Assalamualaikum para pengikut setia fiksyen shasha Aku Izzat yang kini menetap di Rawang Selangor. Pengalaman yang menyeramkan ini berlaku pada usia aku masih 17 tahun yang pada ketika itu berlaku pada tahun 2005. Pada musim cuti sekolah aku dan keluarga telah pulang ke kampung halaman untuk melawat arwah nenek (masih hidup pada ketika itu). Memang lazimnya pada cuti perayaan atau hujung tahun kami sekeluarga akan pulang menziarahi nenek lebih kurang satu atau dua minggu.
Rumah nenek aku di bahagian depan ada 2 tingkat dan belakang adalah kawasan dapur dan ruang tamu kedua..bahagian rumah atas diperbuat daripada kayu dan di bawah bahagian belakang ada separuh kayu dan konkrit.
Bilik air pula ada dua satu di bahagian belakang dan satu di bahagian luar di sebelah tepi rumah. Jarak bilik air di luar lebih kurang 10 meter dari rumah. Lazimnya bilik air belakang hanya kaum perempuan saja yang guna.. dan di luar kaum lelaki yang guna.. kecuali pada waktu siang. bilik air di luar agak besar sedikit dan mempunyai kolah air. Untuk pengetahuan para pembaca, aku mempunyai 4 beradik., bawah aku muda 4 tahun iaitu adik lelaki aku dan lagi 2 perempuan. Kalau balik ke kampung, aku dan adik aku pasti tidur di tingkat atas dan yang lainnya pula akan tidur di bilik di tingkat bawah. Memang saja kami dua beradik tidur di atas kerana ada privasi sedikit disamping boleh bangun lewat sedikit. ( Hehee)
Pada malam hari aku akan mendengar satu siaran radio dari Malaysia yang pada malam jumaat akan disiarkan cerita-cerita seram juga. Pada suatu malam, kebetulan kami dua beradik sedang kusyuk mendengar rancangan seram itu, adik meminta untuk menemankan dia ke tandas luar.. dia memanggil aku dengan panggilan “Along”.
“Along..teman aku kejap..aku sakit perut laa .” Aku pada mulanya menolak ” ahh malas La kau pergi sendiri laa”.. memang malas ..sebab tengah kusyuk mendengar radio..
Dia tetap memujuk dan akhirnya aku akur.. kami pun turun ke bawah, lampu diluar memang menyala dan lampu bilik air dihidupkan..
Adik aku ni punya penakut sampai pintu pun dia tutup tak rapat dan takut aku melarikan diri.Bberulang kali dia menjerit.. “Along..kau kat luar ke .” “Along.. Along”.. aku pun kata “ye laa, aku kat luar ni .cepat sikit.. ”
Ye la.. bosan tunggu dia..mana ada handphone canggih masa tu..termenung aku dibuatnya menunggu dia..
Tiba-tiba tak semena-mena ada sesuatu menghempas atap zink bilik air dan tergolek…”Bammmmm”
Adik aku terus menjerit..”kau jangan mengada-ngada Along aku lari nanti..”
Aku kata..”aku tak buat apa-apa pun laaa, aku duduk je ni..”
Padahal sebelum ni ada jugak aku menyakat sebegitu dengan membaling batu atas bumbung ketika dia membuang air. Tapi kali ni aku memang tak buat demikian.. tiba-tiba aku sedang memerhatikan pokok langsat di sebelah bilik air tu.. dengan Samar-samar cahaya lampu luar rumah ada sesuatu berbunyi berdengus seperti lembu yang sedang marah.
Tiba-tiba aku menjerit “Allahu akbar” lari lintang-pukang aku naik ke rumah, masa tu aku tak pikirkan adik aku dah.
Aku terus ambil selimut dan tutup seluruh badan. Mesti semua nak tahu apa yang aku nampak..
Masa aku memerhati pokok tu dan mendengar bunyi dengusan tu. Aku melihat ada satu makhluk membongkok memandang aku dan apa yang aku lihat wajahnya kelihatan kosong..tiada mata hidung mulut. Penampakan itu membuatkan aku lari lintang Pukang
Lepas tu aku mendengar adik aku keluar dari bilik air dan menghempas pintu sambil menjerit dan memaki- maki aku.. “Along..Along.. tak guna punya Along..tinggal aku sorang-sorang..”
Aku ketika itu masih rasa ketakutan.. adik aku tanya ” kenapa kau..teruk sangat menggigil ni..” tiba- tiba sesuatu telah mengetuk dinding kayu yag betul-betul ada di sebelah tilam kami tidur sambil terdengar bunyi berdengus …
Adik aku apa lagi ..dia pun terus masuk ke dalam selimut bersama aku, dah ketakutan jugak.. akhirnya kami tertidur sampai pagi..
Setelah keesokan harinya. Ibu ku bertanya ada menggunakan bilik air diluar ke malam tadi .Kami jawab ada. Apa lagi kena marah terus dengan ibu aku sebab kami tak tutup lampu luar. Mana tak nya, masing-masing penakut terus lari naik keatas sampai lupa nak tutup lampu. Lepas dari kejadian itu, memang kami tak guna tandas di luar dh, jikalau terdesak sakit perut di tengah malampun dah tak guna tandas kat luar dah. Sampai sekarang jika kami mengimbau kisah ini dan ada kalanya kami ketawa berdua mengenangkan kisah seram itu. Sekian dari aku untuk kisah fiksyen shasha…terima kasih..
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
Masa aku dihabiskan dgn baca keadaan rupa umah nenek ko je la
lain kali guna je tandas kat dlm lagi selamat
Dulu rumah nenek aku pn toilet kat luar.. Kalau ade sape2 nak membuang mlm2, 1 family kena kejut. Dari ayah, mak, kakak, aku n adik..sebab ayah sorg je berani.time tu smua kosongkan tangki masing2..ayah pulak sambil menunggu ank bini, sambil mkn buah rambutan tepi rumah.. 🤣
mmg best..hahahahaa