#Mal Melaka – Kelantan

Assalam warga FS sekalian. Terima kasih Admin FS yang sudi upload story aku ni. Nama aku Mal. 26. Membesar di kelantan dan menetap di Tanah Merah. Kisah yang aku ingin kongsikan ni 100% betul dan tiada tokok tambah. Maaf jika kisah yang aku nak ceritakan tak seseram cerita korang. Moga korang enjoy my journey. Kenapa “journey” kejap lagi aku mulakan. Masa aku type ni pun sebenarnya..adalah.

MELAKA – KELANTAN

Sebermulanya cerita ni, aku tak pandai ‘berhuhu’ atau ‘pastu’. Suspend sikit sambil mengunyah chipsmore di depan laptop sambil di temani abang bungkus yang tak diundang. Aku nak cakap alim tak nak cakap tinggal solat tak nak cakap aku sixth sense pun tak tau tapi adalah satu mimpi tu nanti aku ceritakan jika dapat sambutan. Aku seorang yang pendiam dan belajar di salah sebuah ipta di melaka. Kejadian ni berlaku tahun 2014. Hari tu bermulalah cuti semester. Ramai yang dah balik ke kampung halaman masing bertemu Keluarga tersayang. Masa tu aku cuma ada 135lc kapcai dan aku seorang yang tak suka konvoi ramai-ramai. Kenapa? Sebab leceh. Betul! Aku memang rider solo yang suka ride sorang bila bab balik kampung. Perjalanan aku bermula pada tengahari. ” hitamlaa kulit aku ni..haree betul” getus hati kecil ku. Maka seusai tu perjalan aku bermula dari melaka. Sampailah aku ke destinasi pertama aku Tangkak rumah atuk aku dan bertemu pakcik aku. Gelaran aku kalau di johor ni diorang panggil aku Max

Pakcik : max, manoi?
Aku : gapoii , nok kelik kelate laa wey
Pakcik : Mu gilo ko. Balik sorang-sorang
Aku : jangan poksu pandang kapcai sebelah mata. Hati kecil ku berkata.
Pakcik : kalau rosak macam mana?
Aku : ambo redhooo bohhh.

Selepas 3jam aku rehat di rumah atuk aku yang padahal baru jalan sekangkang siput sedut gayanya macam 30batu jaraknya. Jam pada waktu itu menunjukkan pukul 3.40 petang. Aku memulakan dengan bismillah sambil menghidupkan sebatang Rokok. Fuhhh aku hembus sapan paru-paru aku. Sambil memandang ke atas takut-takut hujan. Sesampainya di gambang hari mula gelap gulita dan rahmat tuhan rebah di muka bumi. Jam menunjukkan 7 malam masa aku masuk highway lpt2 nak ke jabor lama. Masa tu highway perasing tak siap lagi. Kisah seram bermula ketika di jabor lama.

JABOR LAMA – MUTAFIBILASHAH

Banyak kisah seram yang aku dengar jalan ni. Banyak kemalangan kawasan ni tapi aku tetap gagahkan diri dengan di temani lampu motor serta basah kuyup hujan tak berenti lagi. Mulanya aku ride oke je tiba-tiba aku rasa motor aku berat. Dalam hati aku cakap ‘ punahhh’. Redha je tapi aku jenis suka tengok Nate beruk ni. Aku pandang cermin sisi dan apa yang ku lihat kain putih rambut panjang mengurai aku tak toleh lama sebab kena pandang depan takut masuk keparit dua2 tonggeng kaki ke atas kepala kebawah. Sambil redha aku berbual.

Aku : waduhhh neng.. aku enggak kacau mu. Turun la mu nateee..
Natee : …
Aku : tolongla neng! Aku jalan jauh.
Natee : …

Selepas 5minit nate tanpa dialog. Motor aku dengan tiba-tiba kembali ringan dan ku pandang cermin sisi sambil tersenyum neng dah tiada. Alhamdulillah lega seketika. Seketika je laa. Aku bawak laju masa tu 120km sambil memerhati meter motor. Dalam tengah menahan pedih di muka akibat titisan air hujan yang kena muka kau. ‘Pedih boh’ hati kecilku mendengus. Episod seram kedua bermula, dari jauh dalam kegelapan jalan. Siapa pernah lalu tahu la gelap dia. Aku nampak satu kelibat tinggi tapi aku syak tu cuma pokok. Makin dekat makin jelas makin dekat makin jelas. Debor jantung aku makin laju. Meremang bulu roma dan segala bulu berdiri tegak selepas nampak makhluk berbulu sedang berdiri tegak ditepi jalan sambil mata merah memandang aku yang tengah bawa kapcai. Hawau betul tapi dia sekadar pandang je la. Fuhh selamat aku john dan tibalah aku Di sebuah stesen minyak untuk isi minyak sambil minum air roh binatang mengembalikan tenaga yang hilang. Maklumlah kecut sebab hujan masih tak berenti.

LPT ii

Selepas selesai isi minyak dan rehat sambil membakar rokok sebatang untuk bergerak dan menghantar mesej yang pada yang tersayang. Masa tu laa sekarang dah single. Iklan kejap..

Aku : Nak jalan dah ni
My love : okay hati2 jangan bawa laju2

Aku memerhatikan jam di tangan menunjukkan pukul 11 malam. Sedang aku tengah layan bawak motor sambil menggigil badan aku. Masa ni satu perasaan yang tak enak. Aku rasa macam ada benda yang tak kena dan tiba-tiba… Ciss binawe rokok m**i pulak. Lalu aku campak rokok yang basah. Frust beb..

Korang dah banyak dengar kisah pasal LPT ni kan dari kisah kisah yang ada dekat FS ni. Ye memang betul dan memang sangat menakutkan aku. Meremang bulu roma aku masa taip ni. Waktu menunjukkan pukul 2.30 pagi. Masa ni nak exit LPT. Waktu tu aku tak rasa apa lagi yela aku tengah syok Fly dengan kelajuan kapcai sambil hujan masih tak berenti lagi. Maklumlah musim banjir. Aku fly dan fly tibe-tibe aku terpandanglah ke sebelah kanan maka terpandanglah aku satu kain putih terbang sebelah aku. Aku mase tu dah gelabah tak semena2 dan hampir2 nak ke longkang tapi berjaya kawal. Kalau tak dah arwah aku tak sempat jumpa tersayang. Sampai sekarang aku masih sayang kau. Just want let u know. Iklan jap.. kembali kejalan lurus. Maka terkumat kamit aku baca ayat-ayat aku ingat. Alhamdulillah benda tu terbang ke langit dan hilang. Dalam hati aku seraya berkata. ‘Palo hotok mu natee..’

Pada pukul 5 pagi aku tibe di rumahku syurgaku dan di sambut oleh entah tiada siapa. Yela semua tidur. Pengalaman ride motor sorang diri ni aku simpan dalam sejarah kenangan hidup aku yela sebab aku ride sebelum2 ni takde ape pun tapi hari tu semua nak show off diri masing2..

Setibanya di kelantan maka demamlah aku selama 2minggu. Tipulah kalau tak demam hujan dari pahang sampai kelate. Tapi Tuhan masih panjangkan nyawa aku sebab aku kena kencing tikus gara-gara minum air roh binatang sebab takde tempat nak rendam tin tu dalam air panas. Hanya Allah yang tahu seksa aku menanggung. Ape pun Alhamdulillah masih bernafas. Mungkinkah sebab pemberian cincin dalam mimpi ku…?? Kuasa Allah yang maha berkuasa

-Mal-

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 3]
Mal

13 thoughts on “#Mal Melaka – Kelantan”

  1. TABIK BOH ,
    KITE SUPO LONERIDER.
    KAWE BALIK JB KLATE PAKAI SUZUKI SYOGUN JAH LALUAN MERSING MASUK HUTAN ENDAU LALU JABOR SAPA K.BERANG, DARI SINI TERUS MASUK TASIK KENYIR IKUT ARING SAPA LAH DUMOH AMBO DAERAH G.MUSE – K.KRAI.
    ALHUMDULILLAH XDOK APO MASALOH WLAUPON LONERIDER.
    MASALOH NYO HUJE BASOK KECUT ABIH TELO BURUNG.

    Reply
  2. Haha..
    Lucu la ko ni bro. Sempoi.
    Aku ni, pgguna setia Lpt.
    Every weekend musti balik kapong boh.
    Kat Karak, penah jumpa kereta buruk kuning pucat dengan driver pucat. Ada jugak nampak kaki melintas laju depan kereta. Kaki sahaja.
    Kat Lpt after Perasing hingga ke Ajil, selalu aku kena kaco area situ.
    Yang orang dok kata Perasing berhantu, padahal selepas Perasing sampai Ajil tu lagi berhantu bagi aku.
    Biasala, kereta berat tiba-tiba, ada kain putih terbang sekali, ada bebola cahaya lalu sebelah, bingung berdengung kepala, buaian rnr berayun laju padahal takde angin takde orang, aku sorang je ada situ, dan mcm-mcm lagi.
    Kalo kita tak kawal diri, boleh eksiden nauzubillah.
    Ingat Allah byk2 la blako.

    Reply
  3. Pernah laly Jabor sebelum LPT siap.. Mmg seram gila.. Aq accident kt Merapuh.. Hahahaha.. Gelap gulita.. Tup2 je tersembam ke bumi bersama motor.. Hehehehe

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.