Assalamualaikum warga FS. Ok seperti yang dijanjikan, aku akan sambung siri ketiga atau yang terakhir mengenai si Man pemburu. Bagi yang tertinggal membaca siri pertama “makhluk kenit” dan siri kedua “bigfoot“, boleh la membacanya kemudian. Ok Dah menjadi kebiasaan aku akan beri “tagline” aku pada permulaan cerita hahaha. Bagi yang tidak mengenali aku, Aku Kero, orang yg tidak pernah nampak atau terlihat makhluk-makhluk halus, hantu dan jembalang secara langsung tetapi aku dikelilingi orang-orang yang mempunyai kisah-kisah mistik, aneh, dan menyeramkan.
Seperti kebiasaanya, Man mahu pergi memburu rusa atau kijang di hutan dan tidak lengkap kuota memburu tanpa kehadiran rakan karibnya Halim. Tidak seperti sebelumnya, Man memasang umpan garam pada laluan denai haiwan dan menunggu haiwan buruannya datang pada umpan itu. Kali ini Man tidak mahu menggunakan kaedah itu sebaliknya Man mahu meredah hutan dan menjejaki haiwan buruannya rusa mahupun kijang. Dek kerana terlalu gian ingin menembak rusa, Man dan Halim bergegas berangkat ke hutan itu.
Man dan Halim tanpa membuang masa meredah semak samun, menyusuri kawasan anak – anak sungai, dan kawasan pohon berkanopi tinggi. Man sememangnya sudah mahir dengan selok belok hutan itu kerana ini bukan kali pertama dia memburu rusa dan kijang disitu. Sudah berapa ekor yang sudah berjaya dia tumbangkan di situ. Di mana kawasan rusa dan kijang sering dilihat, dan laluan-laluan lintasannya, semua diketahui Man. Man juga seorang pemburu yang mempunyai ilmu hutan yang dipelajari dari kawan-kawannya yang ada juga orang asli. Sebagai contoh, ketika memasuki hutan sehelai daun daripada pokok tertentu akan dipetik dan digulungkan sambil bacaan mentera lalu diselitkan ditelinga kiri sebelum memulakan buruan. Menurut orang asli, ianya seperti memohon restu penunggu hutan untuk memburu di kawasan tersebut dan Supaya tidak diganggu. Ini ilmu orang asli, jangan pula kita amalkan.
Sedang Man dan Halim menyusuri satu kawasan di sudut hutan itu, Man dan Halim terdengar akan suatu bunyi. Setelah diamati betul-betul bunyi itu seperti pokok-pokok yang ditebang dan jatuh menyembah bumi. Seperti seseorang sedang menebang/menebas pokok-pokok di laluannya lalu tumbang pokok-pokok itu. Tetapi yang anehnya, pokok-pokok yang ditebang itu bukanlah kecil tetapi sebesar dua gengaman orang dewasa lebarnya. Anak-anak pokok hutan yang subur tumbuh di bawah pohon kanopi tumbang satu persatu. Man dan Halim memberhentikan langkah dan melihat kejadian aneh itu. Mungkin ade haiwan besar seperti gajah yang melalui kawasan itu hingga mematahkan dan menumbangkan pokok-pokok yang menghalang laluannya. Man mengangkat senapang patahnya, lalu membidik di kawasan itu sambil jari telunjuk bersedia di picu senapang. Mengikut arah pokok-pokok yang tumbang itu, “ia” akan melewati betul-betul di hadapan mereka. Halim yang berada di belakang Man, nampak cemas sambil mengenggam parang panjangnya siap sedia mempertahankan diri sekiranya terjadi apa-apa yang tidak dijangka.
Bunyi pokok yang tumbang semakin dekat dengan mereka, setibanya di tempat Man dan Halim berdiri. Alangkah terkejutnya mereka, sangkaan mereka yang ianya adalah seekor gajah meleset apabila “bende” itu melintas di hadapan mereka. Apa yang mereka berdua saksikan tidak pernah mereka lihat sebelum ini sepanjang pengalaman memburu rusa. Mereka lihat “jelmaan/figure” yang seakan- akan dewa hindu. Ianya berkepala tiga bertangan enam dengan setiap satunya memegang sebilah senjata tajam seperti pedang pendek dan tubuhnya berwarna biru. Jelmaan itu melibas-libas keenam tanganya ke arah pokok-pokok yang menghalang laluannya.
Bertumbangan satu persatu pokok-pokok menyembah bumi. Ia hanya melintas di hadapan Man dan Halim dari sebelah kiri ke kanan tanpa mengendahkan mereka lalu hilang di rimbunan pohon hutan. Man membaca ayat-ayat ilmu hutannya, manakala Halim yang berada di belakangnya hanya terkedu tidak bergerak. Lalu Man menyergah Halim di belakangnya “hooiiii, jum gerak”. Halim yang tersentak dari tergamamnya terus mengiyakan dan mempercepatkan langkah nya. Mereka melalui kawasan yang dilihat mereka pokok-pokok tumbang dilibas makhluk jelmaan itu tetapi yang anehnya tiada satu pun pokok yang tumbang.
Sepertinya mereka seperti melihat satu ilusi sebentar tadi. Itulah permainan makhluk-makhluk yang mendiami hutan. Jika tidak cukup ilmu dibawa, boleh memudaratkan mereka yang beraninya memasuki kawasan mereka. Tidak seperti kes Man dan Halim terserempak dengan jelmaan bigfoot tempoh hari, yang sememangnya berlaku kerana terdapat jejak-jejak kesan yang ditinggalkan. Kali ini ianya hanya “usikan” si penunggu hutan ini yang ingin menduga dua orang pemburu rusa.
Dengan gegas mereka meninggalkan kawasan penampakan itu dan mengikut amalan Man, sekiranya mereka terserempak dengan perkara-perkara aneh seperti ini pasti mereka akan pulang dengan tangan yang kosong. Sepertinya penampakan makhluk-makhluk ini mendatangkan sial bagi mereka. Pulanglah Man dan Halim dengan tangan kosong lagi. Mungkin sudah tiada rezeki mereka hari itu.
Sekian terima kasih. Ini adalah siri Man si pemburu rusa yang terakhir. Selepas cerita ini dikeluarkan oleh FS, saya akan berkongsi kisah pengalaman ngeri si pemikat burung tekukur pula. Sentiasa support FS.
-kero-
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
Ok.best.ceta lagi pasal pemikat burung tekukur
ok best,tak.sabar nak baca kisah yang selangjutnya
Maksudnye dewa hindu nie mmg wujud ke? Sbb aku tak pernah lg bertemu dgn Allah s.w.t walaupun keimanan aku kuat. Cite bengong mcm nie blh menyebabkan ramai umat islam masuk agama hindu. Admin sila remove cerita mengarut ni.
Admin, sila remove komen ni
Tu maksudnye, jin dan syaitan ni boleh menyerupai apa2 bentuk..termasuk lh patung2…faham tak?
Mana tahu kan allah pun jelmaan jin. Hahahaha.
Wei!!…jgn nk melampau sngat komen kau tu kinzir🐷..dasar kafir..kurang ajar.puihhh..setepak kat muka kau yg hudoh tu.
Kalau kau rase cerita ni mengarut kau pi buat cerita kau sendiri ataupun tak payah bace cerita ni klau kau rase cerita ni bengong..
Admin, sila remove komen ni.
Untuk komen Syed
Fiksyenshasha ni adalah terbuka untuk sesiapa sahaja untuk post cerita masing masing.Tidak ada syarat yang menetapkan cuma cerita benar sahaja boleh dihantar di sini.Fiksyenshasha juga tak menetapkan syarat cerita seram sahaja boleh dihantar.Cerita pengajaran atau cerita keagamaan mungkin boleh disiarkan.Kalau penulis tak mendakwa cerita mereka adalah cerita rekaan,kita terima sahajalah.Kalau rasa cerita yang disiarkan adalah mengarut,simpan sahaja andaian untuk diri sendiri.Tiada siapa yang paksa anda untuk baca cerita disini.Kalau cerita yang berunsurkan lucah atau masalah rumahtangga,itu patut kita tentang.Kami tak mahu cerita yang mengaibkan macam ni.Sekian.
Aku suka cerita ni…tak seram sangat. Tp jujur.