Assalamualaikum kepada para pembaca FS sekalian. Terima kasih aku ucapkan kepada FS jika sudi menerima cerita yang tak seberapa ni. Baru pertama kali menulis memandangkan aku ni sekolah berasrama penuh jadi tiada masa untuk mengarang cerita.
Baiklah cerita ni pasal isteri Pak long aku. Biar aku jelaskan dulu. Mak long aku ni dia boleh nampak makhluk halus sejak remaja kot tak silap aku. Masa tu ada orang dengki dengan ayah dia jadi orang hantar bende tu untuk kacau Mak long (yang tu aku cerita kemudian). Sejak tu dia boleh nampak makhluk makhluk halus ni.
Waktu musim cuti persekolahan kami sekeluarga pergi bercuti di Langkawi. Jadi kami memilih untuk tinggal di sebuah resort yang berdekatan dengan pantai memandangkan adik adik aku ni suka mandi air laut. Bilik family aku bersebelahan je dengan bilik family mak long aku. Kami semua duduk di bilik untuk mengurus diri dan berehat.
Kami semua bercadang untuk keluar makan malam pada waktu maghrib. Selepas bersiap kami makan di sebuah gerai seafood. Kemudian kami semua berjalan jalan di jalan yang penuh dengan kedai kedai baju dan cenderahati. Aku masa tu terlampau penat jadi aku ajak adik aku dan Mak ngah aku duduk dekat dalam bilik je. Waktu tu Pak long suruh Mak long duduk di bilik juga untuk jaga anak mereka yang masih kecil dan menidurkannya. Mak long berkeras mahu ikut tapi Pak long tetap tak bagi.
Malam tu aku terjaga sebab ada bunyi loceng banyak kali jadi aku pon buka pintu dan terkejut melihat Mak long aku yang pucat mukanya. Dia tanya “ada nampak suami aku tak?” aku menggelengkan kepala. Hairan sebab semua rasanya Pak long dah beritahu yang dia mahu berjalan jalan. Dia pun beredar dari situ. Aku lihat Mak long dari tingkap. Yang peliknya aku nampak dia mengelilingi kawasan resort tu berulang ulang kali dan kemudian kembali ke bilik aku dan mengetuk pintu dengan kasar. Kali ni dia kelihatan seperti sedang dirasuki sesuatu. Aku tak buka pintu kerana takut tambah tambah lagi aku hanya tinggal berdua dengan adik aku.
Lepas je Mak long aku dah takde aku terus kejut adik aku dan pergi ke bilik Mak Ngah aku. Kami ceritakan apa yang berlaku dan tiba tiba Mak long ketuk pintu bilik Mak ngah dengan kuat. Aku tak bagi Mak ngah aku buka pintu tapi dia menenangkan aku dan buka pintu untuk melihat keadan Mak long. Adik aku dah menangis dah waktu tu sambil peluk aku. Kami nampak Mak long bercangkung sambil menangis. Kemudian tiba tiba dia mengilai dan sebut nama Mak ngah aku. Mak ngah terus telefon ahli keluarga yang lain untuk balik dan ceritakan apa yang berlaku. Pak long sampai je depan bilik terus bawa Mak long yang meronta ronta kedalam bilik mereka
Dengan bantuan pekerja resort tu, seorang ustaz ni datang nak menolong mengubat Mak long. Dalam hati aku baca ayat kursi banyak kali sebab dah terbiasa dekat asrama kalau ada kejadian yang sama berlaku. Dan aku nampak Maklong memandang aku dengan tajam. Kalau tak dipegangnya Mak long tu, aku rasa aku dah kena terkam dah. Ustaz tu pun mulakan kerja dia untuk menghalau benda tu. Mak long sudah beransur pulih. Haha yang lawaknya Mak long aku menyakat aku selepas sudah pulih. Tamatlah cerita ini. Maaf sekiranya ada kekurangan. jumpa lagi jika ada masa…
Hantar kish anda : fiksyenshasha.com/submit