Mak Menderita Disantau

Bismillahirahmanirahim . Asalamualaikum dan salam sejahtera kepada warga FS. Aku ika berasal dari Johor .Terima kasih admin kalau submit cerita aku ni . Ni kisah benar . Tiada tokok tambah .Kisah ni dialami oleh mak aku baru baru ni . okey aku mulakan . semoga dijadikan pedoman .

OGOS 2017

Mulanya mak aku sihat bertenaga walaupun umur dah 54tahun .Mak aku ni seorang yang amat peramah & suka bergurau dengan aku . Lagipun aku sorang anak perempuan dalam keluarga. Bongsu pulak tu . hee. Tapi kebahgiaan kami tergangu bila mak aku kene p****g jari . memang sedih la . memang murung sangat la mak aku masatu . taknak borak dengan kami semua . yang aku pelik sangat sampai skarang . tak tahu punca jari kaki mak aku tu sampai dalamnya bernanah teruk . tibe2 je macam tu . luka takda bengkak takde . tapi yela dah ditentukan . redha je la .

OKTOBER 2017

Mak aku dah mula meracau racau cakap panas la . jangan gangu la . bukak baju siang malam . tapi aku pegang badan mak aku elok je sejuk bebeno . kadang kadang mak aku merengek nangis cakap sakit laa . hm aku terpaksa ambik cuti berminggu sebab risau kan meracau hari2. ayah aku pulak kerja ad shif . kadang shif malam takde siapa nak tengokkan mak . bila lepas azan subuh . elok je borak semua . aku ada tanya mak . ada mimpi bukan2 tak ? dia cakap ada mimpi ular besar sangat warna hitam dok belit dia sampai rasa sakit satu badan bila terbangun .

aku dah rasa tak sedap hati . yela aku rapat sangat kot dengan mak aku . tak penah tengok dia macam ni . makan taknak . mandi taknak . asyik cakap panas je . sampai la dekat dua minggu dia macam tu . aku ada la kenal sorang pakcik ni . satu tempat dengan mak ayah aku . dia keturunan asli . aku pergi bawak mak aku jumpa pakcik ni . dia tanya aku . ada ke makan mana2 makanan yang orang bagi . aku jawap la tak tahu la sbb aku kerja luar . ayah aku pulak cakap takpasti. yela kerja siang malam . pakcik tu cakap lagi . ada sepasang suami isteri ni tak suka dengan keluarga aku sebab mak ayah aku ni suka bermesra jalan naik moto pusing2 kampung . dan orang tu tanam kain kuning ape tah kt bawah rumah aku .Allahu .punca kecik mcm tu je sampaikan hantar bukan2 dekat family aku . then pakcik tu bagi air penawar suruh mak aku minum .

Aku ingatkan lepas pergi jumpa pakcik tu mak aku dah okey . sangkaan aku jauh meleset . mak aku makin teruk . sampaikan muntah d***h warna hitam . hanyir sangat macam bau perut ikan . ya allah ape lagi dugaan yang mak aku kene tanggung . dan aku pun cuti lagi dan balik kg jaga mak aku . mak aku makin kurus . isi badan dah taknampak macam dulu. makan pun taknak . ayah aku dah bawak pegi hospital . puas dah doktor x-ray & masukkn tiub yg ada camera tu dalam perut . jolok melalui tekak. sakit tu jangan cakap la . aku memang dah tak boleh tahan airmata ni . sedih sangat sangat .tunggu punya tunggu keputusan doc, last2 doc cakap mak aku takde sakit apa2. tekanan d***h stabil . kencing manis stabil . dan akhirnya mak aku keluar wad . doc bagi ubat tahan sakit jer . rasa macam nak maki pun ada . yela mak aku muntah d***h weh . bukan biasa2 . bukan sekali . setiap sejam dia pergi toilet muntah2 . sampai dah tak larat nak bangun. aku bawakkan besen . muntah dalam tu je (maaf selekeh sikit)

Lepastu ayah aku ambik cuti emergency bawak pergi berubat kt kg mak aku . dekat Pahang . sebab atok aku ni yg paksa ayah aku bawak kesini berubat . atok aku ada la ilmu sikit . dia bole rasa anak dia tengah sakit “misteri”. dan kiteorg pun gerak haritu jugak . lepas subuh terus gerak . memang taknak tangguh lagi . sampai je kg . aku siapkan mak aku . mandikan , bagi makan , pakaikan baju semua . sebab ad sorang ustaz ni dtg lepas asar . ustaz ni orang pakistan. aku gelarkan dia ustaz naim.

masa ustaz tu dtg . aku tengok ustaz tu baca something sbelum msuk rumah nenek aku . ustaz tu minta kain tuala untuk letak atas kepala mak aku . dalam keadaan mak aku duduk belunjur . ha macam tu . bila ustaz naim pegang je kepala mak aku beralaskan kain tuala tu . mak aku mula menggigil . aku dah kecut perut . dah kenapa panas2 terik menggeletar hebat mcm tu skali .terkumat kamit mulut ustaz naim . tibe2 “arggh” mak aku menjerit kuat gile tapi suara garau oi . melenting aku melompat terkejut . kain tuala yang ada kat atas kepala mak aku terapung apung . macam ada somthing kt bawah kain tu . mak aku dah tunduk , sesekali mendengus macam suara org tua . ustaz naim bertanya dekat mak aku “ kenapa kau kacau dia ? “ . dan suara tu menjawab . “ tuan aku suruh hahahaha “ . kau keluar sekarang ! ustaz tu terus baca surah apa aku tak pasti . terus mak aku menggeletar jerit2 lepastu ustaz ambil kain tuala yg terapung tu bawak keluar rumah ( ustaz lempar kain tuala tu keluar rumah . masa ni mak aku dah pengsan . ayah aku pun sapu air yang dah diruqyah ke muka mak aku . dan mak aku pun sedar. ustaz cakap ada jin dalam badan mak aku . ye jin . orang hantar ke mak aku . nanti dalam masa terdekat . kalau ad jumpa something yang tak penah kita tengok . buang terus dan baca alfatihah, ayat kursi,selawat ke atas nabi .

Lepas 2 hari berubat dengan ustaz tu. mak aku dah bole makan. dah bole jalan sendiri . kalau tak sbelum ni bila makanan masuk je dalam perut . terus mak aku muntah . alhamdulillah .

DISEMBER 2017

Aku dikejutkan dengan call dari ayah aku yang mengatakan mak aku hilang tengah2 malam . masatu pukul 11 malam.aku terus pecut drive balik rumah mak aku . ambik masa 2jam jugak . masa otw tu aku tak henti doa dan minta Allah jaga & lindung mak aku . sampai je rumah mak aku . banyak jugak kerete motor parking depan rumah . aku terus cari ayah aku bertanya apa jadi sbenarnya . ayah aku cerita “ tadi ayah balik kerja rehat skejap . mak dah tidur dalam bilik . ayah tengah tengok tv . bila ayah masuk bilik nak ambik jaket . ayah tengok mak kau dah takde dalam bilik tu .

ayah terus cari kat toilet . kt semua bilik (bilik ada 3) tapi takda .ayah dah risau ayah panggil jiran tolong cari mak kat kawasan rumah . tapi tak jumpa . 1 jam jugak mak hilang . ayah tak sedap hati. ayah pejam mata .,zikir, baca ayat kursi, dan minta Allah tunjuk kt mana mak . akhirnya ayah jumpa mak tengah cangkung kat tepi reban ayam . apa lagi terus dukung bawak masuk dalam .

tak tahu bila masa mak keluar . tibe2 je takde dalam bilik“ aku terus dapatkan mak aku . mak aku tengah baring pejam mata . kejap2 gelak kejap2 nangis cakap sakit . ayah suruh kami yang ada baca yassin sekeliling mak . sampai pukul 2 pagi baru la mak tertidur kepenatan . aku memang tak la nak tidur . risau punya pasal . tengah sronok scroll fb tibe2 dengar bunyi bising2 dlm bilik mak aku . macam dengar orang selongkar barang . aku pikir la skejap siapa pulak yang selongkar barang sedangkan jam pukul 3 pagi .ayah,mak , abang dan aku kt ruang tamu . mana ad orang lain lagi .

aku ni jenis gatal mata nak gi jengah siapa yang kt dlm bilik tu pdahal aku tahu memang takde siapa dalam bilik . dengan hati yang tak setebal mana aku bukak pintu bilik . ya allah bau hamis & hapak yang teramat sangat . bilik bersepah kain kt lantai . bantal berselerak . aku rasa nak marah bende tu . tapi aku abaikan je la . buat tak tahu dan pergi balik ke ruang tamu lepastu terus tertidur . aku bermimpi ada suami isteri pkai jubah wrna hitam tengah senyum sinis kat mak aku . masa tu mak aku tengah baring . lepastu aku nampak sekeliling mak aku tu penuh dengan ular besar & binatang berbisa . kala jengking lipan . aku terus terbangun . berpeluh peluh macam baru lepas lumbe lari . tengok jam dah pukul 5.30 . aku terus bangun siap2 nk solat subuh mintak petunjuk dengan allah .

pagitu kami semua sarapan sama2 . mak aku masih dalam keadaan separuh sedar . bila ajak borak memang tak la nak layan aku . suap makan takmau . diam je sambil baring termenung.hm aku tak thu nak buat apa lagi . aku suapkan air yassin kt dalam mulut mak aku . dia minum lepastu terus muntah hitam hanyir hapak plus ada rambut .

aku terkejut gile terus panggil ayah aku tengok apa yang mak aku muntahkan . petang tu kawan aku datang . dia bawak kawan dia dari KL. aku tak kenal pun . aku gelar dia ijam . Ijam memang pandai ubatkan orang yang sakit misteri ni . belum masuk rumah dia dah jeling2 kat tepi rumah aku yang ada pokok besar . tapi aku malas nak tanya . dia masuk rumah bagi salam kt mak aku .mak aku terus mendengur marah. mak aku cakap . jangan kacau aku . jangan halang kerja aku ! dimaki ijam bukan2 .

sabar jela . masa ijam tengah baca ayat ruqyah mak aku terus bangun melompat gaya nak terkam ijam . aku terkejut gile . terus pegang mak aku .3 orang pegang pun masih terpelanting masing2 . masa aku tgh pegang tangan mak aku . sambil baca ayat kursi. mak aku terus cakar tangan aku . pedih weh . tapi aku tabahkan hati . lantak la ape jadi . aku nak mak aku sembuh . ijam baling garam kasar ke mak aku . menggelupur menjerit cakap panas . ijam suruh “dia” keluar . eh taknak . dimaki ijam sambil meludah plus gelak jahat terkekek .

ijam terus pegang kepala mak aku . aku tengok mak aku macam tak bernafas . tersekat sekat . ya Allah kesian sangat . ijam terus suruh aku ambik botol kosong sbb “dia” nak keluar dah. dari mulut dia keluar . ijam terus gengam ape aku tak pasti . terus sumbat masuk dalam botol . mak aku muntah lagi skali warna hitam hanyir plus rambut plus ketulan warna hitam . dan mak aku diberi minum air yang dah dibaca oleh ijam .

tercungap cungap jugak aku tengok si ijam ubatkan mak aku . ijam bagitahu aku “ mak kau ni kene santau dari makanan . sebabtu dia tak bole makan . bila makan je muntah . dia letak tanah kubur kt dalam makanan yang dia bagi mak kau tu . yang buat mak kau ni suami isteri .orang sini jugak tak jauh dari rumah kau . dia iri hati dengan kebahgiaan mak ayah kau . kau tengok ni kain kuning . dia tanam 4 penjuru kt rumah kau . dia tak penah putus asa nk hancurkan rumah tangga mak ayah kau . diorg nak mak ayah kau bercerai berai. takpe kejap lagi aku bakar kain kuning ni .

biar dia panas . lagi satu pasal jari mak kau tu . diorg jugak yang buat . “ kata ijam . aku terkejut rasa nak nangis , nak marah . sampainya hati. tapi dah tertulis kan . aku terima dengan rela hati . . mak ayah aku tak penah kacau orang . mak ayah aku ni peramah sangat . dengan sesiapa saja dia borak macam dah kenal lama . yela rambut sama hitam hati lain2 . kita tak tahu kan ape dalam hati seseorang tu . ijam ada pesan kt mak ayah aku . nanti ada suami isteri datang rumah tanya sihat tak . jawap je sihat walafiat.

dan kalau suami isteri dtg rumah mintak maaf atau sbagainya . maafkan la diorang . aku angguk tanda faham . alhamdulillah sekarang mak aku sihat dah . dah gemuk sikit hehe . ijam pesan . solat , mengaji , zikir jangan tinggal . penting utk pendinding kita . kenapa mak aku yang kene ? bukan ayah aku ? . jawapan nya ayah aku kuat smangat. zikir di mulut memang tak penah tinggal . memang aku respect. cuma mak aku lemah semangat sikit . solat memang dia buat . cuma zikir tu kurang . takpe sama2 baiki diri . buat pengajaran ap yang dah jadi sbelum ni . . sekian asalamualaikum .

by cekka

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

by cekka

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 4 Average: 4.3]

17 thoughts on “Mak Menderita Disantau”

      • risau pulak aku. selalu balik kampung mmg aku pun rajin meronda kampung naik moto berdua laki bini. jgn la ada pulak yg dengki tak tentu hala. nauzubillahi min zalik.

        Reply
  1. Kdg2 org yg up gambar mesra suami isteri di FB atau mana2 laman sosial pun di sihir guna gambar tersebut apa lagi yg jenis dengki tgk suami isteri hari2 naik motor keliling kg.. Mmg pelik tp mmg ada spesis mcm tu.. So Hati2 la.. Ada yg memerhati..

    Reply
  2. Org yg dengki khianat mcm tu sampai tergamak dok naya mak awk tu mmg mental…takleh tgk org bahagia …elok jumpa org mcm tu ambik kapak pakuk paler bior mampos jer…menyusahkan org jer…

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.