Makcik Cleaner Tingkat 7

Aku Hakim, 28 tahun, kerja sebagai kerani akaun di sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur. Pejabat aku terletak di tingkat 7, dalam bangunan lama yang masih pakai lif besi manual. Setiap hari aku balik lewat, kadang-kadang sampai pukul 10 malam sebab nak habiskan kerja.

Tapi sejak dua bulan kebelakangan ni, aku mula perasan sesuatu.

Setiap malam, bila aku nak balik, aku akan nampak seorang makcik tua tengah mop lantai koridor hujung.
Dia pakai uniform lama, warna kelabu kusam, dengan tudung kain batik usang. Muka dia tak pernah jelas selalu tunduk, dan rambutnya kadang nampak terkeluar dari bawah tudung.

Aku pernah tegur dia sekali.

“Makcik balik lambat ya?”

Dia cuma angguk perlahan… tapi aku perasan, mulut dia tak senyum langsung.

Satu malam, aku tinggal sorang di pejabat. Dah lewat sangat 11:30 malam.
Masa aku nak keluar dari tandas, aku dengar bunyi mop diseret atas lantai, cekit…cekit…

Aku jenguk dari pintu tandas. Tak ada siapa. Tapi lantai koridor… basah sepenuhnya.
Air menitik ke dalam bilik aku.

Aku ikut jejak air tu…
Dan aku nampak makcik cleaner tu berdiri menghadap tingkap hujung koridor.
Tapi kali ni, dia tak mop. Dia tegak berdiri, dan bahunya terangkat-angkat macam menangis.

Aku nak jalan dekat…
Tiba-tiba dia toleh.

Mukanya hitam legam.
Mata dia tak ada putih, hanya bola mata hitam penuh.
Dan bibir dia tersenyum terlalu panjang sampai ke pipi.
Air mop… bertukar jadi d***h, menitik dari hujung kain mop ke lantai.

Dia melangkah… perlahan-lahan ke arah aku.
Aku lari ke lif, tekan butang berkali-kali sambil tak toleh ke belakang.

Esoknya aku terus tanya pak guard.

Dia geleng kepala.

“Tingkat 7 tak pernah ada makcik cleaner sejak dua tahun lepas. Dulu ada seorang, Makcik Bedah… tapi dia meninggal jatuh tangga ketika mop koridor hujung, waktu tengah malam. Katanya, tergelincir. Tapi… badan dia tak dijumpai dekat bawah.”

“Kami jumpa mop berdarah, dan tudung dia… tergantung dekat suis.”

Sejak itu, aku pindah meja ke tingkat 5.
Tapi kadang-kadang, waktu naik lif malam-malam, aku dengar suara mop diseret perlahan dari tingkat atas.
Dan bila pintu lif terbuka di tingkat 7…
bau d***h dan cecair peluntur masih ada.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha/com/submit

Jangan terlepas cerita terbaru.

Akan terus dihantar ke email anda.

We don’t spam! Read our privacy policy for more info.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.