Makhluk Berbulu Hitam Mengganggu Tidur Ayah

Assalamualaikum followers FS. Aku nak share cerita pasal ayah aku kena ganggu. Maaf sebab cerita ni pendek je. Aku tak pasti tahun bila tapi rasanya waktu tu aku sekolah menengah. Kk nak mula dah ni.

Ceritanya mula begini. Ada satu hari tu ayah tinggal seorang diri kat rumah sebab emak & kami adik beradik balik kampung. Balik sebab apa tah, aku lupa. Ayah tak ikut sebab ayah tak dapat cuti. So malam pertama tidur seorang, takde jadi pape lagi. Semuanya okay je.

Tiba malam kedua, sekitar pukul 2-3 pagi, ayah terjaga dan dalam keadaan mamai ternampak makhluk berbulu hitam, tinggi, besar, lompat masuk ikut tingkap ruang tama sedangkan masa tu tingkap ruang tamu berkunci. Ayah tidur kat ruang tamu sebab takut orang pecah rumah ke apa. Yela masa tu kecoh pasal rumah masuk pencuri la apa la.

Lepas je dia lompat masuk, terus dia himpit ayah, sampai ayah tak boleh nak bernafas. Ayah hanya mampu baca ayat al-quran di dalam hati je. Selang beberapa minit, makhluk berbulu tu lompat keluar dari tingkap. Mungkin dia keluar sebab dah terbakar dengan ayat2 al-quran yang ayah baca dalam hati kot. Lepas pada tu makhluk berbulu tu dah tak muncul lagi.

Lepas beberapa tahun, tak silap tahun 2014, masa tu kami semuanya ada, malam juga, makhluk tu muncul kembali. Kali ni dia masuk ikut tingkap bilik tidur. Sekali lagi dia himpit ayah. Ayah pun baca ayat al-quran dalam hati. Lepas baca, ingatkan dia nak lompat keluar, rupanya dia pegi kat hujung kaki ayah. Sekali lagi ayat baca ayat kursi, dia mara ke depan, seolah-olah nak cekik ayah tapi dengan pantas ayah sepak dia, terus hilang. Sampai la sekarang dia dah tak muncul dah. Alhamdullilah.

Setakat ni je cerita aku. Aku tahu pasal cerita ni pun sebab ayah yang cerita kat kami. Kalau ada masa, aku share cerita lain pula. Assalamualaikum.

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

8 thoughts on “Makhluk Berbulu Hitam Mengganggu Tidur Ayah”

  1. Baba i kalau mimpi hantu dia akan ludah hantu tu lepas dia baca2. Pernah sekali tu, dia mimpi dia ludah hantu, tp rupanya dia ludah mama. Sabo jela nakkk

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.