Malam Ni Malam Jumaat, Kan Bang?

“Krekkk, krekkkk kreeekkk” bunyi seperti kuku binatang mencakar dinding rumah kayu aku.
“bunyi apa tu bang” kata Wan.
“wey, aku takutlah korang pergi mana tadi ni. sampai ada benda mengikut sampai ke rumah ni ?” kata adik bongsuku pula.
…………………………………..…………………………………………………………………
Assalamualaikum dan selamat membaca. Nama aku Zatt, ni dah kali ketiga aku menulis cerita untuk FS. Kalau karya aku sebelum ini keluar, mungkin korang boleh cam aku dalam cerita “Horay!!! Aku Berseorangan Akhirnya”. Harap admin dapat terima karya aku yang ini dan sebelum ini.

Okay. Cerita ini bermula dengan aku dan kawan aku, iaitu Syafik bercadang untuk memancing di suatu tempat yang popular dalam kalangan pemancing di tempat aku tu. Jadi tempat agak ramailah pemancing. Yelah, sebab aku dan Syafik takut berlaku apa-apa jika kami memancing di tempat yang terpinggir dan berlaku usikan atau penampakan makluk halus. Tambahan pula malam itu, malam jumaat.

Kebetulan pada malam itu mak aku tiada di rumah kerana ada kerja di luar negeri, jadi hanya tinggal aku dan dua orang adik aku di rumah. Bila mak aku takde kat rumah ni, apa lagi berhuha huha lah aku dan adik-adikku. Adik bongsuku iaitu Mirul keluar lepak bersama kawannya, memandangkan tiada orang lain berada di rumah adikku yang sorang lagi iaitu Wan turut ikut aku pergi memancing kerana dia takut untuk berada berseorangan di rumah.
Sebelum mak meninggalkan kami adik-beradik di rumah, dia telah pesan supaya jangan keluar rumah pada waktu malam dan jika ingin keluar kami perlu memaklumkan kepadanya serta jangan keluar sampai tengah malam. Malam itu aku dan adik-adikku telah melangar arahan mak aku tu. Kami keluar rumah selepas azan isyak kerana kawasan memancing itu biasanya amat popular di kalangan kaki pancing, jadi kami perlu bergerak cepat untuk mendapat tempat memancing yang sesuai.

Ketika memancing, tiada kejadian pelik dan aneh yang berlaku. Kami leka memancing sehingga pukul 2.30 pagi kerana seronok memancing. Ketika sedang asyik memancing, Mirul menelefon aku supaya pulang ke rumah kerana dia berseorangan di rumah. Jadi kami bertiga mengambil keputusan untuk pulang ke rumah. Ketika inilah peristiwa seram berlaku.
Ketika hendak pulang ke rumah, aku dan adik aku mengambil keputusan untuk melalui jalan kampung yang lebih cepat berbanding jalan raya dan risau akan sekatan jalan raya di jalan biasa kerana kami tidak mempunyai lesen memandu. Manakala Syafik melalui jalan biasa dan terus pulang ke rumah selepas itu. Di tengah perjalanan itu, tiba-tiba aku berasa pelik kerana tiada sebarang kenderaan di sepanjang perjalanan kami itu dan lampu jalan agak suram berbanding biasa. Walaupun itu jalan kampung tetapi jalan itu biasanya terang dengan cahaya lampu dan ramai orang yang melalui jalan itu kerana ia lebih cepat.

“Apasal sunyi je jalan ni bang, bukan ke biasa ramai je mat pit lalu jalan ni ? “ kata Wan. Aku dah rasa tak sedap hati dah masa tu, gerak hati aku mengatakan supaya aku patah balik dan lalu jalan biasa untuk balik ke rumah. Tetapi kami sudah hampir untuk keluar dari kawasan kampung tu, jadi aku tekat untuk meneruskan perjalanan.

“Wan, kau bawak pulak motor ni. abang rasa sakit pinggang pula bawak motor lama-lama” ujar aku kepada Wan. Padahal aku takut untuk bawak motor tu. Yelah, sebab aku teringat kat depan sikit tu ada kubur Kristian. Kalau ada apa-apa yang jadi aku boleh tutup mata. Hahahaha jahat aku kan? Biar adik sendiri terseksa.

Dan tekaan aku tepat, tidak lama sebelum kami menghampiri kawasan perkuburan itu, aku perasan ada sorang mak cik tua yang lengkap memakai kain sembayang seperti cuba melintasi jalan. Pada masa tu aku tak fikir benda yang bukan-bukan kerana mungkin makcik itu baru pulang dari surau. Tapi aku rasa pelik juga masa tu sebab pukul 3 pagi sapa rajin sangat pergi surau ni dan yang lagi seram, kat situ mana ada surau atau masjid.

“Habislah, dia nak kacau ni” fikir aku. Dan makin lama, makin kami dekat dengan makcik tu, aku perasan dia macam bukan nak lintas jalan pon. Dia macam tunggu je kami sampai dekat dengan dia. Otak aku dah outomatik fikir bukan-bukan dah, rasa menyesal keluar rumah sampai lewat malam la, menyesal tak minta izin mak aku sebelum keluar dan menyesal keluar rumah pada malam jumaat.

“bang…bang…bang…hoiii, kau nampak tak benda kat depan tu” bisik Wan dengan perasaan takut dan marah kerana aku hanya mendiamkan diri. Aku hanya kekal membatu dan terlalu takut untuk mengeluarkan suara. Sampailah bila kami betul-betul sampai di depan makcik tu, aku bertambah takut kerana bila aku cuba lihat muka makcik tu, makcik tu sebenarnya takde muka dan bentuk tubuh dia membongkok serta pelik.
Wan apa lagi, terus pecut motor sampailah kami keluar dari kawasan tu. Bila dah sampai kawasan ramai orang tu barulah rasa lega. Tapi kami buat silap kerana terus pulang ke rumah. Orang tua tua kata kalau kena kacau jangan terus balik, pergi tempat lain dulu. Bila sampai rumah je kami terus masuk bilik tanpa mandi atau tukar baju. Aku ingat setakat tu je dia usik.

Rupa-rupanya tak lama lepas tu dinding rumah aku berbunyi macam ada kucing cakar sebab rumah aku rumah kayu. Tapi kalau kucing tak mungkin pula sebab rumah ni tinggi dan rumah aku mana ada kucing. Wan dengan Mirul terkejut dengan bunyi tu dan kitarang ambik keputusan untuk tidur sebilik malam tu. Pada mulanya aku tak nak cerita pada Mirul tu apa yang jadi, tapi sebab dia desak sangat aku dan Wan pon cerita apa yang berlaku tadi.
Bunyi mencakar tu bukan kat satu tempat je, ia seolah-olah mengelilingi rumah kami tu sambil mencakar kuku kat dinding luar rumah. Bunyi tu bermula dari ruang tamu ke bilik tidur aku dan dari pintu dapur ke ruang tamu balik. Kami memasang bacaan al-quran dengan kuat sehinggalah kami tertidur sampai lah bunyi jam loceng aku. Lepas bangun tidur tu, aku terus rasa macam nak demam dan bila aku check motor nak tengok ikan yang dapat semalam, ikan tu dan takde dalam raga motor. Mungkin kucing makan kot, aku lupa nak simpan semalam sebab takut sangat sampai lupa ikan dalam raga motor.

Bila mak aku pulang ke rumah, adik bongsu aku Mirul mengada-ngada cerita kat mak aku. Apa lagi kena bebel lah dan mak aku gelak kat kitorang. “Padan Muka!! Hahahahahaha, sapa suruh derhaka dengan mak” ujar mak aku. Cerita ni belum habis lagi sebab bila aku cerita kat mak aku, dia boleh pula pergi cerita kat mak long aku yang tinggal kat tepi rumah aku ni. Rupa-rupanya, mak long cakap masa kitorang pasang surah kuat-kuat tu, dia terkejut dengar bunyi kuat tu dan terjaga. Mak long kata dia ingat anak-anak saudara dia dah berubah jadi alim dengar bacaan quran kuat-kuat malam tu.

Mak long aku macam pelik lah kenapa kitorang buat macam tu tengah tengah malam tu. Dia pon intailah rumah aku malam tu. Rupa-rupanya dia ternampak suatu lembaga putih merayap seperti cicak kat dinding rumah aku tu. Lembaga tu macam tengah cari lubang nak masuk dalam rumah tu. Tak lama lepas tu, lembaga tu hilang entah kemana.

Kesan kejadian tu membuatkan aku jadi takut untuk memancing di tengah malam lagi dan itu merupakan kali terakhir aku melalui jalan tu pada waktu malam. Kejadian ini berlaku ketika aku berumur 14 tahun pada 2009 dan kekal menjadi memori seram aku sepanjang aku hidup selama ini. Ini merupakan pengalaman pertama aku dalam perkara seram dan antara koleksi kisah seram yang pernah aku alami sendiri atau mendengar daripada orang lain.

Terima kasih kerana membaca entri ini dan terima kasih kepada admin Fiksyen Shasha kerana menerima karya aku ini. Korang boleh komen dan kritik tulisan aku ini supaya dapat dijadikan sebagai penanda aras dalam penulisan aku. Harap sangat karya aku dapat masuk dalam FS, please ye admin. Nanti kalau karya aku yang ini atau yang satu lagi tu dapat masuk FS, aku akan baiki cara penulisan aku berdasarkan kritikan daripada korang.

P/s : Hati-hati bawak kenderaan dekat kawasan sunyi, takut nanti ada makcik tak berwajah nak tumpang sekali. Aku dengan adik aku haritu naik motor sekali, jadi dia tak muat nak tumpang. Hehehehe.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Mr. Topeng

Just a noob in writing arena

rate (4 / 17)

Sila tinggalkan komen yang berkaitan dengan cerita :)

41 Comments on "Malam Ni Malam Jumaat, Kan Bang?"

avatar
Anna AnleoJn
rate :
     

Best lah cerita ni..

Awinazwa

Hahaha..best gile.lawak pulak tu.

kranberizstore
rate :
     

“Padan Muka!! Hahahahahaha, sapa suruh derhaka dengan mak” ujar mak aku.
part ni aku gelak gak …hahahaha
walaupun cerita ringkas tapi menarik jugak

Manchego
rate :
     

.

cikbambam
rate :
     

ko sebagai abang x elok buat camtu..sebagai abang ko kene protect adik ko..tapi kalo aku disituasi ko pun aku akan buat macam ko jgk..hahahahaha..lantak la die adik ke kakak ke asal kn aku x tengok hantu tu..hihihihi

aku bg 9/10..setori pendek tp best..

DeluStar

naseb aku x jadi adek ko bammmm

Yibo

biasanya kalau melawan cakap orang tua memang mendapat.

haa, kan deh kena kacau

miszmujahidah
rate :
     

Haha…tu mknnye bila xdgr ckp org tue. Nsb benda tu xdpt msuk umh…kalau x, lg haru di buatnye.

jija

perangai x elok eh suruh adik bwk motor. haha

wpDiscuz