Makhluk Halus Benci Saya – KISAH 3 – ZAMAN LEPAS SPM

Assalamulaikum semua. Tak sangka dua-dua kisah keluar kat FB ni. Sebelum sambung nak intro. Nama aku M. Lelaki. Umur 30 tahun. Sila baca yang post pertama kalau tak, pening nanti. Kang copy paste ramai yang boring.

Ok lah. Nak sambung sikit masa kerja wayang. Mawai tu pernah introduce isteri dengan anak-anak dia kat aku. Masa tu aku dalam stor barang. Dia kata kalau jumpa diorang jangan takut. Dia nak balas budi Atok aku je. Ye la tiba-tiba ada 4 orang rambut panjang dalam stor terkejut aku. Semua rambut panjang tunduk bawah. Masa tu yang aku ingat aku panic aku campak kertas A4 satu bundle, tu yang aku sempat capai, kat diorang lepas tu aku lari la. Masa lari jumpa security guard shopping mall, dia pun lari sekali lepas tu dah sampai ground floor baru tanya kenapa aku lari. Hahaha. Lagi satu Osman tu. Aku pun tak tau macam mana dia tau pasal Atok aku. Tak pernah tanya pulak. Last sekali aku dengar dia sambung belajar kat Mesir. Ayah dia pulak bekas Guru Besar sekolah agama kat area Rawang. So kita pun boleh agak tinggi mana ilmu dia. Ye tak?

KISAH 3 – ZAMAN LEPAS SPM

Ok ni kisah kompilasi la dari lepas SPM sampai la ke sebelum ke kolej. Ada orang kata best la dapat tengok makhluk ni semua. Kalau korang rasa best, pergi la cari. Aku tau caranya. Heh heh heh. Aku dengan 2 orang sepupu yang senasib pernah lepas SPM, malam raya, lepas buka puasa hari last, start enjin kereta balik KL. Kampung dekat je. Sabak Bernam. Tak celebrate kat kampung walaupun minggu terakhir puasa memang dah duduk kampung. Sebab kat kampung fuuhhh. Lagi-lagi lepas buka puasa tu. Dalam toilet ada. Bilik belakang ada. Tepi peti ais ada. Belakang almari ada. Yang main buaian ada.

Konon diorang celebrate nak raya g lawat rumah kampung. Macam nak announce, “Hai manusia. I’M BACK”. Masa tu arwah Atok baru meninggal dalam 6 bulan. Semua pakcik makcik, sepupu lain semuanya tahu yang kitorang bertiga ni special case. Last-last da sampai Damansara, rumah pakcik. Tengah kita 3 orang tengah lepak tengok TV, ada 4, 5 kereta datang. Tengok-tengok semua family aku balik KL. Mak aku dengan ayah aku pun ada. Semua tak berani duduk sana. Semua panic bila kitorang bertiga blah tadi. Takde sapa raya kat rumah Atok. Sampai sekarang. Hehehe

3 hari lepas SPM, aku kerja fast food terkenal di seluruh dunia. Sila teka. Biasa la buat burger, masak ayam, masak fries. Hehehe. Aku kerja dalam branch yang 24 jam, dia asalnya banglo kat Jalan Pahang. Ada satu kisah tu; masa time keluar Prosperity Burger. Masa tu lepas midnight. Mata dah ngantuk. Tetiba order masuk Prosperity Burger. Time tu kuah Prosperity dalam tin. Aku pun bukak pastu tuang dalam bekas kuah. Jari aku terkena hujung tin tu. Darah meleleh dari dalam sarung tangan. Termasuk la setitik dua tiga empat lima titik dalam bekas kuah. Dah la banyak aku buka dalam 6 tin dah. So nak buang nanti Manager marah. So Kakak kitchen pun kacau kuah tu pastu cakap diam-diam je. Hahaha geli kan? Kalau nak tau, kebanyakan kedai makan buat gitu. Tapi tak kan la bagitau customer. Hahaha. Sampai hari ni aku tak makan Prosperity. Ok sambung.

Ada la pakcik beli pastu makan prosperity. Tapi pelik. Dia pakai rain coat cermin mata hitam malam-malam buta tu. Dia makan depan kaunter. Tetiba dia pekik, “siapa buat Prosperity ni? Sedap dari tempat lain”. Pastu dia sengih-sengih terus blah. Dalam sejam pastu aku gi buang sampah kat tong luar premis. Tetiba pakcik tu keluar semak cekak tangan aku tanya, “ko cucu Brahim kan?”. Kawan aku yang buang sampah dengan aku tumbuk tangan dia kitorang lari masuk dalam. Bila tengok CCTV, imej kitorang berdua je ada. Imej pakcik tu tak ada. Esoknya gaji keluar, aku resign 24 hour. Hahaha

Lepas berhenti, Mak aku kata tak payah kerja, kolej dah nak start lagi 2 bulan. Ok so aku fast forward la. Masa tu girlfriend aku (sekarang dah kahwin, yeah!!) nak balik kampung dia, bapak dia suruh belajar kat kolej dekat rumah Tok Nenek dia. Nama dia let say Cindy. Ayah dia orang Belanda. So sebulan sebelum aku kolej aku hantar dia gi KLIA. Flight dia pukul 11 lebih kalau tak silap. So dating la kami kat KLIA. Kan ada Menara tinjau yang sekarang belakang Old Town Kopitiam tu. Lepas isya’ sana terus la lepak Menara tinjau tu sementara tunggu check-in. And yes. Ni betul berlaku. Aku nampak yang bungkus lompat-lompat atas salah satu flight yang tengah bergerak. Apa tah nama natang tu. Saja buat-buat lupa. Heh heh. And dia siap pusing pandang aku walaupun aku dalam cermin, dia kat luar.

Aku yang tengah takut ni, nak ajak la Cindy blah. Tapi aku tak pandang dia lagi. Aku terus nak tarik tangan dia tapi terpegang rambut. Bila aku toleh dia tengah tunduk dengan rambut panjang cover muka. Macam cerita Ju-On tu. Aku pun jerit terkejut. Aku rasa sangat kuat sampai semua yang ada kat situ pandang kitorang. Pastu Cindy angkat kepala dia tanya kenapa. Aku cakap la terkejut tengok dia. Dia explain dia tengah ikat rambut so kibas-kibas rambut macam tu la. Rambut dia masa tu panjang sampai pinggang so sila bayangkan tahap takut aku masa tu. Dari nak romantik jadi aku pulak takut nak balik sorang-sorang lepas Cindy dah naik flight. Last-last call Ayah suruh amik kat airport cakap duit habis, ATM kad tinggal kat rumah padahal…

Ok tu je buat masa ni. Terima Kasih. Nanti sambung lagi

15 thoughts on “Makhluk Halus Benci Saya – KISAH 3 – ZAMAN LEPAS SPM”

  1. Cindy belajor obersi kt mne???
    Ko punye alasan kat ayah tu x agak2 ekkk…
    Leh plak beria ngantor awek g klia pastu blk soh ayah jemput…
    Ceeehhhh…
    Umh ko kt mne ekk???
    Mcm dekat je ngan klia tu…

    Reply
  2. kg kat sabak bernam tu kt area mne???sabak bernam memang agak scary…nak2 sepanjang jalan menghala ke politeknik tu…huhuhuhuhuhu

    Reply
  3. Eeee….. sib baik ak mmg bukan penggemar burger trsebut..

    Cindy tu tau tak yg ko leh nmpk natang tu? Ooooo.. snilah mulanya kisah cindy tu…apa nama islam pas jadi bini mu?

    Reply
  4. Prosperity – Terang2 mekdi
    Pokcik tu makan daging campur darah ko
    Tu yang cakap sedap
    Hahahahaha….

    Best2
    Kelakar la ko nie
    Citer pun sempoi jek
    Good good

    Reply
  5. Sabak kt mana M? Aku orang sabak. Hukhuk. Kampung arwah ayah kt area jmbtn nak ke teluk intan tu. Kampung mak area sawah. Rumah family area mana tu rahsia. Hahaha. Balik kg roger la wey. Hihiii

    Reply

Leave a Comment