Selamat pagi dan selamat sejahtera. Aku just nak berkongsi pengalaman hidup selama bersama-sama anda. Harap-harap admin publish la cerita ni. Penat type kat office ni. Hahaha. Sedikit intro. Nama aku M. Lelaki. Umur 30 tahun. Sedikit latar belakang. Arwah atok belah ayah aku dari muda sampai la few years before dia meninggal dunia ubatkan budak-budak bawah 12 tahun macam tu kalau-kalau diorang tersampuk ke, kena tegur makhluk halus masa keluar time Maghrib ke, dan sebagainya. Tapi dengan syarat budak-budak belum akil baligh. Kalau dah tua arwah atok aku tak reti ubatkan. Taknak belajar katanya.
Masa kecik arwah atok aku ada pesan kat Mak aku jangan bawak aku keluar lepas Maghrib walau gi kedai makan pun. Tapi dah duk KL kan. Susah juga. Main bola kalau azan Maghrib baru balik rumah, maka esoknya pasti demam sampai 7, 8 hari kalau Atok aku tak ubatkan. Kalau gi McD ke, KFC ke, gerai makan ke untuk makan malam mesti aku muntah on-the-spot pastu esoknya demam. Atok aku kata sebab dia halau makhlus halus dari badan budak-budak ni, maka makhluk-halus-and-the-gang cukup tak suka Atok aku. So Atok aku kata diorang bagitahu Atok aku diorang akan attack semua cucu lelaki dia sebagai balasan.
Selain aku, ada lagi 2 orang sepupu aku, lelaki juga, ada masalah yang sama. Tapi dah besar ni bukan masalah, kitorang pulak gi cari hantu. Sebab kitorang bertiga boleh nampak makhluk halus kalau ‘diorang’ sedang focus kat manusia lain. Ntah la. Maybe sebab kitorang dari kecik da kena kacau maka da boleh nampak. TAPI AKU NI KALAU NAMPAK AKU JADI PENAKUT. JANGAN BAYANGKAN AKU HERO DALAM INI CERITA. Hahaha
KISAH 1 – SEKOLAH ASRAMA, CHERAS
Sekolah mana, teka la mana satu. Hahaha. Sekolah aku agak Top juga di Malaysia. Jeng jeng jeng. Kisah ni yang paling extreme la. Kalau nampak biasa-biasa tu lebih 20 kali sepanjang 2 tahun aku duduk asrama. Masa aku tidur dekat surau sekolah dengan group budak-budak surau. Masa tu weekend esoknya tak sekolah. Ala study nak SPM la kononnya. Tapi study 5 minit yang lebihnya borak. Pastu jam pukul 1 pagi. Jam dinding pun bunyi ‘Dang, dang’ standard la sejam sekali dia bunyi. Tetiba Osman (bukan nama sebenar, tapi dia ni paling alim la kata orang antara kitorang berlima ni, selalu jadi Imam kat surau) cakap ‘ramainya datang malam ni, yang jahat pun ada’. Pastu kitorang semua dengar bunyi orang ambil wudhu’ ramai-ramai. Kitorang da agak tak mungkin student. Pastu dengar imam angkat takbir pastu baca Al-Fatihah pastu ramai-ramai aminkan. Kitorang intai tak ada orang solat pun. Tak ada siapa kat dewan solat.
Pastu dengar dah rakaat ke-2 camtu dengar tingkap pecah. Osman bagitahu aku, ‘M, ko boleh tengok hantu kan? Jom follow aku’. Aku macam WTF mana ko tau ni? Tapi dalam hati je la. Kitorang g luar surau. Aku bagitahu Osman ada budak kecik dalam 10 orang baling batu ke arah surau. Osman tetiba cakap, ‘M, gi masuk surau, jangan bagi diorang nampak ko. Nanti lagi ramai datang. Sebab diorang tak suka Atok kau’. Hati aku pun cakap WTF, camne ko tau, sekali lagi.
Masa aku dah masuk dalam surau, tetiba dengar orang nyanyi nasyid siap main alat muzik sekali kat tingkat atas. Lirik dia bahasanya aku tak pernah dengar. Arab bukan, Tamil bukan. Apa bahasa pun tak tau la. Aku nampak member aku lagi 3 orang yang memang dalam surau tengah intai di balik langsir. Tapi yang bangang aku nampak ada orang pakai jubah siap dengan serban; tinggi aku rasa ada la 2 ½ ke 3 meter camtu mulut kumat-kamit baca something kearah kawan aku 3 orang tu. Masa tu aku da keras macam batu sebab takut. Haha.
Beberapa saat lepas tu, tiba-tiba si Osman ni masuk surau, tutup pintu utama pastu jerit, ‘woi semua, jom balik dorm. Aku tak boleh handle dah. Kunci pintu tingkap, semua jin da dalam surau. Baik jahat semua kat dalam. Jom blah’. Kitorang berlima pun gi kunci semua pintu ngan tutup suis semua (OK, ni aku tipu sebab aku dah lari tunggu luar surau awal-awal dengan beg buku aku. Haha). Bila semua 5 orang dah kat luar, Osman kunci pintu utama tapi lupa tarik langsir. Aku nampak ah kat dalam surau ada ramai manusia. Dalam 30 orang. Maybe lebih. Aku tak nampak clear sangat.
Pastu kitorang tak balik dorm. Osman terus gi rumah Ustaz J warden. Kitorang follow la. Lepas Osman dah explain, Ustaz J terus gi surau dengan muka ada kesan bantal dengan pakai baju tido (ustaz pun pakai pyjamas, jangan main-main ustaz moden, hahaha). Ustaz J intai celah pintu, terus suruh kawan aku lagi sorang, let say nama dia Fais, seorang pengawas sekolah, gi buat announcement kata Subuh berjemaah kat surau pagi tu dibatalkan, semua murid dilarang keluar dorm even untuk ke toilet sekalipun sampai la pukul 9 pagi. Pastu aku dengan Fais dipaksa balik dorm, (lagi 3 orang, termasuk Osman tu AJK surau kena tinggal dengan ustaz, ilmu tinggi kot). Masa tu belum Subuh lagi. Tapi standard la asrama, bila dah ada announcement camtu blok asrama jadi terang-benderang semua bangun. Baik asrama lelaki baik perempuan. Kalau tak sampai ke Subuh gelap tak de sapa nak bangun.
So masa tu budak dorm kitorang mana yang dah jaga lepak ramai-ramai kat kantin, sebelah pintu pagar utama sekolah. Borak pasal benda tu la. Pastu Dalam 15 minit camtu, kitorang nampak ada bas kilang masuk. Kitorang jangka nak ke surau la sebab mesti berkait benda tu. Lama lepas tu dalam 30 minit (yang pasti tengok jam belum subuh, tapi aku tak ingat pukul berapa) bas kilang tu keluar. Aku nampak ramai orang dalam bas tu. Tapi ada budak cakap, ‘laa diorang ni datang naik bas. Takat 2 orang naik motor sudah’. Aku faham la diorang tak nampak apa-apa. Pada masa sama, Ustaz J buat announcement Subuh di surau macam biasa pagi tu (semua orang mengeluh, termasuk aku, hahaha).
Tengahari tu, aku tanya Osman apa jadi. Dia kata sekolah sebelah buat bacaan Yaasiin, halau makhluk halus and buat pendinding sebab kes ada budak hysteria kat sekolah sebelah. Tu yang makhluk halus tak tau nak lari mana pergi surau kitorang sebab surau je tak ber’pagar’ dalam sekolah kitorang. Yang bas kilang tu buat transport je sebab Ustaz J janji nak hantar diorang gi sebuah Hutan Rekreasi. Kat Cheras gak. Tu yang penuh bas kot. Sapa nak gi joging kat Hutan Rekreasi tu, beware banyak makhluk halus kena buang sana. Haha
Itu saja kisahnya. Sebenarnya ada banyak lagi kisah yang boleh dikongsi. Masa camping, masa dating, masa kerja office lama, masa nak kahwin, masa gi Hatyai, masa gi Tioman, masa kat KLCC, masa kerja bank H, banyak ah boleh buat novel. Haha. Tapi tengok sambutan juga kalau admin publish and ada request, boleh post la kisah yang lain. Sejam juga menaip ni. Ok terima kasih –end-
- Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Saudara M, buat la kompilasi cerita seram dgn Wan SC , Dee Fen dan beberapa penulis yg bagus.
ghost hunter ke abg nie??
jd persoalan dlm kepala..sapa yg bawak bas tu..
Driver bas ngan kawan dielah as conductor…
Klu x nnt sape nk jage tiket…
Heheheheheh…
Sama…terpikir jugak…sapa yang dua orang naik bas tu…huhuhu
Best. Boleh buat cerita mcm cerita supernatural. Sepupu2 ghost hunter.
Kay menarik seram dan sgt mudah difahami…
Plg mdh faham bab betapa penakutnye ko tu, heheheheheh…
Kay nnt smbg…
Mse dating kena kaco tu sila jgn lupe share…
Nk tgk gak depan awek tu still macho atau menten penakot???
Mana osman taw ko pnye power???explain lh nnty
mohon share lg cerita seram encik M .
Best²
Salam sahabat… Ustaz yg anda maksudkan tu Ustaz Jusoh ke? Kalau betul, anda tahu ke mengenai kejadian pada tahun 2000 di sekolah tersebut…
menakutkan
Teknik Cheras ke?
sonok la baca pengalaman seram2 kelakar ko ni….kita ni pnakut jugak tp suka baca bnda2 mcm ni..so xla takut sangat…nnti buatla kesinambungan n sekuel lagi ye..syokk ooo
M macam nama aku!.
sila sambung eh
adakah kamu takut selain allah,tuhan semesta alam
mcmne osman tau criete ko, nnt smbungn crite kn..
Sambung sambung sambung…leh layan citer ni..teknik penyampaian berkesan terkesan dan menakutka..cering bulu roma hahahaha
Kan…sambunglah..bestla
nk yg mse datting tu
Cerita la,x kisah la brpe2 smbugan pon..kan..kan…kan pmbaca suma.
betul tu
laa diorang ni datang naik bas. Takat 2 orang naik motor sudah’.
haha.. yang ni kelakar.
ok..pls sambung spt yg awk senaraikan tu…….
Kat Hadtyai jumpa mangsa tsunami ker
Ok jer
Sambung la
Best jugak citer ko
lawak la bila sampai ” ‘M, ko boleh tengok hantu kan? Jom follow aku’. Aku macam WTF mana ko tau ni? Tapi dalam hati je la. Kitorang g luar surau. Aku bagitahu Osman ada budak kecik dalam 10 orang baling batu ke arah surau. Osman tetiba cakap, ‘M, gi masuk surau, jangan bagi diorang nampak ko. Nanti lagi ramai datang. Sebab diorang tak suka Atok kau’. Hati aku pun cakap WTF, camne ko tau, sekali lagi. ” aku da bantai gelak dah hahaha
Dulu masa saya kecik pun saya selalu muntah2 and demam macam ‘M, yang pelik saya sorang je dalam family macam tu. Kalau ‘M, natang tu kacau sebab dyorg nak marah kat atok ‘M, kalau saya, saya taktau sebab tu. Masa kecik selalu jugak tengok natang2 tu cuma tak jelas je. Btw seronok baca kisah ‘M
best bca smbil lyan lagu hindustan(teri meri),memang layannn.
#cumel..
Nice
Best crta M. Sis peminat baruu..
9/10
Sbp? Sekolah jenis lelaki ke
Mamat ni lebih sikit dr aku. Aku tatau Apa punca aku senang berasa n kdg2 nampak, n paling selalu jd magnet. Sbb takde pun sedaramara toknek aku sume yg jd pengamal perubatan. Tp mmg aku g mana2 Akan experience sekecil2 perkara sampai ke sebesar2 nya. Cuma so far yg aku nampak tu yg ok2 la.. Jin gitu.. yg hantu jembalang kakpon sume aku x pnh nampak n xnk nampak. So far x pnh lg share apa2 cte kat FS. ☺️