Mahasiswi Dan Mistik

Hai admin dan pembaca FS sekalian. Terlebih dahulu, terima kasih kepada admin kalau cerita saya ni disiarkan. Saya seorang pelajar universiti di KL. Sebenarnya, dari zaman sekolah menengah dah selalu ada pengalaman mistik ni. Cuma kali ni, saya akan kumpul cerita-cerita yang terjadi sepanjang saya di zaman universiti sahaja.

STUDY ROOM:
Dekat universiti saya ni, ada satu bilik dekat fakulti baru dibina. Bilik ni lengkap dengan peti ais, tv, sofa, jadi memang seronok la kalau nak buat group discussion. Tambahan pula, geng-geng kami sahaja yang tahu pasal kewujudan bilik ni (fakulti baru kan). Sepanjang duduk kat situ, tak pernah saya guna toilet bangunan situ sebab toilet dia kat hujung bangunan dan saya ni penakut. Tapi satu malam tu memang terpaksa guna juga. Pergi la saya dan kawan saya Farah, berdua ke toilet. Dalam tengah tunggu Farah siap, tetiba terbukak cerita pasal zaman sekolah, kami ni jadi ketua ‘rumah hantu’ untuk festival di sekolah.

Teringat pengalaman payah nye nak cari minyak ‘OD’ yang seakan-akan bau kapur barus untuk disemburkan kepada hantu-hantu untuk rumah hantu kami dulu. Baliklah kami berdua ke study room tadi. Tiba-tiba, Farah tegur ada bau seakan minyak OD tadi dalam study room tu. Saya pun bau benda yang sama. Kami berempat dalam bilik tu pun dah mula hidu bau minyak tu kuat. Cari punya cari mana datangnya bau tu. Rupanya dari pergelangan tangan saya. Seolah-olah ada ‘benda’ sentuh tangan saya masa tu. Kitorang pun tak cakap banyak terus pack barang dan cabut lari turun tangga dari tingkat 5 sebab cuak sangat dah nak tunggu lif. Akhirnya malam tu study je dekat mcD.

KEMENSAH:
Masa muda dulu (1st year) memang aktif nak buru hantu ni. Pergi la bertiga kami satu kereta, ke Highland Tower. Tapi sampai situ, tak jadi turun pun sebab ada polis jaga. Tak puas hati sebab tak dapat masuk Highland Tower, kami pun pusing la kat kawasan Kemensah dan Bukit Antarabangsa tu. Masa tu pukul 3.30 pagi camtu. Naik turun bukit. Ada kereta kami je masa tu. Saya duduk sorang kat seat belakang, ada rasa cuak gak tapi diamkan je. Sampai kat satu simpang tiga, kami belok ke kiri. Dalam belok ke kiri, berselisih dengan satu kereta arah bertentangan. Kereta pertama yang kami jumpa sepanjang malam tu kat situ, saya pun usha la nak tengok siapa yang macam kami. Cari hantu jugak ke.

Saya tengok, pemandu nye orang laki pakai spek mata, tapi tak pasti bangsa apa. Belakang seat driver, ada seorang nenek tua bangsa cina, nampak muka je. Muka dia putih melepak dan anak mata takde. Semua satu biji mata kaler hitam. Macam juon tu. Dia pandang je ikut tingkap tepi kereta tu kan. Gaya macam budak kecik nak tengok luar tingkap ada apa. Tapi ni nenek juon, serious tak comel. Saya pun terus tengok depan dan, astaghfirullah. Mengucap panjang. Mungkin Tuhan dah lunaskan hajat saya nak cari hantu sangat kan..

BUKIT FRASER:
Masa ni tengah aktif belajar fotografi. Memang semangat hunting tempat cantik untuk shoot gambar. Saya pergi berdua je. Bila leka shoot gambar sana sini, tak sedar yang kami dah duduk kat Bukit Fraser sampai malam. Lepas solat maghrib, kami pun mulalah turun untuk keluar dari Fraser tu. Masa tu dah pukul 9 malam. Jalan memang gelap. Masa ni jalan turun dari Fraser tutup. Jadinye, jalan naik sama dengan jalan turun. Bergilir-gilir. Sejam untuk kereta naik dan sejam untuk kereta turun. Saya drive macam biasa, kawan sebelah dah membuta. Kereta tak payah cakap. Memang takde. Ada pun kat depan jauh gila tinggal kami ni yang slow je turun bukit.

Sampai satu selekoh, saya nampak ada cahaya lampu motor dari arah bertentangan. Rasa happy la sebab ada gak orang dalam hutan ni selain kami. Dalam berselisih motor tu dengan kereta saya, saya nampak 2 orang laki, dan satu makhluk berbungkus kat tengah. Boleh bayangkan, kan. Rasa nak nangis pun ada sebab kan saya ni penakut. Kejut kawan sebelah suruh teman berjaga dan selamat keluar dari kawasan Kuala Kubu Bharu tu, lega. Tapi kenapa motor tu boleh naik ke Fraser? Sedangkan jadual masa tu untuk kenderaan turun sahaja dan guard ada jaga di bawah. Saya pun masih tertanya-tanya..

ROOMMATE:
Kalau cerita yang ni, mesti ada yang boleh teka saya dari universiti mana (based on room layout). Bilik kami ni ada cube. Sorang satu cube. Jadinye akan ada orang pasang langsir kat pintu cube tu, untuk lebih privasi. Roommate saya ni saya tak berapa rapat, sebab baru kenal. Malam tu dia kirim makanan. Saya balik lewat, dalam pukul 12 lebih. Saya mesej dia, nak bagitau saya dah balik. Dia tak reply. Saya panggil nama dia pun dia tak berjawab. Panggil dari luar cube je la, kan tak nak ganggu privasi orang. Main masuk cube orang lain camtu je. So saya pun call. Bunyi telefon ada. Tido la ni kot. Saya kesian dia belum makan. Jadi terpaksa la selak langsir tu nak kejut dia.

Jenguk sikit, nampak kaki dia je. Dia tengah tido. Tetiba rasa tak jadi nak kejut. Saya bawak la nasi dia masuk cube saya. Tetiba pintu bilik terbukak dan romomate saya tu balik. Siap bagitau saya, “sorry kak shaza. Tadi Mun pergi bilik kawan. Phone silent tak perasan akak call”. Saya pun tanya, “oh ada kawan Mun ke tumpang tido atas katil Mun tu?”. Mun jawab, “takde siapa pun kat bilik saya. Kenapa kak?”. Saya senyum je la malas cerita lebih. Nanti dia takut, naya dia nak pindah bilik lain. Dah siapa pulak nak duduk bilik tu nanti. Takkan nak kasi tuan kaki tadi tu duduk situ.

SALAH JALAN:
Ni jadi masa kat rumah masa cuti sem. Malam tu dinner, saya pergi dengan ayah dan adik je, satu kereta. Ibu dan adik sorang lagi, datang kemudian. Saya dan adik yang kecik (darjah 4), decide nak balik awal, kan ada 2 kereta. Dari kedai makan tu, ada jalan belakang lalu dalam taman. Mudah nak sampai rumah kami berbanding kalau lalu jalan utama. Sebelum balik, ibu ada tanya, “Shaza ingat tak tu jalan tu. Jangan silap” (sebab saya kan jarang balik rumah. Tak familiar sangat dengan kawasan situ). Saya buat tak endah jawab ‘ha a’ saje sebab nak cepat. Saya naik kancil berdua dengan adik. Lalu dalam taman tu. Tekan pedal minyak laju-laju sampai terlepas simpang sepatutnya kena belok. Tetiba adik cakap, “kak. Kita dah salah jalan. nampak tak tu. Van jenazah parking tepi jalan. Depan tu dah masjid. Lepas masjid kubur”.

Aduhai. Apalah saya ni silap jalan pulak. Takde respon banyak, terus pusing steering ke kanan kat satu rumah, untuk pusing patah balik. Walaupun kancil, tak lepas pulak nak u-turn sekali gus. Kena reverse. Semasa reverse, kena la tengok belakang. Kat belakang ada pokok kecik je, macam pokok jambu camtu. Di balik pokok, ada makhluk putih, berbalut kain lusuh, muka hitam. Tak jelas muka dia macam mana yang penting hitam kaw kaw. Terus laung “Allahuakbar” banyak kali. Sebab ayat lain memang tak ingat apa dah. Balik je guna jalan utama macam biasa takde shortcut dah. Balik rumah, adik-adik je tahu pasal kes tu sebab malu dengan ibu. Tadi berlagak sangat kan konon tahu jalan. Malam tu tidur dengan adik. Then dia tanya, “kak. Macam mana tadi kalau kereta kita m**i enjin?”. Haihh, kalau m**i enjin dik. Akak m**i akal la…

Sekian cerita saya yang tak berapa seram ni. Terima kasih kerana sudi baca sampai habis. Kalau respon ok dari korang, saya cerita pengalaman masa sekolah menengah pulak nanti. Bye..

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]
shaza eeshqa

9 thoughts on “Mahasiswi Dan Mistik”

  1. hihihi…no 3 n 4 tu best..ak pon ada terfikir jgk kot klu m**i enjin, nk pulak natang tu lompat arah korg..cmne gamak nya pulak ye..

    Reply
  2. Yg kaki tu mmg ade yg x mkn nasik plak kang dpt mkn kaki…
    Seb bek ko x bka msk cube trs kan…
    Entah apelah ghopenyer kang…
    Klu style cube ni ghase mcm UIA…
    Ekkk…????

    Reply
  3. Kau ni dek non, tegar betul! Selak sikit je langsir nampak kaki, kalau maklah nyahh, mak selak lagi sekali bila kawan kau tu kata dia dari bilik kawan. Part salah jalan pulak, haruslah kalau kereta manual, mak tak tau dah nyah mana satu gear mana satu brek mana satu klaj. Harussssslah m**i henjen kete tu di tgh laman mak jemah. Berani kau dekkkk. Kerlas!

    Reply
  4. uih cite ko ni mmg pendek2…xsempat nak menyeram berterusan kene mula balik… 2 3 kali den baca atas bawah atas bawah ingt ada kaitan ke rupanya xde ….

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.