Assalamualaikum dan selamat malam untuk semua pembaca. Terima kasih admin kerana publishkan entry aku.
Kisah yang aku nak kongsikan ni terjadi pada tahun 2014, semasa aku kerja di sebuah kolej di Selangor. Untuk pengetahuan semua, bangunan kolej ni asalnya bangunan terbiar, apartment lama 4 tingkat yang diubah suai menjadi sebuah kolej…
Awal-awal aku masuk kerja, aku ditempatkan dalam sebuah bilik yang hanya muat 2 meja kecil untuk sementara waktu sebab pejabat asal (makmal) untuk jabatan aku sedang dalam proses pengubahsuaian. Hampir setahun aku kerja, baru siap makmal tersebut. Dalam jabatan aku hanya dua orang staff, aku dengan bos aku, terus pindah dari pejabat sementara ke makmal.
Kisah seram yang aku nak ceritakan ni terjadi di dalam makmal tersebut.
Makmal ni asalnya sebuah apartment dua bilik dan 1 bilik air di mana sejak pembukaan kolej ni memang unit ni kosong. Makmal ni tak sama macam makmal sains, makmal ini lebih kepada untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Dalam makmal ada 4 cermin besar yang dilekatkan di dinding. Unit ni terletak di aras dua, setiap aras ada empat unit. Aku tambahkan lagi elemen seram kat sini, semua unit kat aras ni memang kosong.
Kawan aku ni, Ain minta tolong aku untuk temankan dia di kolej nak kemas kini fail sebab ada audit. Kami berbeza jabatan, pejabat dia berada di bangunan sebelah dengan makmal. Sementara dia nak siapkan fail-fail dia tu, jam pun dah menghampiri 1 pagi, aku beritahu dia yang aku tunggu dia di makmal sebab aku dah mengantuk. Ain pesan kat aku apa-apa hal terus call, dan tinggalkan kunci makmal kat rak kasut luar makmal tersebut.
Aku pun jalan kaki menuju ke makmal. Aku masuk dalam makmal, on aircond, ambil bantal yang aku gunakan untuk bersandar di kerusi dan aku baring atas karpet di ruang tamu (tengah makmal). Aku baring tu tak tengok cermin, takut. Aku tutup lampu, ada biasan lampu jalan jadi takde la gelap sangat. Aku ambil blazer untuk buat selimut kaki dan aku pun tertidur.
Aku terjaga sebab sejuk. Aku off aircond guna remote. Tengok telefon dah pukul 3.30 pagi tapi Ain tak datang makmal lagi. Aku ubah posisi baring, aku terpandang bahagian dapur. Dalam samar-samar cahaya lampu jalan dari luar, aku nampak ada kain putih berdiri kat bahagian dapur, macam orang yang selubung dengan kain putih dari kepala. Lama aku tenung betul ke apa yang mata aku tengah tengok. Tak tinggi, rendah je lebih kurang separuh pintu. Benda tu tak bergerak, tercegat je depan pintu tu.
Dengan tangan menggigil, aku capai telefon terus call Ain.
“Cepat Ain datang makmal sekarang, dah lewat sangat ni!”. Punya la aku nak cover cerita sebenar. Ain cakap “okay ada sikit lagi ni nak print nanti Ain terus datang”.
Aku tutup muka aku dengan bantal, baca ayat kursi. Sebelum ni baca ayat kursi elok je, time ni baca tunggang langgang takut punya pasal. Tertidur jugak la aku tunggu Ain tu datang, pukul 5 pagi jugak baru dia datang, terus kami balik rumah sewa.
Tu la pengalaman tidur kat makmal. Lepas dari kejadian tu, paling lewat pun aku stay sampai pukul 6. Bos aku tiap-tiap hari pasang surah Al Baqarah dalam makmal sebab dia pun takut sama.
Sebenarnya cerita ni ada sambungan lagi. Nanti la aku cerita kalau posting ni dapat sambutan. Haha
Maaf ayat berterabur.
Selamat malam.
Nnti sambung lgi tau
Sambung la lg