Mangsa Cemburu Manusia

Sejak dua menjak ni, memang kerap aku baca kisah kisah mistik di fiksyen shasha. Hari ni terdetik nak cerita kisah aku disini. Aku harap kisah ni boleh jadi pengajaran pada semua.

Nama aku Zara, umur awal 30an. Memang sejak aku kecik aku dah biasa dgn cerita cerita mistik ni sebab ayah aku sendiri jenis yang memang suka bercerita pasal makhuk halus. Aku dilahirkan dalam keluarga yang besar dan kebanyakkannya boleh melihat atau orang panggil ‘hijab terbuka’. Nasib baik aku tak diberikan kelebihan macam tu.

Cuma kadang2 adala terdengar suara2 atau ternampak sekilas lalu. Nak dijadikan cerita, aku diganggu sesuatu lebih kurang setahun setengah. Ianya bermula selepas aku mengikat tali pertunangan lagi namun aku tak pandang serius. Masa tu ingatkan cuma mainan tidur or mainan perasaan je.jadi aku abaikan jela. Makin lama makin teruk gangguan yang aku kena.

Mula2 tu adik lelaki aku tegur pasal muka aku tiba2 jadi merah, bengkak dan naik ruam2. Masa tu memang aku rasa macam muka aku terbakar, pedih dan gatal2. Aku terpaksa jumpa doktor kulit dan buat rawatan tapi tak surut2.

Dah la masa tu aku banyak event nak kena pergi. Memang malu gila bila orang asyik tegur kulit aku. Sampai aku nangis sorang2 kat rumah.. masa tu memang aku dah rasa lain macam. Sebab tak penah kena macam tu dan doktor pun kata aku takde kena apa2 jangkitan atau alergi. Kebetulan ada sorang kawan aku ni pandai bab2 macam ni. Jadi dia sarankan aku jumpa bapa dia untuk berubat secara tradisional.

Lepas berubat, aku diberi air penawar tuk redakan merah2 dan radang kat muka aku. Alhamdullilah lepas seminggu, kulit aku jd ok. Dah tak merah lagi. Pedih, gatal2, semua hilang. Ingatkan dah ok la lepas tu. Tak lama lepas kulit muka aku ok, aku diganggu plak dengan seorang perempuan ni. Masa tu aku tengah tido. Waktu tu dekat pkl 2pm. Yelah hujung minggu kan. Masa ni la nak tidur puas2. Tapi aku ni jenis bangun pagi kemas umah, basuh baju semua kemudian sambung tidur balik haha ntah macam mana, masa aku tido ni aku dengar bunyi handphone aku. Masa tu mamai2 lagi. Mata pun sekejap bukak sekejap tutup.

Orang panggil ‘half-asleep’. Tiba2 aku terpandang susuk tubuh perempuan lalu depan aku. Kecik je orangnya. Tinggi dalam 5 kaki. Yang paling seram bila aku tengok kaki dia. MasyaAllah..warna kelabu kot. Macam mayat berjalan. Ha macam tu la aku rasa. Aku pun tak tau macam mana aku boleh relaks lagi pandang. Tapi kejap jela. Takdela aku tenung dia lama2. Kang tiba2 dia toleh pandang aku, mau kena parkinson aku nanti. Kemudian aku tutup mata dalam 10saat macam tu. Bila bukak balik dia takde dah.

Aku pun dok la cakap dalam hati, mimpi je ni. MIMPI. Berapa hari lepas kejadian tu, aku pun call la kakak ipar aku. Saje nak ajak borak2. Dan aku pun cerita la apa jadi. Masa tu aku baru lepas balik keje, dalam pukul 9pm. Masa tengah syok2 berborak, tiba2 kakak ipar aku tanya aku kat mana. Bila aku kata aku kat rumah. Dia terus senyap. Aku syak dia mesti dengar sesuatu ni. Bila aku tanya kenapa dia kata takde pape. 2 minggu lepas tu dia bagitau aku apa jadi malam tu. Rupanya dia dengar ada suara dok jerit nama aku kuat2. Mau tak terkejut minah tu. Dah la dia lemah semangat. Nasib baik tak jadi apa2 kat dia. Nasib baik jugak tak jadi apa2 kat aku huhu..

Pejam celik pejam celik rupanya dah setahun lebih jugakla aku kena kacau. Cuma aku jenis yg abaikan. Kalo dengar ke ternampak ke, bertabah jela. Dalam tempoh tu memang macam2 kena. Malam2 phone terjatuh tiba2, ada orang ketuk tingkap la, bunyi barang jatuh kat bilik air, batu cincin hilang tiba2 la. Yang paling aku tak boleh lupa. Bila tengah2 malam (pukul 2-3 pagi macam tu) aku dengar bunyi lesung dalam rumah.

Mula2 aku fikir positif la. Mungkin jiran atas dok tumbuk nak buat sambal belacan ke kan. Tapi jadahnya tengah2 malam menumbuk. Macam esok pagi tak boleh buat kan. Bila aku dengar betul2, rupanya bunyi tu datang dari dalam rumah aku. Masa tu punya la seram. Aku dok baca la ayat qursi berpuluh kali. Tunggang langgang gak la bacaan aku masa tu. Lama2 bunyi tu hilang. Pastu aku sambung tidur macam takde pape berlaku.

Hakikatnya mengigil jugakla. Dah la aku duduk rumah tu sorang2. Huhu last2 aku buat keputusan nak pindah rumah. Kebetulan dapat keje baru. masa aku pindah tu pun, agak lama gangguan tu senyap. Bila masuk rumah baru, alhamdulillah takde apa2 berlaku. Bila masuk bulan kedua aku pindah, sekali lagi aku ternampak sesuatu dekat dalam bilik aku. Masa tu aku tengah tido, dan lagi sekali aku ni jenis mamai punya orang.

Masa mata dok terkebil2 blur tu, aku terpandang ada sup bunjut (korang paham2 sendiri la eh apa kebenda sup bunjut tu). Dia dok melepak depan pintu bilik aku, masa tu badan dia bersandar kat dinding menghadap katil aku. Lagi sekali aku ulang –menghadap katil aku. Ko tak seram? Nasib baik dia berbungkus. Kalo tiba2 dia bukak benda alah tu, main cak2 plak..ko rasa aku nak lari mana huhuhu

Last2 ada sorang kawan aku ni offer tuk tolong aku. Sebab dia dok dengar aku cerita pasal kena kacau selalu, dia pun bawa aku pegi berubat. Alhamdulillah sekarang ni aku dah pulih. Mesti ramai tertanya2 kenapa aku kena kacau kan? Sebenarnya, dalam tempoh aku bertunang sampai sekarang, memang macam2 dugaan aku tempuh.

Nak putus tunang dah banyak kali dah tapi tak jadi. Tunang aku pun tak boleh tengok muka aku, dia jadi panas, marah tiba2, jadi benci. Aku pun sama. Rupanya dalam diam, ada orang kenakan kami. Tak bagi kami mendirikan rumah tangga. Yang paling aku terkejut, orang yang menghantar tu kawan baik tunang aku sendiri. Ko bayangkan apa aku rasa masa tu. Kononnya dia cemburu tengok kami dan tak boleh terima hakikat aku pilih tunang aku tu jadi teman hidup aku. Sebab tu dia hantar sihir dan benda kacau kami.

Jadi aku nasihatkan kat semua pembaca, tengok2 la dengan sape kita berkawan. Zaman sekarang ni ramai sangat yang menderita penyakit hati..jenis tak boleh tengok orang lain bahagia. Aku nasihatkan korang jagala tingkah laku, jaga perkataan, jaga aib orang. Yang penting, limitkan la post2 gambar berdua. We never know kan mungkin dalam ramai2 kawan kita tu ada yg menyimpan perasaan or dendam. Dan yang penting jaga hubungan kita dengan Allah swt.

Tu jela aku nak cerita. Nanti ada masa aku cerita plak pasal kes aku masa duduk asrama dulu. Ha tu pun boleh tahan seram dia.

-Zara-

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

3 thoughts on “Mangsa Cemburu Manusia”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.