Malam berteman Dia

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada admin dan semua pembaca fiksyen shasha. Pertama sekali aku nak minta maaf sekiranya kisah yang aku kongsikan ini tidaklah seseram kisah-kisah yang lain.. Nama aku Aidil sebagai nama samaran dalam kisah ini, dan berumur 26 tahun. Rasanya cukuplah ini pengenalan diri aku. jom start..

Masih tersimpan segala kenangan kita dulu, memang indah bahasa dan tutur bicara mu saat kau mula mengenali aku, namun semua itu hanyalah manis cuma dibibir. aduh terjiwang pula seketika.. Ayat sebelumnya itu menandakan yang aku ni dah sendirian dalam kata single berhabis….

Seminggu selepas aku dah putus dengan buah hati terasa sunyi saja hari-hari ku, tiada lagi ucapan abang tiada lagi ucapan manis yang sering terdengar dari kedua sudut telinggaku. Boleh dikatakan setiap malam aku akan lihat handphone sekiranya ada lagi chat dari dia, bukan mengharap simpati, tapi mana tahu jodoh masih ada rasanya boleh lagi kot adjust sikit.

Waktu malam tu aku sendirian diluar rumah untuk melayan perasaan duka, rasa sakit juga putus cinta ni. Tapi apa boleh buat benda dah jadi. Saat aku duduk diluar tanpa sengaja aku terlihat satu bayang-bayang di tepi pokok depan rumah. Nak bagi tahu yang depan rumah ni ada dua pokok mangga, satu sebelah depan dan satu lagi sebelah kiri depan. Masa tu aku ingatkan bayangan pokok, tapi aku tapi pasti sangat jadi aku nak pastikan sangat dengan terus memerhati pokok mangga tu. Alangkah terkejutnya aku yang bayang-bayang tadi bergerak seakan kebelakang dan terus menghilang.

Masa tu aku dah mula meremang, otak aku terus fikirkan yang itu adalah makhluk yang bernama “Hantu” . Tanpa membuang masa aku terus saja masuk ke rumah dan baca apa yang patut, cuci muka dan kedua kaki. Sampai saja dalam bilik aku terus rebahkan badan untuk tidur, tapi apakan daya jam masa tu rasanya masih awal sekitar jam 10 malam, mata masih terasa segar untuk dilelapkan, aku sedaya upaya untuk tidur tapi tidak juga dapat.

Aku cuba tutup kedua mata dan terus masuk selimut, yang berharap dapatlah aku tidur terus. Dalam masa 10 minit tu aku dikejutkan lagi dengan satu bunyi ketukan dari luar pintu bilik. Ketukan perlahan, mungkin adik aku kot yang ketuk. Tapi untuk apa dia nak ketuk pula malam-malam ni. Aku terus saja banun dan buka pintu, kelihatan tiada satu pun orang yang ketuk. Mula dah rasa lain, aku terus tutup pintu dan masuk selimut terus tidur.

Esoknya macam biasa, kejadian semalam masih lagi terbayang-bayang dalam fikiran. Mungkin apa yang telah jadi hanyalah ilusi dan bayangan perasaan aku. Aku buat seakan tiada yang berlaku dan kisah mengenai semalam aku biarkan begitu tanpa bercerita kepada yang lain.

Malam seterusnya gangguan itu datang lagi dan kali ini aku pasti yang terjadi depan mata aku bukan lagi ilusi. Malam tu seperti biasa aku hisap rokok sambil minum air panas, kejadian semalam tidak lagi terlintas difikiran. Tengah aku santai hisap rokok, satu kelibat hitam lalu dengan pantas depan mata aku, tak sempat aku nak tegur atau pun lihat dengan jelas. Bukan apa mana tahu kelibat tu aku kenal ataupun jiran-jin yang ada sekitar kawasan rumah, boleh juga sembang sekali.

Aku hiraukan kelibat yang berlalu tadi. Siap saja aku habiskan minuman tadi aku terus saja masuk ke dalam rumah dan terus cuci muka dan masuk ke bilik. Sedang aku leka dengan kejadian tadi aku cuba ambil posisi yang baik untuk aku tidur. Belum sempat aku lelapkan mata sekali lagi gangguan yang sama iaitu satu ketukan perlahan kedengaran dari luar pintu bilik. Masa tu aku hiraukan sebab dah mula takut, mana tahu kejadian semalam berulang lagi. Ketukan tanpa henti yang memaksa aku buka pintu tu.

Sekali lagi aku terus bangun dan membuka pintu tu, pehhhh memang menguji kesabaran betul, tiada satu pun orang saat aku membuka pintu. Kedengaran bunyi bising seakan seseorang yang memasak dibahagian dapur. Aku berbicara sendirian ” Mungkin ibu aku kot yang ketuk tadi dan pergi masak “… Aku terus menuju kebahagian dapur, masa tu dalam jam 11 malam, orang rumah ni selalunya awal saja tidur takkan ada pula yang masak malam-malam ni, ” mungkin lapar kot” bisik hatiku…

Masa aku menuju ke dapur… pehhhh tiada satu pun orang yang tengah masak, meremang segala bulu yang ada. Memang benda ni menguji aku kot. Aku terus saja berlalu dan meuju terus ke bilik, sempat aku menoleh sekejap ke arah dapur… Yaaa Allah menggil satu badan ni, apa yang aku lihat depan mata aku sendiri satu makhluk yang sangat menyeramkan seorang wanita berbaju putih yang mukanya tak kelihatan berdiri di hujung ruang dapur.

Aku terus beristigfar dan berdoa semoga dijauhkan dari makhluk ni, saat tu memang tak terfikir sangat dan baca surah. Aku terus saja berlalu disitu dan terus masuk ke bilik dan berselimut. Masa tu aku berharap dapat tidur dengan cepat, surah-surah aku bacakan ( surah yang aku hafal saja ) doa tanpa henti semoga di jauhkan. Memang seram masa tu, dah la aku sendiri dalam bilik.

Belum lagi aku lelapkan mata masih ada lagi gangguan yang datang. Kedengan betul dari kedua telingga aku yang nama aku seakan di seru dengan lebut… ” Aiiiiiidiiiiiiilll……Aiiiiidiiiiillllll….Aiiiidiiiillll “… Ya Allah apakah ujian yang aku hadap ni…. Aku terus tutup mata dan kedua telingga.

Esoknya aku terbangun, Alhamdulillah ucapan pertama kali aku lafazkan… Kejadian semalam terus berlegar difikiran sampaikan aku cerita kepada keluarga aku dengan apa yang terjadi semalam dan malam sebelumnya. Aku ceritakan semua kejadian yang mengganggu aku. Satu pengalaman yang pahit menimpa aku.

Syukur Alhamdulillah kejadian itu tidak lagi berterusan, malam seterusnya aku tidur awal dan sebelum tidur tu aku mesti berdoa semoga dijauhkan dari segala gangguan yang ada.

Sebelum aku mengundurkan diri, aku mohon maaf sekiranya ada kesilapan dalam penulisan aku ni, bukan apa aku tak berapa nak pandai mengarang… InsyaAllah di lain cerita aku akan cuba perbaiki kesilapan yang ada…. Sekian terima kasih kepada admin sekiranya cerita ini disiarkan dan tak lupa juga pada pembaca terima kasih sebab sudi luang masa dengan memabaca kisah aku yang tak seberapa…

Jumpa di lain hari… Aidil..

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 4]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.