Madonna – Hantu Budak

Hi kawan-kawan. Madonna di sini siapa di sana?? Hehe terima kasih atas segala doa yang diberikan lepas cerita “Urat Kundang Lipat Landan Tujuh D***h Berlegak Dalam Kubur
Hmmm memaafkan itu mudah tapi melupakan itu sulit. Dua-dua aku tak pilih, baik Azmi, baik Saiful. Kali ni aku nak cerita tentang rumah yang baru aku beli ni. Disebabkan aku nak kawin lepas raya ni, aku dah beli rumah. Dengan siapa? Dengan colleague aku, Adi yang baru masuk. Tak lah baru sangat sebenarnya, bulan Januari hari tu masa mula semester 1. Yelah orang kata kadang-kadang kita buta, tapi Alhamdulillah itu buta yang sementara. Doa-doa kan ya.
Berbalik pada kisah aku, hurmm mengantuk pula. Nanti lah aku sambung.
.
.
.
Mesti korang rasa nak pijak perut aku kan? Okay tak jadi lah nak tidur. Kisahnya macam ni, awal bulan lepas, aku saja scroll-scroll page kat internet, pasal rumah secondhand. Jumpa lah satu rumah ni dekat Sungai Buloh. Rumah flat je, tak kisahlah asalkan ada rumah. Sememangnya selama ni aku taktau pun kewujudan rumah tu. Takpe. Disebabkan mampu, aku beli. Rumah lelong kut. Masa nak gi bayar dan sign agreement, aku tengok rumah tu memang banyak nak kena touch up. Takpe. Disebabkan dia murah, aku pejamkan mata je tunggu duit keluar ikut celah jari.
Time on the way balik tu, sesekali Adi mengusik aku.

“Berhantu kot rumah you ni Madonna.”

Aku gelakkan je. Semua cerita pasal aku dia tahu. Kak Intan, Abang Salim, arwah Tok Mek dan Tok Ngah, semua dia tahu. Namun di sebalik gelakkan tu, ada sesuatu yang aku sembunyikan. Sembunyikan daripada korang, bukan daripada Adi. Dia dah tau pun. Korang japgi aku cerita. Banyakkan bersabar, puasa dah tak lama ni.

Rumah tu ada tiga bilik. Semestinya. Ada satu bilik depan ni, yang aku pasti kalau tak jadi bilik kucing, dia akan jadi bilik stor. Aku memang cukup tak berkenan. Aku bagitau Adi, bilik tu aku tak nak usik. Adi setuju, maksudnya dia yang akan kerjakan bilik tu. Entah kenapa tiap kali aku nak jenguk bilik tu, ada satu perasaan yang berkata ‘jangan’ dekat aku. Aku memang dah plan, sebelum ‘buka’ rumah tu aku nak buat house warming dulu. Aku nak panggil Abang Lan dulu.

Seminggu selepas itu, bermulalah sesi membersih dan lain-lain. Ikutkan hati aku nak bakar je sampah-sampah tu dalam rumah. Adi bawak adik-adik dia, Amran dan Fiza untuk tolong. Macam biasa lah, lelaki kalau tak berasap memang tak sah. Elok je Si Amir bakar rokok, berdebum bunyi pintu bilik tengah tu dan kitorang dengar bunyi orang berlari. Time pintu kami tak hairan sangat disebabkan kawasan situ memang kuat angin dia. Bila part dengar orang lari tu, aku mula dah rasa tak best bila benda-benda jahanam ni nak berlaku. Kami teruskan aktiviti mengemas. Semua pura-pura cool walaupun dalam hati rasa nak berambus cepat-cepat.

Petang tu, Kak Lang dan Kak Long datang. Kak Lang jadi mandur je sebab dia tengah membuyung. Bila Kak Long tengah cat bilik tengah tu, pintu tu tertutup perlahan-lahan. Disuruhnya Kak Lang bersandar kat pintu tu. Hish Kak Lang lagi yang kena. Kak Lang kata, kuat betul baby dia menendang. Macam ada orang tengah main usap-usap perut dia. Bagi yang pernah mengandung, korang mesti faham kan? Baby tengah bergurau. Dengan siapa? Mmmmmm. Masa Kak Long tengah tolak troli yang berisi perkakas elektrik, ada jiran tegur.

“Baru pindah ke?”
“Belum lagi. Kami baru masukkan barang-barang. Senang nanti puasa tak payah buat dah.”
“Rumah mana?”
“No. 4 tingkat 3. Tapi bukan saya duduk. Adik perempuan saya yang duduk situ nanti lepas raya.”
“Oh rumah tu. Lama dah kosong. 2 tahun dah acik ingat.”

Kak Long Cuma senyum dan terus jalan.

Malam tu bila dah selesai membersih dan mencuci, kami balik, aku call bapak aku. Hari Ahad, bapak aku datang bawak indon dua-tiga orang. Disebabkan bulan puasa ni kami tak mahu dah kerja-kerja pindah barang dan sebagainya, nak jugak setel cepat-cepat. Tujuan bawak indon-indon tu adalah untuk mengecat dan mengangkut dan memasang perabut. Diorang kata tiga hari boleh siap sebab diorang nak tidur sana. So celik mata je terus buat kerja. Bagus. Tapi keesokan harinya, diorang call, bagitahu yang tak boleh nak buat kerja sebab kena gangguan. Aku malas nak pusing cerita, aku cakap okay je. Pandai lah aku usahakan nanti. Tapi lepas tu aku bagitahu Adi. Adi ajak Amir datang malam tu lepas balik kerja. Ermm taka da apa-apa pun.

The next day. Di rumah Adi (since diorang semua bujang, duduk la dengan family di Subang)

“Meriah ye semalam dekat rumah. Anak-anak sedara ke?” Mak Limah jiran sebelah rumah tanya Amir.
“Haah Mak Limah.”

Itu je yang dibalasnya si Amir. Dia malas nak panjang cerita sedangkan abang diorang mana balik rumah. Jauh di utara sana. Itu jelah anak-anak sedara diorang pun.
Dekat office, Adi masuk bilik aku.

“Madonna, kita mesti do something.”
“Kenapa ni?”
“Mak Limah cakap dengan mama, semalam rumah kami bising dengan bunyi budak-budak!”
“Okay malam ni jugak kita selesaikan. Nanti datang ambik I dekat rumah?”
“Okay.”

Lepas tu aku terus call Ustaz Rahim (yang rawat aku dalam cerita Urat Kundang Lipat Landan Tujuh D***h Berlegak Dalam Kubur). Ustaz Rahim kata okay takde masalah. Kami akan pergi ambil dia.
Dipendekkan cerita, lepas kami bagitahu Ustaz Rahim tentang apa yang berlaku, dia kata insyaAllah tak ada apa-apa. Dia akan cuba. Masuk je dalam rumah tu, dia terus ke bilik tengah. Dia kata jangan ikut. Belum sempat apa-apa, bila dia masuk, pintu terus tertutup kuat! Bunyi dalam bilik tu macam orang berperang. Bunyi barang-barang kena campak macam laki bini bergaduh sebab kantoi curang.

Amir pun ada malam tu. Dia asyik tanya Adi apa yang sedang berlaku. Dah kami pun bingung, nak jawap apa. Sebab dalam bilik tu kosong mana ada barang. Jadi mana datang bunyi barang-barang tu.
Kami bertiga duduk je dekat sofa kat hall. Boleh dikatakan rumah tu dah 80% siap dengan barang-barang. Tinggal nak cat bilik tengah dengan dapur dan pasang langsir je. Lampu pendaflour tiba-tiba berkelip-kelip. Amir yang ada silau ni, bengang dan terus ke suis untuk tutup terus sebab dia kata dia pening. Belum sempat tangan dia capai suis lampu tu, Ustaz Rahim keluar dan berlari ke arah Amir.

“Jangan tutup!” ditepisnya tangan Amir.
“Dia sengaja buat lampu macam tu supaya kamu tutup. Kalau rumah ni gelap nanti dia nak tunjukkan rupa dia kat kamu!”

Terkejut beruk si Amir. Dia keluarkan rokok.

“Jangan hisap rokok! Lagi dia suka. Itu asap makanan dia!”

Kami semua insaf sekejap. Time tengah taip ni aku pun insaf balik sekejap.
Kami tengok tangan Ustaz Rahim ada kesan cakar-cakar. Bukan cakar dek rimau tapi manusia. Halus je. Macam kena cakar dengan budak.

“Madonna.”
“Ye saya?”
“Budak. Perempuan. Sekarang ni dia tak mahu tinggalkan tempat ni.”
“Berderau d***h aku. Meremang.”

Hmm padan lah Kak Lang hari tu.. Adakah budak tu yang main dengan baby dalam perut dia?

“Madonna. Dia mintak anak patung dan sepersalinan baju kanak-kanak perempuan sebagai pertukaran. Bukan untuk dia berambus dari sini, tapi dia janji tak akan kacau kamu semua nanti.”

Dalam hati aku, hmm nak nego dengan jin iblis syaitan. Diorang ni punya tipu daya sampai Nabi Adam kena halau dari syurga tau.

Sambung Ustaz Rahim lagi,

“Bawakkan jugak buluh betung. Nanti Ustaz nak umpan kan dia dengan barang-barang yang dia mintak tu untuk masuk dalam buluh tu. Boleh lah nak kurung dia dalam tu nanti.”

Kami balik. Kes belum selesai. Pending. Aku macam agak berat hati nak sediakan barang-barang tu. Dan sekarang tengah sibuk. Aku tunggu budak-budak start study week baru aku nak pikir balik pasal ni. Adi pesan dengan aku jangan risau. Nanti dia akan mintak Amir yang uruskan. Aku iya kan saja. Seminggu lepas tu, Adi bagitau aku yang semua dah selesai. Bagus betul bakal laki aku ni. Aku ingat nanti bulan puasa aku nak buat buka puasa lah dekat situ.
****

Weekend hari tu aku ada datang rumah tu dengan Kak Long. Acik yang tegur Kak Long haritu datang dekat kami time tengah tunggu lif kat bawah. Dia dengan cucu dia kot time tu.

“Jadi bila kamu pindah sini?”
“Lepas raya kot. Dah nak siap semua dah acik. Acik duk rumah mana? Lupa nak tanya hari tu.”
“Acik duduk kat tingkat 3. Bawah rumah kamu. Minggu lepas ada apa kat rumah tu? Kecoh bunyi dia.”
Aku jawap, “Oh, biasa lah. Pasang perabut semua. Maaf ya acik.” Walhal aku rasa time tu Ustaz Rahim tengah setel dengan hantu tu kot.
“Eh takpe. Elok jugak tu lama tak berpenghuni.”
“Acik, siapa last penyewa kat situ?”
“Laa korang tak tau lagi ke? Dulu, ada satu keluarga tiga beranak duduk kat sana. Muda lagi pasangan laki bini tu. Anak diorang pun kecik lagi baru masuk tadika.”
“Sofia nama dia. Tapi lepas habis tadika dia tak sekolah dah. Semua orang tak tahu dia pergi mana.”
“Puteri. Jangan menyampuk ni Opah tengah bersembang.”
“Hehe takpe la Acik. Puteri ya nama. Puteri sekarang darjah berapa?”
“Sekarang Puteri darjah 2.”
“Lepas tu, dalam sebulan dua, kami nampak lagi kelibat laki bini tu kat sini. Si Sofia tu takde pulak kami nampak.”

Kami berpandangan. Ngam-ngam dua tahun.

“Sebab lepas rumah tu kena serbu, memang tak nampak langsung. Itu laki bini hisap dadah!” Becok mulut Acik tu dalam nada berbisik.

Aku mula terfikir. Apa yang berlaku dekat Sofia? Kena b***h ke? Atau hantu budak perempuan tu kebetulan je? Banyak lagi aku nak kena siasat. Dan soalan yang sampai sekarang aku duk pikir.
Patut ke aku tinggal dekat situ?

***2.45am. di saat aku habis taip ni, penyegar udara automatic yang aku gantung tiba-tiba jatuh. Terkejut beruk aku***

Madonna

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

10 thoughts on “Madonna – Hantu Budak”

    • Tapi kalau tak silap aku.. panggil ‘indon’ tu disrespectful.. mereka tak gemar kerana ibaratkan mereka seperti low class. Jadinya kena sebut penuh.. indonesia. dan rasanya madonna tak perlu pun bgtau sebenarnya.. cakap pekerja-pekerja pun ok.. harap tak terasa hati dengan teguran ni. Kita hidup kena saling hormat menghormati

      Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.