Makhluk Berbulu

Hi FS , thank you siarkan kisah saya. Saya bukan nak cerita pasal saya. Tapi nak cerita kisah yang jadi kat mak saya. Cerita ni tak seram pon. Tapi misteri bagi kami adik beradik.

Mak saya bekerja sebagai seorang guru. Dah nama pon guru, selalu lah ada khursus memanjang. Masa tu mak ada khursus di Johor.

Mak cakap masa sampai di Johor, mak check in hotel, pastu pergi bersiar2 dengan kawan2 guru yang lain. Mak pergi pasar, ada jual macam2, mak berminat satu kedai jual keronsang. Mak tengok cantik sangat keronsang yang orang tu jual. Mak belek2, last2 mak pilih yang mak berkenan. Mak terus pakai keronsang tu sebab batu yang ada kat keronsang tu matching dengan baju mak. Kemudian mak pon balik rumah sebab dah malam dah, esok start khursus. Mak basuh muka, buka tudung dan letak atas meja solek. Mak susun pin dan jarum serta keronsang yang baru beli tadi dengan kemas.

Malam tu mak dapat mimpi, ada satu makhluk yang sangat tinggi dan besar, tapi berbulu. Mak tak dapat tengok muka, yang mak tahu tangan dia berbulu. Tiba2, makhluk tu hulur tangan, mak tak faham apa yang makhluk tu nak, lagi sekali makhluk tu hulur tangan tunjuk keronsang. Mak cakap tapak tangan dia besar sangat. Mak pon ambil dan bagi.

Esoknya mak bersiap2 nak pergi khursus, mak capai tudung dan pakai skaf, masa tu baru mak perasan, keronsang cantik tu dah takde. Mak pelik, sebab mak tidur dalam bilik tu seorang je, mustahil hilang, siapa pula alihkan. Mak cari bawah meja solek, belakang meja, tetap tak jumpa. Masa tu baru mak teringat mimpi malam tadi.

Pelik dan sangat aneh bagi mak, padahal itu cuma mimpi, tapi keronsang tu memang tak jumpa walaupun mak dah cari. Pada hari tu jugak lah gempar di dada akhbar kisah makhluk berbulu datang di kawasan terbabit. Dan yang lagi best, kawasan tu lah yang mak sedang berkhursus. Tak percaya boleh google, dulu pernah heboh di akhbar dan mastika tentang makhluk berbulu datang ke kampung pada tahun 2006.

Bila mak bercerita kat kami adik beradik, terangkat juga la bulu roma. Mak cakap mungkin batu di atas keronsang tu milik bini dia, ataupun makhluk berbulu tu berkenan sangat dengan keronsang tu nak bagi hadiah kat bini dia. Lepastu kami pun ketawa, tapi masing2 buat muka pelik dan takut. Haha ok dah tamat. Terima kasih sudi baca, saya tahu tak seram pon, tapi sangat pelik sebab makhluk berbulu tu datang ambil keronsang dalam mimpi 😂 tapi macam mana bila siang boleh takde keronsang tu.

::Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *