dikesan. Masa aku kat luar, aku terdengar orang menjerit..

“Come out you Rat!”

Disusuli dengan 2 das tembakan. Bunyi macam tembak guna revolver. Aku diam. Tak bergerak. Tahan nafas..

Tak lama lepas tu, terdengar suara lain..

“Left Hand Bastard”

“What are you doing here you bellend”

Serentak dengan itu aku terdengar suara orang pertama ketawa..

“Right Hand wankers. Always talks bollocks”

“You come here to die? I’ll put a bullet through ya thick skull”

Seiring dengan itu, bunyi pistol sambung menyambung. Bunyi barang jatuh, bunyi peluru tembus ke badan.. Semua bunyi ada. Tapi apa aku kisah, aku dah dapat barang aku. Aku lari macam tak cukup tanah. Sampai kat kancil aku, aku terus start enjin dan terus memandu menuju kebenaran.

Dalam aku cuba melarikan diri, aku terdengar bunyi pistol menuju ke kancil aku. Tapi nasib baik kancil aku ada Turbo. Kelajuan peluru dari revolver ialah kira kira 120 ke 370 m/s. Jarak kereta aku dari rumah tu ialah kira kira 800 meter. Jadi, ketika peluru tu nak sampai ke kereta aku, Turbo kat kancil aku dah pun aktif sebab peluru tu perlukan kira kira 3 saat. Turbo aku perlukan 2 saat untuk aktif → apa benda aku mengarut ni korang pun percaya je kan.

Kesimpulannya, aku berjaya lari dan aku juga Berjaya dapat benda penting yang Mad Scientist amanahkan pada aku.

p/s : aku sambung hujung minggu ni. Penat kambing, tulis panjang panjang.

Tuan Kambing

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

23 thoughts on “Mad Scientist”

  1. “…keluar sorang lelaki berbadan kurus tinggi, bersut lengkap dengan kasut hitam berkilat. Dia Tarik Ray-Ban ori lepas tu masuk dalam poket kot dia. Dia tengok tapak kasut dia..”
    (time ni aku tengah bayangkan dia kuar mcm will smith dalam MIB dah)

    “Celaka taik lembu”
    (masuk je part ni, terus aku tergelak bersembur air. kuar air mata gak oooo)

    Reply
  2. Hahahahah lama gl tgu ko smbg citer… kancil turbo tu mmg xbley blah… aku rasa mcm nk hantuk pala je napa myvi aku pn yg cc lebih dr kancil ko xleh lari laju cmtu hahahha

    Best2… smbg lg cpt2… xsabo nk tau apa yg ada kt dlm sd card tu….

    Reply
  3. lame btul nak tuggu cerite Tuan Kambing nih. lpas member Tuan kambing bgtau crite betul da jd 50 50 nk caye tuan kambing ni. Tp best plak layan cerite ni…pliss sambung, jgn lama2 sgt..

    Reply
  4. hahahaha…bagus kau ni..walaupon citer kau xda kene mengena dengan seram tapi best sebab ada unsur lawak.. selalu baca citer2 dlm ni dah la x seram, lepas tu krik2 je memanjang..haa tu aku fedup.okbye

    Reply
  5. “Belum pun sempat aku tanya kenapa nak wasiat wasiat pulak, lelaki tu terus sarung Ray-Ban dia lepas tu chow.

    Acah acah je lu mat. Dahla bau taik lembu. Pada pendapat aku, lelaki tu takde pun ciri ciri peguam. Macam berlakon je. Dahla tak bagi kad…”

    Die cepat2 nak blah sbb x dayo nk kontrol macho depan ko lelame dgn bau taik lembu berselepet tu…
    Hahahahahah…

    Kaye ar kooo…
    Dpt tanah yg ade umah tuuuu…
    Pasni jadik tokey kambing ar plak, xde dh menganggur2 lagi dah…

    Reply
  6. terus tiada khabar berita ..kisah hot giler ….
    Bermula dari Mus confession tu ..dah jadi kisah hebat ..membongkar sebuah Pengembaraan agak hebat dan menarik ..menunjukkan adanya Perkara-perkara yang tidak terlihat dek mata dan akal dan ianya wujud …meskipun penuh misteri yang tidak terpecahkan …
    Dan mana pergi Brader Kambing nih …
    Cuak aku …3 tahun lebih hilang tanpa berita …
    Meninggal sudaaa ka …???
    Hairan woooo …

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.