Assalamualaikum, hai aku Chaa. Previous cerita aku MATRIKULASI UTARA. Disebabkan kerja semua dah settle, so meh aku ceritakan kisah seram yang abah aku alami 15 tahun lalu (sewaktu aku berumur 8 tahun). Masa ni kami stay rumah lama lagi sebelum pindah ke rumah sekarang.
Rumah aku ni rumah 2 tingkat betul2 menghadap jalan keretapi. Belakang rumah kitorang tu pintu belakang sekolah rendah. Masa tu dah pukul 2 pagi, abah memang dah kunci pintu pagar depan. Abah dan mak aku dok tengok tv kat bawah, aku dan kakak tido kat atas. Tiba tiba ada orang ketuk tingkap rumah, abah macam pelik sebab setahunya dia dah kunci pintu pagar tadi so orang takleh masuk la. Abah pun bukak tingkap tu, dia terkejut sebab ada makcik tua tinggi gila rambut putih kat tingkap tu. Abah cakap makcik tu putihnya macam Albino.
Masa ni abah memang tak fikir apa apa pun. So dia ajak makcik tu masuk. Yelaa, takkan nak bagi orang tua tu dok kat luar je. Dah la sekeliling tu banyak pokok getah (sekarang dah jadi taman perumahan). Makcik tu bagitahu nama dia Puteh and dia baru je turun dari keretapi (jarak stesen keretapi ke rumah aku 10minit jalan kaki). Dia nak pergi rumah kawan dia kat mana entah tapi kawan dia tu dah meninggal. Jadi dia nak tumpang tido rumah aku dulu sementara tunggu subuh.
Mak aku bentangkan tilam untuk makcik tu depan tv. Makcik tu pesan suruh kejutkan dia sebelum subuh sebab dia nak pergi masjid. Abah call kawan dia suruh datang rumah. Dia rasa macam tak sedap hati tengok makcik tu. Kawan abah pun datang la duk sekali berbual. Pastu dalam pukul 5 lebih tu abah kejut makcik tu bangun.
Dia bangun mandi semua pastu siap nak keluar la. Sebelum dia keluar, dia ada tinggalkan kain warna putih corak bunga kat mak aku tanda terima kasih sebab bagi dia tumpang bermalam. Kat abah pun dia ada bagi tapi aku terlupa apa benda. Abah offer nak hantar dia pergi masjid tapi dia taknak. Masa dia keluar tu, abah dan kawan dia follow dari belakang. Ada la dalam 5 minit jalan camtu, tiba tiba makcik tu belok masuk kanan kat kawasan pokok pokok getah, kat situ ada pondok buruk tunggu masa nak runtuh je.
Abah macam pelik la bila masa ada pondok kat situ kan biasa lalu tu takde. Makcik tu berhenti depan pondok tu. Then, guess what? makcik tu hilang depan mata abah aku as soon as azan subuh berkumandang. Dorang pun apa lagi, lari lintang pukang la balik rumah. Sampai rumah tu dorang solat subuh pastu terus tido sambil menggeletar sebab benda jadi depan mata kan. Mak kejut dorang pagi tu, abah cakap dia macam orang bodoh. Nak cakap tak keluar suara, muka blur. Pastu mak call sorang pakcik ni, pakcik tu datang sambil bawak air Yassin. Lepas minum tu baru okay balik.
Pakcik tu mintak nak tengok benda apa yang makcik Puteh tu bagi. Mak bawak keluar kain tu. Bukan kain putih corak bunga tapi kain batik penuh dengan d***h. Mengucap panjang semua yang ada kat situ. Pakcik tu suruh bakar semua benda yang makcik Puteh tu guna. Abah ngn kawan dia gi bakar semua benda tu kat jalan keretapi depan rumah kitorang.
Lepas kejadian tu, banyak gila kejadian seram yang jadi kat family aku sampai lah sekarang. Alhamdulillah setakat ni dia tak pernah tunjuk muka lagi. Abah jelah kalau selalu nampak pun. Sebab dah selalu kena, jadi terbiasa cuma kadang-kadang jelah rasa takut tu datang.. Terima Kasih.
Saya ada kisah serah yang betul2 jadi kat saya masa kat sekolah teknik Alor Gajah.. Macam mana nak share yer?
kalau tak silap saya..awak kena anta citer awk kat editor fiksyen shasha dulu..
bongok betul hang ni ..
Click sini => https://fiksyenshasha.com/submit/
klik la kat hantar kisah di sini ^
Dassat sungguh …nauzbllh.
nasib lah time yang die tido tue tak jadi pape…
misteri betol makcik tue.
Makcik tu kene langgar ngan kete api ke dlu?
Tak pasti. Abah cerita tu je..
best juga cerita awak ni senang faham..kalau ada boleh lah cerita lagi yer.
best cuma tula hope ada lagi kisah2 lain sbb baca kisah yg ni mcm menarik tpi still nk lagi nk tahu siapa Makcik Puteh ni..thnks for sharing!
Sampai ke sudah kami taktahu siapa dia tu. Datang dengan tiba2..
Best cerita awk. Cuma curious jg, apa yg cik puteh tu bagi eh😅… xda gangguan kh spnjg dia bmlm kat umah awak. Seram sungguh cik puteh tu
takde gangguan apa2 masa dia bermalam tu. Cuma lps dia datang, gangguan lagi kerap datang.. abah yang selalu kena..
Kalau nak buat jahat mesti malam tu dia dah buat macam-macam kan? Misteri sungguh ya? Terima kasih perkongsiannya. Kongsi lagi pengalaman lain ya?
Dah submit dah, tggu FS publish hehe
best citer aok chaa . sambung lg pelisss