Wanita Tua di Stesen Minyak

Assalammualaikum warga FS,

Terima kasih admin sebab approved lagi kisah #MakLang. Kalau readers pernah baca post #MakLang – Dah Masak Ranum Ni, mesti korang perasan di akhir cerita Mak Lang ada tulis akan hantarkan kisah dimana Mak Lang sekeluarga hampir accident akibat diganggu.

Kejadian berlaku di highway sewaktu kami sekeluarga baru balik bercuti dari arah JB ke KL. FYI, bonda Mak Lang yang memandu kereta manakala my papa jadi co-pilot je. (bukan aibkan bapak sendiri tp memang beliau tak reti bawak kete).

By the way, kisah ini merupakan pengalaman bonda Mak Lang. Maka, watak ‘Aku’ dalam kisah ni adalah bonda Mak Lang. As usual, MakLang olah sikit untuk sedapkan cerita. Kalau still xsampai tahap seram yang korang nak, MakLang mohon ampun awal2. So, jemput baca..

Dah masuk kali ke 3 aku menguap. Perjalanan dari JB ke KL sepatutnya ambil masa 4jam je tapi disebabkan hujan, maka aku memandu lebih perlahan dari biasa. Sesekali aku melirik cermin tengah untuk melihat 4 anak ku yang lena di seat belakang. Manakala suamiku disebelah nampak relax humming lagu Wonderful Tonight sambil mengendong anak bongsuku yang baru berusia 7bulan.

“Pa, mama nak singgah stesen minyak depan tu jap. Nak buang air. Papa nak pape x?” tanyaku sambil memberi signal kiri untuk masuk simpang.

“Takpe, papa tunggu dalam kete dengan budak2 ni. Dorang tengah lena tido ni.” jawab suamiku.

Aku segera turun dari kereta dan menghala tandas di tepi bangunan stesen minyak. Aduhai, ramai pulak yang beratur. Aku menjadi orang ketiga yang menunggu. Dihadapanku ada seorang wanita dengan anak kecil. Tiba-tiba datang seorang wanita tua disebelahku. Kukira umur nya dalam 60-70 tahun. Aku abaikan sebab fokusku lebih kepada nak melepaskan hajat.

“Anak., boleh tak makcik tumpang anak sampai simpang depan? Makcik takde kenderaan..” Tanpa salam tiba-tiba makcik sebelah menegurku begitu.

“Maaf makcik, kereta saya penuh sebab anak-anak saya semua tidur kat seat belakang. Macam mana makcik bole sampai kesini kalau takde kenderaan?” tanyaku semula selembut yang mungkin.

Bukan aku tak kasihan, bukan aku tak nak bantu. Tapi hakikatnya memang seat belakang kereta aku sudah penuh dengan anak-anakku yang lena tidur. Nak dikejutkan mereka tak sampai pula hatiku. Makcik tu tak menjawab soalan ku dan terus berlalu pergi. Aku memandang kearah wanita dan anaknya yang berada didepanku. Keduanya memandang aku dengan pandangan jelik sebelum masuk ke dalam tandas. Maybe dorang tak sangka aku begitu kejam tak mahu membantu makcik tadi.

Selesai menggunakan tandas, aku berjalan menuju ke kereta. Tiba-tiba aku disapa lagi. “Anak., tak boleh ke makcik tumpang anak sampai simpang depan? Makcik takde kenderaan..”

“Maaf makcik, bukan saya taknak bantu, tapi kereta saya penuh. Takpe, mari saya bawak makcik ke dalam stesen. Mungkin bole hubungi ahli keluarga makcik. Makcik ada nombor sape-sape untuk saya hubungi” Aku memberi cadangan sambil cuba memimpin tangan makcik tu.

“Tak perlu!” tegas makcik tu sambil menepis tanganku. Makcik tu memandang aku tajam menunjukkan dia marah.

“Maafkan saya makcik, saya harap ada orang dapat bantu makcik. Saya pergi dulu..” Aku pusing membelakangi makcik tu untuk kearah kereta. Dari jauh aku lihat suamiku da keluar dari kereta sambil melambai2 padaku. Baru 3-4 tapak aku berjalan aku dengar satu bisikan..

“Jagalah kamu..” aku menoleh, makcik tadi dah hilang. Pelik, laju betul makcik tu berjalan. Aku abaikan dan terus ke kereta.
“Mama buat ape kat luar tandas tadi lama2? Nape tak terus masuk je? Kotor ke tandas tu?” tanya suamiku bertalu-talu.

“Mama tunggu giliran lah pa.. kan ramai yang beratur tadi kat depan tandas tu” jawabku kembali.

“eh! Mana ada orang beratur. Papa tengok mama sorang je depan tandas cakap sorang-sorang. Kan dari tadi kete kite je kat stesen ni. Tadi papa lambai-lambai mama sebab tengok rancak sangat mama bercakap sorang diri.” Aku terdiam. Gambaran orang-orang yang beratur didepan tandas, wanita dan anak kecil, makcik tua muncul dalam benakku. Kalau benar kata suamiku hanya aku seorang disitu, siapakah mereka yang aku lihat tadi?

SUBHAANAL LADZII SAKHHORO LANAA HAADZAA WA MAA KUNNAA LAHUU MUQRINIINA WA INNAA ILAA ROBBINAA LAMUNGQOLIBUUNA. #Doanaikkenderaan

Aku cuba husnuzon, mungkin aku terlalu penat memandu sampai aku boleh berhalusinasi. Selesai baca doa, aku memandu masuk semula ke haiway. Jam menunjukkan pkl 6.50petang. Kereta tak banyak atas jalan raya tapi aku masih berhati-hati memandu memandangkan jalan licin selepas hujan.

“Jagalah kamu..” aku kembali terdengar bisikan itu. Tiba-tiba lebih kurang 200 meter dihadapan kereta ku terlihat makcik tadi sedang melintas jalan perlahan. Aku cube break emergency tetapi keretaku tidak berhenti. Allahu!! Namu aku dapat mengelak dari melanggar makcik tu.

Sekarang makcik tu ada disebelah tingkapku dengan senyum menyeringai. Allah, macam mana makcik tu boleh follow kereta aku yang bergerak hampir 100kmj? Serentak itu kereta ku tiba-tiba menukar haluan kekanan sehingga hampir melanggar divider jalan. Aku terus menarik stering kereta untuk kekiri untuk stabilkan kembali kereta. Tapi gagal seolah2 ada sesuatu yang menarik stering aku untuk terus kekanan.

Suamiku, pada asalnya hanya memandangku panik terus membantuku menarik stering kesebelah kiri. Aku sempat melirik kecermin belakang, sebuah lori tangki minyak memberikan aku lampu tinggi dan hon panjang kerana kereta aku dah kekiri-kekanan tanpa sebab. Aku cuba tekan hon, tapi tak berbunyi, aku tekan break, tak berfungsi. Aku bukak emergency light, sambil kereta aku masih lagi kekiri kekanan.

Suamiku masih cuba menarik stering kekiri tapi keretaku masih terus kekanan. Anak bongsuku sudah mula menangis kuat. Tiba-tiba radio keretaku berkumandang azan Maghrib. Suamiku terus ikut azan Maghrib tu sekuat hati. Aku pula, bagai baru terpanggil untuk membaca segala ayat2 alQuran yang aku hafal.

Habis azan, suami dapat merasa bagai ada sesorang melepaskan steringku. Anak bongsuku da berhenti menangis. Aku pula cuba menekan break kereta untuk slowkan kereta. Pelik, sebab break kereta aku takde masaalah. Bayangan makcik ditepi tingkap tadi pun da hilang. Suami arahkan aku berhenti tepi jalan sebab muka aku da pucat sangat. Aku nampak lori tangki tadi berhenti belakang aku.

Pemandu lori datang ke kereta untuk lihat keadaan kami. Katanya, dia bagi lampu dan hon panjang sebab dia nampak kelibat lembaga putih bertangan panjang sebelah kanan kereta kami macam cuba tarik kereta kami ke kanan. Atas kereta aku pula penuh dengan monyet putih yang melompat-lompat bagai memberi semangat pada lembaga putih tadi.

Katanya lagi, kalau aku hilang kawalan, dengan keadaan jalan raya yg licin, mungkin kereta aku akan terbabas menghentam divider jalan dan melanggar lori tangki beliau.

Aku terus cerita perjumpaan aku dengan makcik tadi pada suamiku. Kami simpulkan mungkin aku mendatangkan marah pada makcik tu sebab aku terus tolak untuk beri dia bantuan.
Malam tu, aku tak terus balik kerumah tapi aku singgah kerumah ayahku. Ayahku seorang imam bagai tahu je kami sekeluarga nak singgah rumahnya. Sewaktu kami sampai depan rumah ayah, beliau dah pun tunggu depan rumah sambil arahkan emak ku membawa 5 orang anak ku masuk rumah.

“Kau da buat dia marah. Dari tadi dia masih ikut korang.” kata ayahku.

“Kami tak sengaja ayah. Anak2 tidur tadi, tak sampai hati nak kejutkan dorang. Saya nak tolong dia hubungi ahli keluarga dia tapi dia taknak” kataku membela diri.

“Ayah tahu.. korang ambil wudhuk dulu sebelum masuk rumah. Baca selawat, ayat Kursi sebelum masuk rumah. Biar ayah bicara dengan dorang”. Aku dan suami menurut perintah. Dari jauh aku lihat ayahku ‘bercakap’ dengan mereka. Hampir sejam, ayahku masuk balik dalam rumah.

“Mereka dah pergi. Lain kali kalau orang mintak bantuan, jangan terus tolak. Mereka kata kamu sombong. Ayah da mintak maaf pada mereka dan mintak mereka jangan ganggu kamu.”

“Mereka ayah?” tanya aku pelik.

“Ye, ada dalam 12-15 yang ikut kamu tadi. Makcik yang tegur kamu tu ahli keluarga mereka. Mereka marah sebab kamu terus cakap tak boleh sedangkan kamu belum tanya suami kamu lagi. Biasala, mereka pun ada sifat macam kita, cepat menghukum.” ayahku senyum.

Malam itu, kami tidur dirumah ayah. Ayah beri kami minum air bacaan surah untuk pulihkan semangat yang hilang. Aku tanya ayahku bagaimana dia tahu kami diganggu tapi dia hanya jawab dengan senyuman. Gerak hati seorang ayah mungkin..

Hanya kerana aku menolak untuk menumpangkan seorang wanita, kami sekeluarga hampir kemalangan. Allahu.. -Bonda #MakLang

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Mak Lang

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

37 thoughts on “Wanita Tua di Stesen Minyak”

    • Tau xpe.. jenis yg cepat tacing kot. Huhuhu.. lupe nk tambah dalam cerita.. selepas kejadian, pernah la maklang sekeluarga pergi jb beberapa kali..tp da xjumpe stesen minyak yg bonda tumpang buang air tu. Macam tak wujud je

      Reply
    • Bonda kata beliau dpt pujian melangit dr driver lori tanki sbb berjaya kawal kete dr accident.. Alhamdulillah, dgn izin Allah juga tu

      Reply
  1. Umak aaiii…
    Kot iye pon nak tumpang sekampong dibawaknye sampai 12-15org…
    Siap haiwan peliharaan bagai diusungnye…
    Manenye nk muat…
    Pastu bile org xleh tumpangkan die punye sentap sampai nk m******h…
    Adeeehhh…
    Mane aci camtu…

    Reply
    • Iyeleerrr…
      Dah tetua tu emosi mmg mudah terusik…
      Lelagi yg jenis kena tinggal kat RnR cmtu…
      Kot tggl kat umah org2 tua ampun lagi kan, leh gak numpang kasih sayang…
      Hahahahahaah…

      Reply
  2. Huhu betul2 punya marah makcik td tu.
    Hmmm.. risau jugak kan, nk bg org menumpang sesuka hati pun takut jugak. Takut ada yg nk aniaya kita merompak ke apa kan..x sangka lak benda tu pun nk menumpang tanya dulu..bila org xbg marah pulak..seeram

    Reply
  3. Hebat², aku kalo jalan licin nak tekan pedal minyak 60km/h pun cuak, ini kan pulak almost 100km/h, bahaya drive laju time jalan licin… Bcoz waktu hujan air bertakung kat jalan² yang berlopak… Bila drive laju dalam hujan tyre kereta akan berada pada permukaan air bukan di atas jalan… So boleh mengudang perkara yang tak di ingini… #Sekadar berkongsi pengalaman

    Reply
  4. brake bukan break… syukur Mak Lang sekeluarga selamat… tahu Mak Lang seorang yang baik peribadi n baik hati… tetapi kadangkala kita nie kan manusia… salah juga tindakan kita…

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.