Malam Jumaat Di Pejabat

Nak mulakan cerita, cerita yg aku lalui ni hujung tahun 2015. Aku ni jenis orang yg bedal “overtime”, sedia maklum kerja banyak. Aku kerja sebagai “teknikal clerk” bahagian oil and gas. Biasanya yg ot dalam office tu yang perempuan cuma aku. Kat tempat kerja aku ni bila malam memang sunyi lah. Lagi dalam office yg dengar cuma bunyi mesin fotostat yang bangun daripada tidur, dan bunyi deruan engine aircond.

Dan……… pada satu hari khamis malam jumaat, jam menunjukkan pukul 8.30 malam. Kebetulan hanya aku yg ot dalam office tu. Macam biasa aku buat kerja-kerja aku yg memanggil minta disiapkan. Yang dengar hanya selawat daripada speaker PC aku dan bunyi keyboard aku menaip. Tiba-tiba, aku dengar bunyi pintu terbuka.

Aku tengok mamat QC ni masuk. Org panggil dia Panjang sebab dia tinggi ☺️. Aku jarang berborak dengan dia. Kalau bercakap pun bila perlu. Masa dia masuk office tadi, bukan dia je yg masuk tapi dia masuk dengan bau wangi bunga yg pekat sampai sakit hidung aku. Dalam hati takkanlah mamat panjang ni nak sembur perfume perempuan pula. Aku pun diam je sambung buat kerja.

Aku tengok mamat panjang tu duduk diam je kat tempat dia tak ada buat apa. Aku nak tegur macam malas sebab fikir nak siapkan kerja. Hampir setengah jam rasa macam tak sedap hati sebab mamat tu diam je macam tadi tak bergerak. Aku pun tegurlah dia.

Aku : Jang, kau ot ke? Balik pukul berapa ni?

Panjang: Krik krik krik, pandang depan je tanpa jawab soalan aku.

Aku : Sambil ketuk meja aku “rasa macam cakap dengan dinding”

Aku ni jenis cepat panas hati kalau aku tanya orang tak jawab.

Panjang: Aku tak balik….

Aku mula rasa seram sebab dia jawab tapi macam bukan suara dia. Walaupun aku seorang yang berani hati ni menggelodak rasa tak sedap sebab dah rasa lain macam. Bau wangi daripada si Panjang ni makin lama makin menusuk nusuk hidung aku. Aku yg sejak tadi rasa tak sedap hati mula tukar fikiran nak siap-siap kemas barang dan balik.

Tengah kemas bag, tiba-tiba mesin fotostat yg letaknya sebelah meja aku bunyi dan keluar kertas daripada perutnya. Seolah-olah ada orang tengah print. Aku dah pelik sebab dalam office tu ada aku dengan Panjang je. Print tak berhenti, aku bangun pegi dekat mesin tu dan tekan button “check monitor” niat hati nak tengok lah nama PC siapa yg print tu. Alangkah terkejutnya aku bila tengok status tu kosong! Maknanya tak ada org yg print. Aku kuatkan lagi semangat nak tengok kertas yang keluar tu. Bila aku tengok kertas tu kosong je.

Aku toleh tengok Panjang dia dah tak ada. Mana dia pergi? Kalau dia keluar mesti dengar bunyi pintu. Masa tu lah baru aku rasa seram seseram seramnya. Aku ambik bag dan lari keluar daripada office macam org tak cukup kaki. Rasa nak nangis semua ada. Dalam perjalanan balik aku buka radio kuat-kuat, tekan minyak kemain laju. Sampai rumah mak tegur kenapa pucat, aku cuma jawab tak ada apa-apa.

Esoknya, aku ceritalah kejadian semalam kat member aku sorang ni. Dia terkejut sebab Panjang tengah cuti balik kampung. Aku punyalah takut waktu tu. Siapa dengan aku malam semalam? Sampai sekarang aku tak dapat jawapan. Dan sejak kejadian tu, aku tak pernah ot malam sorang lagi. Aku takut kejadian sama berulang. Kalau ot pun bila ada teman.

Sekian…..

noah

Sila tinggalkan komen yang berkaitan dengan cerita :)

7 Comments on "Malam Jumaat Di Pejabat"

avatar
aimi

seram

Kak Yulie

Gggrrrrrr…
Meremaaaannngggg…
Tingat zaman keje dlu sllu stay back opis sensorg smpi tgh mlm…
Huhuhuhuuu…
Seb bek x pnh jumpe ‘PANJANG’…

AdeqManja

Perrrghh,,,seram bace kisah ni naik meremang bulu roma ni

Ashekyn

Menyesal aku bace.. matilanakk kalau kena o.t smpai malam lepas ni :'(

amethyst

hahaha..takpew, boleh menjana pendapatan kalau ot.

Hayadih

Nasib baik office saya pukul 10 malam pun masih ramai buat OT huhu seremmm

trackback

[…] Sumber: Fiksyen Shasha […]

wpDiscuz