Main polis and thief kat kubur

Assalamualaikum semua pembaca FS. Kat sini aku nak ceritakan pengalaman aku main polis and thief kat kubur waktu bulan puasa. Just untuk enjoy memalam gini okay so relax and layan.

Ceritanya waktu zaman aku sekolah lagi, biasa lah budak kampung main sesama baik laki baik perempuan, mana nak fikir baik buruk. Nak dijadikan cerita tiba lah bulan puasa jadi automatik perasaan takut nak keluar main waktu malam terus hilang. Masa ni aku dengan sepupu aku yang nama Ayra ni suka sangat join bebudak laki ni main..

Haaa lupa nak bagitau rumah aku ni actually sebelah kubur. Memang sebelah kira pemisah rumah aku dengan kubur ni ada la sebatang pokok koko. Kalau aku nak pergi melawat kubur family terdekat memang lintas je pokok koko tu. Jadi malam tu lepas je habis solat terawih (aku tak pergi pun sebab seronok main mercun kat padang) bebudak laki termasuk aku dengan sepupu aku ni berkumpul la kat padang depan rumah aku. Da bahagi kumpulan semua aku dengan sepupu aku masuk geng pencuri. Start nak lari tu ada yang masuk kebun tebu, sepupu aku lari masuk kebun ,yang aku ni tak habis fikir lari la masuk kawasan kubur ..

Masa masuk tu tak fikir apa lagi sebab aku fikir nak lari dari bebudak polis ni je. Lari punya lari aku da sampai kat area ceruk atas bukit. Okay aku dah mula cuak sebab kawasan kubur kat bukit ni memang meremang sikit sebab ramai pakcik kat kampung ni story macam-macam. Aku pun fikir macam mana aku nak lari dari sini. Lari nanti bebudak polis tu nampak udah kena tangkap.. Bila tengah fikir tu la bunyi cengkerik la bunyi ranting la segala macam bunyi keluar. Tengah fikir tu tetiba aku dengar kawan aku yang jadi polis ni jerit HANTUU dari kebun pisang sebelah sana. Aku pun lagi cuak la tak jadi nak menyorok terus pergi padang. Terus cancel game polis and thief kita orang. Jadi nya abang Ayra ni gunakan kuasa dia sebagai orang yang paling tua kumpulkan kita orang kat padang..

Bila dah berkumpul si tembikai ni tak ada rupanya dia balik terus takut punya pasal hahaha. Dok berkumpul ni Ayra ni cerita la tadi dia dalam kebun pisang tengah menyorok sekali nampak ada orang jadinya dia terus la berdiri tegak sebab tak nak kena tangkap. Sekali orang tu pusing tengok dia, dia dah fikir dah habislah aku kena tangkap tapi orang tu terus jerit HANTUU then terus lari keluar.

Rupanya yang jerit tu la jeritan si tembikai yang aku dengar dari kubur. Kebetulan pulak si Ayra ni pakai baju putih malam tu. Berdekah kita orang gelak bila dengar. Sampai sekarang bila bebudak yang sesama main dgn kita orang dulu datang beraya kat rumah mesti throwback cerita ni.

Itu sajalah cerita aku yang tak berapa seram ni.. Sebenarnya tak seram pun just aku nak share pengalaman aku waktu bulan puasa. Bye assalamualaikum

.

Inkigayo
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

6 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.