Makhlus Halus Benci Saya. Kisah 5 – Zaman Gonjeng Bersama Sepul

Selamat pagi dan selamat sejahtera. Nama aku M. Lelaki 30 tahun. Ini pengalaman aku penampakan makhluk halus. Dalam family kitorang panggil “menatang @ natang”. Before tu aku nak jawab sikit enquiry anda. Ada yang kata Atok aku hebat sebab natang semua kenal. Ya, aku bangga kata Atok aku hebat. Ramai budak datang berubat. Dari KL, dari Sabak Bernam tak yah cakap la, dari Perak, Perlis. Brunei pun ada. Lepas berubat tu Atok aku tulis nama diorang dalam buku. Takde la nama penuh. Kalau nama budak tu contohnya Safiq Rahim bin Azman Adnan dia letak la Safiq, 8 tahun, Johor. Contoh.

Aku tengok buku dia masa dia dah meninggal ada 4000+ nama. Tapi dalam Jawi since Atok aku tak tau Rumi. Hebat x? Be proud of you own family bebeh. Yang kedua Kak Yulie. Peminat ni. Cindy belajar kat Tilburg University. Dekat dengan rumah Nenek dia. Saya duduk lepas SPM di Kajang kak. Sekarang da pindah. Lagi satu bro VirusDetected. Perempuan yang nampak tu biasa saja. Muka student. Tak mampu mengalihkan tumpuan aku terhadap Cindy. Wow!! Jangan Cindy baca dah aku puji dia nanti dia tak masak mintak makan luar. Tengah bulan ni belum gaji.

Ni kisah dengan sepupu aku nama dia Sepul. Yang ni pun spesis boleh nampak macam aku. Kitorang rapat dari kecik sebab sama-sama kena kacau ngan natang masa raya. Sama baya lak tu. Atok aku senang la bagi air penawar satu botol boleh share. Sekarang ni pun dia tinggal sebelah rumah aku. Jiran. Dia kahwin aku pengapit, aku kahwin dia pulak pengepit. Rapat x? Tapi dia ni berani sikit dari aku tapi penakut juga. Kalau ada skala 1 berani, skala 10 penakut; Aku skala 9 dia skala 8. Macam tu la. Yang lagi sorang tu Jerry (tak tipu nama IC dia Mohd Jerry) tak geng sangat. Orang ada-ada kot. Jerry ni skala 3 aku bagi. Berani dia ni. Kisah ni kompilasi aku ngan Sepul masa zaman kecik. Aku cuba ringkaskan kalau x letih kawan-kawan nak baca. AKU NI KALAU NAMPAK AKU JADI PENAKUT. JANGAN BAYANGKAN AKU HERO DALAM INI CERITA.

KISAH 5 – ZAMAN GONJENG BERSAMA SEPUL
Aku kick-off cerita ni masa cuti Hari raya masa darjah 3 ke darjah 4. Kitorang masa tu lepas buka puasa terakhir. Mana ada terawih. Opah suruh kitorang g rumah Tok Wan, kakak Opah; hantar lemang. Atok bagi baju dia sorang sehelai suruh pakai so Natang ni tak de la nak sampuk kitorang. So nak cover baju besar tu kitorang pakai la kain pelikat kalau tak, jumpa gadis-gadis nanti kesipuan pulak. So kami gi la naik 2 basikal, basikal Atok ngan Opah. Masing-masing masa tu pendek kaki tak sampai tapi boleh la kayuh. Ni masa balik dari rumah Tok Wan lepas delivery. Masa nak balik tu, Sepul la bongok kata nak ikut short cut. Dia kata takpe, ada baju Atok Natang tak datang. Half way lalu short cut, kitorang kena kejar dengan anjing liar. Banyak kot anjing tu. Dalam 5 ekor. Kitorang pun kayuh basikal entah lalu mana pun tak tau sampai la aku jatuh basikal.

Si Sepul; ok yang ni aku ingat sampai sekarang, bro. Dia turun basikal amik kayu sebat anjing yang nak gigit aku walaupun aku tau dia trauma anjing, dia pernah kena gigit. Pehh sekarang teringat nak nangis aku, terharu. Tapi nanti bini aku nampak, 8 tahun kemudian dia pasti still ejek aku. So tak yah nangis. Ok sambung. Tetiba anjing tu semua stop. Daripada “gong gong gong, woof woof woof, grrr grrr grr!” jadi diam serentak, toleh belakang, pastu macam jogging blah macam tu je tinggalkan kitorang. Sepul time tu la kejar diorang padahal… Oh nak cerita minggu lepas anjing jiran terlepas, Sepul tak nak keluar kereta padahal da balik kerja, dah sampai depan rumah tu. Penakut. Kerja je pramugara. Woi aku report Tony Fernandes ko mesti kena pecat.

Bila da anjing tak de, kitorang sedar kitorang sebelah dewan kayu yang dah tak pakai. Sekarang da roboh da ganti rumah. Sepul patah balik tengok aku tetiba jerit, “woi M, belakang ko ada Natang”. Aku tetiba toleh belakang tapi takde pulak. Tapi bila aku pandang Sepul balik aku nampak Natang, aku lak jerit, “Sepul belakang ko ada Natang”. Sepul jerit, “mana ada kat aku, kat ko tu ha!!”. Maknanya, aku nampak Natang belakang Sepul, Sepul nampak Natang belakang aku. Tapi aku tak nampak Natang belakang aku, Sepul tak nampak Natang belakang dia. Kitorang pun jerit bersama-sama. Sepul gi nak amik basikal dia tapi ada anjing liar kat tepi basikal dia, Mana datang pun aku tak tau.

So dia terus lari tinggalkan aku. Natang betul kau ni Sepul. Aku pun kejar la Sepul ngan basikal aku, dah sampai dekat dia aku campak basikal lari sama-sama. Aku tak tau la sama ada itu aksi yang bangang atau semangat brother dalam diri. Bayangkan kitorang berdua pakai kain pelikat, lari kaki ayam sebab selipar dah hilang, tema larian ialah “Run For Your Life”. Aku sinsing (ala yang angkat kain paras peha tu) lari. Sepul cabut kain pastu lari. Boleh la dia ada seluar pendek kat dalam. Aku?

Sampai rumah hilang nafas terus cari Atok. Atok boleh cakap “oo ni baju dah basuh. Patutnya bagi yang belum basuh.” Atok sempat ketawa ngan gigi 2 batang je tinggal tu. Lepas dah bagi air penawar, Atok suruh kitorang bawak dia ngan Pak Lang, ayah Jerry gi amik basikal. Sampai sana, Sepul jerit, “woi Natang mana korang? Atok ngan Pak Lang aku ada ni. Tunjuk la diri kalau berani”. Poyo x? Lepas tu aku tetiba tak sedar. Tau-tau je bangun semua orang dah siap nak gi sembahyang raya. 10 tahun kemudian macam tu, lepas Atok meninggal baru Pak Lang buka cerita.

Malam tu sebab Sepul celupar sangat, dekat 50 Natang keluar dari dewan tu ngan semak. So Atok kena buat kitorang tak sedar so Natang tak boleh masuk badan kitorang. Pak Lang kata bersilat dia malam tu. Aku macam tak percaya sebab pak Lang ni orang kaya kan, ambil air pun malas angkat bontot, suruh bibik. Ni nak silat. Tapi Pak Lang masa muda ada gambar dia silat ngan Mahaguru Din apa tah. Yang Silat Gayong tu. (Sepul masa kecik minat bibik Pak Lang, mintak gambar dia kat Jerry, mari gelak kan dia)

Ok itu saja. Terima kasih. Nantikan sambungan ok. Tapi kalau hari-hari baca korang x jemu ke nanti? Eh boleh bubuh link kisah 1 sampai 4 kat sini? Ramai kata tak jumpa

http://fiksyenshasha.com/makhlus-halus-benci-saya-kisah-1-sekolah-asrama-cheras/
http://fiksyenshasha.com/makhlus-halus-benci-saya-kisah-2-zaman-bekerja-di-panggung-wayang/
http://fiksyenshasha.com/makhluk-halus-benci-saya-kisah-3-zaman-lepas-spm/
http://fiksyenshasha.com/makhlus-halus-benci-saya-kisah-4-zaman-di-kolej/

M

37 comments

  1. Eehh..boleh lak dh kayuh basikal tp lari sekali..dr serius baca aku rasa lawak lak..hee..please sambung..sentiasa menunggu cerita ni..

  2. Kah kah kah…
    Hang ngan Sepul tu mmg Penakot Brotherhood, hahahahahah…
    Lengkali dh tau nk naik beskal tua tu udah pakei kain pelikat tu pakeiler suor pendek ke dlm tu…
    Kot nyangkot kain kan rantei beskal x ke nayeeee weeiii…
    Antu pon lari sambil tutup mata kang kalo dh terselak…

    Akk mmg dh jd big die hard fan citer2 ko dik…
    Kem salam kat Cindy kabor akk peminat story somi die, hahahahhaa…
    Tingin benor nk nengok Cindy yg berdarah belanda tu…
    Meh pm akk dik…

  3. baru aku baca ko tulis umur 3,4 taHUN aku stop baca n rase myesal baca cerita rekaan ko sebelum ni..
    saintis dah bgtau ingat manusia pada skali 10 tahun keatas sahaja blm ingt ni umur ko 7,8,9 ko ingat secara detail lg tu yg buat aku sedih nak gelak..hahaha

    1. Iyeke????
      Sbb akk start ingatan tentang idop ni last yg leh ingat umur 5tahun…
      Umur 5tahun cemane akk start belajar naik beskal…
      Berdua ngan mak kat laman teman dia menyapu, pastu akk borak ngan mak nk belajar nek beskal…
      Umur 5tahun sambut bufday abah dlm gelap sbb blackout…
      Mak msk ayam golek rebus halia mase tu…
      Sedih sambut bufday abah tp abah xde sbb kena kurung ngan peneroka kt pejabat…
      Umur 5tahun kami pindah umh banglo AM sbb abah naik pangkat…
      Kami pindahkan brg gune traktor jer sikit2 sbb abah mase tu dpt felda yg same…

      Serius…akk masih sgt ingat kesah sejarah hidop akk since umur 5tahun…
      Mcm penulis ni die adelah tokok tambah sesikit dialog ke hape sbg pelancar jalan cerita…

    2. Hmm, saya pun ingat. Boleh dikatakan banyak jugak event waktu kecik saya masih ingat. Orang mungkin tak percaya, tapi waktu saya masih merangkak pun saya ingat. Ade juga ingat ibu tukarkan pampers. Hadap arwah abang yg sakit masa tu 4 tahun. 5 tahun 6 tahun takyah cakap lah. Lagi belambak dalam hardisk kepala. Pastu mimpi2 umur budak2 gitu pun saya ingat. Yang seram pun ada.
      Okey saya ada satu cerita, ni bukan mimpi atau rekaan ya.. Tak berapa seram.. Nak baca silakan..

      Suatu petang di bilik saya yang dulu terletak dibahagian sebelah dapur. That time saya dalam bilik dengan makcik saya dia tengah solat. Bilik saya tak besar mana. Saya atas katil double decker hujung dalam bilik sebelah tingkap dan sebelah kanan atas saya ada aircond which means betul2 atas tingkap. Huhu sejuk. Alhamdulillah. Makcik saya pula tengah solat kat tengah ruang. Okey then saya tengah baring2 saya terasa nak try buat abugi a.k.a kamehameha macam dalam cerita dragon ball tu dekat pintu. Pintu tu memang bukak luas habis sampai cecah dinding belakang ia dan saya try aim. Sambil buat aksi kepulan kuasa, saya aim pintu tu dan kamehameha~! Pap! Takjadi. Okey takapa, saya try lagi sekali sampai kali keberapa dengan aksi yang sama kumpul kekuatan kononnyaaaaa dengan kaaaameeehameeha~~! Dumm!!! Tertutup rapat pintu tu dengan serta merta. Meremang bulu roma saya. Masa ni saya tak percaya pun saya ada kuasa. Tapi saya duk bayang ada yang tolong tutupkan pintu. Saya terdiam and tunggu makcik saya habis solat. Huhu

      Papepon thanks to Allah. Allah masih izinkan sy untuk ingat semua tu.

    3. ni aku setuju.. sbb umur aku dari baby smpi ke 9tahun aku rasa mcm mimpi mcm flashback gitu2 je.. haha.. aku pelik ramai minat cite dia.. aku rasa dia mcm byk poyo show off dan acahhh hero cite supernatural.. gud job imaginasi kau tinggi gilerrr

  4. Woit M …ak gelak tetiba je kat dlm offce ni semua da tgk aku…wahahahahaha ..,ni bahana assistnt ak la ni..dok crik link2 citer ko dri episode 1 smpai ke 5 dah ni ak baca.. masuk air la ku ingt ko ni kekdg.

    Tpi part ” tinggalkan kitorang. Sepul time tu la kejar diorang padahal… Oh nak cerita minggu lepas anjing jiran terlepas, Sepul tak nak keluar kereta padahal da balik kerja, dah sampai depan rumah tu. Penakut. Kerja je pramugara. Woi aku report Tony Fernandes ko mesti kena pecat.”
    Ak mcm blur kjap….hahahhahahahaa…adoiii citer lompt sana sini seb baik aku genius bole pahammm…

    Truskan usaha. Usaha tngga jaya kata cikgu skola rendah ak dlu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *