Maghrib

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, nama aku Intan (bukan nama sebenar). Aku merupakan seorang pelajar sebuah cawangan uitm yang aku tak nak namakan kat sini. Uitm aku ni terletak dalam kawasan kelapa sawit, nak pergi bandar pun jauh mak aih. Maybe ada sesiapa daripada anda yang dah dapat teka gerangan uitm yang aku baru describe ni.

So ceritanya begini, time tu tengah final exam tapi ada gap seminggu before the next exam. Aku dengan tiga tiga kawan tak balik rumah dengan alasan “kalau balik rumah nanti tak boleh study” tapi kadang kadang duduk dekat hostel pun sama juga je. Macam biasalah hidup sebagai seorany student ni, bukan all the time tengok buku. So aku dengan tiga tiga kawan aku ni borak borak, gelak gelak, tengok youtube sampai ke petang dekat bilik one of depa bertiga ni. Kita gelarkanlah dia si Anis. Kitaorang memang lately ni asyik tidur bilik si Anis tu sebab saja nak suka suka. Bila lagi nak rasa tidur bilik kawan kan, lepas final terus cuti lima bulan. Yes lima bulan. Tak tahu kenapa Uitm buat cuti lama lama.

Then si Anis tu tertidur sebelah aku tapi tak ada lah dekat sangat dengan aku, like ada gap besar sikit tengah tengah kitaorang. Time tu nak maghrib, si Anis tu still tidur, sorang main phone tapi muka dah sayu sayu nak tidur, sorang lagi tidur juga. Time tu memang gelap mak aih bilik tu, tapi masing masing malas nak buka lampu. Mula mula aku nampak macam ada orang tengah lambai lambai dekat cermin. Cermin tu memang menghadap aku. Siapa nak tahu, cermin Uitm ni memang besar gedabak mak aih. So memang scary lah tapi aku buat bodoh je sebab aku rasa maybe aku salah nampak ke or tu just khayalan aku. Aku time tu tiba tiba tergerak hati nak tengok si Anis yang baring sebelah aku tadi tapi tiba tiba….

Tiba tiba…

Ada benda warna putih ni baring tengah tengah kitaorang tapi benda tu dekat sangat dengan si Anis tu. Aku pun tak cam lah tu apa benda tapi memang bukan orang and aku terus tak pandang dia. Memang tak dapat tangkap sangat rupa dia macam mana tapi aku tak kisah dah time tu. Siapa je nak tenung benda alah tu lama lama. Beberapa saat lepas tu, half badan aku macam lumpuh tak boleh gerak. Yes, half badan. And bahagian yang tak boleh gerak tu merupakan sebelah kanan which is sebelah benda  alah tu. Aku pun baca jelah ayat ayat yang boleh walaupun time tu otak blank, badan pun berat. Aku peliklah sebab orang selalu kena hempap before dorang nampak benda tu tapi aku ni lepas nampak benda tu baru kena hempap.

Esoknya aku cerita benda ni dekat dua dua kawan aku tadi kecuali si Anis tu sebab tak nak takutkan dia. Dorang semua kata yang dorang pun rasa seram sejuk bila ada dekat bilik dia, hati rasa macam tak tenang and dorang decide tak nak tidur bilik dia lagi. Kawan aku yang lagi sorang ni, kita gelarkan dia si Wani terus bagitahu kitaorang yang dulu bilik si Anis duduk tu memang ada kes seram macam orang pernah kena rasuk, bilik ada benda pelik pelik. Sebelum aku sambung, si Wani ni budak part 2. Memang pro sikitlah pasal tempat ni. Aku, si Anis dgn kawan aku lagi sorang baru part 1. Mula mula aku macam takut si Anis tu tersinggung sebab kitaorang dah tak nak tidur bilik dia tapi bila aku kata dekat dia yang aku tak nak tidur bilik dia, dia pun okay je. Surprisingly. Aku ajak dia tidur bilik aku tapi dia tak nak so nak buat macam mana.

So malam seterusnya si Anis ni memang suka on the phone dengan boyfriend dia malam malam sebab time tu je dorang free. So time dorang tengah on the phone tiba tiba boyfriend si Anis ni mula mula tegur, “eh you, kenapa i ada dengar suara bisik bisik ni? You tadi you kata you sorang sorang?”. Si Anis tadi pun balas, “Mana ada bunyi bisik. I tak dengar pun.” Time tu si Anis ni dah menggelupur then terus lari bilik aku yang tak berapa jauh dengan bilik dia. And untuk pengetahuan korang, si Anis ni tinggal berdua je dengan roommate dia tapi roommate dia balik. Aku pun ajaklah dia tidur bilik aku, dengan nak tak naknya dia pun tidurlah dekat bilik aku untuk keselamatan dia juga. The end.

So pengajaran dalam apa yang aku bagitahu tadi, jangan duduk bergelap lagi lagi time maghrib. Sesungguhnya benda alah tu memang suka duduk dalam gelap gelap and jangan tidur sorang sorang dekat hostel tu, angkut lah kawan ke apa. Kita mana tahu apa yang terjadi time kita sorang sorang nanti and benda tu memang suka attack kalau kau sorang sorang. And kalau time nak maghrib tu, rajin rajinkanlah punggung anda untuk bangun dan tutup tingkap dan langsir sebab benda tu memang suka merayap mana mana time maghrib, time maghrib lah benda tu bergiat active. Ya, dalam cerita tadi lupa nak mention yang time maghrib tu kitaorang tak tutup tingkap. Maybe benda tu masuk because of that. So berhati hatilah. Sekian

Intan

Sila tinggalkan komen yang berkaitan dengan cerita :)

5 Comments on "Maghrib"

avatar
Buntat

Bagus penulis ni bt pengajaran utk semua.. satu je lupa nak selit… waktu maghrib jgn la tidur..lepas asar mmg tak baik tidur

Cangkul

Uitm jasin ke?

Zaha

hmm

Yuu

Uitm tapah ?

hoho

Uitm Jengka

wpDiscuz