Mahukan Jawapan

Assalamualaikum para pembaca Fiksyen Shasha. Terima kasih kerana menyiarkan cerita saya ini. Tujuan saya menulis kisah ini adalah untuk berkongsi dan meminta pendapat para pembaca. Segala komen dan maklumbalas pembaca amatlah saya hargai.

Ceritanya begini..
Saya adalah anak sulung perempuan serta cucu sulung dalam keluargaku. Saya mempunyai 5 orang adik beradik. Ibu bapa ku telah bercerai pada tahun lepas. Ibu bapa ku ditemukan melalui makcik ibuku dan emak ayahku. Mereka disatukan atas keterpaksaan dan tiada rasa cinta. Kini perkahwinan mereka sudah berusia 20 tahun sebelum tahun perceraian.

Sebelum bercerai, datuk dan nenek saya (Belah ibu), berjumpa dengan beberapa orang ustaz di kampong untuk bertanya sekiranya ada gangguan halus dalam rumahtangga. Hampir kesemua ustaz tersebut mengatakan perkara yang sama iatu adanya gangguan halus di dalam rumah tersebut. Orang yang menghantar gangguan tersebut inginkan ibu saya berpisah dengan bapa. Malahan orang tersebut amat rapat dengan keluarga saya hampir 10 tahun.

Selepas bercerai, datuk dan nenek saya sekali lagi berjumpa seorang ustaz. Ustaz tersebut mengatakan “orang” tersebut membuat ‘guna-guna’ terhadap ibu saya supaya ibu saya mahukan dia. “Orang” tersebut juga mahukan harta ibu, kata ustaz. Apa yang saya perhatikan di rumah, ibu saya sering kali menelefon seseorang setiap malam sejak ibu saya mengenali “orang” itu. Dan kami mengesyaki ia adalah “orang” itu. Ibu sering menceritakan kebaikan “orang” tersebut. Ibu juga sering mahukan kami menerima “orang” itu dan ibu pernah menyuarakan niat hatinya untuk berkahwin dengan “orang” tersebut. Perkara ini berlarutan sehingga kini.

Di sini saya ingin memohon pendapat para pembaca tentang gangguan yang kami alami di rumah:

1. Pada satu malam, ada sesuatu yang keras dan besar jatuh di atas atap rumah. Beberapa hari kemudian, adik saya, dan datuk dan nenek saya bergaduh besar dengan ibu lalu mereka keluar dari rumah tersebut. Sehingga kini mereka masih belum berbaik. Ibu seakan tidak peduli lagi kepada mereka.

2. Saya mendengar suara-suara seakan berbual dalam bahasa yang saya tidak fahami langsung di belakang rumah pada jam 3 pagi. Saya juga mendengar bunyi muzik seakan gamelan di tengah rumah sehinggakan saya tidak berani keluar dari bilik.

3. Saya belajar di negeri lain dan berjauhan dari keluarga saya. Setiap kali saya pulang bercuti di rumah, saya rasa nak marah. Emosi sering terganggu di rumah. Kalau boleh, semua orang dalam rumah itu saya mahu melenting. Dan perasaan marah saya semakin membuak setiap kali nama “orang” tersebut keluar dari mulut ibu saya. Apabila berhadapan ibu saya, perasaan marah saya meluap-luap seperti ada sesuatu yang saya tidak puas hati.

4. Pada waktu siang, sukar untuk temui cicak. Tetapi pada waktu malam, di bahagian siling di parking kereta ibu saya penuh dengan cicak. Kalau dikira, boleh dikatakan melebihi 20 ekor. Pernah satu hari tu, seekor cicak jatuh nyaris di kepala saya ketika saya membuka pintu nak keluar rumah. Dan semenjak itu saya perhatikan, tepat jam 12 malam pasti cicak akan berbunyi. Dan kami juga pernah temui seekor belalang pelik di cabinet dapur. Belalang tersebut duduk sahaja di atas cabinet, dan cuma bergerak di sekitar cabinet sahaja. Hampir seminggu belalang tersebut berada di situ. Selepas ibu saya cuba menangkap belalang tersebut, belalang tersebut menghilang.

5. Saya selalu mengurut ahli keluarga saya serta saudara mara. Tetapi apabila saya mengurut ibu saya, saya yang akan merasakan sakit. Contoh, saya mengurut kepala ibu saya, saya pegang sahaja kepalanya, terus saya merasakan kepala saya berdenyut.

6. Setiap kali saya di dalam rumah, saya merasakan diri saya diperhatikan. Selalu juga saya mendengar nama saya dipanggil walaupun tidak bersendirian di rumah. Sehinggakan saya mengamuk memarahi adik adik saya sekiranya mereka mempermainkan saya. Rupanya mereka tidak memanggil saya pun. Oh ye, lagi satu.. belakang saya selalu rasa sengal.

7. Saya pernah bermimpi:

a. Ada sesuatu seakan lembaga hitam mahu memecah masuk rumah kami tetapi tak boleh masuk. Lembaga tersebut tersadai di pintu rumah kami. Sudah 2 kali saya bermimpi perkara yang sama.

b. Rumah kami terbakar hangus. Hanya tinggal tapak rumah.

c. Saya pulang ke rumah tetapi tidak menjumpai rumah saya walhal saya berada di kawasan rumah tersebut. Saya mencari-cari rumah namun tidak jumpa.

Antara 5 beradik, saya dan adik kedua yang paling banyak merasakan gangguan ini. Kami tidak memberitahu perkara ini kepada ibu dan adik adik kami kerana kami melihat ibu kami sudah seperti terlalu sayangkan “orang” tersebut. Perkara ini bertambah menyedihkan kami apabila ibu seperti bukan lagi ibu yang kami kenal. Seorang ibu yang tegas dan pentingkan anak-anak dahulu. Kini, saya merasakan sangat jauh dari ibu yang saya kenal.

Di sini saya sertakan beberapa details sekiranya pembaca ingin tahu supaya pembaca dapat memberi komen dengan baik jika perkara perkara yang saya ceritakan di atas ada berkaitan dengan saka atau benda halus.

1. Arwah atuk saya (ayah kepada bapa saya) mempunyai saka dan meninggal kerana strok. Selepas saka dibuang, barulah arwah boleh pergi dengan tenang. Dalam kebanyakan ahli keluarga, saya antara beberapa orang yang memahami apa yang atuk saya cakap ketika diserang strok. Strok yang menyerangnya menyebabkan atuk tidak dapat bercakap langsung dan cuma berkomunikasi melalui gerak sebelah tangan dan mata. Saka apa? Saya tidak tahu kerana ayah saya seorang yang tidak suka bercerita tentang hidupnya.

2. Datuk saya (ayah kepada ibu saya) juga mempunyai saka dan menuntut ilmu silat. Dia merupakan seorang pendekar terkenal di kampong kerana ilmunya. Dengar khabar, sakanya telah dibuang. Tetapi sekarang ini dia masih mengamalkan ilmu-ilmu kebatinannya dan menurunkannya kepada adik lelaki saya.

Sebelum mereka berdua membuang saka, saya seorang yang baran dan sentiasa dalam keadaan marah tak kira masa. Hampir sahaja saya meragut nyawa adik adik saya dek kerana amukan tak terkawal saya.

Maaf kerana penceritaan saya terlalu panjang dan bahasa saya terlalu baku. Saya seorang yang gemarkan bahasa klasik dan puisi lama. Mungkin saya terlalu ‘into’ dunia klasik menyebabkan bahasa penulisan saya begini. Diharapkan para pembaca dapat memberikan sedikit bantuan dan komen dengan baik supaya saya dapat mencari jalan untuk menyelesaikan perkara perkara ini.
Terima kasih kalian.

Adira

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 4]

11 thoughts on “Mahukan Jawapan”

  1. Apa yang anda mahu sebenarnya?
    Tujuan tidak jelas apa yang anda mahu pembaca bantu anda?
    nak nombor ustaz kah?
    Nak tanya pendapat nak bagi ibu awak kahwin lain kah?
    Nak tanya tentang saka kah?
    Nak tanya tentang ilmu silat datuk kamu kah?

    Reply
  2. Carilah ustaz utk berubat(bukan bomoh) ibu dan keluarga dgn secepat mungkin.
    Rumahtangga yg sudah berpecah belah akan lebih parah lagi kalau dibiarkan lama.
    Kemungkinan buatan orang dan saka lama yg masih berbaki.

    Reply
  3. Itu tanda2 gangguan jin. Mohon pegj berubat dgn ust2 yg arif.. kalau xbole nk ajak mak, make sure awk tu pegi berubat dulu..

    Reply
  4. Ikhtiar la utk pulihkan ibu kamu tu. Tanda2 jelas ada gangguan. Lakukan dgn segera sebelum terlambat. Lebih lama dibiarkan akan memakan diri.

    Reply
  5. dah tau mak ko sakit, tak payah la buang masa mengarang bagai, buat2 tanya itu ini then post kat fs… org yg sakit terkena buatan org, mmg tak sedar yg dia sakit. sepatutnya yg tau orang lain tu sakit la yg kena sedar dan bawak org yg sakit tu pergi berubat…

    Reply
  6. kadang kala org yang terkena gangguan nya hati mmg berbolak balik, sekejap rasa mmg kena gangguan.. sekejap lagi menafikan perasaan tu.. biasalah syaitan mghasut supaya tak pergi cari rawatan. tak salah dia cerita kat sini.. mungkin untuk kuatkan lagi kata hati dia.. banyak kemungkinan..

    lgpun apa yg kita expect dgn tukang cerita? dia jugak bukan kerjayanya sbgai penulis.. jadi kalau ada yg tersalah terkurang tu.. blh je abaikan xpayah nak kondem.

    semoga si penulis bertemu dgn kesembuhan..

    Reply
  7. Bunyi hempasan/ hentakan di bumbung rumah kita kbiasaanny blh la dikaitkan dgn sihir yg cuba dihantar org. Awak dgn adik ni plk blh dikategorikan sbagai sensitif / mmpunyai pancaindera yg sdikit lbih. Mngkin samada disebabkan saka keturunan atau pn ksan dr unsur2 sihir. Apa2 pun jgn amik srius itu cuma pndangan saya. Cuma igt 1 bnda tiada daya dan kekuatan melainkan dengan kekuatan/keizinan Allah. Selalu solat dan baca quran. Sebagai tambahan blh jg cuba amalkan alfatihah + 5 ayat pertama albaqarah + kursi + 3 ayat terakhir albaqarah slepas stiap kali selesai solat subuh dan maghrib. Nk amalkan slepas stiap kali solat pun xde mslh. Niatkan utk prlindungan diri dan keluarga. Inshaallah smua akan ok.Wallahua’lam

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.