Assalamualaikum semua pembaca fiksyen shasha . Saya ingin berterima kasih pada pihak fiksyen shasha sekiranya cerita saya disiarkan . Kejadian dah berlaku sekitar 8 tahun yang lalu dimana umur saya masih 11 tahun .
Aku akan bahasakan diri dengan panggilan aku .
Kisah pertama,
Kisah ni berlaku semasa dimana selepas kematian atuk aku meninggalkan kami sekeluarga di kampung . Sebelum tu aku nak cakap kampung aku ni hanya nenek dengan atuk aku je yang duduk . Jadi kampung tu sedikit suram . Tapi nenek dengan arwah atuk aku tak kisah .
Keesokannya selepas selesai majlis pengebumian, aku sekeluarga dan sepupu serta makcik pakcik aku tidur di ruang tamu . Ruang tamu aku luas hingga boleh memuatkan 30 orang . Bilik di tingkat dua tapi hanya ada 2 bilik . Tingkat bawah pula 1 bilik . Nenek aku tidur didalam bilik tingkat bawah seorang-seorang .
Malam tu , aku terjaga dari tidur sebab nak buang air. Kira-kira pukul 2 pagi . Tempat tidur aku dengan adik beradik sepupu aku taklah terlampau jauh dengan tandas dan dapur . Aku tengok tempat sebelah aku tidur kosong yang sepupu aku, Nisa tidur . Lampu bilik air dah terpasang , tapi pintu tertutup . Bunyi air pun macam dibuka . Jadi aku hanya duduk saje dekat tempat aku baring tunggu Nisa yang dalam bilik air keluar . Hampir 5 minit aku tunggu dia keluar, tapi tak keluar-keluar juga . Jadi aku ambil keputusan nak cuba ketuk pintu suruh Nisa cepat sebab memang aku tak tahan sangat masa tu .
Bila aku ketuk tapi tak bersahut. Berkali juga aku panggil nama dia . Aku cuba tolak pintu , terkejut juga aku sebab dalam tandas tu kosong . Air pun takda pula mengalir lepas aku buka . Memang aku terkaku habis . Aku mulai rasa seram dan takut masa tu. Aku cuba baca surah-surah yang terlintas dalam kepala otak aku . Cepat-cepat aku balik semula dekat tempat tidur aku . Tapi yang peliknya Nisa tetap takda delat situ . Tapi aku dah tak fikir apa . Terus aku tidur.
Pagi tu aku cuba duduk borak dengan Nisa . Masa tu kami adik beradik sepupu tolong kemas tingkat dua sebab dah tak berpenghuni . Jadi berhabuk sedikit . Aku berdiri rapat dengan Nisa nak bertanyakan tentang hal malam tadi . Aku tengok muka dia pucat .
” Nisa , kau tidur mana malam tadi ?” tanya aku.
” Aku tidur dekat bilik nenek .”
” Kenapa ? ”
” Malam tadi…..aku dengar benda pelik-pelik lah . Seram sejuk aku .”
” Pelik macam mana ?” masa ni memang aku dah syak yang dia pun kena kacau dengan ‘dia’.
“Aku dengar bunyi orang pusing keliling rumah kita ni . Kuat pulak tu bunyi tapak kaki tu .”
Aku just diam . Antara dia dengan aku, aku rasa kami berdua lebih kurang sama je .
“Kenapa kau tanya wey? Kau pun….kena jugak ke ?” Nisa tanya aku .
Lepastu aku cerita lah dekat dia apa yang aku kena malam tadi . Dia pun terkejut juga . Cepat cepat kami turun tinggalkan kerja yang masih banyak. lagipun adik beradik sepupu kitaorang ramai . Aku dengan Nisa cari ayah dia sebab ayah dia ni ustaz. Aku panggil dia Paksu . Kitaorang cerita kedua-dua kisah aku dengan Nisa . Tiba-tiba aku dengar macam ada sepupu aku yang bising dekat tingkat dua. Kitaorang naik atas semula. Aiman dan Amirah merangkap kakak dan abang sepupu aku tengah bergaduh dalam bilik. Sepupu aku yang lain just diam tak nak masuk campur. Terkejut aku bilik ni bersepah macam yang asal masa aku masuk mula mula datang tengok jenguk.
” Kenapa ni?” Tanya Paksu
” Tadi Aiman dengan Amirah dah kemas bilik ni. Dah bersih dah paksu. Bila kitaorang keluar sekejap pastu masuk balik dah bersepah teruk macam ni .”
Lepastu Paksu diam je.
Paksu cuba baca sesuatu .
“Sekarang kamu boleh kemas balik bilik ni. Yang lain pun tolong sekali. lagipun bilik ni besar. Nanti lambat siap. ”
Aku dengan Nisa pun tolong mengemas. Malam tu kami sekeluarga duduk dekat ruang tamu ramai-ramai berkumpul satu tempat termasuklah nenek aku . Paksu dengan ayah aku cuba baca sesuatu dekat beras yang dah diisi dalam satu bekas . Diaorang pusing keliling luar rumah sambil baling beras tu dekat dinding rumah. Memang meremang bulu roma aku waktu tu.
Tiba-tiba sepupu aku Amirah jerit. Dia tak kena histeria atau apa, tapi jerit terkejut . Kami semua pandang dia. Amirah halakan tangan dia dekat tingkat dua, dia kata kat kitaorang semua dekat situ ada benda menyerupai arwah atuk kami berdiri kaku dekat situ . Tapi kami tak nampak apa-apa . Paklong cuba baca surah-surah untuk menenangkan keadaan . Selepas beberapa minit keadaan jadi tenang.
Esoknya kami pulang semula ke tempat asal kami. Maklong yang jaga nenek sekarang sebab Maklong takda anak .
Sampai sini jelah cerita yang aku nak kongsikan. Ia taklah seram mana yang korang bayangkan. Tapi ni pengalaman pertama kali aku pernah rasa.
Maaf saya bile baca penulis cakap pengalaman masa umur 6 ke 15 tahun aku akan skip.. faham2 la yer sbb kite semua pernah berada di alam fantasi itu ahaha mgkn cerita benar tu ada tp untuk ukmur sekitar itu mgkn byk ditokok tambah sbb budak2 kan suke trill yg tak masuk akal.. untuk kesedapan diri sendri
Apesal maklong xde anak?
maklong x konkek ke?
Mak long tu tunggu ko ke bu. Ko pergi ke kontek dia.