Makhluk Misteri

Untuk pengetahuan semuan pembaca setia Fiksyen Shasha. Cerita ini adalah fiksyen dan tiada kena mengena kepada yang hidup dan m**i.. Kepada yang tidak suka dengan cerita fiksyen boleh baca cerita yang lain..


DI jalan yang amat sunyi pada waktu petang, sebuah kenderaan sedang menyusuri jalan tersebut.
“Adik, kau dah call ibu belum kita nak balik ni?” “Tak payahlah bang, kita buat surprise kat ibu ayah lah. Kita balik je”. Adam teruskan perjalanan bersama adik perempuannya Lucy yang baru habis final exam untuk sem keduanya di sebuah universiti. Mereka berbual dengan rancaknya menanyakan khabar masing-masing kerana sudah lama mereka tidak berjumpa.

Dari kejauhan mereka terdengar bunyi hon dari sebuah kenderaan yang masih jauh di belakang mereka tapi honnya amatlah kuat. Kenderaan itu dipandu dengan laju sekali. Apabila kenderaan itu semakin menghampiri, mereka dapat lihat ianya sebuah lori seperti lori pembasmi serangga tetap hanya berwarna hitam dan agak yang menyeramkan. Adam memperlahankan keretanya untuk memberi laluan kepada lori tu untuk p****g dia.

Tetapi, semakin hampir lori tu dengan kereta mereka, Lori tu hon dengan kuatnya dan terus merapatkan lori di dengan kereta adam. Dia pandu serapatnya-rapatnya dengan kereta Adam sambil hon dengan kuatnya seperti mengarahkan Adam untuk ketepi. “Apahal mamat lori belakang ni gila ke, p****g jela aku dah bagi laluan p****g jela gila” jerit adam sambil mengeluarkan tangan ke luar tingkap untuk memberi isyarat supaya p****g.

Tetapi lori tu masih hon dengan sekuatnya dan pandu serapat-rapatnya. “Adam, ketepi jela. Bagi orang gila gila ni p****g ketepi je. Aku takutlah” jerit Lucy sambil menepuk-nepuk bahu Adam “Kan dah ada laluan dia, aku dah bagi pandai-pandailah p****g”. Adam mengalah dan terus ketepi masuk ke semak kerana takut jadi apa-apa. Lori tersebut terus memotong dan meninggalkan mereka. Adam mengeluarkan tangan dia dan menunjukkan isyarat lucah kepada lori tersebut. Adam dan Lucy cuba bertenang sebelum meneruskan perjalanan. Intan nampaknya amat terkejut dengan peristiwa yang berlaku tadi.

Setelah betul-betul mereka bertenang mereka pun teruskan perjalanan untuk pulang ke rumah keluarga mereka.
Selepas 30 minit mereka jalan, mereka terlihat ada sebuah rumah kosong di celah pokok-pokok yang agaknya menyeramkan. Apabila mereka memerhatikan rumah tersebut, mereka perasan lori tadi di tepi rumah kosong tersebut.

Mereka memperlahankan kenderaan mereka untuk memerhatikan lori tersebut. Pintu belakang lori dibuka, keluar seorang lelaki berjacket panjang hingga ke lutut dan memakai topi cowboy membawa sebuah benda berbungkus warna putih dan mempunyai tompok-tompok merah dari jauh kelihatan seperti mayat yang dibungkus.

Lelaki itu membawa bungkusan tersebut ke sebuah lubang di tepi rumah kosong itu dan membuang bungkusan tersebut. Lalu lelaki berjacket tu terus memusing pandang ke arah Adam dan Lucy yang sedang khusyuk memerhatikan dia. Adam dan Lucy yang terkejut terus memandang ke tempat lain dan Adam terus menekan minyak. “Lucy, kau nampak tak apa yang aku nampak, bungkusan tu ade tompok-tompok merah. Aku rasa tu manusia lah” “Habis tu, Adam kau jangan fikir bukan-bukan Adam. Aku nak balik cepat dam. Aku takut lah” Adam terus berhentikan kenderaan di tepi-tepi semak. “Adam, apa ni jangan cakap kau nak amik tau pasal bungkusan tula. Pusing baliklah. Aku nak balik.” “Sabarlah aku nak buang air kecik haha” Adam kelaur dari kereta dan terus ke celah-celah semak.

Selesai melepaskan hajat, Adam menuju ke kereta dan nampak lori tu berlalu pergi di hadapan mereka. Adam dan Lucy saling berpandangan. “Ini chance kita lucy, aku nak tau apa ada dalam lubang tu aku nak pusing and tengok apa ade dalam lubang tu” “Kau gila ke Adam, kau tak nampak ke lelaki tadi tu. Kalau dia balik kita m**i dam. Kau taknak jumpa mak ayah ke.” “Aku janji sekejap je, kita tengok apa patut then terus blah. Tak lebih 10 minit aku janji.” Lucy berfikir sejenak “10 minit Adam, 10 minit. Lepas tu kita blah terus balik” Adam dengan excitednya masuk ke kereta dan pandu terus ke rumah kosong itu.

Sampai ke rumah kosong itu, memang rumah itu amatlah seram dan Adam parking keretanya betul di depan lubang itu. Adam dan Lucy keluar dari kereta dan menjenguk ke dalam lubang tesebut. Lubang tersebut nampak seperti lubang paip yang besar yang menuju ke bawah tanah. “Lucy amik lampu suluh kat belakang kereta” Lucy menghulurkan tersebut kepada Adam. Adam memanjat paip tersebut dan meminta Lucy untuk memegang kakinya. “Adam, kau nak buat apa ni tolong lah adam, aku nak baliklah” Adam hanya mendengar dan masuk lebih dalam untuk menyuluh lubang itu sambil Lucy memegang kaki Adam dari belakang.

“Hoi, hello, ade orang tak. Aku nak selamatkan kau ni. Ade orang tak.” “Dah, Adam dah 10 minit jom balik. Jom Adam” “Kejap-kejap, aku nampak ade benda bergerak.” Adam cuba menyuluh benda yang bergerak itu, Adam terkejut kerana ianya sekumpulan tikus yang memanjat keluar dari lubang pipe tersebut. Adam meronta ketakutan kerana dia takut akan tikus. Rontaannya menyebabkan Lucy terlepas kaki Adam dan terus menggelosor menuruni paip itu. Adam menahan kesakitan setelah jatuh ke tanah. “Adam! Adam! Kau ok tak? Adam please jawab” “Ye aku ok.” Adam menjawab sambil menahan sakit. Adam terus bangun dan mencari lampu suluh yang jatuh bersamanya. Adam terjumpa lampu suluhnya dan mencari jalan keluar. Adam terjumpa tangga untuk naik keatas. Mungkin tangga keluar melalui rumah kosong tersebut. “Lucy, kau tunggu dalam kereta. Aku dah jumpa jalan keluar. Nanti aku datang” “Adam cepat tau, aku takut orang tu datang balik. Lagipun aku takut dah nak gelap ni.”

Adam menyuluh untuk melihat keadaan di bawah tanah itu. Adam terjumpa bungkusan yang dicampak oleh lelaki misteri awal tadi. Sah memang mayat yang dibungkus. Adam cuba menendang perlahan bungkusan tu untuk pastikan kalau-kalau dalam bungkusan itu masih hidup. Tiba-tiba bungkusan tu bergerak. Adam terus membuka ikatan dan terkejut kerana ianya seorang lelaki. Lelaki itu cuba memberitahu sesuatu kepada Adam. Tetapi tidak dapat. “Ye, aku cuba dengar ni. Cakap slow-slow. Aku cuba tolong kau” Adam membuka ikatan di bungkusan tersebut dan terkejut. Badan lelaki tersebut penuh dengan jahitan-jahitan seperti badannya telah dikorek dan dijahit semula. Lelaki itu cuba memberitahu sesuatu tapi tidak sempat dan menghembuskan nafasnya. Adam terus bangun dan menyuluh keliling.

Adam terkejut kerana di dinding-dinding hingga ke siling bawah tanah itu penuh dengan mayat. Adam terus lari dan naik ke tanggan untuk pergi cepat. Adam terus menuju kereta. Hidupkan enjin dan baru saja hendak jalan, Adam dan Lucy dapat lihat lori tadi sedang menuju kembali. Adam cepat-cepat masukkan gear. Semasa keluar dari rumah tu, kedengaran hon lori tersebut. “Adam, dia nampak kita. Dia tau kita masuk tempat dia. M**i kita Adam.” Adam memandu dengan lajunya kerana lori itu mengejar mereka. Tetapi sampai setengah jalan, lori itu pusing balik dan menuju ke rumah kosong tu. Adam rasa lega kerana lori itu tidak lagi kejar mereka. “Aku kena berhentila Lucy, minyak dah takde. Depan ni ade petrol pump kita berhenti kejap.”

Adam dan lucy masuk kedalam petrol pump itu, ramai orang kampung situ sedang makan di bar dalam petrol pump Tu. Tiba-tiba public phone di tepi phone tu berbunyi. Owner bar tu menjawab lalu memanggil Adam. “Adam, telefon ni untuk kamu”. Adam berasa pelik. Siapa yang mengenali dia di tempat macam ni. “Hello, siapa ni”. Suara perempuan menjawab“Adam, kamu dan adik kamu baru dikejar lori kan. Hati-hati Adam, makhluk itu targetkan kamu. Dia sentiasa mencari mangsa untuk bahagian tertentu supaya dia boleh kelihatan seperti manusia. Kalau dia perlukan tangan seperti manusia dia akan cari mangsa untuk mendapatkannya kamu sekarang mangsanya yang dia perlukan.” “Kau siapa kau siapa, aku tak takutlah ini semua gila. Kau jangan takutkan akulah perempuan gila.” Menjerit adam lalu menghempaskan telefon tersebut. “Kita kena tinggalkan tempat ni Lucy. Kampung ni gila”.

Tiba-tiba dua orang polis masuk ke dalam petrol pump dan bertanya,”Kereta biru yang berada diluar tu siapa punya.” Adam pergi ke polis dan bertanya kenapa kerana ia merupakan kereta dia. Dua orang polis tu membawa Adam dan Lucy keluar “kereta awak ni baru degeledah ni cuba awak tengok. Pintu semua terbuka” ye memang betul.

Keempat-empat pintu kereta adam telah dibuka dan baju-baju mereka telah diselongkar seperti ade orang mencari sesuatu. “Encik, saya tau kerja siapa ni cik.Lelaki gila tu cik. Dia aim kami dari petang tadi cik. Saya nampak dia cik bawa bungkusan yang berisi mayat. Dia memang aim kami encik” “Macam nilah, awak berdua boleh ikut kami ke balai kami akan akan escort korang terus ke balai untuk membuat report.” Adam dan Lucy meneruskan perjalanan untuk ke balai polis sambil polis berada berada dibelakang mereka untuk menjaga mereka.

“Bupppp” kedua-dua polis terdengar sesuatu seperti terjatuh di atas bumbung mereka. Salah seorang dari polis tersebut cuba mengintai dari side mirror kalau-kalau boleh nampak bumbung. Dia buka tingkap untuk menjenguk atas dan terus menjerit lalu kaku. Kawannya yang memandu cuba menarik kawannya yang menjerit dan terkejut kerana kawannya sudah tiada kepala. Kepalanya telah tercabut. Polis tersebut terus brek mengejut menyebabkan bunyi brek yang amat kuat. Adam dan Lucy yang terdengar bunyi brek tersebut terus membrekkan kenderaan mereka dan cuba untuk melihat apa yang terjadi. Adam dan Lucy keluar dari kederaan mereka untuk melihat keadaan dua orang polis itu. “Hello, Encik ok tak, ade apa-apa terjadi” Adam terkejut melihat kedua-dua polis di dalam kereta itu sudah tiada kepala. “Lucy masuk ke dalam kereta sekarang, cepat.” Tapi lucy kaku dan menunjuk sesuatu ke arah kereta polis tadi. Adam pusing dan terus terkejut kerana dia nampak lelaki berjacket tadi memegang kepala sambil menyedut sesuatu dari leher kepala itu. Adam lari dan mengarahkan Lucy untuk masuk kedalam kereta.

Adam menekan minyak dan memusing kan kereta. “Adam, apa kau buat ni. Kenapa kau pusing” “Aku nak benda ni m**i aku taknak dia kacau kita” Adam terus menekan minyak menuju ke arah lelaki tu. Melayang lelaki itu dilanggar oleh kereta Adam. Adam masukkan gear reverse dan melenyek badan lelaki itu. Adam sekali lagi memecut ke depan untuk melanggar badan lelaki itu. Adam pusingkan kereta untuk lihat mayat itu sendiri.

Tiba-tiba keluar kepak dari belakang lelaki itu. Adam dan Lucy “Adam,apa tu Adam. Jalan Adam kita terus gerak dam. Kita terus pergi dari sini.” . Ada terus memecut ke depan lagi sekali melanggar makhluk pelik itu dan terus meninggalkan tempat tu. “Adam laju dam aku takut.Aku takut benda tu datang balik.”. “Bupppp” satu benda jatuh di depan depan cermin depan kereta Adam yang buat Adam terkejut lalu terus menekan brek. Lucy menangis kerana ketakutan. “Dia tak m**i lagi ke, apa salah kita sampai di cari kita macam ni sekali.” Adam cuba menenangkan Lucy yang ketakutan. Adam masukkan gear untuk meneruskan perjalanan. Baru sahaja hendak gerak cermin depan kereta mereka dipecahkan dan satu tangan telah menarik Adam keluar dari situ. Lucy terkejut terus keluar dari kereta.

Di atas kereta berdiri makhluk yang bersayap memeluk adam dari belakang sambil menjilat-jilat muka Adam. “Adam! Apa kau nak haaa? Lepaskan kami carilah orang lain. Aku nak abang aku. Aku sayang abang aku. Carilah orang lain. Tolong aku merayu” Makhluk itu senyum menampakkan taringnya yang tajam. “Takpe Lucy, kita dah tak boleh buat apa. Balik Lucy, bagitahu ibu ayah abang sayang ibu ayah” makhluk itu terus terbang membawa Adam meninggalkan Lucy. “Tidak! Tidak! Adam!! Bagi balik abang aku!!”
Di dalam sebuah kilang lama yang ditinggalkan, kelihatan seorang lelaki sedang memegang sebiji mata dan memasukkan ke lubang matanya sendiri. Lelaki itu bangun dan pandang dengan senyuman yang ngeri ke arah satu kulit digantung yang telah disiat dipisahkan dari badannya.

Tamat….
Ini ialah cerita saya yang ketiga untuk FS dan pertama kalinya saya mengarang fiksyen. Harap pembaca suka dengan cerita ini. Terima kasih FS jika cerita saya disiarkan.

Hantar kisah anda : fiksyenshsha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 5]
zackie

14 thoughts on “Makhluk Misteri”

  1. Banyak boleh dibaiki. Karangan yang elok tapi banyak rompong dan persoalan. Paling obvious Intan tu siapa? Tiba2 ada dalam cerita dan dalam kereta?

    Nak jadi penulis yang baik kena banyak membaca especially genre yang sama.

    Saya tunggu cerita awak seterusnya.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.