Assalamualaikum dan salam sejahtera semua peminat FS. Aku merupakan seorang mahasiswa di salah sebuah Universiti awam terkemuka di Malaysia. Kisah aku ni berkenaan dengan gangguan, dah tentulah dari hantu kan. Kejadian pertama ini berlaku pada tahun 2012 iaitu masa aku di tingkatan enam bawah. Sekolah aku ni jauhhhh di utara tanah air. Sejak dari form 1 hingga form 6 aku memang bersekolah kat situ la.
Boleh kata aku ni merupakan seorang legend yang dihormati oleh junior-junior. Legend-legend aku ni pun bukannya berani sangat, sekali kena sergah kecut juga telur, haha. Aku ni bukan la seratus peratus hijab terbuka, tapi aku boleh rasa kalau benda tu ada kat sekeliling aku, tapi sejak kejadian ni, aku rasa hijab aku dah terbuka sampai sekarang.
Ok, berbalik pada kisahnya, aku kena ganggu sewaktu minggu study week. Masa tahun tu STPM dah guna sistem baru, sistem semester, sistem yang macam dekat Universiti sekarang ni. Kisahnya bermula semasa aku dan 5 orang kawan naik ke blok kelas untuk prep. Jarak kelas dengan dorm kami ni tak la jauh sangat, lebih kurang 300meter ja dan blok ni ada 4 tingkat, kelas yang kami study tu di tingkat 3.
Masa nak naik tangga tu aku dah rasa lain macam sebab ada dengar bunyi tapak kaki yang seakan-akan berkawad. Tapi aku buat bodoh ja sebab bangunan tu memang ada cerita dia yang tersendiri. Masa kami tengah sedap-sedap study group, ada la 7-8 orang budak-budak junior yang datang menyemak. Bukan setakat bising yang depa ni buat, ada yang siap layan video blue lagi dalam kelas sebelah. Geram dengan perangai diorang tu, kami sound la seround dua, senyap sat ja, pastu depa sambung bising balik. Tak tahan dengan perangai diaorang tu, kami 6 orang termasuk aku ambik keputusan blah pi study dekat dewan bawah kelas kami.
Masa aku dengan sorang kawan (Mirul) langkah keluar dari kelas tu, tiba-tiba aku tengok Mirul ni keras kejong macam orang kena karen, dengan muka pucat mata terbeliak. Haaa sudah, aku dah tau dia nampak apa. Cepat-cepat aku ajak kawan lain turun pi dewan. Masa dekat dewan bawah tu baru aku tanya dia benda apa yang dia nampak. Korang nak tau dak apa jawapan dia? Dia cakap dia nampak ‘benda’ merangkak dengan rambut panjang yang kusut dari tangga naik keatas siling. Macam cerita Ju On tu weyh.
Perghhhh, dupdapdupdap jantung kami semua masa tu. So, kami ambik keputusan study dekat kelas blok lain, tak jadi nak study dekat dewan tu. Masa tengah rancak study (padahal dok rancak sembang), kami dengar suara riuh rendah orang menjerit minta tolong. Usha punya usha, rupa-rupanya budak-budak tadi kena kacau dah. Ada yang lari lintang pukang, sampai bergolek-golek jatuh tangga. Masa ni baru padan muka, dok buat bising lagi kat tempat tu.
Kami berenam pun nekad la pi tengok apa yang jadi, masa sampai dekat blok yang keras tu, adalah sorang budak laki ni tengah terbaring atas jalan sambil tercungap-cungap sambil sebut mummy mummy help me dan ada juga yang lari balik dorm. Masa kami nak langkah dekat dengan tangga blok tu, sebab nak cari handphone sorang budak ni jatuh masa kena kejar dengan benda merangkak tu.
Bunyi tapak kaki yang macam orang kawad yang aku dengar tadi lebih kuat macam orang dok berlari. So aku suruh member-member blah dari tempat tu. Masa nak blah tu aku sempat lagi tengok blok tu. Korang tau dak aku nampak apa. Aku nampak sorang makcik tua dengan sorang budak lelaki berdiri betul-betul atas tembok depan kelas yang kami study awal tadi tu.
Muka dia jangan cakaplah. Memang hodoh sehodoh-hodohnya, kulit muka terkoyak sana sini, mata dia masuk ke dalam dan yang menariknya dia pakai baju kurung Kedah warna hijau kuning dan kain batik paras lutut. Anak dia tu berbogel dan siap lambai tangan lagi dekat aku. Kisah budak dengan makcik tua ni aku dah banyak kali dengar dari cikgu-cikgu tapi malam tu aku dapat feel sendiri, beruntung jugak rasanya.
Malam tu memang kami semua tak tidur sebab dok mengulas panjang tentang kejadian tu. Kisah ni tak habis lagi dekat sini sebab masa final exam STPM tu pun aku kena kacau lagi dengan si pendek dan emaknya dan baru-baru ni pun ada kisah aku kena kacau dekat universiti. Gangguannya lebih dahsyat lagi dari sekolah. Nantikan sambungan cerita aku sekiranya admin publish cerita ni.
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
terbaek cite ni….jgn lupa sambung ye
Uiiikkkk…
Sambung…sambung…!!!
tak best betul orang acah2 penulis cerita popular ni…
nantikaaaaan….
takperlu sambung2 kot..kalau nak sambung pun,tak perlu ayat bajet2 macam orang ternantikan2 cerita kau…
Ehh biar laah.suka hati dia lah.sibuk asal.x nak baca diam ah
?
eh,suka hati aku la nak komen..ko panas bontot kenapa..tak suka jangan baca komen aku..boleh camtu? ni la akibat banyak baca benda2 tak ilmiah..bila bodoh ,orang tegur penulisan marah..sia2 cikgu kau ajar penulisan kat sekolah
ape plak kaitan teguran cik az dgn kurang baca bnda ilmiah?? menatang paku serpih, mengata orang dia lebih.. mcm la dia bnyk baca bnda ilmiah sngt.. tp mmg aku pun x suke klau penulis suke sambung cite
setengah perangai orang melayu mmg camtu, dia maki org lain xpe.. tp klau ade org tegur sikit pun mula la nk meroyan x tntu pasal, skjap kata cerita tipu sbab ayat formal sngt lpas tu marah kt org tegur dia sbab org tu kurang baca bnda ilmiah.. what the fucking mentality malay..
setengah perangai orang melayu mmg camtu, dia maki org lain xpe.. tp klau ade org tegur sikit pun mula la nk meroyan x tntu pasal, skjap kata cerita tipu sbab ayat formal sngt lpas tu marah kt org tegur dia sbab org tu kurang baca bnda ilmiah.. what the fucking malay mentality..
Mohon tak sambung lagi. Kemurungan lepas baca ayat terakhir tu.
berani betul engkau ye lmao
tak kisah la nak sambung ke tak dik..asalkan ko bahgia udah..
akak baca je cerita2 dalam ni..lagi2 yg berdasarkan pengalaman sebenar..
untuk dijadikan iktibar..kan3..??!!
Ape sambungan dia?
nasib de sambungan…