Assalamulaikum,, pertama maaf atas post cerita saya yang pertama. kene kecam menggunakan bahasa ringkas. maaf masa tu saya menggunakan fone untuk berkongsi cerita dengan anda.
saya juga salah seorang peminat setia ruangan #FS ni. hari tu saya berkongsi cerita
1)dalam pantang
MALAM PERTAMA
selepas saya , jaa, nor , mok serta 2 orang ank kami berpindah dan tinggal sementara dirumah ibu setelah meninggalkan rumah sewa yang misteri itu.
gangguan yang kami alami tidak terhenti disitu, pada malam kami berada di rumah ibu kami masih lagi ada perasaan macam ada sesuatu mengekori.
ternyata betul sangkaan kami, jenis mok saya ni boleh rasa. tapi mungkin jugak mok boleh nampak. sebab kekadang dia akan menjerit sebelum sesiapa hesteria atau mok sendiri yang terkena. tapi jenis mok kalau terkena dia akan menjerit jerit marah macam marah kat sesuatu dan tak meracau sangat lama2 mok akan sedar sendiri bila kami panggil.
ok saya sambung cerita.
pada malam tu kami semua masuk tidur dalam jam 11 malam, serta berpesan pada jaa kalau ada sesuatu menganggu nor atau ape2 terjadi kejutkan saya. (saya tidur di bilik adik dengan anak).
dalam pukul 1 pg adik kejutkan saya dengan menjerit jerit, ”bangun! nor xsedar dah ni!!” cepat2 saya bangun dan lihat nor sudah tak sedarkan diri dengan keadaan mata hitam ke atas kekadang hanya nampak mata putih sahaja serta menjerit ”aku nak sakitkan budak ni”
terus menggigit lidahnya sendiri, saya menjerit kepada jaa, ”pergi ambik sudu masukkan dalam mulut nor, nanti putus lidah tu”.
Dalam keadaan darurat saya yang dalam pantang terpaksa membaca ayat qursi serta hembuskan ke muka serta mulut nor, ”sudu itupon terlepas dan nor pengsan. Manakala ibu pula sudah bergegas keluar untuk memanggil ustaz datang ke rumah.
selepas ustaz sampai nor bangun dan dalam keadaan terduduk memandang saya, saya bertanya ”apa yang ko nak?” dia jawab dia nk nor, dia nak sakitkan nor. dia nak anak nor.
Saya cakap ”tak boleh, banyak cantik muka ko”, dia menjawab ”memang aku cantik, cantik dari adik ipar ko ni” sambil mencakar cakar muka. apa lagi naik angin laa saya.. cakap “ko keluar tunjuk muka ko, aku nak tengok betapa cantiknya muka ko tu!!”
mau tunjuk betul, mak aihhhh lari tak cukup tanah laaa jawab nya,, heheh.
ustaz cakap jagan layan setan jin ni lagi dia suka, ustaz cakap kita settle kan cepat. ibu ngn mak dah menangis tgok keadaan nor masa tu. sebab nak mencederakan diri sendiri. jaa ada bagitau sebelum nor jadi macamtu dia ke dapur dan mengambil sebilah pisau sempat ditepis dan meracau sebab tu jaa kejutkan saya dan keluarga lain.
alhamdulillah nor sedar dalam keadaan lemah, bayangkan mesti sakit badan bila kerap ditumpang. gangguan bukan behenti disitu sahaja.
selepas ustaz mintak izin pulang ke rumahnya, rumah ustaz tidak berapa jauh pada rumah ibu seberang jalan sahaja. tak sampai 1 jam ustaz beredar mok pula macam di rasuk tergelak menangis menjerit lepas tu diam dan sedar. Tak lama selepas itu isteri ustaz menjerit jerit dari rumah dia, boleh dengar sampai rumah ibu.
bende tu ikut ustaz balik dan masuk dalam badan isteri ustaz, meraung raung macam suara harimau yang garang.
masa tu saya hanya dengar dari rumah, ada budak yang tengok kejadian rumah ustaz tu cakap yang isteri ustaz merangkak dan menggigit kaki ustaz masa dibacakan surah2 tertentu. Kemudian isteri ustaz tersedar dalam keadaan lemah dan tidak bermaya.
ustaz bagitau itu jelmaan saka., “SAKA HARIMAU” tapi kepunyaan siapa???
Nak tahu?? tunggu sambungan seterusnya.. INSYA ALLAH jika berkesempatan sy akan berkongsi lagi.
assalamualaikum.
bunga
Tak payahlah. Citer pendek pun nak sambung2 acah2 drama.
alahaii. .btl2 bunga x brkembang n mekar sgt ar kn. .xsmpt nk hadam da abes. .t.t . .cpt2 ar smbung yek cik bunga.?. .
apoooo
Hek eleh
alah tgh part best dye bersambung lh plk😂